Adakah Kamu Gay? | www.sobriyaacob.com

Tuesday, December 17, 2013

Adakah Kamu Gay?


Assalamualaikum dan salam sejahtera, ya! mesti ramai yang terkedu membaca tajuk entry kali ini, Are you GAY! simple question tapi penuh dengan 1001 tanda pertanyaan? Sebenarnya perkataan gay antara keyword yang selalu singgah di blog aku VS kehidupan, saya tertanya-tanya juga adakah blog ini adalah sebuah blog yang memaparkan adegan video gay atau menulis entry berkaitan dengan kaum Homo. Setahu saya tidak pernah sekali saya berkongsi entry mengenai kaum gay, seperti kaum gay di malaysia, pesta gay malaysia, gay melayu ataupun ciri-ciri lelaki gay ataupun punca utama banyak keyword gay masuk ke dalam blog ini penulis blog adalah seorang gay ataupun mempunyai wajah dambaan golongan homo?  itu yang menjadi kemuskilan sekarang?  :P 

Antara sebab lain kenapa banyak keyword gay masuk ialah gay = bermaksud gembira, bermakna ramai yang membaca entry di blog picisan ini berasa sangat gembira! yes *im so gay*

"Gay traditionally means "happy", but in Modern English it also means homosexual. This meaning is more common now. The word "gay" describes a person who is sexually attractedto and romantically interested in people of the same sex instead of the opposite sex. This means males who like other males or females who like other females."
Untuk entry kali ini saya ingin berkongsi pandangan saya mengenai dunia gay, hakikat kehidupan, tidak siapa boleh menafikan kehadiran komuniti gay di dunia / Malaysia, malah di negara luar golongan ini diktiraf, ingat la kes Paderi gay Malaysia yang berkahwin dengan kekasih sesama jenis di New york  dan kes bekas pelajar tajaan Petronas, ariff alfian bersama jonathan, gay daripada dublin itu antara sedikit sebanyak kes gay di malaysia yang dipaparkan oleh Media Tempatan.



Tajuk berita Utama Harian Metro, *Takut berita sentiasa sensasi, kadang-kadang berbau lucah* Jodoh tutup malu“ Saya diliwat ketika usia perkahwinan baru masuk hari ketiga. Selepas itu dia hanya pulang ke rumah sekali-sekala dan setiap kali balik dia mesti mengajak saya melakukan hubungan kelamin termasuk luar tabii. Tanpa pilihan, saya terpaksa menurut saja kemahuannya,” katanya. 


Foto


Sebab banyak komen yang saya baca di facebook menyalah kaum wanita itu membuka aib dan pihak lelaki pula dituduh sebagai gay, yang tidak mempunyai nafsu kepada isterinya *itu antara pandangan orang ramai *Membuatkan saya terfikir adakah lelaki itu seorang gay ataupun memang jenis lelaki yang suka melakukan seks di luaar tabii, berbalik kepada kes ini, adakah Pihak pengantin lelaki disuruh kawin, walaupun dia tidak beringinan untuk melakukan perkara tersebut? tetapi disebabkan paksaan keluarga, status dan pandangan masyarakat sekeliling . Mungkin ramai yang beraggapan lebih baik berkawin, daripada terus hanyut, saya juga berfikir sebegitu, mungkin melalui perkahwinan yang diredhai oleh allah, lelaki itu boleh berubah untuk mencintai wanita, tetapi bukan dengan melalui paksaan, sekiranya lelaki itu ingin berubah dia memerlukan wanita yang sanggup menerimanya keadaan dirinya seadanya,  sentiasa membantu dalam proses untuk lelaki itu berubah.

Sebenarnya saya pun tak begitu paham dengan kes wanita ini, tapi saya berasa simpati dengan nasib yang dihadapi, sudahlah menjadi pengganti kepada pengantin wanita, kerana pengantin asal menghilangkan diri, dibuli oleh mertua, dan lelaki yang dikahwininya bukan calang-calang pekerjaan, bekerja sebagai doktor tapi nafsu? semoga allah menguatkan semangat anda ya!. kepada bekas suami si isteri mungkin anda pun mempunyai alasan tersendiri kenapa bertindak dekemikian, semoga allah merahmati dan memberkati anda berdua, Rasionalnya berkahwin tanpa mempunyai kefahamanan yang tinggi mengenai tututan perkahwinan dalam islam, lebih banyak merasai racun daripada kemanisan madu, berkahwinlah kerana Allah s.w.t bukan kerana tuntutan nafsu :(


Sebenarnya pada zaman sekarang bukan susah untuk mengenali lelaki homo, walaupun banyak article ditulis untuk mengenali ciri-ciri lelaki gay dan sesetengah article yang ditulis adalah klakar dan tidak logic akal,  dari pembacaan saya  mungkin 70% adalah betul.  

Tidak silap saya, sebelum ini ada satu article yang dikeluarkan oleh pihak kementerian mengenai garis panduan untuk mengenali golongan gay di malaysia. Cara-cara untuk mengenali lelaki itu gay atau lurus.

  • Memakai baju v-neck-bermaksud lelaki yang memakai baju jenis v-neck adalah gay! jadi kurangkan memakai baju v-neck dan beralih kepada baju round nect, kalau tidak anda akan dicop sebagai seorang gay.
  • Suka memakai baju berwarna pink, sebenarnya warna pink sangat menawan tapi bukan semua orang berani memakai baju berwarna pink, pertama disebabkan oleh tidak kesesuaian personaliti dan rupa pemakai itu sendiri. Tapi sekiranya anda memakai baju pink tidak bermakna anda gay, cuma kebanyakkan adik-adik suka memakai baju berwarna pink, secara tidak langgsung ramai beranggapan warna pink adalah warna gay.
  • Mempunyai rupa kacak dan berbadan sasa, ini antara fakta yang saya rasakan 50-50. Setahu saya ramai lelaki yang berwajah kacak bukan gay dan mereka adalah gay! Ya sekiranya anda gay mesti anda mahukan pasangan gay yang kacak dan bertubuh sasa, samalah juga sekiranya anda wanita mesti mengidamkan sang suami berwajah kacak dan bertubuh atlit serta mempunyai budi perkerti yang baik serta menawan, tapi janganlah dambakan lelaki yang berwajah kacak tapi seorang palayboy, tapi carilah kerana budi pekertinya. Sekiranya anda lelaki mesti anda ingin wajah yang elok walaupun tidak hensem, wajah sentiasa kemas dan bersih dan ramai lelaki teringin mempunyai tubuh yang sasa termasuklah saya. Rupa dan bentuk badan adalah subjektif semuanya bergantung kepada penilaian dan taste masing-masing.
  • Suka memakai baju ketat-ketat, owh ini yang paling susah sebab apa, kalau anda dikategarikan bertubuh boroi atau gemuk, memakai baju ketat adalah amat klakar dan memalukan kecualilah anda mempunyai bentuk badan yang ok, jadi bagaimana cara untuk mengatasi perut borol sila klik di di atas dibahagian kesihatan, disana banyak saya kongsikan tips berkaitan kecergasan *promote link sekejab*. Ya memang trend zaman sekarang kebanyakkan lelaki suka memakai baju yang agak ketat bersama seluar skinny, itu bukan bermakna mereka gay *sekiranya mereka gay, saya tidak tahulah* lebih kepada lelaki metroseksual / urban suka menjaga penampilan diri, lagipun sekarang banyak remaja suka kepada trend k-pop, mungkin penampilan yang dibawa membuatkan orang yang memerhati keliru :P

Sebenarnya dunia gay adalah luas, sama ada kita ambil peduli atau tidak. Isu ini sudah banyak kali dibangkitkan oleh pihak media massa dan akhbar contonya majalah mastika, majalah solusi dan rancangan 999 siap bagi keterangan detail mengenai dunia plu dan istilah yang diguna pakai. Di bawah adalah istilah yang sering digunakan oleh golongan gay. Nak tahu apa maksud perkataan di bawah sila google sendiri.

  • PLU: people like us
  • Homo: Homoseksual
  • T: TOP
  • B: Bottom
  • F: Flexsibble

Dan salah satu cara lagi untuk menentukan kamu bernafsu songsang adalah cuba menjalani gay test radar! ya sekarang banyak aplication gay test, sekiranya jawapan yang anda perolehi lebih ke arah kesitu, itu tidak bermakna anda seorang gay. It just are test! kebenaranya & jawapanya hanya diketahui oleh orang itu sendiri.

Ada seorang kawan saya pernah berkata, seorang gay ini ada kelebihan dimana mereka sendiri boleh mengenai sama ada *seseorang itu gay atau tidak* ia seperti gay radar, contohnya orang yang kita beranggapan lembut adalah gay tetapi rupanya yang berperwatakan biasa, keras itu adalah seorang gay. Bermaksud kita jangan mudah membuat penilaian terhadap seeorang induvidu, sekiranya kawan anda adalah gay jangan pinggirkan mereka, bantu mereka mengatasi masalah yang dihadapi, jangan pulaukan mereka atau memburukkan sejarah silam mereka secara tidak langsung akan menyebabkan mereka terus hanyut dilambung ombak. 

Saya ada perasan dikalangan blogger yang saya follow, ada juga yang di link blog  mereka follow adalah blog gay, ya mungkin mereka follow blog sebegitu untuk berdakwah ataupun mereka sedang melakukan tesis / kajian mengenai dunia gay *berfikir cara positive*. Dulu kawan saya pernah kata kebanyakkan penulis blog adalah gay? itu bermakna saya pun gay la ya? ya betul kebanyakkan penulis blog adalah gay, saya akui itu adalah fakta yang tepat, kerana gay bermaksug gembira, jadi kami bloger sangat gembira dengan entry-entry yang kami hasilkan walaupun sekadar entry picisan.  Sekiranya seorang  blogger itu  menulis entry berkaitan entry lucah gay dan post gambar-gambar serta video gay, sah-sah dia seorang gay :P 

"Ya Allah, jauhkan aku dan keturunan aku dari penyakit sosial ni, andai Engkau ingin mengujiku dengan nya, maka berikanlah aku sebaik-baik pembimbing dan penyelesaian. " Sesungguhnya Engkau lebih mengetahui lebih dari apa yang aku ketahui"


P/s: Yang pasti golongan homoseksual adalah golongan yang dilaknati oleh allah, ya setiap orang mempunyai sejarah silam yang tersendiri, janganlah kita cepat melatah dengan kesilapan yang lepas mereka lakukan, bantulah berilah peluang untuk mereka berubah, kerana setiap hambanya tidak lepas daripada melakukan kesilapan dan allah sentiasa mengampuan hambanya yang bertaubat. *peringatan khas untuk diri sendiri dan semua yang membaca*

P/s/s: Kebanyakkan pembaca blog saya adalah golongan wanita mari kita minta pendapat daripada mereka. *teringat satu quate, jangan hidup dalam penafian, cubalah menjadi diri sendri dan berubahlah* maksudnya jika anda ingin berubah menjadi diri sendiri ,sama ada berubah dari sudut positive atau negatif ! tepuk dada tanya pemikiran, bukan tanya nafsu!


48 comments:

  1. golongan gay n i x kesah dgn wanita . jadinya klu ada wanita yg mempunyai kawan lelaki yg gay , lbh mudah bagi mrk utk mendekati seterusnya menasihati . nak kenal lelaki gay ni , kita blh lihat cara dia memandang lelaki lain . ada sekali tu saya berada di pameran bunga di putrajaya , berehat sebentar di tepi tasik sambil melegakan tekak . berhadapan dgn saya adalah pasangan gay yg masih muda . berpakaian sedondon berwarna hitam . mereka sangat mesra dan penuh kasih sayang . ada ketikanya pasangan itu berbaring di atas rumput dengan gaya yg penuh romantik . mrk selamba jer wpun di situ ramai ibu bapa yg sedang menemani anak - anak bermain di playgoround ! - ehem , cam dah leh wat entry jer nih ... heheheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ker vee...teruskan bercerita menarik ni...meluat nk termuntah melihat perilaku lelaki begitu...

      Delete
    2. tq 4 sharing vee.. ya skiranya ada wanita mempuyai kawan gay lagi mudah untuk menasihati dan mendekati mereka, sebab x ada jurang yang jauh..senang utk berkomunikasi..
      owh yang berani menonjol secara terang-terangan sperti yg sis ckp.. penuh romatik n kasih sayang di tempat awan..owh sungguh dasyat :)

      Delete
  2. hahha.. lawak. tak semestinya pink tak sesuai dgn lelaki. cute ape.
    bella pnh kwn dgn gay, sifat same mcm prempuan bila tgok laki, but lg over.
    just luaran look normal person =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh ya ke bella.. pink..sesual kalau muka jambu..kalau pecah rumah pakai clour pink..memng x sesuail..nampak mcm tpaksa je pkai baju tu..ha.ha..yg lg over tu! bhayakan...

      Delete
  3. Kisah benar digoda GAY~ Saya sendiri pernah mengenali seorang lelaki yang langsung tiada ciri-ciri seorang lelaki gay. Dia menyapa saya secara tiba-tiba di sebuah pusat membeli-belah, bertanyakan sesuatu. Tapi, dalam tempoh perbualan singkat, saya merasakan ada sesuatu yang pelik. Gaya bahasa dan 'gerakan' tubuhnya mengatakan dia bukan 'lelaki' sejati. Gerak hati saya merasakan sesuatu. Dan ternyata benar, dia cuba meramas saya dalam ruangan tertutup, malah menawarkan sesuatu yang tersangat menjijikkan! Yaks...nasib baik penumbuk sulung tak singgah menyapa kepala si gay tersebut. Saya tinggalkan dia dengan seribu persoalan ~ pengalaman pertama digoda gay.. Jadi, apa perasaan saya bila teringatkan peristiwa pahit itu? SANGAT MENYERAMKAN!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq 4 sharing bro! kadang2 kita pun x sangka lelaki yg kita pandang str8 rupaya homo.. tapi sampai cuba nak mengambil kesempatan walaupun baru kenal..agak2 la..nasib baik x kena penumbuk free2..bro kan.. saja mencari masalah sendiri...

      Delete
  4. saya x de pengalaman dengan gay ni . cuma kalau nak bawa dia kembali kepada Allah , kita perlu jadi kawannya dulu . jadi lebih mudah kita nak tahu isi hatinya dan cara terbaik untuk menasihatinya ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju dgn pendapat qaseh.. terima kasih sudi bkongsi..

      Delete
  5. isu gay atau lesbian bukanlah perkara yang baru.. sejak zaman dulu iaitu kaum nabi luth yang juga mengamalkan homoseksual telah dihancurkan oleh Allah.. setiap manusia pasti tidak terlepas dari melakukan kesilapan, semoga mereka itu segera insaf dan bertaubat serta kembali ke pangkal jalan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sis..isu ni dah lama terjadi daripda zaman dahulu sampai skarang.. ya setiap orang tidak terlepas utk melakukan kesilapan..yang penting masyarakat jgn judge sesuka hati dgn sejarah silam mereka.bantu mereka..dan pintu taubat sentiasa terbuka :)

      Delete
  6. tapi bila tengok budak² lelaki zaman sekarang suka dressing ala-ala gitu la dik..
    camno tuh??
    mase tu terus terpikir seb baik bukan jadi muda remaja lagi pada zaman ni..
    kalu still muda belia lagi zaman sekarang ni.. memang pening la kepala nak cari 'lelaki' yang benar² lelaki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin terpengarauh dgn fesyen k-pop * jgn kpop fan maki aku plak!* tgok sajalah bgaimana cara mereka dresup / mugkin mngikut psekitaran malaysia..kadang2 artis malaysia sendiri pun dress mcm tu..tpngaruh dgn media massa rasanya.. ha..ha. kalau x mesti pening nak cari lelaki betul2 lelaki..tapi kbnyakan lelaki skrg metroseksual.means pandai berfesyen.. tapi x suma gay..

      Delete
  7. biasanya golongan gay ni kalau berkahwinpun mungkin atas paksaan keluarga atau ada niat utk berubah ttp selagi mereka duduk dalam kelompok geng2 mereka, perubahan itu sememangnya tersangat sukar. bagi golongan lesbian atau pengkid pula alasan yg sering diberikan adalah kerana kecewa dgn cinta lelaki. apa-apa pun ingatlah cinta Allah itu jua yang agung, apabila kita meletakkan cinta Illahi pd tmpt yg teratas, insyaAllah hidup pasti terhindar drpd perkara2 spt ini. segalanya berbalik kpd agama.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju dgn pendapat fatin.." ttp selagi mereka duduk dalam kelompok geng2 mereka, perubahan itu sememangnya tersangat suka" ya semuanya berbalik kepada kpd agama.. kadang untuk melakukan perubahan kita terpaksa berubah walaupun x menyukai cara itu ataupun perubahan secara perlahan yang pasti setiap prubahan yg dilakukan membawa 1001 kebaikan..smuanya terpulang kpada induvidu itu sendiri..

      Delete
  8. dah tentu2 salahkan... isyh susah nak tulis banyak2 yang penting doa untuk keturunan kita tak der ler terjebak dalam musibah itu..

    ReplyDelete
  9. bahaya nak komen ni..tapi pernah jumpa..boleh kenallah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya isu ini agak sensetif.. tq 4 komen :)

      Delete
  10. hahahaha...there's a lot people like this kann sekarang ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya lucas..smuanya ada berada di sekeliling kita..itu x boleh dinafikan :)

      Delete
  11. 1 rumah 1 gay kot la ni.. xde sapa nk jadi camni.. kalo leh elak.. elak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh satu begitu..tq 4 sharing opinion bro :)
      x semua mintak jadi begini..tapi kalau sudah terlibat bayak jalan lain utk bpatah balik.. :)

      Delete
  12. Lelaki Allah pilih sebagai khalifah dunia oleh itu jadilah lelaki sejati yg sempurna emosinya n bukannya ayam kunyit seperti gelaran yg diberi org sekarang...terima kash banyak masukan kak dlm senarai bloglist sobri

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul akak..lelaki diturunkan utk menjadi khalifah.. owh bahasa ayam kunyit tu first time saya dgr!.. sama-sama kak :)

      Delete
  13. Seram bila baca...mintak dijauhkan dari golongan ini..

    ReplyDelete
  14. Semoga kembali kpd normal.. tak pnh ada kwn2 gay ni

    ReplyDelete
  15. sekarang ini semakin menjadi2 kan.. ishhh acik pernah fdi gangu gay ini ya ALLAH bantulah mereka

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga dijauhkan.. tq for sharing acik :)

      Delete
  16. agreed with few thing...tapi ade few ciri-ciri di atas macam budak hipster pun ade...isk..isk..aku pun kekadang confused...hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya aku pun baca stement yg pnah dikeluarkan oleh kementerian dlm usaha membentres kaum homo di malaysia agak lawak.walaupun terdapat yg betul.. betul bro kebanyakkan ciri2 remaja skrg memng suka berfesyen.. itu kadang2 ramai yang salah taksir..contoh skrg kegilaan k-pop..dress ala2 k.pop aku yg tgok pun kompius..tapi x bermakna dorg gay..mungkin atas faktor pengedaran zaman dan evolusi perkembangan fesyen sampi membuatkan ramai yg memandang komfused!!

      Delete
    2. betul tu..zaman kita dulu aku rasa ade hip hop, punk, skin, grunge and rock jer...hehehe..itupun semua dressing lain2 style..dari jauh leh cam...hahahaha

      Delete
  17. Allah! Ini laa antara topik yang ika paling geli nak bualkan...sebab ika pernah terlibat dengan case camni...yaAllah, memang geli habis laa...someone yang ika pernah kenal satu ketika dulu dituduh gay, dan berkawan sebilik dengan lelaki gay yang lain...haishhhh...
    sometimes pelik kenapa lelaki yang handsome yang berbadan sasa ni jadi gay...adakah kerana mereka tak percaya pada perempuan? atau pernah dikecewakan oleh perempuan? pelik kan sobri....

    terus terang cakap, tunang ika pun ada juga laa rupa tu, berpakaian pun sangat smart...macam macho laa..tp takut juga kalau dia gay..kahkahkah...sebab dia dengan kawan lelaki dia gila2 rapat..dorang siap takut2kan ika lagi cakap dorang gayboy.. --' rasa nak lempang je sorang2 miahahaha
    tapi rupanya dorang ni jenis lelaki yang menjaga penampilan diri..tak nak selekeh2 etc...bia laa muka tu tak handsome ke etc asalkan lelaki sejati...ekehkeh

    trauma ika dengan gay2 ni...tak nak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya topik yg geli tapi banyak memberi respon..atl ease x la komen nice info ha..ha.. ramai juga yg membaca..tapi hakikat komuniti gay di malysia memng wujud.. ada di sekeliling kita..saya sendiri ada kawan gay, tapi saya x pernah judge / menghukum dia ..cuma mampu memberi kata2 supaya terbuka utk berubah..it true semua org ada pendapat masing dan kita menghrmati tapi yg salah tetap salah..
      kalau ika tertanya kenapa lelaki sasa dan hensem jadi gay..itu pun persolan sudah lama saya fikirka.. memng golongn gay ni kbanyakkan yg hensem..tubuh sasa..pandai jaga penampilan diri..memang perfect 10!. tapi sayang..itulah kita pun x tau apa sejarah mereka jadi sebegini.. pernah dikecewakan atau memng naluri..

      owh mungkin tunang ika seorg yg suka jaga penampilan..eh kawan dgn lelaki rapat x smestinya gay..nanti klau kawan2 rapat2 sangat dgn prempuan timbul masalah lain plak kan? ha..ha...tapi selalunya lelaki yg ckp dorg gay boy..hakikatnya x..insaallah tunang ika stra8 ha..ha.. ha...saja nak usik2 manja ..insaallah kebayakkan lelaki dkat malysia masih lelaki sejati..walaupun dia jenis lembut tapi masih bernafsu kpada wanita , keras..macho..x bermana dia gay.. klau dia pnah wat kesilapan..itu antara dia dan tuhan yg penting dia berubah..dan terima lah prubahanya tanpa memikirkan sejarah lampaunya .. titikkk..panjang balasan utk hari ini :)

      Delete
    2. memang, sebelum ika pindah melaka dulu (cuz sebelum ni ika duduk kl), kat tasik permaisuri tu ramai je lelaki berkepit2 dengan lelaki....dan pelbagai aksi lain..faham2 jela kan...ika pun akan faham kalau dorang jadi macam tu atas sebab2 tertentu...tapi entah laa sobri...dia macam naturally meluat tengok lelaki gay...bukan rasa tercabar ke ape..tak...tapi rasa macam "sayangnya, dia ni lelaki tapi bukan "lelaki" lagi dah"..haaa..ahahahah...insyaAllah kita sama2 laa doakan mereka2 ni kembali ke jalan yang benar...kalau ada kawan2 yang gay, try nasihat secara berhemah...jgn mencemuh...kan :)

      ahahahaha..takde laa...dorang suka sangat menakut2kan ika cakap dorang gayboy...kang ika fikir lain kang baru dorang tahu kan miahahaha...tapi sebenarnya suka juga tengok dia ada kawan2 rapat...sebab suka tengok keakraban dorang.... :) kadang2 jeles kat dia sebab ika ni asyik jumpa kawan perempuan yang tikam belakang je ahahahah..betul laa ape sobri cakap tu, lelaki yang lembut tak semestinya gay, sebab ada je yang jenis sangat berbudi bahasa and maner tip top...huuu...ika ada je member lelaki yang lembut masa zaman sekolah dulu tapi ada gf cun haa..ahahahah

      yup, kalau dia dah berubah tu..jgn kita ungkit lagi sejarah dia..terima seadanya sekurang2nya dia masih ada kesedaran untuk jadi lebih baik dan berubah :)
      klik2 transition n churp2 :)

      Delete
    3. suka stement bkan terasa tercabar ke apa? ha.ha.. mendalam ayat tu..insaallah kita doakan semunya akan baik2 belaka..insaalah :)

      Delete
  18. Ntah la ya... secara jujurnya ida memang takut dgn lelaki gay ni... ida rasa macam dorang ni memandang sinis jer dgn pompuan...

    ReplyDelete
  19. pasni buat satu entri pasal lelaki metroseksual plak eh.... adakah metroseksual juga dikatakan gay..? hehe....

    ReplyDelete
  20. wah tajuk kontroversi ni sobri...nway yang baju pink tu tak kot..coz kita ada aje kawan yang pakai..tapi rasanya bukan gay kot..he..he. Click-clik transition & churp-churp kat sini...

    ReplyDelete
  21. hehe...yg V-neck tu actually mmg betul...rata-rata kawan sally yg berpengalaman pun sama...actually ada je antara kwn-kwn sally yg gay...ada yg secara terangan n ada jugak yg cuba menutup...tp kami takde la pertikaikan...cuma masih berusaha utk kasi mereka tempat dlm komuniti...

    one of the reason yg kawan sally ckp...sbb adik beradik semua perempuan...so, dorg terikut...and yet it is...tp kalau jmpe yg gay atau lesbian...jgn la hina...cuba bantu bawa mereka ke pangkal jalan :)

    ReplyDelete
  22. niesa ada la 2,3 org kwn yg gay..mula2nya mereka sorok2 status mereka..tp bila dh lepak reramai ni mula la kan klua ceritanya..muka hensem tp..huhu...zaman sekarang status gay ni org dh xsorok2...

    ReplyDelete
  23. garis panduan yg dikeluarkan kementerian tu macam pelik je.. x kan semua orang badan sasa, pakai baju ketat2, dah kena cop gay.. hahahah

    ReplyDelete
  24. Melawan hukum Tuhan maknanya mencari bala untuk diri sendiri. Kesian juga pengantin perempuan tu, marilah berdoa supaya dijauhkan keturunan kita dengan perkara mungkar ni .

    ReplyDelete
  25. Masalah gay ataupun lesbian ni mmg merisaukan.. semoga kita, keluarga & keturunan kita semua dijauhi dari perkara2 yg dilaknati spt ini.. aamiin.

    ReplyDelete
  26. masih mencari.. dan sampai hari nie.. still blur..apa punca sebenarnya mereka nie boleh jadi gay.. ada yang kata dah mempunyai naluri nie sejak dari sekolah rendah lagi.. adakah berpunca dari keluarga..? still x jumpa jawapan.. seorang perempuan normal memerlukan cinta dan kasih sayang seorang lelaki sejati...andai semua lelaki gay.. ke mana hilangnya cinta sejati.. saya sangat sedih dengan golongan gay.. memang bukan pilih mereka untuk di uji begitu.. xtahu kenapa mereka boleh jadi macam tu..tapi Allah dah merencanakan sesuatu yang terbaik di sebalik ujian.. cuma mahu atau tidak sahaja berperang dengan kecelaruan.. semoga Allah memberi hidayah pada mereka untuk kembali kepangkal jalan. Allah uji mereka dengan dugaan yg hebat. bila mereka berjaya lawan dan kembali kepangkal jalan.. mereka sangat2 hebat. berperang dengan nafsu dan naluri sendiri untuk kembali str8.. when u did it.. tell me plez.. saya yakin ramai ja gay di luar sana yg berjaya berubah menjadi straight.. in shaa Allah jika kita ikhlas Allah akan permudahkan.. i know u can do it.. :')

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca