Penang Trip: Penang Art Street, Penang, Malaysia | www.sobriyaacob.com

google advertising

Monday, December 16, 2013

Penang Trip: Penang Art Street, Penang, Malaysia


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, untuk entry travel seterusnya, kita akan pergi ke negeri disebelah utara, iaitu Pulau Pinang ke bandar Geortown untuk melihat karya street art di sekitar bangunan lama di Geortown. Seperti kita sedia maklum Georgetow telah diistiharkan sebagai tapak warisan dunia ( UNISCO ) pada 7 julai 2008, bermakna sekiranya anda melawat bandar georgetow *It's like a town that's lost in between the past and the presen*, kerana kita masih boleh melihat bangunan-bangunan bersejarah yang masih wujud dalam keadaan asal dan elok dikelilingi bangunan moden yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan disebabkan tuntutan arus kemodenan!


Sekiranya anda penggemar sejarah, photograpy, budaya dan makanan yang sedap, Penang adalah salah satu tempat yang wajib dilawati. Sebelum itu sekiranya anda ingin membaca pengembaraan saya terdahulu di penang anda boleh klik pautan di bawah :


Sebenarnya ini pertama kali saya pergi ke Peneng Art Street, yang terletak di sekitar bandar georgetow itupun selepas terbaca satu article mengenai Famous Art Street Around The Words! dalam banyak-banyak senarai lokasi art street yang terdapat di seluruh dunia, art street yang terdapat di penang tersenarai antara 10 lokasi art street harus dilawati itu yang membuatkan saya teruja untuk melihat sendiri hasil karya / seni yang ada!

Tips penting

  • Sekiranya anda pertama kali mengunjungi bandar georgetow, bandar ini mempunyai banyak laluan jalan dan art street yang dihasilkan bukan di satu kawasan yang sama, art street yang dihasilkan di lokasi-lokasi yang berbeza di sekitar bandar georgetow seperti di Ah Quee Street, Muntri Street, Penang Road dan dilokasi lain, ia seperti main permainan mencari harta karun, kita harus melalui jalan yang betul untuk memastikan menjumpai semua karya yang dihasilkan, btw dalam duk follow instruction dalam Map pun, still miss a few Art Street! 
  • Pastikan anda membawa cermin mata hitam, air, payung ataupun topi sebab cuaca di bandar geortown memang panas, jarak sesetengah lokasi untuk sampai ke lokasi yang lain agak jauh, itu tak termasuk sekiranya anda sesat di lorong mana-mana.
  • Cara yang paling mudah ialah bawa rakan yang arif tentang jalan di situ ataupun dapatkan templet mengenai art street di pusat tourism malaysia berdekatan, lokasi di padang kota, banyak info-info mengenai laluan yang harus dilalui penerangan disertakan di dalam brocher seperti maksud mengenai mural yang dihasilkan dan paling best disertai sekali map untuk ke setiap lokasi, itu adalah satu cara yang bijak untuk mengelakkan anda sesat ketika menuju ke lokasi. 

Walaupun mengikut map yang diberi saya tetap sesat, sebab kadang-kadang lorong yang kami saya masuk seakan-akan jadi memang keliru juga. Ya bandar Geortown sangat besar bayangkan sekiranya anda melaui setiap jalan yang diberikan ia seperti masuk ke lokasi yang berbeza, sekejap macam pergi ke china street penuh dengan tanglung dan tokong selepas itu rasa seperti ke india street macam-macam lagu hindustan boleh dengar, paling best sesetengah lorong yang dilalui seperti lorong haji taib pulak? siap ada apek offer mahu perempuan ka? seram! sudahlah banyak pondan menanti pelanggan! silap langkah pergi ke destinasi lain pulak, sungguh mencabar, memang terasa seperti main permain treasure hunt untuk sampai ke setiap lokasi. 


Cuba tengok gambar kat atas, ini adalah view daripada laut! disekitar kawasan bangunan-bangunan yang mencacak tinggi kelanggit tu ada tersembunyi Art Sreet, dipahamkan sekarang macam -macam bentuk art street ada daripada yang rupa klasik, urban, budak-budak main layang-layang, berbentuk kucing sampailah kartun minion! Rajin tak rajin je nak cari mural-mural tu dari sekecil hingga sebesar alam lukisanya :P 


Antara bangunan zaman dahulu, yang masih terpelihara sehingga sekarang! very western bentuknya. 

Terdapat banyak street art yang dihasilkan, tetapi terdapat 8 mural yang wajib dilawati, semuanya berada dilokasi yang berbeza. Lukisan street art dihasilkan oleh pelukis antarabangsa dan pelukis tempatan, Antara artis yang menghasil karya mereka ialah Ernest Zacharevic, Louis Gan, Simon Tan, Oceu Apristawijaya dan ramai lagi! Setiap lukisan yang dihasilkan mempunyai maksud / masej yang berbeza yang hendak disampaikan oleh pelukis itu, jadi bergantung kepada kita bagaimana untuk mentaksir dengan cara yang tersendiri tiada betul tiada yang salah!

Di sini saya senarai 8 lukisan / street art yang harus dilawati. *sebenarnya banyak lagi cuma saya tidak pasti nama pelukis yang menghasilkan karya itu* 

  • Children in a bot - ernest zacharevic 
  • The awaiting trishaw paddler- ernest zacharevic 
  • reaching up - ernest zacharevic 
  • Little children on a bicylce - ernest zacharevic 
  • Boys on the bike - ernest zacharevic 
  • Little boy with the pet dinosaur - ernest zacharevic 
  • Little girl in blue - ernest zacharevic 
  • This old man - ernest zacharevic 




"Little Children on Bicycle" : lokasi Armenian Street 


"Reaching Up" : lokasi Cannon Street 

Dan sepanjang jalan kita menjejaki mural-mural itu, akan jumpa juga arca yang diperbuat daripada besi seperti gambar di bawah. Di sebalik arca besi ini tertulis maksud / point mengenai maksud arca ini dibuat selalunya mengambarkan keadaan yang berlaku pada masa dahulu atau sekarang! jadi pandai-pandailah taksir sendiri ya :P





Antara semua arca, paling suka yang ini mengingatkan char keow teow, peneng kan heaven dengan makanan yang best! tapi banyak juga lagi saya tak cuba. Cadangan kalau nak makan makanan yang best dan murah di peneng sila pergi ke Padang Brown dekat situ dari rojak sotong, pesembor dan segala jenis mak nenek makanan ada. paling penting harga murah! kalau makan kat padang kota mau kena ketuk korang berpuluh-puluh ringgit :P 




"The Awaiting Trishaw Paddler" : lokasi Penang Road 

Mural The Awaiting Trishaw Paddler, antara lukisan yang dihasilkan dalam skala besar, tengok sajalah saiz lukisan ini memang besar, dilukis di permukaan bagunan! lokasi lukisan ini di penang road, berdekatan dengan tempat parking kereta. Dipahamkan maksud lukisan ini menceritakan suasana yang terdapat di penang, seperti yang kita tahu beca masih digunakan sebagai kenderaan di sana, terutama sebagai tarikan pelancong jadi lukisan ini menunjukkan imej seorang Apek tua menunggu pelanggang datang sambil berehat, melepaskan penat lelah setelah penat mencari rezeki. 



"Boy on Bike" : lokasi Ah Quee Street 

Antara semua mural yang dihasilkan, saya paling suka lukisan art street ini, paling creative dan paling cantik, untuk sampai ke lokasi di ah queen street pun tidaklah terlalu susah, senang untuk menjumpai mural ini disebalik lorong-lolong di bagunan lama. Mural ini adalah gabungan rangka motosikal lama dan lukisan budak kecil yang menunggang, sangat kreative. kita boleh bergambar pelbagai-bagai cara mengikut kreativiti tersendiri, seperti menolak moto, menjadi pembonceng, melompat, baring depan motor ke? syaratnya jangan malu jangan segan: P sebab ketika saya mengunjungi lokasi ini memang ramai orang bergambar dengan gaya tersendiri, jadi terpaksa menunggu giliran seketika. 



"Little Girl in Blue" : lokasi Muntri Street 

Antara semua lukisan street ats, dihasilkan ini lukisan paling besar dihasilkan *tak pasti sekiranya masih ada lukisan lagi besar dihasilkan?*. Nama lukisan ini adalah little girl in blue dihasilkan oleh ernest zacharevic, sebenarnya sekiranya anda renung lukisan ini lama-lama sangat menyeramkan, seolah bernyawa terutama di bahgian mata yang tersembunyi di sebalik huraian rambut, wow renungan yang diberikan sangat menyeramkan, ingat cerita ju on? yang budak perempuan merangkak keluar dari TV, gaya lukisan ini pun lebih kurang, seram kan? 

ok sebenarnya lukisan in seolah-olah budak perempauan itu memautkan tanganya di meja, nampak tak tingkap di kira dan tangan kanan budak, itu sebagai pengganti meja. Dan keistimewaan murai ini sebenarnya tak diberikan tajuk oleh pelukis, disebabkan budak di dalam gambar ini memakai baju biru, maka diberikanlah lama litte girl in blue. 

Nampak tak berapa panjang saya menerangkan mengenai gambar ini, begitu menghayati gambar yang dilukis walaupun apa yang ditaksirkan tidak penah tepat langgsung, tapi jiwa seni tetap ada ya, kata orang orang berjiwa artistik ini romantikkan? *tetiba* banyangkanlah kalau semua gambar perlu diterangkan apa yang dimaksudkan oleh pelukis, memang panjang la entry kali ini ya :P 



Old Man : lokasi Armenian Street 


Hello orang kaya! aku la tu ? kaya dengan senyuman,kalau duit tak ada habuk ada le mau:P


Arca kedai kasut ni bukan sebarang arca ? besar maksudnya di sinilah lahirnya / kedai kasut tokoh fesyen terkemuka dunia! agak-agak siapa, ce teka?


Inilah kedai kasut Jimmy Choo dekat peneng, kalau info yang saya terima tidak silaplah :)


Still tak paham apa maksud arca ni? mengendap bini orang ke? tak pun hari-hari pergi rumah urut :P

Sepanjang laluan untuk ke lokasi lukisan street art, kita akan menjumpai banyak arca sebegini, jadi anda tidaklah berasa boring! mustahil anda berasa bosan sekiranya mengunjungi kawasan ini, sudahlah pemandangan yang cantik terutama struktur-struktur bangunan lama, yang mengimbas memori suasana zaman dahulu, zaman british memerintah, ketika pulau pinang sebagai salah satu kawasan tumpuan perdagangan antarabangsa selain itu Makanan yang sedap dan pelbagai budaya yang menarik ditunjukkan.

Sebenar bukan semua lokasi art street sempat saya kunjungi disebabkan masa tidak mencukupi, insaallah next time bila datang ke peneng lagi saya akan meneroka kembali Bandar Geortown, tidak sabar untuk menanti kejutan yang bakal menanti! siapa di sini suka travel dan ambil gambar? :P nanti bolehlah kita pergi travel bersama-sama ya :) 


"Many have become enamoured of the newly transformed streetscape of George Town, much thanks to the beautiful and evocative murals that Ernest hand painted. From what originally was a short visit to Penang, the Lithuanian-born artist who graduated with Honours from Middlesex University in London, has since taken up temporary residence in Penang and is currently pursing a career as a full-time artist, animator, photographer and filmmaker."

- Quoted from Street Art in George Town Brochure -


60 comments:

  1. niesa dh lama nk g penang art street ni..tp belum berkesempatan lagi..haiss..suka tgk lukisan2 yg dorg buat dkt bangunan2 tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh memng cantik niesa..satu hari bkesempatan datanglah melawat ya :0

      Delete
  2. masa ika pi penang tak terjumpa pulak tempat ni padahal ika pi je area georgetown tu semua....ohhh ruginyaaaa~~

    memang betul tu, bawa laa payung ke topi ke....penang memang panas hukhuk...tapi maju kan sobri penang tu..macam KL dah....malam masa ika jenjalan dengan kawan lama ika kat penang...dalam 12 ke atas camtu still bersesak lagi dengan kenderaan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah area geortown ni memng luas..lokasi art street ni plak tersembunyi..kena rajin mencari..
      sana memng panas..tambah musin kemarau almak.. rasa mcm duduk kat oven bila haba laut naik.. memng terasa panas.. hujung minggu jngan cakap la kat area kota lama. nak paerking pun susah..jah jadi second kl. plk :) sesak..sesak..sesak.. kan ika :)

      Delete
    2. masa ika kat penang pun tak jalan sangat, ada laa pergi pulai, feringgi, taman rama2, pastu yang ada cable car tu ape ek nama tempat tu lupa plak, bukit bendera ke? ke bukit merah? ahahahah LOL serious tak ingat!

      pas jalan2 cecepat nak balik hotel sebab tak tahan panas sangat kat sana adehhhh huhu
      tu laa, sesak bukan main, boleh laa bersaing dengan KL mihmih

      Delete
    3. owh..ya penang kalau satu hari nak harung semua tempat memng x dan.. yg cable cat tu nama dia bukit bendera... ha..ha..

      ye la lpas ni peneng n kl..bole fight mana tmpat lg sesak :)

      Delete
  3. cantik teringin jugak nak pergi

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh insaallah..p penang jgn lupa p ya ;0

      Delete
  4. Pernah ke Penang tapi belum pernah ke sini.. memang cantik dan kretif.. dan lukisan budak perempuan tu mmg nampak menyeramkan.. hehe.. :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. ar ah lukisan budak perempuab tu.kalau tgok real2 memang seram,, owh nanti jgan lupa melawat ya :)

      Delete
  5. belum sampai lagi kat penang art street... jelesnyaa.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh jagan la jeles.. tgok gambar dlu ya..nanti bila free jgn lupa visit peneng streett art ya ...

      Delete
    2. sama la kita ni pon ..pi sana masa art street blm diwujudkan ; mana nak jumpak lukisan tu semua...

      Delete
  6. dah lama tak gie penang
    teringat kat laksa penang....

    ReplyDelete
    Replies
    1. laksa..rojak ..pesembur.. cendoi smua mkanan bet kat sana...

      Delete
  7. Assalammualaikum... sobri,

    mselim3 blom pernah gi lagi tpt nie... cuma tgk tpt lni kat majalah3 aje...hehehe..

    mselim3

    pls: tpt nie dah mauk majalah3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam muslim..owh mungkin saya termiss episod ini kot..tu yang tak tahu yg majalah tiga pernah shoot pasai penang art street..

      Delete
  8. memang seronok berjalan kaki menjelajah lorong2 di Georgetown ni..selain mural, bangunan2 lama jg menarik..tak sempat masuk the Blue House..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ar ah kak..selain mkanan dan pemandangan yg sedap ada satu lg klebihan bandar ini..cuaca yg panas he.he. owh ok the blue house x pernah dgr la.next time saya akan cari tmpat itu plak..

      Delete
  9. Best ! Best.. cemburu tak pernah pergi..
    * saya juga dah masukkan blog kamu dalam bloglist saya.. maaf, tadi tekan link 'Blog Anak Itik Comot' di bahagian bloglist kamu tak boleh.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best..wish satu hari nanti kamu akan bjalan ke sana..
      owh orite nanti saya betulkan :)

      Delete
  10. pi penang org yg bawa . so x dptlah nak pegi tempat camni ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh sayangkan..next time jangan lupa pergi melawat ya :)

      Delete
  11. wah...lain macam mural kat penang nie..asal time aku pergi penang dulu tak terjumpa pun mural2 nie..anyway thanks 4 sharing bro...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. ar ah..bkan stakat lain macam.. lain segala.galanya ..ha..ha. owh mungkin masa ko pergi tmpat ni x wat lg kot.nest time p bleh mlawat ya..free of charge .. no tiket cuma kena rajin jalan je...

      Delete
  12. unik lukisan mural tu.. walaupun akak bukanlah berjiwa seni, namun akak berkenan melihat lukisan itu.. terutamanya lukisan boy on a bike tu akak paling suka.. lepas ini boleh bercerita mengenai makanan sedap di penang pula..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye akak..unikkan..walaupun kita x berjiwa seni tapi.. perh time tgok lukisan yg cantik mcm ini mesti tertarikkan.. owh food insaallah next entry ya kak :)

      Delete
  13. bila pergi ni? sy pun pergi sana jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. last week anas..baca blog ko pun last week p penang ke?????????????

      Delete
  14. hye orang kaya! haha tasneem belum pernah sampai kat peneng art street ni. hakhak nama ja orang utaqa kan :) okey, nak usaha kan jugak laa untuk smpai kat situ. lepas tu nak tepek gambaq banyak banyak kat belog :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha..ha.. nama ja org utara no.. samapai pun x pnah lg kan.. nanti bila dah sampai jgn lpas pose kiut2 ya :)

      Delete
  15. cantikkan tempat ni.. lama tak pi photoshoot. rindu pulak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ar kalau p photoshot dgn kawan2 memng menarik..

      Delete
  16. They are nice, but for some reason, they seems a bit scary. Or is it just me? xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha..ha.. ya a few mural looking scary like little girl on blue.. n another paint look awsome n funny!! he.he :)

      Delete
  17. cuti-cuti ni ramai yg update pasal percutian mereka. sy je bercuti di rumah. huhu. salam perkenalan.
    terima kasih sudi masukkan sy dalam senarai bloglist awak.
    sy pon letak link blog awak dlm bloglist sy :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. orite nurul..tq ya..skarang musim cuti2.. he..he

      Delete
  18. Lama tak pergi Penang... memang best gambar2 tu semuanya menarik

    ReplyDelete
  19. Wahh bestnya.. sy sgt menghargai kesenian. Terasa pulak nk ke sana bila diizinkan nnti. T kasih diatas perkongsian ye Sobri.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah.. berjiwa seni bro khir ya.. nanti bila melawat peneng jagan lupa pergi ya.. ur wc bro :)

      Delete
  20. ada 2/3 kali dah pergi penang n georgtown...biasanya noe pusing2 jer...tapi x pernah perasan street art ni...lain kali klu pergi lagi...nak jugak tengok...btw bangunan kat sana mmg cantik2 lagi...ciri2 bangunan lama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh sayangkan..next time kalau pergi jangan lupa pergi melawat ya :)

      Delete
  21. Seronok jugak pegi penang, tapi akak tak pergi semua tempat ni haritu, tak sempat. Sempat pergi muzium toy, padang brown, kota cornwallis dan bukit bendera je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. peneng memng best,,,saya dkat toy muzium masih x sempat nak kunjungi.ok next time p sana nak mlawat lah.. :P

      Delete
  22. Assalamualaikum.. Hi Encik Sobri..
    Thanks dtg mengunjung.. dtg sini membalas kunjungan and im done follow your blog :D
    Art street ni the only place saya tak sempat nak berkunjung masa ke Penang baru nie..
    Teringin sgt nak bergambar di Art Street nie.. huhuhuu... by the way nice info here ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam bro...
      tq sudi blas balik kunjungan ke blog saya..
      owh nexti time klau visit penang balik..jgn lpa mlawat..
      anyway love read u blog..a lot of information about travel.. :P

      Delete
  23. cantik gambar.. nice & simple blog. =) rasenye mcm prnah blogwalking here =)
    selamat berkenalan .

    ReplyDelete
  24. btul tu....rietta pown suka tgk....tpi yang iron art tu rietta blom pernah smpai....

    ReplyDelete
  25. dah pergi tapi jln2 semua tmpat belum berkesempatan lagi..

    ReplyDelete
  26. i nak gi23 mac ni. boleh bg alamat penuh x、

    ReplyDelete
  27. dh lama dok idam nk p..tp bila dh smpai sna mest x berkesempatan.... nnt kena buat satu hari pergi sna just untuk cari art nie saja....

    ReplyDelete
  28. Menarik tempat-tempat di Penang. Malangnya belum berkesempatan nak ke sana

    ReplyDelete
  29. rancang nk backpackers ke penang weeknd nie. harap semuanya brjln lncr dngn info2 dr saudara.

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca