Realiti Pencari Pekerjaan Di Malaysia | www.sobriyaacob.com

Sunday, December 22, 2013

Realiti Pencari Pekerjaan Di Malaysia


Assalamualaikum & salam sejahtera semua, Entry hari ini lebih kepada perkongsian mengenai isu pengganguran di kalangan Mahasiswa dan mahasiswi. Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Job DB hasil daripada survey yang dijalankan oleh di 6 buah negara asia terdapat lebih daripada 30 juta pencari kerja / jobseekers di Indonesia, Malaysia, Hong Kong, Singapura, Thailand, dan Filipina. (sumber)

Statistik pada tahun 2012 sebanyak 76200 orang mahasiswa menggangur mencari pekerjaan disebabkan tiada kemahiran dalam mencari pekerjaan. Pada masa sekarang lebih kurang lebih 100 ribu Graduan / fresh graduate mencari peluang pekerjaan.

Seramai 40,000 siswazah Institut Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara masih mencari pekerjaan berdasarkan Kajian Pengesanan Graduan 2011 yang dilaksanakan Kementerian Pengajian Tinggi KPT. Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KPT, Datuk Omar Abd Rahman berkata angka itu melibatkan siswazah yang gagal mendapat pekerjaan tetap meskipun selepas enam bulan tamat pengajian.


"Setiap tahun, kita buat kajian ini dan tahun lalu, menunjukkan peratusan graduan yang masih belum bekerja ialah 21 peratus terdiri daripada IPTA dan 27 peratus IPTS. Manakala, 28 peratus daripada Politeknik dan 35 peratus Kolej Komuniti "

 sumber: www.sabahdaily.com


Kenapa saya menulis mengenai topik ini kerana sekarang ramai gradute masih mencari perkerjaan pertama / kebanyakkan syarikat tidak berminat untuk mengambil fresh gradute untuk bekerja di syarikat mereka, atas alasan pengalaman tidak mencukupi dengan kehendak syarikat. Tapi cuba fikir sekiranya peluang tidak diberikan sepenuhnya bagaimanakan kami berpeluang untuk mendapat pengalaman seperti yang dikehendaki oleh pihak syarikat.   Entry kali ini terinspirasi daripada article Hala tuju selepas spm daripada Afiqah, pemilik  blog haneulafiqah.blogspot.com

Ya sebagai pihak yang membuat keputusan untuk mengambil seorang itu bekerja di syarikat anda, saya paham anda mahukan calon yang terbaik, tapi berilah sedikit ruang kepada kami yang terpaksa bersaing dengan pencari-pencari kerja yang lebih mempunyai pengalaman untuk mendapatkan position yang terbaik di dalam sebuah syarikat.  Sekiranya peluang tidak diberikan mana mungkin, tahu potensi yang ada di dalam diri pekerja itu.


Di bawah saya senaraikan statistik jumlah pelajar lepasan Ipts dari tahun 2002-2007




Jumlah keseluhan pelajar Ipt bagi tahun 2002-2007 bagi kelulusan Diploma : Jumlah keseluruhan sebanyak 28,402 siswazah

Jumlah keseluruhan Pelajar Ipt tahun 2002-2007 bagi kelulusan Diploma di bawah bidang pentadbiran dan perniagaan :Jumlah keseluruhan sebanyak 10,559 siswazah.

  • Purata statistik yang dikira oleh saya hanya jumlah pelajar lulusan Diploma!, tidak termasuk kelulusan yang lain, seperti Pelajar lepasan Spm, kelulusan sijil, Ijazah dan lain-lain, bayangkanlah sekiranya semua jumlah di atas dikira berapa ratus ribu, orang mencari peluang pekerjaan.


Jika statistik yang diberikan tempoh masa yang agak panjang, saya ambil contoh statistik untuk tahun 2007 sahaja jumlah pelajar lepasan ipt bagi kelulusan diploma *tidak termasuk kelulusan lain*


Jumlah keseluhan pelajar Ipt bagi tahun 2007 bagi kelulusan Diploma : Jumlah keseluruhan sebanyak 20,238  siswazah


Jumlah keseluruhan Pelajar Ipt tahun 2007 bagi kelulusan Diploma di bawah bidang pentadbiran dan perniagaan :Jumlah keseluruhan sebanyak 7,947 siswazah.

kebanyakkan contoh yang di ambil bagi bidang pentadbiran dan perniagaan, mewakili bidang yang dipelajari oleh saya di Ipt, tahun 2007 sahaja sudah 7,947 graduan di hasilkan, tidak termasuk bagi tahun 2008, 2009, 2010, 2011 & 2013 .

katakan saya mengambil jumlah lepasan ipta tahun 2007 mewakili tahun yang berikutnya ( 7,947 x 5 tahun = 39,735 orang & daripada jumlah tersebut 5% masih tidak mendapat pekerjaan sebanyak 1986,75 orang ) kelulusan Diploma, bayangkan berapa banyaknya persaingan dalam usaha mencari pekerjaan itu, pun bukan pekerjaan impian asalkan ada peluang diberi, diterima walaupun lari daripada bidang yang dipelajari dahulu. *siapa ada statik yang betul bagi tahun 2008, 2009, 2010, 2011, 2012 bolehlah kongsikan*  

Contoh yang saya berikan di atas adalah sedikit berbanding purata siswazah gradute daripada ipta /ipts yang mencari pekerjaan, beramai ramai? semuanya berusaha merebut peluang pekerjaan yang ada, siapa cepat dia dapat siapa lambat dia ketinggalan!.


Di bawah statistik realiti gaji pekerjaan mengikut latar belakang pendidikan.
Sumber : unknow



ok apa pendapat anda semua?  Realiti gaji  bagi kelulusan diploma Rm 2,200 serta kelulusan yang lain dan sekiranya tinggal di bandar masih dikategorikan miskin. Apa yang saya tahu gaji kelulusan diploma bagi fresh gradute selalunya diberi sebanyak Rm 1200 *itupun nasib kalau dapat* dan tingkat gaji akan meningkat paling tinggi sebanyak RM1800 *bergantung kepada industri yang diceburi*

Pendapat saya dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, kadang-kadang gaji yang diberikan kepada fresh Gradute agaklah sedikit, seperti mengambil kesempatan, Pekerjaan pertama saya selepas diploma dibayar Rm 800 ringgit, gaji yang dibayar mengikut kelulusan Spm, alasan tiada pengalaman, pilihan yang saya ada sama ada terima atau tidak, disebakan kesukaran mencari pekerjaan pada zaman sekarang dan inginkan pengalaman, terpaksa terima, apa pilihan kita sama ada terus mengangur atau menerima pekerjaan itu walaupun  gaji pekerjaan saya selepas Spm adalah lebih tinggi berbanding kelulusan Diploma.

kami sebagai Fresh gradute terpaksa menerima disebabkan kesukaran mencari pekerjaan an di sebabkan ingin mencari pengalaman, bayangkanlah berapa ratus ribu orang fresh gradute ternanti-nantikan peluang pekerjaan. Kita kena paham dengan situasi negara sekarang kebanyakan harga barang keperluan harian meningkat secara tidak langsung kos hidup meningkat, tol naik, tarif elektrik naik apa yang turun? cuma hujan! *alhamdulilah turun hujan kalau tak turun hujan permasalahan lain pulak tu negara kena selesalkan* bayangkanlah gaji yang diberikan Rm 1200 *gaji minimum untuk fresh gradute* selepas ditolak hutang ptptn, sewa rumah, kegunaan harian selepas dicongak tinggalah berapa yang boleh disimpan, alhamdulilah daripada tidak boleh simpan langsung.

Mengikut statistik realiti gaji pekerjaan mengikut latar belakang pendidikan yang dikeluarkan saya sangat bersetuju, sebab kebanyakan rakyat malaysia yang makan gaji dikategorikan taraf miskin yang tinggal di bandar adalah tepat, bayangkanlah yang sudah berkeluarga dengan barang keperluan barang harian, barang anak-anak, bil-bil, sewa rumah, kereta owh mau tak botak kepada ketua keluarga! *Masalah kewangan bagi yang sudah berkahwin lain pulak masalah yang dihadapi*



Info aspek Statistik dalam penentuan gaji minimum

  • Sistem Gaji minimum walaubagaimana pun bentuknya, tidak akan berjaya berfungsi kecuali bepandukan statistik yang tepat, boleh dipercayai dan terkini berdasarkan data-data seperti pendapatan, upah, harga dan ciri-ciri penerima upah (jantina, pekerjaan, tahap kemahiran dan sebagainya). Ia memerlukan sistem sokongan statistik perburuhan berdasarkan kepada program kajian establishment yang dilakukan secara berkala, kajian guna tenaga isi rumah yang kerap, kajian perdapatan dan perbelanjaan isi rumah dan pengumpulan statistik yang berterusan daripada sistem pentadbiran.
  • kreteria-kriteria penetapan gaji minimum adalah seperti berikut; keperluan asas pekerja dan isi rumahnya, upah umum dalam negara, kos sara hidup, faedah keselamatan sosial, standard hidup yang relatif dengan kumpulan sosial yang lain; dan faktor ekonomi, termasuklah keperluan perkembangan ekonomi, tahap produktiviti, keinginan untuk mencapai dan mengekalkan tahap tenaga kerja yang tinggi. Adalah sukar bagi Malaysia untuk menentukan gaji minimum yang “tepat” dengan mengambil kira kewajaran yang sepatutnya diberikan untuk setiap faktor-faktor tersebut.


Berdasarkan statistik realiti gaji pekerjaan mengikut latar belakang pendidikan yang harus diberikan dengan maklumat cara penentuan gaji minimum kebanyakkan gaji yang diberikan adalah bergantung kepada polisi syarikat dimana sangat sukar untuk menentukan gaji minimun dengan tepat, semuanya bergantung kepada kestabilan dan budi bicara syarikat tempat kita bekerja. Jadi kepada semua fresh gradute yang masih tidak berpuas hati dengan gaji yang diterima anda inilah realiti yang harus ditelan! *sedih* dan pihak yang berwajib harus melihat isu ini dengan lebih mendalam. Tapi tolong jangan keluarkan kenyataan seperti ini *kalau tak mau gaji macam ini, jangan bekerja di malaysia, sila bekerja di Banglades*  apabila isu sebegini ditanya berilah jawapan yang munasabah berserta fakta yang berkaitan, ya kerana suara anda mewakili suara permasalahan masyarakat .   


Sebenarnya banyak sebab kenapa masih ramai fresh gradute menganggur antaranya memilih kerja, kelayakan tidak mencukupi, tidak fasih berbahasa inggeris, persaingan antara siswazah dan orang yang lebih berpengalaman,Kerja yang ditawarkan tidak sesuai dengan diri (terlalu memilih), Takut berhadapan dengan persekitaran alam pekerjaan & gaji yang diminta terlalu tinggi.



Tengok nak apply jadi drive pun nak muka yang Hensom! kerja oh kerja.


Entahlah kenapa entry kali ini panjang sangat? daripada statistik kadar pencari kerja di malaysia, gaji minimum untuk fresh gradute dan sampai sebab-sebab kenapa ramai fresh gradute mengganggur tanam anggur sampai dah boleh bukak ladang sendiri sebab lama sangat menggangurnya :P mungkin luahan perasaan seorang pencari pekerjaan di Malaysia, jauh lagi mendapatkan pekerjaan idaman!. Tapi apa yang saya tulis bukan sekadar di atas angin, berserta link-link yang boleh dijadikan rujukan. so kepada semua bakal gradute tak lama lagi ini antara satu fasa yang harus ditempuhi ! Jadi kepada semua yang membaca entry kali ini doakan semoga saya mendapatkan pekerjaan yang saya idam-idamkan!

Bagi yang masih tidak dapat pekerjaan, apa kata masa menggangur inilah waktu untuk anda membantu keluarga anda, ataupun boleh memulakan perniagaan secara online seperti menjual tudung, baju dan lain-lain bagi yang suka menulis, tulislah lah blog, trust me! walaupun pendapatan yang dapat setiap bulan tak banyak, sekurang anda boleh menyimpan duit daripada hasil berblog, jangan anggap status menggangur satu bebanan anggap satu cabaran yang harus ditempuhi, sentiasa berusaha dan berserah kepada yang berkuasa :) 

P/s: Kejayaan bukanya datang kepada kita, tapi kita sendiri yang perlu mencari kejayaan itu, jangan terlalu memilih pekerjaan, kejayaan tidak datang tergoleh semuanya datang atas berkat usaha sendiri . *peringatan untuk sendiri*

Kepada abang-abang, akak-akak yang mempunyai pengalaman tersendiri atau any info serta apa alternatif lain yang boleh dilakukan oleh para siswazah yang masih mengganggur, bolehlah komen, sekurangnya boleh dijadikan panduan kepada yang membaca :) 

50 comments:

  1. rasa serabut bila fikir tentang ni. mula-mula dulu sy jugak mcm tu. nak-nak lagi saya keluaran graduan jurusan sastera. orang kata kalau nak kerja tu memang payah sikitlah. kerja guru macam dah jadi target utk graduan sastera mcm kami2 ni.

    alhamdulillah berkat inisiatif mencari program yg dioffer kerajaan utk siswazah yg tamat belajar [ kerajaan ada menyediakan banyak program utk siswazah menganggur ] saya dah berhasil menemukan pekerjaan. alhamdulillah sekarang selesa makan pakai tapi masih dlm kategori miskin bandar.

    errr.. heheh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya geen..bila fikir perkara ni.memang serabut...stress pun ada.. tapi nak buat mcm mana ini dugaan yg harus ditempuhi..

      owh bgus insatif kerajaan..byak menyediakan program utk siswazah...alhamdulilah..
      tq 4 shring pengalman gee.. :P

      Delete
    2. maybe next time, En.Sobri boleh share program2 utk siswazah in case ade siswazah yg tak tau..

      you are most welcome. (:

      Delete
  2. boleh cuba nasib dalam bidang usahawan, jadi entrepreneur... start small and build your business with consistency, hard work and strong determination, rezeki halal ada di mana-mana asalkan rajin berusaha dan selalu bersikap positive dan competitive, ganbatte ne ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you sis..atas kata2 dan nasihat yang diberi..insaallah..ya rezeki halai ada di mana2 yang penting kita berusaha dan sentiasa bersikap positive :)

      Delete
  3. Betul tu...sesetengah pihak swasta tidak mahu mengambil fresh graduate disebabkan tiada pengalaman. Di tambah lagi, mereka tidak mahu berbelanja lebih utk training cost.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu salah satu reason kenapa pihak swasta x nak ambil fresh gradute. nak jimatkan cost..trainning..tq sharing opinion :)

      Delete
  4. ika setuju dengan entri sobri ni, kadang2 sesetengah pihak yang tak nak bagi peluang dekat fresh graduate untuk bekerja, alasannya sebab takde pengalaman kerja, tapi bila fikir2, macam mana nak dapat pengalaman kerja kalau takde langsung peluang yang diberikan? betul tak? dan macam ada sedikit pilih kasih ika rasa, bila fresh graduate tu ada kemahiran, contohnya macam, daripada universiti yang bersektor "industri", graduan daripada universiti sebegitu yang diutamakan...ya tak dinafikan laa, itu kelebihan dan pilihan kita sendiri semasa memilih pusat pengajian...

    but stilll, di mana peluang untuk graduan2 lain....satu lagi yang paling penting, kalau nak dapat perhatian daripada sesetengah pihak, result grad tu kena power, baru laa orang pandang sikit kelulusan kita, kalau kelulusan cukup2 makan, susah sangat orang nak pandang...sigh! belum lagi cerita yang memilih pekerjaan, yang result bagu tapi terlalu memilih pun payah juga, itu laa sedikit punca ramai yang menganggur sebenarnya...

    ika pun macam dah berkira-kira, in case kalau ika habis buat medic ni dan tak ke mana2, even doctor kat msia ni kurang, tenaga pakar kurang, tapi difikirkan sekarang ramai yang mencari kerja, terfikir juga mana laa tahu ika juga mungkin tidak berkerja satu hari nanti kan, dah siap fikir dah nak buat business je, nak buka butik and jual items yang ika customade sendiri...contoh pakaian muslimah :)

    apa pun, ika doakan yang terbaik buat semua, semoga sobri juga dipermudahkan dalam urusan mencari pekerjaan yang diminati...insyaAllah kena usaha lebih sikit...mesti berjaya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. actually ika..masa saya buat entry ni ..pun terketar2 melihat statistik graduan yg menggangur.. punyalah banyak... kbnyakan fresh gradute yg ada pngalman pun based on practice training..
      so what they expect? pngalaman slama 3 tahun..slepas kluar ipt.. just bagi peluang..
      tapi kita pun paham masalah pihak syarikat dgn masalh ekonomi skrg..everthing cost..nak cut.. sbab saya memng belajar pasai pengurusan sumber manusia.. so paham apa situasi yg dihadapi.. yg bab pilih kasih saya setuju..

      yang resulit..memng betul..but something, dripada exprince saya kerja..dgn hr.. diorg bkan nak ponterpower.tapi nak kemahiran n pengalaman..so xkan la tanya pasai cara2 nak guna sofware yg khusus untuk company dia..kita trus tau pakai..kat ipt bukan ada ajar pun..smuanya perlu take time..kalau wat mistake tu...normal la..namapun belajar..
      tapi kalau rusult power memng advantage compare dgn result..ckup2 makan..

      kesimpulanya..rezeki allah ada di mana.. good luck utk stdy ika.. all the best..insaallah apa yg kita hajati dan rancangkan akan berjaya :) usaha tangga kejayaan..tq 4 shring opinion kita..very helpful :)

      Delete
    2. hmmm itu laa, semua dah payah sekarang ni, abah selalu cerita masa zaman2 dia belajar, ada kawan2 yang result tak ok pun boleh masuk belajar, boleh bekerja bagus2, sekarang jagi pegawai, pengarah etc, tapi zaman kita, tengok laa, everything is going sooooo difficult. Susah nak describe hal2 macam ni, tapi at least give us chances laa kan, itu je sebenarnya. Manusia ni boleh belajar, bukan terus tahu semua benda T_T

      insyaAllah, diharapkan urusan kita semua dipermudahkan oleh Allah swt, amiin amiiinnn :)

      Delete
  5. Betul tu..yg penting jgn memilih kerja, cari pengalaman dulu, kerja kerana
    Allah.

    ReplyDelete
  6. Lambakkan mahasiswa sobri, yg penting mahasiswa sekarang kena lebih kreatif dan bijak

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu sis..kena bijakn kretif..x semestinya apa yg kita blajar..kita akan kerja dlm bidang tu :)

      Delete
    2. Saya setuju dengan memmet... Bisnes salah satu jalan. Kat tempat saya ada sorang graduate. Dek kerana tak dapat kerja masa tu, dia meniaga air kelapa dan goreng pisang. Sekarang alhamdulillah...dah besar bisnes dia berkat dari kesabaran dan usaha. btw, saya kerja lepas diploma starting 1100.. bebanan kerja memang tak setanding gaji. Tapi, tahan je la kan..alhamdulillah sekarang semuanya doing great ^_^

      Delete
    3. ia itulah org cakap.. rezeki ada di mana-mana janji jangan memilih kerja..alhamdulih berkat usaha ..itulah bebanan kerja x standing gaji..nak x nak kena redah jugak la..tq 4 sharing bro :)

      Delete
  7. IPT melambak...graduannya lagilah banyak, persaingan utk dapatkan perkerjaan tentulah sengit...apapun kena rajin berusaha dapatkannya...kan usaha itu tangga kejayaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih akak.ya ipt bayak..persaingan pun byak...tambahan lagi nak bersaing dgn org yang dah memng ada experince.. bsaing plak dgn fresh gradute..semuanya bergantung kpada luck :) kak.. terima kasih kong pandangan :)

      Delete
  8. Replies
    1. ha.ha..kerja most wante..
      bkan rembau most wanted :P

      Delete
  9. Assalam.. Mmg betul tu bro Sobri. Waktu dizaman saya pun mmg bnyk perkara ini berlaku. Peluang pekerjaan yg bersesuaian dgn kelulusan utk kerjaya yg stabil agak kurang berbanding dgn calon2 yang ada. Mmg sesuatu yg agak menyusahkan bila lepas belajar & perlu pula menanggung beban pinjaman. Itu menjadi sebab utk sesetengah kita mengambil keputusan berniaga dan bekerja sendiri.. mudah2an, diberi jln utk perkara ini diselesaikan sebaiknya, in shaa Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam bro khir...lega dgar komen daripada orang yang lebih berpengalaman... ya memng agak menyusahkan..dgn keadaan ekonomi..lanmbakan gradute..persaingan yang banyak..
      berniaga salah satu cara nak kluar daripada masalah ini.. insaallah.. terima kasih atas pandangan bro.. sangat dihargai :)

      Delete
  10. Sekarang ni semakin berlambak2 adik-adik yang lepasan SPM menerima result yang cemerlang... apabila mereka berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi nanti, seolah2 mereka sedang menempah alam pengangguran yang berijazah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ida this is the best stement utk lambakan gradute sekarang..menempah alam pengangguran berizazah..it true,, that fact!! :(

      Delete
  11. tak de istilah siswazah menganggur klu tak pilih kerja . plg mudah , buat bisnes di internet utk permulaan . pastu blh lah cari premis . so , tak de la rungutan kerja teruk tapi gaji ciput , brg naik , sara hidup tggi dan lainnya ... anak buah saya masih study kejuruteraan tapi dah ada income sendiri dgn bisness internet . kwn dia lak trus berhenti belajar sbb dpt income 30k sebulan drp business internet ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak..ya penggunaan internet adalah cara satu cara yg global utk berniaga..pucuk pangkalnya mahu atau tidak..tepuk dada tanya selera :)

      Delete
  12. Niesa lepas habis belajar last year terus rembat je mana2 kerja yg niesa mintak dan dapat. Kalau nak tunggu kerja yg betul2 sesuai mmg susah la kan. Lagi2 mmg di akui syarikat byk nk ambik org yg berpengalaman. Bak kata sobri td kalau kita x dibagi peluang mcm mana kita nak dpt pengalaman tu kan? Kalau la pengalaman lebih penting buat apa tubuhkan ipt,ipta tu semua..belajar habiskan duit,masa,tenaga tp bila habis belajar carik kerja org nk yg ada pengalaman. Cam mana tu?gaji permulaan niesa sbgai lepasan dip 700 je. Alasan sama mcm yg sobri ckp sbb xde pengalaman. Mcm x ada beza kan?bek lepas spm terus kerja je..haha.tiba2 emo plak pasal kerja ni.hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. niesa situation kita samala.. just rembat mana2 peluang yang ada..x de memilih..asalkan rezeki halai.. boleh tambah pengalaman.. walaupun ada unsur pengambilan kesempatan terhadap gaji yg ditawarkan.. tapi kena hadap gak la..just skrg peluang je harus diberi.. ..stement bab ipt tu memng betul sangat..sangat berbisa..knapa nak wujudkan ipt? lpas tu expect kita ada pengalam kerja 3 tahun ke atas.. pengalaman yg ada pun practicle taraining..
      ha..ha.. sebab saya pun ada belajr pasai human resource so paham sangat kenapa syarikat x berminat nak ambil fresh garadute....erm.. so terpaksa lah kita cari alternatif lain nak selesalkan masalah ni.....................................................................

      Delete
  13. Salah satu cara nk atasinya adlh create business sdri.. kalu bjy leh bntu sesame sdri dgn menyediakan peluang pekerjaan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..salah satu cara.. tapi jadi isunya kalau siswazah itu x kberanian utk bniagaan dan lebih suka makan gaji.. itu msalahnya :)

      Delete
  14. sangat suka entri ini ..dan jangan lupakan communication skill jugak perlu semasa interview

    ReplyDelete
  15. komen saya sama saja dgn mrk diatas . jgn salahkan keadaan . tepuk dada , tanya otak ... isi tabung inti .

    ReplyDelete
    Replies
    1. tepuk dada..tanya otak..bukan tanya nafsu :)

      Delete
  16. sekarang ni jurusan perubatan pun ramai yang menganggur
    tu yang pelik..
    bila pendidikan dh jadi tempat berniaga, kualiti tolak nombor dua
    pelajar jadi manggsa, habis belajar rmai yg menganggur di sini sana
    gaji rendah, peluang tak banyak yang ada

    sigh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh x tau la plak saya..
      sbab saya bkan blajar dlm bidang..
      singat saya blajar dlm bdang prubtan bila kluar bayak market..kerja yg menanti..
      ya isu institusi pendidikan djadikan lubuk mencari duit..shingga byak kuantiti drpda kualiti yg dhasilkan..salah satu pun..
      tq sharing bro :)

      Delete
  17. oh yes.. this is very true.

    personally, bagi saya cara untuk elak benda ni ialah dari bangku sekolah lagi. ibu bapa perlu campur tgn dalam pemilihan kursus, dedahkan pelajar sekolah bahawa dunia pekerjaan bukan seperti dibayangkan. u bljr sains trus boleh jadi saintis.

    bukan saya bias kepada profession atau bidang tertentu. cuma fikir kan dari mula. strategi kena ada. contohnya kalau betul minat bidang perhotelan, atau tourism. dr bangku sekolah kenal mana2 tempat pelancongan atau perhotelan yang berpotensi. build connection dari awal. kenal orang ni, orang itu. ambik part time.

    jadi bila keluar dari universiti, u tidak shock and panik, bingung mau ke mana, interview di mana.

    sekadar perkongsian. sorry buddy kalau panjang sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq sis..atas perkongsian..
      mybe lpas ini yg student akan dtg kena pkirkan..
      plan dari awal apa yg nak dilakukan..
      very appreciated your coment.. it true...everything must b plan !!

      Delete
  18. kadang² sebabkan attitude pon problem juga..
    tak semua graduated tu boleh buat kerja..
    kadang² grade bagus cemerlang semua, bila dah masuk sektor pekerjaan out habis..
    sebab Pride tinggi sangat. sampai susah nak terima tunjuk ajar.
    tak salah pun kalau rendah kan pride, kerja je dulu ape² bidangnya pun,
    waima sektor kerja tu diluar bidang yang di pelajari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab attitute tu memng betul..
      kadang stdent yg gred dgn kelulusan yg tinggi..
      samapi x bleh trima teguran..diorg aggap.. dorg sudah ckup bijak ..
      mlas nak terima tunjuk ajar..
      n masalah lain plak..bila gradute msuk kerja..stgh rakan kerja..aspect dirg tahu wat semua kerja.. dan mls nak bri tunjuk ajar..itupun masalah jugak.. ermm>:)

      Delete
  19. Gaji minimum perlu ditingkatkan supaya bersesuaian dengan taraf kehidupan zaman sekarang. Kesian pada fresh graduate sekarang ni. Sudah lah bergaji kecil, perlu membayar hutang pula. Gaji di Malaysia tak pernah meningkat semenjak 1999. Walhal, produktiviti pekerja di Malaysia meningkat hingga 45% semenjak dari tempoh itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh salah satu fact yg baru saya tahu..ya bebanan yg terpaksa tanggung,,byangkanlah dari dip..sampai degre..kalau blajar wat pinjaman..lpas tu kerja yg diterima gaji plak rendah..ermm memng itulah punca knapa byak gradute x byar ptptn..thank sharing bro :)

      Delete
  20. Iklan yang minta "handsome" tu agak tak leh blah kot hahahaa...
    itu lah masalah.. kesian pada yang menganggur.. sudah mula tiba masa nya rakyat malaysia berhijrah ke negara lain untuk memajukan diri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha..ha,. itulah namanya bro sambil menulis..meminta simpati atas nasib yg diterima..ha..ha..
      ya itu slah satu msalah lambakan gradute..lpas grad x de kerja.. that fact!!.. idea yg ko brikan.. memeng bertetapan dgn situasi skrg..cuba berhijrah ke luar..problem plak.. ramaikan gradute yg slama ni bgantung hrap kpada family..tiba2 nak kluar ngara..itu memang perkara yg btul2 perlukan kekuatan diri yg hbat..bkan smua org leh buat :) but x mustahil utk lakukan...

      Delete
  21. masa belajar kat uni bidang lain.
    syarikat offer kerja bidang lain.
    bila x matching susah nk keje..
    nak dapat keje kena la kreatif.

    ReplyDelete
  22. graduan kena kreatif. Instead of cari kerja, why not cipta peluang pekerjaan. Like make your own business

    ReplyDelete
  23. uhhh, banyaknya statistik kt atas tu...

    ReplyDelete
  24. terima kasih atas informasinya
    sungguh bermanfaat artikel ini..thanks for share
    mobil masa depan

    ReplyDelete
  25. Harga Suzuki Satria 2014April 10, 2014 at 5:24 PM

    Jangan berhenti untuk terus berkarya, semoga kesuksesan senantiasa menyertai kita semua.
    keep update!Harga Suzuki Satria 2014

    ReplyDelete
  26. terima kasih atas informasinya..
    semoga dapat bermanfaat bagi kita semua :) Jessica Iskandar

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca