Tips Menghadiri Kenduri Kahwin | www.sobriyaacob.com

Saturday, November 23, 2013

Tips Menghadiri Kenduri Kahwin


Assalamualaikum & salam sejahtera, selamat berhujung minggu semua, alhamdulilah rezeki cuti-cuti sekolah, boleh dikatakan setiap hari ada undangan menghadiri majlis kenduri kahwin, bukan macam dulu-dulu masa saya kecil, seingat saya, kalau hendak mengadakan majlis kenduri kahwin mesti tunggu pada cuti hujung minggu, sama ada hari sabtu, ahad atapun musim cuti sekolah. Tapi pada masa sekarang asalkan ada cuti di kalender, sama ada cuti perayaan, cuti keputeraan, cuti sekolah mesti akan ada Majlis kenduri kahwin dan seingat saya  sekarang trend kahwin pada waktu malam terutama di bandar-bandar besar, so tidak menjadi masalah, bila tarikh untuk mengadakan majlis kenduri kahwin asalkan ada tetamu, cuti atau kelapangan,  Majlis kenduri kahwin tetap boleh dijalankan asalkan ada duit dan pasangan, kalau tak ada pasangan yang hendak berkahwin, jawapnya anda bersanding la seorang diri :P

Bila tengok gambar di atas, teringat majlis kahwin masa masih kecil, berbunga mangga,
Pengantin Pakai baju songket, berkompang dan paling best ada sesi balling coklat atau duit siling :P


Di sini saya akan  akan senaraikan tips-tips  untuk menghadiri majlis perkahwinan

  • Pastikan tarikh dan masa yang betul ketika hendak menghadiri. Ingat jangan menghadiri majlis terlalu lewat. Kesian tuan rumah, mereka pun nak berehat, Datanglah ikutlah waktu yang telah ditetapkan mengikut kad Jemputan
  • Pakailah lah pakaian yang bersesuaian mengikut majlis yang dihadiri, pakai baju yang kemas dan sopan, contoh pakaian baju melayu, baju kurung dan baju kemeja. 
  • Sediakan sampul jika anda ingin memberi wang sedekah. Tak eloklah beri tanpa sampul.
  • Jika ada duit lebih, berilah lebih sikit kerana purata harga makanan untuk seorang tetamu (RM6/RM7), itu tidak termasuk doorgift lagi. Tuan rumah mengeluarkan sekurang-kurangnya RM 10 untuk seorang tetamu.
  • Hadiah, diberi mengikut kemampuan (kalau dah beri angpau, hadiah tak payah bagi pun takpa).  Antara barangan yang selalu diberi semasa majlis perkahwinan ialah jam, album, set pingan mangkuk, tea set, dan set gelas. Jika ingankan kelainan, cubalah beri barangan yang sentiasa dipakai seperti periuk, frying pan, set sudu garfu @ cadar.
  • Jangan lupa membawa kamera untuk merakamkan saat bersama mempelai untuk dijadikan kenangan.
  • Sebelum pulang, bersalaman dengan tuan rumah serta pasangan pengantin. Jangan lupa mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana menjemput anda.



P/s: Semoga tips di atas dapat membantu kita, yang paling penting jaga kelakuan / adap kita semasa menghadiri majlis kenduri, jangan sampai ada yang *naik menyampah* dengan kelakuan kita. Bagi tetamu yang hadir, ada rezeki lebih janganlah kedekut nak bagi duit bagi salam, walaupun tuan rumah tak mengharapkan, tapi kalau ada rezeki lebih apa salahnya berkongsi ingat *konsep Give and Take*

33 comments:

  1. biasa klu pergi kenduri kawin bawak hadiah je =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya kalau bawa hadiah, rumah2 kawan2.. sepupu.. bwak le :)

      Delete
  2. waahh.. tip yang berguna ni..hehe.. dah lama x g majlis org kawin.. salam kenal.. done follow sini balik... :)

    ReplyDelete
  3. betul! paling sedih bila ada yg dah niat nak bg...tapi bagi sampul kosong je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la.. kesian kat tuan rumah..kalau nak bg biar iklas.. kalau x baik x pyah bagi :)

      Delete
  4. Meraikan pengantin sambil mengambil berkat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulilah..berkat pengantin baru..itu yg kita nak sis :)

      Delete
  5. Klu beri wang sedekah tu salam kokot namanya hehee.. mmg patutlah kita beri dlm keadaan sekarang ni yg perlukan bajet utk majlis.. kurang sikit beban tuan rumah kan.. T kasih diatas perkongsian yg menarik ini.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha.ha. kat tempat saya pun panggil duit salam.. salam kokt gak.. ur wc bro :)

      Delete
  6. Assalammualaikum...sobri,

    bagus tips nie... utk musim kenduri kahwin nie...

    mselim3

    ReplyDelete
  7. tips terbaik :)
    tapi ada ek yang baling coklat, duit syiling tu?
    ika tak pernah tahu pula hukhuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu ikut budaya stgah tempat ika..
      nak bg meriah ..baling gula2 or coklat..
      budak2 pakat2 kutip..
      nampak meriah la majlis bersanding itu :)

      Delete
  8. tips yg bagus..sekrg byk jemputan kenduri kahwin..satu lg tip - berhemah ketika mengambil makanan, jgn membazir...sakit hati & mata tengok tetamu ambik makanan byk2, lepas tu tak makan..takde kesedaran sivik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la.. jangan membazir dan masa ambil mkanan tlong beratur..jgn suka2 hati potong line org... he.he.. :)

      Delete
  9. Eh eh. Ada jugak rupanya baling2 coklat and duit shiling ? Abell ak pernah tau. Hihihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada,, ikut tempat la..setengah tempat masih amalkan tradisi ni.. :)

      Delete
  10. thanks for sharing...bila la sy nak kahwin lg ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. he..he. ada jodoh kawin lg sekali ya bro :)

      Delete
  11. aku pegi kenduri bwk diri je..hehe
    bwk kawan2 baru best.
    kalo pegi sorang2 rasa cam terasing je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la kalau nak p kenduri kena p dgn family or kawan..
      tambah2 kalau p kenduri rumah yg x berapa kenal..
      memng rasa terasing :)

      Delete
  12. ade satu lagi aku nak tambah especially yang pergi kenduri sedara2 nie..jangan laa tapau makanan balik sebelum majlis habis..kesian kepada mereka yang terlewat datang..masih ade segelintir yang suka tapau makanan bawak balik especially kalau kenduri tu sedara mereka..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu aku pling setuju.. yg jenis suka tapau sesuka hati.
      padahai majlis tu panjang lg..
      niat dtg nak meraikan pengantin..
      klau nak tapau ada lebih ambiklah.. ni tak ambil je sesuka hati

      Delete
  13. Time cuti ni mmg banyak kenduri. Time gi kenduri ni jugak banyak makcik2 suka buat gossip. Hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha..ha.. kadang2 kalau dgr makcik2 ni bergosip kelakar gak..
      tapi kalau terkena dkat diri sendiri rasa gak pesdanya

      Delete
  14. sekarang dh musim kawen..mesti byk jemputan kawen ni nanti..thanks share tips..kdg2 kita ni lupa jugak..

    ReplyDelete
  15. setuju dengan semua tips ini.. selalu bagi hadiah buku berkaitan perkahwinan saja.. ianya boleh disimpan seumur hidup.. pinggan mangkuk dan peralatan elektrik dah selalu sangat orang bagi..

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca