Azam Tahun Baru | sobriyaacob.com

Monday, December 30, 2013

Azam Tahun Baru


Assalamualaikum & salam sejahtera semua,  tidak lama lagi kita bakal menyambut tahun baru 2014, seiring dengan usia dan tanggungjawab yang bakal dipikul semakin bertambah, bermakna akan ada azam baru, tapi bagaimana dengan azam lama? sudahkah tercapai :P Saya pun masih ada beberapa azam tahun ini yang masih belum tercapai insaallah pada tahun 2014 akan cuba menrealisasikan, termasuk pertambahan azam-azam baru.


Perkara yang selalu saya fikirkan pada setiap kali penghujung tahun, kenapa susah untuk saya merealisasikan  azam yang  saya hajatkan pada setiap untuk sukses. Mungkinkan saya sendiri tidak pasti apa saya hajatkan akan tercapai atau terlalu tinggi ke langit permintaan hajat saya itu!. Adakah penting untuk kita berhajat baru setiap, entahlah mungkin ramai yang berpendapat tidak lengkapnya untuk menempuh satu  lagi tahun yang mencabar tanpa azam untuk dicapai, insaallah sekiranya panjang umur! Bagi saya mempunyai azam itu sangat penting sebab ia memotivasikan kita untuk mencapai satu kejayaan untuk diri sendiri, sebab azam ibarat tiada matlamat, apa yang kita inginkan supaya berjaya dengan gemilang, walaupun kadang-kadang tersasar daripada sasaran, sekurangnya kira telah berusaha dan boleh mencuba lagi pada tahun hadapan :P

Apa perkara yang selalu kita azamkan setiap tahun, selalunya akan melibatkan satu perubahan daripada perkara baik kepada yang lebih baik! senang kata penhijrahan diri untuk menjadi yang terbaik, meliputi aspek perhubungan sesama manusia, kerjaya,emosi dan kesihatan


 Perhubungan atau keluarga
  • Rata-rata mengharapkan sesuatu yang baik sempena tahun baru ini. Jika sebelum ini anda mungkin mengalami masalah perhubungan dengan seseorang, mungkin sudah tiba masanya anda melupakan persengketaan itu. Begitu juga hubungan anda dengan rakan-rakan seharusnya lebih baik. Dalam hubungan keluarga pula, jadikan ikatan itu lebih akrab, mesra dan lebih baik daripada sebelumnya. Jika tahun 2012, anda tidak punya masa untuk keluarga, rancanglah masa yang lebih berkualiti bersama keluarga tahun ini.
Kerjaya
  • Semua orang ingin mencapai peningkatan dalam pekerjaan. Tiada yang mustahil kerana anda boleh melakukan sekiranya anda berusaha menjadi lebih baik dan meningkatkan produktiviti kerja.
Kewangan
  • Masalah ini sering menjadi isu utama setiap orang dan institusi keluarga. Mana tidaknya, perbelanjaan diri atau keluarga semakin meningkat saban tahun. Inilah masa untuk anda merancang kewangan dengan melebihkan peruntukan tabungan dan mengurangkan perbelanjaan kehendak diri. Dalam pada itu, anda juga boleh memulakan perniagaan atau pekerjaan sampingan untuk menambah kewangan. Tiada yang mustahil sekiranya anda berusaha.
 Kesihatan
  • Jangan lupa kesihatan anda. Setinggi mana pun pencapaian atau kejayaan yang dikecapi, aspek ini jangan diabai. Sekiranya anda tidak pernah bersenam, lakukan sekarang. Dari segi pemakanan, anda perlu mengamalkan menu seimbang. Bagi mereka yang takutkan pemeriksaan kesihatan, berubah segera dan lakukan pemeriksaan sekurang-kurang sekali pada tahun ini.
Sumber: Utusan



Betulkan, mesti pada tahun baru ini, salah satu daripada perkara di atas mesti termasuk di dalam senarai azam, sebenarnya azam yang ingin dicapai adalah berbeza-beeza mengikut induvidu itu sendiri, semuanya dipengaruhi oleh individu mempunyai pemikiran berbeza berdasarkan pergaulan sosial dan latarbelakang kehidupan masing-masing dan  apa yang ingin dicapaikan dalam hidup mereka.

Jadi untuk memastikan apa azam yang ingin dicapai, tercapai dengan jayanya kita perlu tahu dulu apa yang dimaksudkan perkataan azam, sebab saya rasa kenapa banyak azam yang saya hajatkan tidak tercapai, mungkin sebab saya sendiri tidak paham dengan konsep azam itu sendiri dan kebanyakkan azam yang saya hajatkan syok sendiri ataupun memang tidak realistik dengan keupayaan saya pada masa itu.

Azam merupakan matlamat yang menjadi impian seseorang. Impian ini bukan angan-angan kosong, tetapi seharusnya adalah hasrat dan keinginan yang realistik. Hasrat yang realistik ini pula bergantung kepada sikap yang optimistik serta perancangan dan perlaksaan yang rapi. Persoalan lain timbul apabila terdapat mereka yang berazam, namun disudahi dengan kegagalan. Memang wujud perbezaan antara orang yang gagal dengan mereka yang berjaya walaupun mempunyai azam dan semangat yang berkobar-kobar. Betapa ramai juga individu yang merancang tetapi merancang untuk menjadi gagal, walaupun sebenarnya tiada sesiapa yang mahukan kegagalan. Namun pada asasnya, individu yang berjaya adalah mereka yang bukan semata-mata merancang, tetapi juga melaksanakan apa yang telah mereka rancangkan. Tujuannya ialah agar memperolehi hasilnya dalam jangkamasa yang tertentu, di samping sentiasa memperbetulkan strategi sekiranya terdapat gangguan yang boleh mencetuskan kegagalan.


Tindakan-tindakan yang harus dilakukan seiring dengan azam yang dihajati supaya tercapai.

Sebagai manusia biasa yang normal, sudah pasti kita tidak mahu ketinggalan dalam mengharungi kehidupan yang penuh cabaran ini. Oleh yang demikian, dalam memenuhi matlamat untuk berubah, terdapat beberapa perkara asas yang perlu dihayati, yang merupakan tunggak dalam proses untuk berubah ke arah kebaikan. Pertamanya, kesedaran untuk berubah. Seseorang itu perlu menyedari mengapa ia perlu berubah. Contoh paling mudah, seorang perokok tidak mungkin berhenti merokok sekiranya ia tidak menyedari kemudharatan atau kemanfaatan berhenti merokok, lebih-lebih lagi jika ia telah sebati sekian lama dalam dirinya. Kedua, kesanggupan untuk berubah. Terdapat ramai individu telah sedar dan ingin berhenti merokok tetapi tidak atau belum sanggup lagi untuk berhenti meninggalkannya kerana pelbagai faktor, antaranya tidak sanggup untuk meningglkan kenikmatan subjektif merokok. Ketiga, berniat tegas untuk berubah dalam jangka waktu yang telah ditetapkan. Keempat adalah tindakan pematuhan kepada niat atau azam yang diikuti dengan proses tindakan bagi membuktikan bahawa perubahan itu dilakukan dalam tempohnya dan perubahan itu dilihat benar-benar berlaku. Tindakan terakhir pula merupakan proses pemantauan terhadap tindakan pematuhan bagi memastikan sama ada pematuhan itu berlaku, diabaikan, ditangguhkan, dituruti atau sebagainya, agar tidak menyeleweng dari azam sebenar iaitu untuk berubah menuju kebaikan.

sumber: www.iklim



P/S :Macam mana? apa yang saya pasti sekiranya kita jelas dengan azam yang dihajati di samping tindakan dan pemantauan dijalankan insaallah azam yang dihajati akan menjadi realiti dan pasti! azam ini terbahagi kepada matlamat pada jangka panjang atau pendek, yang bersifat jangka pendek selalunya bersifat umum, kita perlu spesifikasikan dan capai dahulu matlamat jangka pendek sebelum bergerak langkah untuk mencapai matlamat jangka panjang kerana matlamat jangka pendek yang berjaya dicapai akan memotivasikan kita untuk mencapai matlamat jangka panjang!.

semua orang mempunyai azam yang tersendiri, dan azam saya untuk dunia blogging diharapkan memantapkan lagi cara penulisan, memastikan apa yang ditulis bermanfaat, berinfomasi dan iklas daripada hati sanubari, selamat tahun baru semua 2014, semoga anda semua berjaya melaksankan apa yang di azamkan pada tahun 2014 berjaya dilaksanakan dengan gemilang pada tahun berikutnya, all the best and let all dream come true! happy new year!

46 comments:

  1. Moga setiap azam yang di buat akan terlaksana.. dan menjadi kan diri lebih baik :D
    Happy New Year my friend.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih bro.. semoga kita menjadi lebih baik setiap tahun..happy new year to my frends :)

      Delete
  2. sama-sama tanamkan azam untuk membaiki diri kita..:D
    moga azam thun 2014 dapat dicapai..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih bro..semoga kita sama2 berjaya dlm smua pkara yg dihajati :)

      Delete
  3. Selamat tahun baru Masihi dan selamat mengerjakan azam baru yg En.Sobri. Tenkiu for the tips given.
    Azam saya tahun ni adalah.. saya belum fikir lagi -_-"

    Heheh :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. he..he.. kenapa x fikir lagi gee? dont worry ada satu hari lg nak fkirkan..
      & slamat tahun baru masihi gee :) thank..thak you :)

      Delete
    2. sebab.. sebab... sebab azam2 tahun lepas mcm tak tercapai je. jadi.. hehe.. malaslah nak ada azam2 dah. boleh ke camtu?

      Delete
  4. Sama2lah kita berdoa dgn usaha agar diberi kekuatan utk kita merialisasikan azam kita.. Selamat menyambut tahun 2014 bro Sobri.. semoga tercapai segala yg dihajati dgn sepenuh keberkatan.. aamiin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih bro.. ya do the best..slamat myambut tahun baru bro..smua yg dihajati akan tercapai :)

      Delete
  5. Bersama sama menuju ke arah kebaikan..semoga azam dan segala cita2 tercapai..selamat tahun baru adik

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sis.. selamat menyambut tahun baru .. :)

      Delete
  6. selamat tahun baru 2014

    semoga apa yang diimpikan untuk tahun baru ini menjadi kenyataan, ameen :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasij sis.
      slamat tahun baru ann dan smoga smua yg dihajati akan tercapai :)

      Delete
  7. InshaAllah semoga tercapai lah yer Azam Sobri tu.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sis..semoga semua impian sis juga akan tercapai :)

      Delete
  8. Azam yg lama byk belum tercapai ni..ngeh2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa sis?
      ok good luck n happy new year :)

      Delete
  9. selamat tahun baru dengan azam baru n berusaha mencapainya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya sis..pun slamat tahun baru.. :) terimakasih ya..

      Delete
  10. tahun yang mencabar ni sobri..kena banyak bersabar coz dugaannya banyak..doa kan yang baik-abaik aje!!! INTI &Churp-churp for you!!!

    ReplyDelete
  11. jadikan tahun 2014 satu cabaran tuk lebih maju dan berjaya.... gud luck sobri....!!

    ReplyDelete
  12. recycle azam lama sebab timeless - 'utk menjadi yg lebih baik dari tahun lepas'..kena post-mortem azam tahun ni dan buat SWOT analysis utk tahun depan..

    ReplyDelete
  13. Happy new year too fren..let our dreams come true..semoga kita terus success dlm dunia blogging ni...

    ReplyDelete
  14. Selamat Tahun Baru 2014 wahai pengomen tegarku Bro Sobri. hehehe...
    Semoga azam tahun baru nanti akan terlaksana ok! Sayang kamu ketat2 k!

    ReplyDelete
  15. selamat tahun baru 2014.. semoga semua perancangan berjalan lancar dan mencapai matlamat yang disasarkan, insya-Allah... :D

    ReplyDelete
  16. Selamat Tahun Baru 2014 Bro dan semoga azam 2014 tercapai... Inshaa'Allah... :)

    ReplyDelete
  17. selamat tahun baru...semoga berjaya dan azam terlaksana..

    ReplyDelete
  18. usually i did a list of things that i want to do..well it's not really serious. something like..

    1. jet skiing
    2. surprise my friends birthday with me singing (biar hancur birthday dia)
    3. belanja my students fast food.

    those little things saya buat azam. just for fun. hehe. although not all of it achieved, but at least i tried. happy new year buddy. let's do better in 2014. let's work harder and had great fun sometimes.. yeay.

    sorry panjang comment.

    ReplyDelete
  19. azam thn baru saya nak kawen jer..hihik

    ReplyDelete
  20. Semoga apa yang diazamkan itu berjaya.

    Selamat tahun baru 2014 bro :)

    ReplyDelete
  21. Seperti nya di janjikan, ini entri post untuk blog saudara

    http://thescreammer.blogspot.com/2013/12/sobri-yaacob-akusobriyaacobblogspotcom.html

    Jika ada kelapangan insyallah sy akan kemari lagi.. terima kasih..

    p/s : jika ada yg ingin menyertai program singgah blog.. jom ke
    http://thescreammer.blogspot.com/2013/11/singgah-blog.html

    ReplyDelete
  22. Ive few in my list. Tidak tinggi ke langit, and I believe I can achieve them. Hehee..

    ReplyDelete
  23. InsyaAllah.
    Hidup kena teruskn juga..

    ReplyDelete
  24. selamat tahun baru.. dh lama x set azam tahun baru.. sebab bulan yg pertama je ingat..masuk bulan ke2, azam pun ntah ke mana.. my bad... ngeee

    ReplyDelete
  25. selamat tahun baru sobri..azam mmg hanya dtg awal tahun perlaksanaannya yang makin lama makin pudar..semoga akan terus berkongsi info2 menarik di alam maya ini..

    ReplyDelete
  26. Selamat tahun baru 2014 ya En Sobri ;) Secara jujurnya Ida tidak pernah menyimpan azam apabila tahun baru menjelang

    ReplyDelete
  27. Selamat tahun baru, saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com

    ReplyDelete
  28. tahun baru nie sy harapkan lebih $$$...
    sy kalau boleh nak buat kerja part time ker..nak tambah kan income lah.. :)
    maklumlah sekarang kos sara hidup dah meningkat...harga barang makin mahal...:p
    & kalau boleh nak tambahkan ilmu + kemahiran.. :)

    ReplyDelete
  29. My new year wish, is to get a 4 flat!
    Although it seems impossible xD

    ReplyDelete
  30. semoga segala azam tercapai...amiinnn amiinnn!

    ReplyDelete
  31. thn ni walaupun xbanyak azam tp kena juga berubah seiring dgn usia kan. hehe

    ReplyDelete
  32. keseluruhan azam kita itu biasanya untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya. Tapi untuk set azam yang baru haruslah bersungguh-sungguh. Semoga sukses selalu sobri

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca