Tips Untuk Menjimatkan Elektrik | www.sobriyaacob.com

google advertising

Friday, November 29, 2013

Tips Untuk Menjimatkan Elektrik

Assalamualaikum dan salam sejahtera, hari ini saya ingin kongsikan tips untuk jimatkan elektrik, memandangkan kita bakal mengalami kenaikan tarif harga elektrik, secara tidak langsung akan menaikan lagi bajet utiliti perbelanjaan. Oleh itu, kita kena mula terapkan tabiat jimatkan penggunaan elektrik!. Diharapkan tips di bawah mampu membantu anda untuk mula menjimatkan penggunaan barangan elektrik di rumah : P

  • Padam semua lampu bilik atau ruang yang ada di rumah sekiranya tiada sesiapa di situ.Sebagai contoh, jika anda sekeluarga berehat di ruang tamu, pastikan lampu bilik tidur, ruang makan atau dapur di tutup
  • Tutup semua suis peralatan elektrik dan elektronik jika tidak digunakan. Sebaik-baiknya jangan dibiarkan dalam mode ‘standby’.
  • Sebaik-baiknya gunakan kipas angin (kipas dinding atau kipas berdiri) dan elakkan penggunaan penyaman udara. Tapi kalau dah panas sangat dan tak tahan barulah gunakan penyaman udara.
  • Gunakan satu mentol lampu yang besar jika memerlukan lebih pengcahayaan berbanding menggunakan mentol yang bersaiz kecil tetapi banyak bilangannya.
  • Mendidik ahli keluarga yang lain agar menutup suis lampu, kipas atau alatan lain setelah meninggalkan sesuatu bilik atau ruang.
  • Pasangkan lampu di luar rumah jika perlu sahaja seperti menunggu kedatangan tetamu, menyambut sesuatu perayaan atau ketika mengadakan sesuatu majlis atau kenduri.
  • Elakkan penggunaan mesih basuh yang melebihi muatan (‘overload’) atau pun muatan penuh. Sebaiknya muatan tidak terlalu penuh. Selain hasil cucian yang kurang bersih ia juga mengakibatkan penggunaan tenaga elektrik yang berlebihan.
  • Pastikan pintu peti ais ditutup rapat setelah digunakan.
  • Rajin membersihkan habuk atau debu yang terdapat di koil peti ais anda. Freezer yang penuh mengurangkan penggunaan tenaga. Jadi sekiranya ‘freezer’ peti ais anda kosong, isikannya dengan kiub ais atau bekas ais supaya tenaga tidak dibuang begitu sahaja.

P/s: Antara tips yang lain yang boleh adalah, kurangkan penggunaan komputer, handphone, tap, lappy dan segala mak nenek teknologi yang ada, yang kaki online berani sahut cabaran ini? dalam usaha menjimatkan penggunaan elektrik : p


39 comments:

  1. wahhhh...nanti dayat suroh my parent bace this one..hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha.ha. jangan lupa dayat forwordkan kpada parent nanti :)

      Delete
  2. Yang kaki online senang jaaa nak jimat. Online dlm gelap, buka tingkap luas2 dan off kipas, charge laptop bila dah ada warning battery nak kong. Ha. Simple kann??

    * Mcm ada pengalaman je bunyi ni. Hahaha :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha..ha. vee mcm pengalaman sendiri je.. x pe nak online punya pasai..janji cara ni leh jimat elektrik ha.ha.. :)

      Delete
  3. kena kurangkan guna air cond. yang tu memang penyumbang terbesar...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. air con memng penyumbang terbesar..penggnaan elektrik..tinggi..

      Delete
  4. Be the one who pays the bills, inshaAllah we will pay more attention onto savings electricity xD I live in apartment away from family, so I had to reduced the usage of electricity as much as I can, except for my laptop lol xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha..ha. it right bro.. if pay BILL by u self.. u will know the limit use the source ;p

      Delete
  5. Tahnks for the tips...part online dalam gelap ok..tapi kipas mesti onnn...panas !!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la..mcm mana pun kipas mesti kena on!

      Delete
  6. Nk jimat lg,pinjam letrik jiran masa nk cas tepon,tab,laptop..ngeh..ngeh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha..ha.. good idea..nanti bleh practicekan...

      Delete
  7. Setuju.. bab ahli keluarga ni mmg kena didik especially anak2 agar eletrik x membazir.. t kasih diatas tips yg berguna ni.. :)

    ReplyDelete
  8. terima kasih, insyaAllah akan diamalkan. hahhaaha. aku sanggup sahut cabaran tu. nanti cas kat ofis je. kekeke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha..ha.. ada dua opsen satu cas kat umah jiran..
      lg satu cas kat opis.. pilihlah mana yg bkenan di hati :)

      Delete
  9. sangat bermanfaat semua tips ini.. tak susah nak berjimat kan..

    ReplyDelete
  10. tak dapat la den nak kurangkan kegiatan online ha ha , tapi yang len tu insha allah boleh kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. he..he,, usaha tangga kejayaan sis :) good luck try tips diatas :)

      Delete
  11. niesa kena belajar tido tutup lampu sbb masih blm biasa..huhu..nice tips.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hu..h ni mesti kes takut tido dlm gelapkan niesa :)

      Delete
  12. petrol naik, tariff elektrik naik, harga barang pun naik juga...bak kata pemimpin, tukar gaya hidup...hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. another piliha.. tukar pemimpin sekali? tetiba!! ;P

      Delete
  13. good tips bro. bleh tambah buat earth hour stiap minggu. haha

    ReplyDelete
  14. bab jimatcermat letrik ni aunt mmg suka tp org la ni suka terang benderang hbs lampu sebuah rumah nk d on kan....bila dpt bil mula pandang org itu, org ini, ish xberkenan betul aunt...

    ReplyDelete
  15. sangat bagus tips ni, ika merupakan salah seorang yang sangat suka membazir elektrik, kipas 24jam, selamat jarang on air cond, klu tidur lampu buka --'
    hukhuk kena ubah ni~

    ReplyDelete
  16. terima kasih bro..lepas ni boleh laa sy cuba..lately nak bayar bil letrik mcm tinggi jer..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  17. Dan jangan lupa gunakan peralatan elektrik dan elektronik yang jimat penggunaan elektrik..

    ReplyDelete
  18. ayah akak praktikkan semua di atas. maklum , anak 11, kami diajar berjimat. tapi..bila turn kami anak2...selagi tak tidur, semuanya terpasang.

    ReplyDelete
  19. Bagus juga ada peringatan macam ni. Kalau kat Jepun dan Korea dari anak-anak lagi dah diajar berjimat cermat dengan air dan elektrik, tak macam kat malaysia ni

    ReplyDelete
  20. Bil Elektrik TNB rumah teres, apartment, condo/ kedai / office anda melambung tinggi??
    Sy ada buat SERVIS JIMAT ELEKTRIK di seluruh semenanjung Malaysia. Boleh jimat tenaga elektrik 30-50% tiap bulan.
    Sesiapa yg perlu khidmat saya ni, sila WhatsApp / SMS Khai +60133332502 . Memang berkesan, berbaloi & menjimatkan.
    Layari http://selangorshop.com

    Meter utk rumah (single phase) : RM450
    Meter utk rumah, restoran, kedai & & pejabat (three phase) : RM1150

    ReplyDelete
  21. Bil Elektrik TNB rumah teres, apartment, condo/ kedai / office anda melambung tinggi??
    Sy ada buat SERVIS JIMAT ELEKTRIK di seluruh semenanjung Malaysia. Boleh jimat tenaga elektrik 30-50% tiap bulan.
    Sesiapa yg perlu khidmat saya ni, sila WhatsApp / SMS Khai +60133332502 . Memang berkesan, berbaloi & menjimatkan.
    Layari http://selangorshop.com

    Meter utk rumah (single phase) : RM450
    Meter utk rumah, restoran, kedai & & pejabat (three phase) : RM1150

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca