Info: Kenapa Makanan Segera Sangat Bahayakan Kesihatan | www.sobriyaacob.com

google advertising

Tuesday, December 3, 2013

Info: Kenapa Makanan Segera Sangat Bahayakan Kesihatan


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, ini adalah sambungan entry terdahulu mengenai kesan / bahaya pengambilan makanan segera, alhamdulilah nampaknya entry terdahulu mendapat respon yang baik (KLIK DISINI) daripada pembaca sekiranya anda ingin membaca entry lain berkaitan kesihatan sila klik ke (label kesihatan) di sana banyak tips-tips dan panduan berkenaan kesihatan diri, jadi entry kali saya akan kongsikan keburukan pengambilan makanan segera.

" Makan jangan tak makan bro! "

Faktor utama kenapa masyarakat sekarang gemar makan makanan segera adalah kerana ia menyenangkan dan menjimatkan masa, dan bagi golongan yang bekerja yang menghadapi kesuntukan masa untuk menyiapkan makanan boleh menjimatkan masa dengan membeli makanan segera yang berlambak-lambak di pasaran, Lagipun sesetengah kedai makanan segera dibuka 24 jam sehari tidak kira pada waktu siang pagi atau lewat malam jadi asalkan perut lapar pergi sahaja kemana-mana kedai makanan segera yang berhampiran di kawasan rumah anda. selain itu di pusat membeli-belah juga terdapat pelbagai jenis makanan segera untuk dipilih, pilih sahaja mana yang berkenan di hati dan bajet yang ada :P

Jika pada masa dahulu, mi segera menjadi pilihan utama makanan segera, kini terdapat ribuan jenama makanan segera dikeluarkan atas keperluan pasaran. Selain kurang berkualiti dan kandungan zat makanan yang tidak seimbang, makanan segera banyak membawa mudarat kerana kandungan garam dan bahan kimia di dalam serbuk perisa `monosodium glutimate’ yang membahayakan kesihatan. Bahan kimia ini menyebabkan seseorang itu mudah diserang penyakit darah tinggi, buah pinggang dan pelbagai 1001 penyakit datang mengundang!

Di bawah ini saya senaraikan kesan pengambilan makanan segera secara berlebihan.

  • Obesiti - Tahukah anda bahawa makanan segera merupakan punca kegemukan. Tak percaya? Dalam sebiji burger sahaja terdapat 35 peratus lemak. Itu tidak termasuk lagi dengan hidangan yang lain seperti ais krim, kentang goreng, ayam goreng, dan sebagainya. Memang lazat tetapi sanggupkah anda menderita sebelum tua akibat keseronokan yang sememangnya dapat dikecapi hanya seketika sahaja?
  • Ketahanan badan menjadi lemah. Ini kerana terdapat banyak bahan kimia dimasukkan sekali dalam makanan sebagai perisa tambahan. Bukan itu sahaja, pewarna tiruan juga memberikan kesan kepada ketahanan badan manusia.
  • Penambahan kolestrol dan kalori secara mendadak dalam badan. Macam mana itu? Anda hendak tahu? Dengan mengambil makanan ringan secara kerap dan banyak akan menyebabkan kolestrol dan kalori masuk ke dalam badan. Kalau anda sempat membaca kandungan bahan pada plastik pembungkus makanan segera, anda akan mengetahui jumlah kandungan kalorinya. Setiap jenis makanan segera mempunyai kandungan minyak, lemak, dan karbohidrat yang tinggi. Kalau anda sudah tahu, pasti ramai yang akan kurangkan pengambilan makanan segera.
  • Diabetes - Anda tahu apakah maksud diabetes? Ia merupakan satu penyakit yang lebih dikenali sebagai kencing manis. Salah satu penyebab penyakit kencing manis adalah pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi. Air birkabonat dan bergas merupakan sumber utama kepada diabetes kerana kandungan gulanya memang tinggi.
  • Kanser - Tahukah anda bahawa kandungan bahan kimia dan perisa yang ada dalam makanan ringan dan segera boleh menyebabkan kanser. Takut kan?

Macam mana takut tak baca mengenai kesan-kesan pengambilan makanan segera secara berlebihan, pelbagai penyakit akan melawat anda sekiranya anda tidak mengawal kuantiti pengambilan makanan segera, ingat lagi dulu saya ada menulis article mengenai penyakit kanser dan salah satu penyebab penyakit kanser datang menyerang adalah disebabkan oleh  kandungan bahan kimia dan perisa yang ada dalam makanan ringan dan segera boleh menyebabkan kanser (klik disini) untuk membaca entry terdahulu. Di bawah pula saya senaraikan makanan segera yang harus dielakkan  mengambil secara berlebihan.

Senarai makanan segera yang kurang elok untuk kesihatan, Sekiranya anda hendak tahu, banyak lagi makanan segera yang tidak baik untuk kesihatan. Lihat contoh makanan segera di bawah ini:

  • Kentang goreng - terlalu banyak lemak dan garam dan banyak menggunakan pewarna tiruan.
  • Burger daging - kandungan lemak yang tinggi dan bahan kimia yang banyak. 
  • Makanan ringan(jajan) - mempunyai garam dan pewarna yang tinggi. 
  • Air bikarbonat - kandungan gula yang sangat tinggi

Dan di sini pula saya membuat perbandingan kolori dan lemak di antara makanan segera dan makanan yang di masak di rumah, Jadi anda nilai-nilaikanlah sendiri, tepuk dada tanya salera.

Makanan
Kalori
Lemak
McDonald’s Big Mac
563
33 gram
Medium-saiz McDonald dengan Kentang Goreng
384
20
Medium-saiz McDonald vanilla shake
733
21
Keseluruhan bagi satu hidangan
1,680 kalori
74 gram



Burger King Whopper dengan keju
790
48
Medium-saiz Burger King dengan Kentang Goreng
387
20
Medium-saiz Burger King vanilla shake
667
35
Total for one meal
1,844 kalori
103 gram



Perbandingan makanan segera dengan makanan rumah:

1 / 2 ayam panggang
142
3 gram
Medium-saiz kentang kukus
130
0
1 / 2 cawan kacang hijau
67
0
1% susu dalam gelas - 8 auns
102
3
1 cawan sos epal tanpa gula
105
0
Keseluruhan bagi satu hidangan
546
5 gram


Ok cara paling senang untuk kawal kuantiti pengambilan makanan segera adalah anda digalakkan masak makanan sendiri di rumah, Cuba anda pergi ke dapur ada banyak sayur-sayuran dan buah-buahan. Kalau anda hendak tahu, lobak, kubis, tomato, buah limau, epal, dan pelbagai jenis sayuran dan buah-buahan lain merupakan sumber vitamin yang baik untuk kesihatan. Setiap sayur-sayuran dan buah-buahan mempunyai kandungan vitamin yang tersendiri dan boleh dikatakan hampir semua makanan mempunyai kandungan vitamin. Cuma yang membezakan adalah jenis-jenis vitaminnya. Jadi rajin-rajinkanlah diri anda untuk memasak sendiri di rumah :)

Seperti komen MIzz Aiza dari BLOG DUNIA KECIL, kalau boleh tinggalkan terus makanan segera kerana ia tidak elok untuk kesihatan, kalorinya tinggi dan kandungan serat rendah,  sebagai langkah permulaan kita boleh perbanyakkan pengambilan snek seperti buah-buhan segar itu salah satu cadangan yang boleh anda fikirkan untuk mengawal kuantiti pengambilan makanan segera.


P/S: Jadi macam mana? anda sendiri boleh nilaikan bahaya atau tidak mengambil makanan segara secara berlebihan, pastikan pengambilan makanan segera dikawal dan di ambil secara bersedahana. Maaf entry hari ini agak panjang, sebab saya rasakan topik ini sangat menarik kerana secara amnya kebanyakkan rakyat malaysia adalah pengemar makanan segera termasuklah saya rasanya pelbagai jenis makanan segera yang dijual di pasaran sudah saya rasa dan tidak dinafikan makanan berasaskan makanan segera memang sedap *it like food heaven!* Tapi ini tidak bermakna anda amalkan pemakanan makanan segera sebagai rutin harian anda ok!. pastikan kawal tahap pengambilan dan digalakkan mengambil makanan berkhasiat atau cara paling senang adalah masak sendiri makanan di rumah, insaallah anda sendiri boleh kawal penggunaan kuantiti gula, garam, serbuk perasa dan lain-lain lagi dalam masakan anda.


32 comments:

  1. the least the better kan, sebenarnya boleh nak stop pengambilan makanan segera ni, bergantung kepada kita je nak atau tak nak. Sebagai replacement, try laa cari makanan yang mungkin hampir sama untuk digantikan dengan makanan segera. Contoh, fries, why not kita buat fries tanpa guna bahan2 kimia, just use natur thingy, minyak pun boleh ganti kepada olive oils, which each better..boleh sebenarnya, cuma kena explore more laa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes u right!! which the much better!! ar ah afiqah banyak alternatif lain kita boleh buat...nak tak nak je..mcm kentang goreng buat sendiri..ayam goreng boleh buat..sendiri.. pizza kalau terror buat lg sdap kot dari kedai makanan segera.. yg penting rajin-rajinkanlah diri..mengexpore!! usaha tangga kejayaan kan fiqah :)

      Delete
  2. bagi fizi, kalau nka makan x salah..cuma jangan selalu lah..paling kurang 2 atau3 kali dalam setahun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow fizi 2..3 kali stahun..tu kira rekod yang hebat tu.. saya sbulan skali pun mesti rasa sekali. :) tu x termaksuk waktu belajar..sendiri mau ingat la..melantak mcm mana :)

      Delete
  3. isntant foods are silent killer,long term hazardous..bahaya kan :)

    ReplyDelete
  4. Makanan segera.. segala2nya segera.. penyakit pun nnti dtg dgn segera.. mmg x elok utk kesihatan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. segera makan segera datang penyakit!! say hai kpda penyakit :)

      Delete
  5. Alamakk mmg terpaksa tinggalkan juga makanan segera ni huhu.. tahu mmg tahu tetapi terpaksa gak ambil kerana kesibukan waktu untuk lunch biasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok ida lpas ni bawa bekal ya..he..he.. :)

      Delete
  6. yang sedap tu selalunya ada bahaya terselindung hukkkk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sayang kan? kenapa yang sedap selalu bahaya?

      Delete
  7. tak dinafikan sekarang ni niesa memang suka mkn mknan segera ni..sekarang dlm proses nak menguatkan mental supaya tak makan bnda2 bahaya mcm ni..nampak sedap tapi lama2 baru la nampak kesannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok niesa.kita berusaha bersama-sama ok.. :)

      Delete
  8. betul juga tu, makanan segera bukan pilihan yang terbaik. Kalau akak memang masak je kat rumah, tp sesekali ada juga makan makanan segera, saja nak bagi anak-anak happy, tp tak bagi dirog minum air manis dan berkarbonat, diorg biasa minum air kosong je

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus tu kak..ini contoh ibi misali..he..he.. kadang mkan makanan sgera memng menghappykan!! saya pun happy kalau hari2 mkn mknana sgera..tambah2 kalau ada org belanja :)

      Delete
  9. Makanan segera ni la yang jadi punca orang-orang muda sekarang cepat dapat penyakit. Tambah pulak, kerja dapat jenis yang tak keluar peluh. Memang sasaran mudah bagi penyakit untuk menyerang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. it right bro..cepat dapat pnyakit..keja plak bawah aircon.. sendiri mau ingat lakan ? :)

      Delete
  10. apa kata kita semua SEGERA tinggalkan makanan yang tak berkhasiat ini, dan SEGERA menjaga kesihatan.... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok kita segera lakukan!! jom hidup sihat :)

      Delete
  11. aku pernah amik makanan segera (various type) dalam mas seminggu aku akibat kesuntukkan masa dalam malas nak pikir panjang...kesan dia jer dalam masa seminggu berat badan aku naik jugak laa,,tapi yang tak best, nak turunkan tu memakan masa yang lama..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  12. kene selalu ingatkan dengan kalori dan lemak2 ni..supaya lebih beringat :)

    ReplyDelete
  13. Bkn niat kita pn nak mkn semua ni tapi sebab kesuntukan masa kan.. But then, mana kita nak; susah2 sediakan makanan lepas tu kenyang dan sihat, ataupun beli makanan segera dan bila dah tua mcm2 penyakit. Hmm. Gituu ~~

    ReplyDelete
  14. btl2 hehe kdg2 penat n mls tu y buat faktor kita beli makanan segera huhuhu biasala manusia ada ms penat sgt smpai xda mood nk masak..i la tu hihihi

    tp mmg kalo blh makan kat rumah..kalo makan kat luar pn bila keluar tu pn skrg sll g food court..

    fast food mmg kalo blh nak elakkan..

    tq for info :)

    ReplyDelete
  15. salah satu dari kesan pengambilan makanan segera adalah ketagihan, mungkin akibat kandungan MSG di dalamnya.. jika dah ketagih agak sukar ditinggalkan, apa yang kita boleh buat adalah cuba kurangkan sedikit demi sedikit..

    ReplyDelete
  16. Yeah people tends to have fastfood because it is faster to eat and to get. It's everywhere despite of how unhealthy it is, and now it is even more fastfood restaurant are open in Malaysia. I saw a lot of new franchise name in here >.< Come on Malaysian, lets stay healthy.

    ReplyDelete
  17. kalau jd student memang xsah kalau xmakan. kadang2 tu mcm jd ketagih tp xla teruk sgt. huhu

    ReplyDelete
  18. betul tu...kandungan MSG yg tggi
    boleh membawa kpd bermcm2 penyakit

    ReplyDelete
  19. memang betul sangat2 tak bagus. tapi fast food tu 'fast' kan? tak yah masak dan penat2. tu yang ramai orang suka. bukan senang nak ubah mentaliti masyarakat. tapi, kite memang kena berubah.

    ReplyDelete
  20. Assalam Wahh . .Memang betul , makanan segera ni memang banyak sangat keburukannya .Sebenarnya ada lagi Masalah Makanan Segera Yang Ramai Orang Tak Alert!
    Anda mesti sayangkan diri anda kan ??Jom lah sama sama kita berubah untuk kehidupan yang lebih baik .Sekiranya anda ada apa apa kemusykilan atau pertanyaan berkenaan masalah kesihatan anda , jangan tangguh tangguh lagi untuk hubungi saya (Whatsapp +60107096284 Aini)

    ReplyDelete
  21. Assalam Wahh . .Memang betul , makanan segera ni memang banyak sangat keburukannya .Sebenarnya ada lagi Masalah Makanan Segera Yang Ramai Orang Tak Alert!
    Anda mesti sayangkan diri anda kan ??Jom lah sama sama kita berubah untuk kehidupan yang lebih baik .Sekiranya anda ada apa apa kemusykilan atau pertanyaan berkenaan masalah kesihatan anda , jangan tangguh tangguh lagi untuk hubungi saya (Whatsapp +60107096284 Aini)

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca