Kepentingan Mengambil Sarapan Pagi | www.sobriyaacob.com

Saturday, December 28, 2013

Kepentingan Mengambil Sarapan Pagi


Assalamualaikum dan salam sejahtera, rasanya sudah lama saya tidak berkongsi tip-tips dan panduan berkaitan kesihatan, asyik-asyik entry berkaitan dengan travel :P Seperti yang kita sedia maklum sarapan pagi, merupakan hidangan terpenting dalam diet harian. Persoalannya mengapa sarapan sangat penting kepada kita?

Sebab dari kecil emak saya memang mementingkan mengambil sarapan pada waktu pagi, ingat lagi emak saya tidak pernah sekali terlupa  menyediakan sarapan sebelum ke sekolah, sebab tidak suka perut anaknya kosong ke sekolah, kerana ia akan menggangu focus untuk belajar, emak selalu berpesan sesibuk manapun sarapan pagi jangan dilupa! *i love u mom* Cuma bila sudah belajar di Ipt dan berdikari, pengambilan sarapan pagi memang selalu tertinggal dan tidak teratur, Jadi entry kali ini adalah peringatan kepada saya dan anda semua berapa pentingnya pengambilan sarapan pagi secara teratur, tambah-tambah bagi yang sedang berdiet, kerana mengelakkan mengambil sarapan bukanya membantu anda mengurangkan berat badan malah anda berpontensi untuk lebih gemuk! disebabkan cara diet yang tidak betul :P


Sarapan amat penting kerana setelah semalaman anda menghabiskan masa dengan tidur, sudah pasti perut menjadi kosong dan tubuh badan kekurangan air. Ini bermakna anda telah terhidrat, kandungan gula di dalam darah juga menjadi rendah dan ini bermakna tubuh badan mempunyai tenaga yang sedikit.

Mengambil sarapan pagi sebenarnya membantu untuk mengurangkan berat badan kerana ia mengelakkan seseorang itu daripada mengambil makanan ringan atau snek sebelum tiba waktu makan tengahari. Bagaimanapun, untuk memastikan tubuh badan mendapat tenaga yang mencukupi sebelum tiba waktu makan tengahari, sarapan yang diambil perlulah sihat dan berkhasiat. Bukannya berlemak dan tinggi kolesterolnya.


Hidangan ini bukan sahaja enak malah menyihatkan dan mudah untuk disediakan.

  • Sediakan semangkuk salad sebelum anda masuk tidur. Keesokan harinya, hidangan ini boleh dijadikan sarapan pagi yang berkhasiat dan rendah lemak.
  • Roti bakar boleh menjadi enak dan berkhasiat jika anda bijak menyediakannya. Gunakan roti tinggi serat, bukannya roti putih. Untuk menambah perisa, sapukan sedikit mentega kacang dan taburkan sedikit kismis.
  • Muffin juga pilihan yang baik jika ia mengandungi bijirin atau cebisan buah-buahan. Bagi menjimatkan masa, cubalah luangkan masa seminggu sekali untuk membakar hidangan ini. Muffin boleh disimpan lama, tidak lebih dari dua minggu.
  • Jika ingin cepat, sandwich tuna bersama keju dan sebiji epal merupakan pilihan sarapan baik. Kombinasi ini mampu membuatkan perut kenyang sehingga waktu makan tengahari.
  • Semangkuk bijirin sarapan pagi yang dicampur dengan susu segar merupakan sajian sarapan sangat berkhasiat dan amat mudah untuk disediakan. Untuk menambah selera, masukkan beberapa hirisan buah seperti epal, pisang atau strawberi.
  • Telur dadar bercampur sayur-sayuran segar seperti lobak merah, brokoli, daun seleri, atau cendawan juga pilihan sarapan yang baik kerana ia tinggi protein.
  • Untuk melengkapkan hidangan sarapan, minum jus buah-buahan segar yang dikisar sendiri. Campurkan sedikit susu segar ke dalam jus untuk mendapat sedikit kalsium.


P/s: Melihat senarai sarapan dia atas memang sangat menyehatkan kaya dengan protein, karbohidrat, vitamin, bijiran dan pelbagai sumber-sumber yang diperlukan oleh tubuh badan. Persoalanya sekarang kita sedia maklum bagaimana jenis hidangan dan masakan sarapan orang melayu seperti nasi lemak, nasi goreng, roti canai, mee goreng dan lain-lain *sarapan yang sangat sedap dan terbaik di dunia* Tetapi adakah itu sarapan pagi yang menyehatkan, kurang kolestrol dan kurang berminyak? apa pendapat anda semua? :P


P/s/s: Apapun saya masih menyukai sarapan cara melayu berbanding sarapan western, tambah-tambah bijiran memang tak boleh masuk! lidah orang kampung katakan :P

21 comments:

  1. Sarapan pagi sememangnya penting utk kesihatan diri.. Klu sarapan mmg lebih berselera makan makanan melayu.. paling tidak pun dpt roti canai & teh tarik mcm dlm gmbr tu pun dah cukup menyelerakan.. asalkan kita sentiasa bersenam ok lah kot..
    menabung transitions sini.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah bro..sama la kita..memng selalu sarapan cara melayu.. yg pnting lpas tu bsenam.. tq atas pkongsian :)

      Delete
  2. ouch, saya jarang ambik sarapan. kelam kabut, itu ini. usually minum air suam and ready to go.
    it's not healthy. maybe i'll consider raisin muffin. sebab u said, tahan and berkhasiat.
    thank you for the sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya tapi klau kluar pg x sarapan..memng perut rasa kosong..apa2 mesti jamah something..dpat minum pun ok.. ur wc sis :)

      Delete
  3. breakfast memang penting.. ia mempengaruhi mood sepanjang hari kita.
    saya memang tak boleh skip breakfast en Sobri, kalau tak kena serang gastrik.
    satu hari tak boleh jalan.. haru...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah mood sesorg memng bleh dpngaruhi dgn pmulaan hari..klau dah spoll mood tu.. hole day..bad mood..he..he.. :) jadi makanlah hati senag ..pkiran tenang :)

      Delete
  4. Mesti punya, bru bertenaga...knor suka mkn roti canai banjir dgn teh tarik...nk cari sarapan lew ni...dgn encik suami...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha..ha.. betul tu nor.. the best sarapan dalam dunia :)

      Delete
  5. pagi pagi minum coffee 3 in 1.. rasa kenyang tapi entahlah sihat ke tidak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku plakbro..dlu masa stdy..selalu pg minum milo 3 in 1.. kalau ambil cafein pagi2 x tahan.. entah la ok ..btter dari prut kosong pergi kuliah :)

      Delete
  6. bersarapan pagi memang penting, mengisi perut sebelum mula berkerja...teringat dulu2 seisi keluarga berkumpul menyorok di dapur makan nasi lemak ,nasi ubi, nasi pulut bersama ikan sepat kering sebelum anak2 ke sekolah, ibubapa ke sawah atau ke laut...sarapan berat perlu untuk selesaikan kerja2 berat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah ada terbaca satu article.. sarapan org2 dlu2 berat sbab bayak kerja yg hendak diselesalkan..mcm ke sawah..laut..bkebum..cuma skrg kita bayak yg x kerja mcm tu.. tq for sharing experince sis..very appreciated :)

      Delete
  7. walau sesibuk mana pun kita, usah abaikan sarapan pagi.. akak pun suka yang cara melayu juga.. kegemaran akak semestinya makanan yang tinggi kalori iaitu nasi lemak.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. he..he.. sama la kak sarapan kgemaran kita..
      nasi lemak.. sarapan memang penting :)

      Delete
  8. life ika banyak habis dengan buku buku buku yang tebal haha, lepas tu clerk pesakit, lepas tu fokus clinical phase...lepas tu buku buku buku lagi...so conclusionnya makan ika memang tak teratur,..ika selalu missed breakfast, lunch dinner....selalu akn makan waktu supper...sekali makan satu hari....lapar tp terlalu banyak beban stdy..memang suka amik medic ni, memang suka T_T

    tp betul laa tu, sarapan memang penting...sejak ika kerap sakit, pastu dah kena bebel dengan abah, dengan encik tunang, telinga dah sakit so cuba arrange balik schedule makan n activity tu betul2 semula ahahaha

    ika datang menabung sini tau :)

    ReplyDelete
  9. nice entry... mmg penting sarapan pagi ni.. tapi ramai di kalangan kita yang skip breakfast... tapi amik brunch...

    ReplyDelete
  10. Dulu masa time bergelar student.. memang jarang sangat makan pagi nie.. makan lunch jer.. dinner pun kadang2 tak makan.. huhuhuu... sebab xde masa pun yer.. duit kurang pun yer.. hahahaa.. :D well itu jugak penyebab badan maintain kurus hahaha :P

    ReplyDelete
  11. Thanks for sharing sobri...sebelum ni niesa mmg xde ambik sarapan pagi..cuma sekarang je nk biasakan diri..tp xleh mkn yg berat2 mesti sakit perut..hehe

    ReplyDelete
  12. sarapan itu penting sama ada sedang berdiet atau pun tidak... mcm Gee Lion komen sarapan memberi kesan kepada mood sepanjang hari... setuju sangat... :)

    ReplyDelete
  13. setuju dgn sobri.. kalau dulu masa skolah rendah jarang nk makan pg tp bila dh study memang kena makan pagi kalau tak perut berbunyi. kuat pulak tu. nasib baik amalkan amek sarapan utk elakkan terkena gastrik

    ReplyDelete
  14. emak akakpun tak pernah lupa buat sarapan. At least kalau tak sempat bagi anak kita makan pagi, kena beri dia minum susu atau makan roti...

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca