Blogbuster Campaigns, Nuffnang | sobriyaacob.com

Thursday, December 5, 2013

Blogbuster Campaigns, Nuffnang


Assalamualaikum dan selamat malam semua, hari ini saya baru menyemak account nuffnang, alhamdulilah nampaknya masih ada 4 CPUV masih berjalan dikalau sudi klik-kliklah iklan yang ada ya, rezeki tanam anggur nampaknya. Tapi saya terperasan sesuatu yang lain di account nuffnang, di mana saya terima Proposed Blogbuster Campaigns. Sejujurnya saya memang tak tahu apa itu Blogbuster Campaigns, sebab ini kali pertama saya blog saya menerimanya. Jadi tanpa membuang masa terus saya google dan menghantar tiket kepada pihak nuffnang untuk mencari satu kepastian!


Sedikit sebanyak info mengenai Blogbuster Campaigns

  • Record a short video(approx. 10 seconds) creatively based on the brief below in your own preferred language. Please note that video should not be a reproduction of client's materials (purely copy paste images) and should include your own recordings.
  • Upload your video in the space provided. You may upload up to 5 videos
  • If your video(s) is chosen for the campaign, it will be shown on the ad displayed on your blog. Kindly note that if your video(s) is not chosen, the ad will not show up on your blog.
  • Please note that approved videos will be compressed and a 5-sec branding clip will be added to the end of your video.
  • You will earn: RM0.50 for each complete play of the video that is shown on your ad unit (this rate applies to Glitterati members only).

Sesiapa yang menerima campaigne ini kita haruslah membuat video mengikut kretiviti anda sendiri, dengan mempromosikan iklan produk / perkhidmatan yang di terima, maksudnya di sini anda harus kretif menghasilakan iklan yang mampu menarik perhatian orang yang menontonnya, dan pihak nuffnang team sebelum membenarkan iklan anda disiarkan. Anda berhak membuat sehingga 5  video untuk di uplode! wow menarikkan!

Ini pertama kali saya menerima Blogbuster Campaigns, maksudnya saya memang zero pengetahuan, jadi terus saya hantar tiket kepada Nuffnang team untuk penjelasan yang lebih lanjut, memang saya puji ketangkasan pihak nuffnang membalas ticket, saya Hantar tiket pada waktu pagi dan tenggahari ticket saya sudah dibalas! syabas nuffnang team, anda memang hebat!




Sebenarnya saya masih terfikir-fikir sama ada hendak buat campaigne ini atau tidak, sejujurnya saya rasa kempen sebegini memang sangat menarik sebab kita terpaksa menggunakan kretiviti kita untuk menghasilkan video yang menarik untuk ditonton! barulah berfikir luar daripada kotak kan?

P/s: Kepada semua blogger-blogger seniour yang pernah terima campaigne ini apa kata anda kongsikan pengalaman anda! sharing is caringkan :P

35 comments:

  1. tak pernah dapat lagi kempen camni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh saya doakan nurul pun akan dpat kempem mcm ni..

      Delete
  2. Aku tak tahu sama ada pernh terima ke tak yg tu.., huuhu. Dah lama x bukak nuffnang

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa lg sis..p la ceq mana la tau ada 5 kempen mcm ni kat nuffnang :) he..he

      Delete
  3. pernah dapat dulu.. yang terakhir dari ambi pur, kena buat iklan 10 saat juga.. tapi akak tak pernah submit pun.. hehe.. yang terbaru ni akak tak dapat pula..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak..bestnye..ni baru dapat je..sbab lambat ceq kat nuffnang last tgok smlm dateline summit..memng x terbuatla..kak..

      Delete
    2. dah tamat ke tarikhnya.. takpe la.. lain kali nanti mesti ada lagi kempen blog buster tu.. iklan blog buster tu kalau diterima pasti mahal jika ada orang klik.. ada seorang blogger tu sepanjang 2 minggu iklan tu berjalan dia dapat rm50.00++.. mungkin ada orang lain boleh dapat lebih lagi kot..

      Delete
  4. try laa sobri, mana tahu ada rezeki berjaya ke kan :)
    good luck tau~

    ReplyDelete
  5. nuffnang pun tasneem tak tau apa -.-' sangat kesian. huhu :'( belog tasneem pun kosong. pernah jugak dengaq menabung lah, klik itu ini. tapi... tasneem tak dak semua tu. hukhuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala..kesianya..sabar ya tasneem.. tunggi sedikit masa lagi..lpas tu mesti meletop punya nuffnan tasneem :)

      Delete
  6. Huhu ida masih lagi merangkak pasal nuffnang ni

    ReplyDelete
  7. niesa pn da dpt..ingt kan dh due date sbb hari tu tgk date line smpai bln 12..ni dorg extend plak.. xde idea ni wat video cam ne..hihi..nak rekod video muka sendiri malu la plak..hikss... apa2 pn gudluck ye sobri... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la..saya x terperasan due date dia..last tgok komen hari ni..rupanya smlam last hantar..sedih!! sbab tgoh bsmangat nak wat video..ok tunggu next kempen..harap dapat le lagi :)

      Delete
  8. bestnya sobri.. ayu xpernah dapat lg..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok saya doakan lpas ayau plak dapat ok :)

      Delete
  9. Video tu boleh dibuat. Tapi untuk menyampaikan mesej iklan yang kreatif dalam waktu yang singkat beberapa saat sahaja adalah perkara yang agak sukar bila difikirkan semula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju tu bro..dalm masa 10 saat nak hasilkan video yg menarik memng memerlukan idea yg ckup kretif supaya apa yg kita rancangkan terlaksana dlm video slama 10 saat..memerlukan ksabaran dan ksungguhan :)

      Delete
  10. baru joint nuffnang belum tahu apa2...

    ReplyDelete
  11. dateline untuk submit video nie malam semalam kan kalau tak silap aku..aku dapat offer yang sama tapi macam ko still tak ade idea..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak bro..aq x perasan dateline dia smlam.. adoi..aq ingat 9 haribulan.. ai rugi!! tgh bsemangat aku nak wat video..ok la tunggu next kampen la kalu dapat!! sedih!!

      Delete
  12. Haha benda gini mmg tak tau punya lahh. Blog Vee 1 iklan pun tak da XD

    ReplyDelete
  13. saya ade gak dapat offer macam ni. tapi saya tak buat..
    takdak idea nak buat video ape..hihihi..

    ReplyDelete
  14. Wahh.. best.. mudah2an berjaya.. aamiin.
    menabung sony sini.. :D

    ReplyDelete
  15. acik bnyk kali dapat kempen mcm gini tapi tak pernah buat di sebabkan kekangan masa

    ReplyDelete
  16. Tahniah sobri..clik-click kat sini...

    ReplyDelete
  17. dapat tapi tak penah masuk pun.
    tak taw nak rekod video camne..haha
    kwn aku yg masuk ratus2 dpt.

    ReplyDelete
  18. blogbuster ni best sbb lagi masyuk. apa pun, kita akan pening time nak buat video tuh sbb dia nak 10 saat je...

    ReplyDelete
  19. tahniah dapat campaign blogbuster ni. saya dulu selalu dapat, tapi tak pernah submit sebab tak pandai buat video untuk iklan sprt yang diminta.siapa yang tick untuk pasg iklan expandable, biasanya nuffnang akan bagi campaign ni..rasanyalah..:)

    ReplyDelete
  20. Assalammualaikum..sobri,

    dapat kempen nuffnang nie ok lah.. earning kempen nie boleh tahan gak...

    mselim3

    pls: pernah dapat ...yg terbaru kempen astro nie..

    ReplyDelete
  21. Make one, and I'd gladly watch it few times for you sir ^^

    ReplyDelete
  22. Buat dan fikirlah yang terbaik, kalau rezeki yang baik, teruskan sahaja

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca