Perak Trip: Muzium Arkeologi Lembah Lenggong, Lenggong, Perak | www.sobriyaacob.com

Thursday, December 26, 2013

Perak Trip: Muzium Arkeologi Lembah Lenggong, Lenggong, Perak



Assalamualaikum dan salam sejahtera, Untuk entry pengembaraan pada kali ini, akan menjelajah kembali negeri kelahiran saya, Perak Darul Ridzuan, di daerah lenggong iaitu ke Muzium Arkeologi, Lembah Lenggong, Perak, Malaysia yang terletak di Kota Tampan, muzium ini terletak di kawasan bekas ladang kelapa sawit.

Ya kalau saya tulis nama Muzium ini, mesti ramai yang tidak mengetahui, tapi kalau mengenai Rangka Perak Man yang dijumpai di Gua Gunung Runtuh, mesti ramai yang tahukan?, itupun kalau anda belek betul-betul buku teks sejarah pasti mengetahui sejarah Perak Man. Rangka perak Man begitu popular di luar negara sehingga berapa kali artifak itu diterbangkan ke luar negara untuk dijadikan bahan kajian dan pameran. 

Jadi bagi anda yang melalui jalan lenggong untuk ke kuala kangsar ataupun ke gerik jangan lupa singgah ke Muzium Arkeologi, Lembah Lenggong, apa salahnya terus datang ke Muzium, alang-alang sudah sampai ke lenggong pastinya banyak sejarah dan infomasi mengenai sejarah pada masa dahulu boleh dipelajari. 


Inilah rupa muzium Arkeologi Lembah Lenggong, sedang-sedang saiznya terbahagi kepada dua bahagian di kawasan pameran dan di luar.Pameran di luar anda perlu mendaki sedikit di atas bukit *

Kenapa Muzium ini dibina di kawasan kota tampan bukan di tempat lain di sekitar daerah lenggong? kerana lokasi pembangunan Muzium ini dibina berdasarkan kepada signifiken tapak arkeologi zaman Paleolitik yang wujud 74,000 tahun dahulu dan merupakan tapak terawal bermula di Kota Tampan iaitu muzium kini setelah mendapati Lembah Lenggong adalah sebuah daerah yang kaya dengan khazanah persejarah dari 1,000 hingga 300,000 tahun dahulu. *ok adik-adik hafal ya spm selalu keluar soalan ni :P *


Bagaimana cara untuk sampai ke lokasi ini?
  • Muzium Arkeologi Lenggong atau 'Muzium Arkeologi Kota Tampan' terletak di Kota Tampan berhampiran pekan Lenggong , Perak ataupun tengok sahaja tanda arah menunjukkan lokasi senang sahaja untuk menjumpai lokasi ini.
  • Lenggong terletak sekitar 100 kilometer ke utara Ipoh melalui jalan Kuala Kangsar ke Grik. Sekiranya melalui highway ipoh, keluar ke tol  kuala kangsar, teruskan perjalanan dalam 30 minit akan sampai ke pekan lenggong.


Inilah tugu yang pertama kita jumpa sebelum sampai kemuzium, selepas jumpa tugu ini belok ke kiri, jangan jalan terus nanti sampai ke kawasan kampung, Kawasan muzium ini dibina di kawasan bekas ladang kelapa sawit, sebelum terlupa lenggong telah diistiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia (UNISCO) pada tahun 2012 

Info Mengenai Lembah lenggong Sebagai Tapak Warisan Dunia 

  • Bukti penemuan batu serpihan hentaman meteorit itu penyumbang kepada pengiktirafan Lembah Leng­gong sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 30 Jun 2012.
  • Tersenarai sebagai antara 953 Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO juga berkaitan dengan penemuan beberapa artifak berusia lebih 11,000 tahun menerusi kerja-kerja eskavasi ahli arkeologi negara sejak 20 tahun lalu sekaligus membuktikan wujudnya penempatan awal manusia prasejarah di negara ini.
  • Lembah Lenggong adalah sebuah daerah yang kaya dengan khazanah persejarah dari 1,000 hingga 300,000 tahun dahulu
  • Penemuan bukti artifak di kawasan terbuka dan gua yang terletak berdekatan antara satu sama lain dan di lembah sungai membuktikan arkeologi lembah Lenggong bermula di sini.
  • Kawasan terbuka Bukit Bunuh di Lembah Lenggong mencatatkan kehadiran hominid terawal di Asia Tenggara berusia kira-kira 1.83 juta tahun dengan penemuan kapak genggam tertua di dunia dan peralatan lain-lain yang tertanam di dalam batu suevite. 
  • Bukti lagi kehadiran berterusan hominid di Lembah Lenggong dijumpai berdasarkan kepada kronologi penemuan bengkel alat batu di kawasan tersebut yang bertarikh 200,000 hingga 74,000 tahun dan 40,000 tahun.


Saya pergi ke muzium ini bersama kawan saya hafirudin kawan sekampung, kebetulan saya cuti krismas, dia cuti sem memang cantiklah, kalau pergi seorang diri, comform pergi tak sampai 20 minit dah balik *Tips penting kalau pergi ke muzium atau tempat yang membosankan sila membawa kawan, insaallah kebosanan itu akan hilang, tak percaya cubalah!* sebab seingat saya, kali terakhir saya ke sini pada tingkatan 5 itupun trip sekolah *alhamduliah berkat trip dapat A+  untuk paper sejarah SPM, ingatkan sejarah credit, sebab percubaan tak pernah lulus, itulah kalau adik-adik nak sejarah A rajin-rajinkan lah diri datang ke Muzium* 

Back to story selepas 6 tahun tidak menjejaki kawasan ini, akhirnya sampai jua :P iyelah padahai selalu lalu lalang kawasan ini kalau nak ke Penang atau Ipoh, patutlah orang selalu cakap tempat menarik yang jauh-jauh nak pergi, ini yang dekat pun tak habis melawat lagi? apa kes! :P


Inilah rupa Pintu hadapan untuk memasuki Muzium, macam nak masuk gua pun ada?  Apa yang menarik ada di dalam muzium ini antaranya ialah : 

Antara koleksi-koleksi yang menarik yang disimpan di Muzium ini seperti:

  • Alat-alat batu zaman Paleolitik di Bukit Jawa, Kg. Temelong, Bukit Bunuh dan Lawin
  • Alat-alat batu bifas dan unifas yang ditemui di Gua Teluk Kelawar, Gua Ngaum dan Gua Gunung Runtuh
  • Rangka "Perak Man" yang berusia 10,000 - 11,000 tahun yang ditemui di Gua Gunung Runtuh.
  • Peralatan yang digunakan untuk Penyelidikan Arkeologi

Muzium Arkeologi Leng­gong dibuka kepada semua pengun­jung setiap hari dari jam 9 pagi hingga 5 petang dan ditutup pada Aidilfitri dan Aidiladha. Bayaran masuk adalah percuma & paling menarik anda dibenarkan untuk bergambar di dalam muzium! 


Mari kita melihat apa yang menarik di sekitar Muzium Arkeologi Lembah Lenggong.


Disini pelbagai maklumat dan informasi mengenai sejarah purba ada, daripada zaman neolitik, peolitik segala tik, memang menarik bagi yang meminati sejarah, memang khusuk la membaca seperti membaca majalah komik :P 


Antara banyak-banyak bahan pameran yang dipamerkan, saya paling tertarik kepada pameran ini mengenai bukti dan usia peradapan Manusia.Peradaban manusia tertua di luar Afrika itu dibuktikan melalui rangka manusia Perak Man dan bengkel pembuatan alat batu zaman pada Paleotik. Maknanya di negara kita sudah lama wujudnya peradapan Manusia berbanding di benua-benua lain.


Dipamerkan artifak-artifak yang di jumpai di sekitar lembah lenggong, batu-batu pada zaman dahulu seperti zaman neolitik, peolitik dan logam. Turut dipamerkan aksesori yang digunakan oleh manusia pada zaman itu.
Contoh situasi cara manusia hidup pada zaman purba kala!


Disinilah rangka perak Man di pamerkan, sayangnya pada waktu saya datang melawat rangka tersebut tiada, mungkin dipamerkan di tempat lain *alamak perak man ni, orang datang nak melawat dia, dia pulak tak ada!* Disini dibina seolah berbentuk gua dimana rangka perak man ditemui.

Di dalam gua buatan itu digantung replika Kad Pe­ngenalan Malaysia, MyKad Perak Man yang ditulis beberapa perkara penting mengenainya termasuk usia, ketinggian, kelompok manusia, jenis kecacatannya serta aktiviti yang dilakukan dan teknologi yang digunakan pada zaman ia hidup.




Sebelum itu mari saya kongsikan sejarah mengenai Perak Man, ye la dari tadi saya tulis perkataan perak man, tapi apa sejarah mengenai rangka ini pun tidak tahu, jadi boleh baca penjelasan di bawah *berpinar-pinar baca macam nak jawab exam sejarah pulak*

Rangka manusia yang paling tua ditemui di negeri Perak. Dikenali sebagai Perak Man ianya ditemui di Gua Gunung Runtuh. Rangka seorang lelaki dengan ketinggian kira-kira 157cm dan berusia sekitar 50-an. Ianya ditemui pada tahun 1991 dan analisa pertarikhan karbon telah dilakukan dan didapati rangka ini berusia sekitar 11,000 tahun. Rangka ini juga telah dikenalpasti mengalami kecacatan konginetal iaitu "Branchamesophalagia Type A2 " dimana tulang kiri ulna dan radius lebih pendek, kecil dan agak bengkok. Penemuan rangka manusia Perak yang juga satu-satunya rangka prasejarah di dunia yang lahir dengan kecacatan dikenali sebagai Braehymesophalangia Type A juga adalah satu daripada kepentingan lembah Lenggong kepada sejarah manusia.



Muzium ini mempunyai 2 tingkat, di tingkat bawah banyak menerangkan mengenai sejarah kewujudan manusia mengikut zaman dan batu-batu yang dijumpai seusia pada zaman itu di tingkat atas dikongsikan tamadun manusia / malaysia pada zaman sekarang.


Sebelum ke pameran di sebelah luar *bergambar dulu, buat kenangan anak cucu!* Salinan sijil menunjukkan lembah lenggong diiktiraf sebagai salah satu tapak warisan dunia (unisco) hebat!! sambil tepuk tangan, berbangga menjadi orang perak dan lahir di daerah hulu perak!



Pameran di sebelah luar, mempamerkan secara terbuka semua jenis batuan yang ada di Hulu Perak dari yang berusia 300,000.  Disini pelbagai jenis batu dan sejarah mengenai asal usul / usia batu ditulis.

semasa saya sampai ke muzium ini pengunjung tempatan tidaklah banyak boleh dibilang dengan jari, tapi melihat sekumpulan pelancong mat salleh begitu khusuk membaca mengenai bahan sejarah yang dipamerkan siap buat cacatan *terus terfikir alamak aku yang orang malaysia pun, baca ala kadar, itupun sebab nak tulis balik dalam blog padahai orang luar begitu menghargai sejarah yang wujud di negara kita, terus insaf itulah dikalau kita sendiri tak menghargai dan memperkenalkan sejarah negara kita kepada orang luar, siapa lagi?.* fikir-fikirkanlah, Patriotik sebentar :P 



Ya macam mana dengan pengembaraan lenggong perak, ya sejujurnya mengunjungi muzium memang membosankan tapi berbanding ilmu dan maklumat yang diperoleh memang berbaloi, sekiranya anda ada kelapangan untuk melawat daerah lenggong yang diiftiraf sebagai tapak Unisco yang ke 4 di malaysia, jangan lupa melawat Muzium Arkeologi Lembah lenggong yang mempamerkan rangka manusia tertua, Perak Man di ditemui Gua Gunung Runtuh, dan merupakan rangka manusia tertua di semenanjung malaysia yang kaya dengan pelbagai sejarah yang tersendiri.

Sebarang Pertanyaan Mengenai Muzium Arkeologi Lembah Lenggong 
Hubungi Alamat Di Bawah
Jabatan Muzium dan Antikuiti, Kota Tampan, Perak, 33400 Lenggong
Phone:05-767 9700

P/s:entry yang berikutnya saya akan senarai aktiviti & tempat penginapan yang menarik  di sekitar lenggong, bagi anda yang belum membaca entry pengembaraan saya yang terdahulu bolehlah klik link ini 


59 comments:

  1. hope one day..sy dapat datang sini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insaallah itah..dtang lenggong jgan lupa datang ya :)

      Delete
  2. Kuala Kangsar..my hometown..tapi belum berkesempatan nak gi sini..huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh ye kak..dekat je la dari kk nak ke sini he..he. :)

      Delete
  3. masa pergi ke Belum, Tasik Banding hari tu memang nampak bnyk sangat signboard Muzium Arkelologi.. mmg terfikir nak singgah.. tggu next entri psl tempat penginapan.. jgn lupa pilihan tmpt makan yg best skali... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok sis..memng byak nampak sigboard tunjuk jalan nak ke sini..so mudah nak cari.. insaallah nanti saya kan buat ya :)

      Delete
  4. memang menarik tempat2 sejarah mcm ni..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh kalau yg minat sejarah bestlah..kalau yg kurang meminatii memng ckap bosan.. tapi bg saya tmpat ni memng menarik he..he. bayak sejarah dipamerkan :)

      Delete
  5. tgk gmbr2 ni, trgt dulu pernah bercita-cita nk jadi ahli arkeologi.. tp dulu.. skrg dah jauh tinggalkan cita2 tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke kak..owh he.he. kalau tringin lagi rajin2 la ke muzium :)

      Delete
  6. seronok sebenarnya pergi melawat tempat bersejarah ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. memng seronok bro..dpat belajar benda baru :)

      Delete
  7. Assalammualaikum....sobri,

    bagus sangat2 entry nie.. terbaik sangat daripada perjalanan pergi ke tempat muzium hingga suasana berada di muzium.. pehh.. siapa gi muzium memang ingat.. lah sejarah. Cintai sejarah negara kita .. insaallah kita akan cintai bumi Malaysia ini. Itu belum gi Makam pahlawan negara kita.. macam dol said, mat salleh, mat kilau atau tok janggut.

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih bro muslim..somoga yg membaca dapat memfaat :)
      insaallah kita akan ingat asal usul..brulah x mudah lupa diri kan bro :)

      Delete
  8. Muzium Arkeologi Lembah Lenggong...tak pernah dengar.. Rangka Perak Man yang dijumpai di Gua Gunung Runtuh... hurmm tak jugak hahaha.. aduii buta sejarah aku ni hehehe.. kene berguru dengan Tuan Sobri yang arif nie :D

    Suka tempat macam ni.. insyallah tanam niat nak jejak kaki ke sana :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha.ha.. semua pun ko x pnah dgr bro..itulah asik travel kat luar aje kan.. he..he,, x pe nanti semua info tu ko bleh google.. berguru dgn aku. aku masih x layak lagi..skadar perkongsian boleh la bro :) seloknya bergurulah dgn pngalaman ? :P

      Delete
  9. rasanya macam pernah pergi sana dengan rombongan bas.. tapi x igt bila...

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh bgus tu bro..mesti dah lama zaman sekolah apa..sampai x ingat dah he..he..

      Delete
  10. suka baca tulisan sobri, detil n informatif patut scored A1 dlm sejarah...kak memang minat sejarah n leka membacanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sis..alhamdulilah..ada juga yg suka membaca.. ingatkan saya tulis melalut-lalut jugak.. he..he. :) amin.... saya pun suka cara pnulisan sis :)

      Delete
  11. "Maknanya di negara kita sudah lama wujudnya peradapan Manusia berbanding di benua-benua lain."

    I wonder where the words of Malingsia comes from.. (:

    ReplyDelete
    Replies
    1. im not really sure..what means MALINGSIA = it means gayang malaysia ..? gee...
      but if words baglasia memng bayak kluar after pru14..
      agaknya mugkin peradapan di malaysia sudah lama ada.. terbaca satu article yg mngatakan
      sbhagian penduduk pribumi di malaysia dtgnya dripada afrika,,sbab ada persamaan budaya..adat dan colour kulit..:P

      Delete
  12. the first gambar tu scary lah sobri..tak tau kenapa..Hmmm..sebenarnya kita tak suka pergi muzium...ada rasa tak selesa..itu belum muzium perang penang!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. scary sis? he..he.. itu gamba rangka yg ditemui.x pasti klon or original.. owh mudah lemah semangat agaknya..sama lah saya muzium perang pun x pergi lg :)

      Delete
  13. Detail sungguh penerangannya .

    ReplyDelete
    Replies
    1. he..he. sekadar perkongsian kita bsama :)

      Delete
  14. Wahh bestnya.. teringin juga nk ke sini nanti. T kasih diatas perkongsian ye bro Sobri.. best.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih bro khir...jangan lupa ya satu hari singgah ke muzium ini memng mnarik :)

      Delete
    2. In shaa Allah.. mmg nk singgah sgt klu ke sana nanti.. :)

      Delete
  15. sungguh pengalaman menarik bila saya, pacak jalan-jalan kesitu,,, hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. jemput2 la datang.. ada kelapangan boleh dtang :)

      Delete
  16. Menarik jugak baca entri2 di blog bro ni.... saya mmg ada plan nak singgah muzium ni tp tak tau biler...hari tu ke sana x sempat lak nak singgah.... saya dah add blog bro kat bloglist saya... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih bro.. ok saya pun dah masukkan blog bro dlm bloglist saya :)

      Delete
  17. muzium lenggong memang tak pernah sampai lagi, tapi gua-gua di lenggong saya dah masuk dua tahun lepas..seronok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow untung..saya walaupun dkat..gua dkat lenggong x pnah masuk..x bkesempatan lagi...

      Delete
  18. sobri asal perak juga ya? akak memang asal dari lenggong tu.. dah lama akak tak balik kampung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ar ah kak..saya asal gerik..akak org lenggong..owh kiranya dekat jela.. senegeri la kita... perakian!!

      Delete
    2. owh, orang gerik rupanya.. daerah sebelah aje la.. hehe.. perakian.. :D

      Delete
  19. Awesome ! saya suka gak tempat2 bersejarah mcm ni.. Harap one day dapat menjejakkan kaki ke sini dan berkenalan dengan Perak Man dengan lebih dekat lagi ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq u sis... insaallah satu hari dpat sampai ke sini..ya jgn lpa bkenalan dgn perak man.. :)
      jgn lupa bgambar sekali - : P he..he..

      Delete
  20. Muzium Arkeologi Lembah Lenggong belum pernah smp lg tapi Muzium Arkeologi Lembah Bujang dah sampai. Hehe tp menarik la..kdg2 org ckp sejarah boring tapi bila bt lawatan cmni nmpk interesting!^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. ar ah kalau dtang lawatan ramai2 memng x boring..sbnarnya history very intresting :) he..he..

      Delete
  21. Akak ada lalu kesini haritu, tp tak menyinggah

    ReplyDelete
  22. Wah sobri, pulang ke kampung halaman iyer. lame mike tak balik perak juga. hehe... mike yg org perak pun tak pernah sampai lagi ke muzium lenggong ni... byk jugak info sejarah kat situ ye. menarik pulak. P/S: ingat tadi yang kat berbaju biru tu model perak man zaman moden. hehehehe

    ReplyDelete
  23. wahhh berjalan di banyak tempat ye..sekali lagi gambar cantik ^_^

    ReplyDelete
  24. owh...aku tak tahu plak kat lenggong ade muzium macam nie...menarik gak tempat dia walaupun aku bukan seorang peminat pasal arkeologi nih..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  25. Rasanya pernah lalu aje..mmg bkn kaki jln2..fpt bca segala info kt sini jafilh...tqvm...sgt mghargainya

    ReplyDelete
  26. Vee suka pergi tempat macam ni, penuh dgn information :D Vee suka gather information utk something yg sgt rare and kebabomm. Kat rumah pun V slalu buat research, but most of the time, natural disasters lahh yang sangat menarik perhatian V. Hahakk :) Btw, yang tugu tu tadi; mana satu tugu ek? Batu tu atau yang baju purple tu? Haha..

    ReplyDelete
  27. macam best gak tempat ni. nak kena pergi sini one day

    ReplyDelete
  28. xtau pulak kt lenggong ada muzium.. bestnya kt dalam tu mcm2 ada. siap boleh snap gambar

    ReplyDelete
  29. boleh pergi ni nanti....alang2 dah lama tak pi muzuim..macam jakun sikit rasa...ahahahaha

    ReplyDelete
  30. akak lalu je dekat sini haritu, tapi tak masuk. Pergi dengan bos, segan nak suruh menyinggah. Lagipun tengah kerja kan. Apapun, minat kita sama!

    ReplyDelete
  31. salam.mak mertua saya duduk sana hee..tak tahu pula sana ada muzium.hurm boleh pergi waktu cuti nanti..thnks

    ReplyDelete
  32. assalamualaikum
    hebat sungguh...izinkan saya menggunakan serba sedikit maklumat di sini untuk buat buku skrap pakai sekolah,boleh?

    ReplyDelete
  33. assalamualaikum
    hebat sungguh...izinkan saya menggunakan serba sedikit maklumat di sini untuk membuat buku skrap untuk kerja sekolah,boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam... dipersilakan..dharapkan maklumat di atas dpt membantu anda.. menyiapkan buku skap.. good luck :P

      Delete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca