Sabah Trip: Desa Cattle, Desa Dairy Farm, Mesilau Highland, Kundasang, Sabah | sobriyaacob.com

Friday, December 20, 2013

Sabah Trip: Desa Cattle, Desa Dairy Farm, Mesilau Highland, Kundasang, Sabah


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Apa khabar semua pembaca blog aku VS kehidupan? diharapkan anda semua dalam keadaan sihat. Entry kali ini adalah sambungan pemgembaraan ke Negeri Sabah Di Bawah Bayu, sebelum ini, pengembaraan kita telah ke Muzium Sabah, di Kota Kinabalu, Poring Hot Spring di Ranau, sabah & di Ladang Tea Sabah, Nalapak, Ranau untuk edisi kali ini saya sangat teruja untuk menceritakan pengembaraan saya di Desa Dairy Faram di kundasang atau lebih dikenali dikalangan pelancong sebagai Desa cattle, yang menawarkan pemandangan yang sangat cantik seolah-olah berada di New Zealand 

Sebelum kita meneroka apa yang menarik di desa cattle, bagi anda yang belum membaca entry terdahulu pemgembaraan saya di bumi sabah apa kata anda klik link di bawah untuk pergi ke entry terdahulu

Antara banyak-banyak tempat yang ada di sabah, saya paling teruja untuk mengunjungi tempat ini, kerana daripada gambar-gambar yang saya lihat di internet memang sangat cantik, ya! saya aku Desa Castle yang terletak di  daerah kundasang sabah antara kawasan yang tercantik pernah saya lawati di sabah.

Sebenarnya Desa Castle ini adalah sebuah ladang perternakan lembu dan kambing, tapi lembu yang dirternak bukan jenis lembu biasa, lembu daripada baka luar negara, senang cerita  jenis lembu yang selalu kita lihat di New zealand yang bertompok-tompok hitam putih dan bersaiz agak besar daripada lembu biasa. Cuaca di sini agak sejuk dan berkabus dan yang paling menarik lanskap ladang ternakan ini umpama senibina ladang ternakan di negara eropah dan berlatar belakangkan pemandangan gunung kinabalu. 

Ketinggian kawasan ini 2100M daripada aras laut, itu menyebabkan rumput yang ditanam untuk makanan lembu tumbuh dengan subur, hijau mata memandang dan gunung kinabalu nampak sangat dekat, jadi bagi anda yang suka bergambar memang saya syorkan untuk datang ke Desa Dairy Farm, Melisau Highland, kundasang sabah.


Bagaimana cara untuk datang ke sini? senang sahaja Desa Cattle terletak di Kundasang, pemanduan daripada Kinabalu Park adalah selama 30 minit, banyak pentunjuk arah diletakkan di sepanjang jalan untuk memudahkan anda untuk datang kesini, insaallah tidak akan sesat, sekiranya sesat tanya saja kepada orang sabah sah, semuanya frendly dan murah senyuman.

Tips penting: Di Sekitar Kundasang
  • Sekiranya anda daripada bandaraya kota kinabalu apa kata anda singgah semalam di pekan kundasang untuk bermalam sebab jarak perjalanan agak jauh dan keadaan jalan raya agak mencabar *lebih kurang highway kulim ke gerik, tapi lebih extream*
  • Di kawasan sekitar kundasang banyak kawasan menarik untuk dilawati seperti Ladang Tea Sabah, kundasang war memorial & Desa Cattle, Kinabalu Park *bagi yang sukakan aktiviti mendaki gunung jangan lupa menawan gunung tertinggi di asia tenggara  Mr MT Kinabalu*  
  • Kawasan penginapan banyak di sekitar kundasang, harga berpatutan! semuanya bergantung kepada bajet anda, dinasihatkan membuat tempahan awal / terutama pada musim cuti sekolah kawasan ini dipenuhi oleh pelancong, seperti saya memilah tinggal di Rose Cabin, memang terbaik, harga berpatutan, saiz bilik juga agak besar sekiranya anda datang secara group amat sesuai sekali dan paling penting pemandangan di belakang chalet mengadap gunung Kinabalu!, memang sesuai datang untuk berhoneymoon :)
  • Sekiranya lapar anda boleh ke pekan kundasang, tapi pekan ini ditutup agak awal, jadi datang awal selalunya selepas isyak kebanyakkan kedai sudah tutup jadi jangan datang lewat malam, sekiranya lapar pada waktu malam pastikan membawa makanan ringan seperti roti dan biskut. Makanan yang disediakan agak sedap, tapi di sesetengah kedai harga makanan yang dijual agak mahai contoh saya memakan nasi goreng pataya RM 8.00 + sirup ais RM 2.00, jadi pastikan pandai memilih kedai  yang menjual makanan dengan harga yang berpatutan *ada tapi kena rajin cari*
  • Paling Penting Cuaca di Kundasang amat sejuk mengalahkan Cameron Highland terutama pada waktu malam, jadi sila bawakan baju sejuk, keluar bilik siap dengan selimut chalet sebab terlalu sejuk, mandi pun terpaksa menggunakan air panas, kalau tak memang tak mandi!  sebab air sejuk macam ais batu.

Pemandangan di Rose Cabin, cool kan! berlatar belakangkan gunung kinabalu.
*gambar di ambil ketika fajar menyinsing!*


Saya memilih untuk menginap di rumah penginapan Rose Cabin, kawasan persekitaran cabin sangat cantik ditanam dengan pelbagai jenis bunga, yang paling penting pemandangan di belakang bilik terus mengadap gunung kinabalu! serius memang cantik terutama pada waktu pagi, melihat pemandangan terbitnya matahari sambil minum segelas kopi! *oh terasa indahnya hidup di dunia, memang releks habislah*


keluar pada waktu malam terpaksa tutup badan dengan selimut chalet sebab suhu pada waktu malam amat sejuk, tambahan bagi yang tak biasa dengan cuaca sejuk sebegitu, pakai sweater pun tak mencukupi  paling penting chalet dekat sini memang tak ada penghawa dingin sebab suhu sudah cukup sejuk.



Untuk makan, saya mencadangakan makan di pekan kundasang makanan memang sedap, tapi harga makanan agak mahai tambah-tambah yang melancong secara bajet, pastikan datang awal untuk makan malam sebelum waktu maghrib kerana kebanyakkan  kedai sudah mahu ditutup. 

Pemandangan gunung-ganang di sekitar kawasan Kundasang, amazing view

Gambar ini di ambik dalam perjalanan nakpergi ke kundasang

Nampak tak, itu gunung kinabalu. dilindungi oleh awan.

Nampak tak pemandangan semuanya belatar belakangkan gunung kinabalu! luas perjalanan luas pemandangan*ewah!*

Pemandangan di sekitar kundasang, sangat awosome! saya bagi  markah Perfect 10 untuk pemandangan yang ditawarkan, sekiranya anda memandu memang tak akan bosan melihat gunung ganang, sungguh kehijauan melihat kebun-kebun sayur di lereng-lereng bukit,  tambahan dengan keadaan demografi tanah tinggi yang landai sejuk mata memandang

Mana satu saya? kalau nak kenal, untuk semua entry berkaitan pengembaraan di sabah, saya Sobri Yaacob memakai faderal heat :P *Gambar diatas di panggil pose muka siapa paling comel* 

Sebelum anda sampai ke Desa Casttle, apa kata singgah dulu ke Kundasang War Momorial, lagipun kita akan menjumpai kawasan ini dahulu sebelum sampai ke destinasi, saya tidak sempat masuk akibat mengejar waktu, dikhabarkan kawasan ini menempatkan tugu peringatan semasa perang kedua melanda. Memorial ini dibina untuk memperingati satu kecelakaan besar semasa perang dunia kedua dulu iaitu Sandakan Death Marches. dalam peristiwa tersebut 2428 orang askar Australia dan British yang ditangkap dalam siri battle of singapore(1942) telah dihantar ke borneo untuk menjadi tahanan perang diKem POW Sandakan, menarik bukan?


Daripada Kundasang Memorial War, anda boleh teruskan perjalan anda untuk terus ke desa Cattle, digalakkan anda menaiki kenderaan yang ber cc kuat, sebab perjalanan untuk kesana, anda akan melalui jalan yang berbengkang bengkok dan mendaki bukit, rasanya bukan semua kereta mampu untuk mendaki sampai ke atas. 


Nampak tak dibelakang saya, kebanyakkan penduduk setempat banyak menggunakan kenderaan jenis ford, mungkin disebabkan faktor jalan dan senang untuk membawa hasil tanaman untuk dijual.



Maklumat Pengankutan

  • Bas dan kenderaan yang bercc kecil, memang tidak boleh melalui jalan ini kerana perlu mendaki untuk sampai ke atas. Sekiranya dapat kenderaan jenis Ford memang best!
  • Bagi anda yang datang melalui bas, anda bolehlah menyewa van untuk membawa anda naik ke atas, bayaran dikenakan berpatutan bergantung kapasiti penumpang yang dibawa. Perkhidmatan van ini boleh dijumpai di pekan kundasang.
  • Di sabah van di panggil bas kecil / mini dan bas dipanggil bas besar, jadi jangan keliru, sebab sebelum saya datang ke sini saya ada menghantar email kepada pihak pengurusan desa Cattle adakah bas mendaki sampai ke sana dan jawapan yang diberi boleh, sebenarnya akibat kesalahan kefahaman yang dimaksudkan adalah van mini / l bukan bas yang boleh membawa 44 orang penumpang jadi take note ya!


Antara Tredmark, lokasi wajib untuk bergambar :P Macam mana pemandangan yang anda? terbaik! suasana seperti New Zealand, landskap ladang ternakan dibina umpama senibina ladang ternakan di negara eropah dan berlatar belakangkan pemandangan gunung kinabalu & paling geram melihat rumput-rumput yang ditanam sangat cantik *rasa macam nak bawa balik tanam dekat rumah*

booo..booo akulah lembu? kau ade?


Paling geram dengan lembu-lembu di sini, besar-besar saiznya degan tompok-tompok hitam putih *selalu tengok dalam tv, bila tengok sendiri mulah jakun! macam tak pernah tengok lembu..booo..booo*, tapi sayang masa saya datang lembu berada agak jauh, mungkin tengah meragut rumput di tengah padang 

Tengoklah rumput yang ditanam pun bukan main subur hidup, manalah lembu kat sini tak gemuk

Tengok bertapa hijau dan cantiknya rumput yang ditanam di sini,patutlah lembu-lembu di sini sihat belaka, sebab rumput yang dimakan bukan rumput sebarangan tapi dari benih rumput yang diimport di luar negara. Antara faktor lain kenapa rumput di sini tumbuh subur menghijau kerana suhu di Desa Cattle sejuk dan berkabus.


Di sinilah pejabat utama pihak pengurusan, disini kita akan diberi taklimat mengenai kawasan ini, jenis lembu yang diternak, aktiviti yang boleh dilakukan serta boleh melihat sendiri proses penghasilan susu segar

Antara aktiviti yang boleh dilakukan di Desa Cattle
  • Melihat bagaimana proses pemerahan susu
  • Boleh memberi lembu makan / rumput dikenakan bayaran
  • Melihat sendiri proses bagaimana susu segar dijalankan / penghasilan susu dalam kotak, harus merasai sendiri susu yang dihasilkan pelbagai perisa dan sangat lazat!
  • Berjalan-jalan di sekitar ladang ternakan.
  • Sekiranya lapar, di sini juga ada menjual makanan ringan seperti  waffle, sosej & pop corn, dan boleh membeli ole-ole di kedai cenderahati 

Bayaran masuk & urusan lawatan
  • Masa yang paling sesuai untuk membuat lawatan ialah jam 3.00pm-5.00pm untuk melihat aktiviti pemerahan susu lembu (setiap hari) atau waktu pemprosesan susu jam 10.30am-2.00pm (selasa,khamis,ahad). 
  • Bayaran masuk RM4.00/Dewasa dan RM3.00/pelajar atau kanak-kanak Pelajar Pra sekolah (umur 6 Tahun dan kebawah) dan OKU dikecualikan bayaran masuk 
  • Rombongan sekolah, IPTA / IPTS, badan kerajaan/swasta, persatuan, yang berminat untuk membuat LAWATAN SAMBIL BELAJAR ke Desa Cattle, tujukan surat kepada 

    Pengurus Ladang, 
    Desa Cattle (Sabah) Sdn. Bhd.,
    P.O.Box 71, 89308 Kundasang,
    Ranau,Sabah.

    Tel/Faks no.: 088-889562 
    Email: vet_marcel@yahoo.co.uk 

Kawasan pemerahan susu lembu


Melihat sendiri bagaimana proses penghasilan susu segar di dalam kotak.


Sesi promosi, jangan lupa datang ke sini membeli sekotak susu segar, memng sedap dan lazat ada pelbagai jenis perisa dan harga dijual berpatutan, memperkenalkan Ain Danny model tak rasmi susu kotak cap desa! *thank you Ain, menjadi model untuk iklan ini, nanti jangan lupa mintak royalti dekat pengurusan Desa Cattle dah banyak sangat promosi ditulis! just joke* sokonglah produk keluaran tempatan, siapa lagi yang hendak mempromosikan produk keluaran tempatan dikalau bukan kita sndiri rakyat Malaysia! Malaysia boleh :P *comform lepas ni kalau mintak kerja dekat sini boleh dapat*  

pemandangan daripada tempat menunggu


Information About Desa Cattle

The Desa Dairy Project,TENUSU DESA, of Desa Cattle (S) Sdn. bhd. is located at the foothills of Mt.Kinabalu at the Mesilau Plateau, Kundasang. Milk production commenced in March 1981. The project is now capable of producing 900,000 litres of milk per year. 

The total area of this farm is 199 hectars of which 133 hectars have been planted with improved pasture such as Kikuyu, Narok Setaria and legume (white clover). 

Most of the milking cows are Friesians and producing daily average of 14 litres high quality milk per cow. Friesians are the highest milk producers of all dairy cattle breeds and are most popular temperate breed worlwide. The milk contains a specially pleasing balance of cream, proteins, carbohydrate, vitamins and minerals unique to milk produced in mild temperate climates. 

GPS of Desa Cattle, Decimal coordinates (latitude, longitude): 6.013877, 116.593519 



Dibawah saya kongsikan pemandangan di sekitar Desa Cattle



Betullah pepatah orang zaman sekarang walaupun anda tidak kacak tapi apabila bergambar di tempat cantik secara tidak langsung kekacakan anda akan timbul di dalam gambar disebalik keindahan pemandangan yang ada!. * antara semua gambar yang ada paling suka gambar ini!* Pemandangan di belakang saya berlatar belakangkan gunung kinabalu, tetapi disebabkan cuaca yang sejuk dan berkabus, tidak begitu kelihatan gunung di situ. Bagi anda yang suka bergambar tempat ini memang saya syorkan! 

Muka keseronokan, sedap dapat minum susu segar! tapi bukan free kena beli ya! *gambar ini diberi nama bergambar sampai melambai-lambai kepada  sang lembu*


P/s: Ok sampai di sini sajalah pengembaraan kita di bumi sabah, tapi jangan risau bagi anda yang ternanti-nantikan entry yang berikut tempat menarik di sabah masih ada. Jangan lupa membaca entry yang terdahu, sekiranya anda sampai di daerah kundasang pastikan desa catlle sebagai list kawasan pertama wajib dikunjungi pemandangan yang cantik udara yang sejuk & rasa susu kotak yang lazat *berharap satu hari akan masuk pasaran semenanjung*

90 comments:

  1. Replies
    1. subhanallah ciptaan allah :) terima kasih..

      Delete
    2. saudara, nak tanya. berapa harga rose cabin tu utk satu malam ye.

      Delete
  2. kalau datang sabah tak pergi ker Desa Cattle tak lengkap percutian... hehe... feeling2 pergi new zealand gitu... betul tak? :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ar ah sis..pergi kundasang kalau x pergi desa cattle memang x lengkap..tambah2 view mcm new zealand..memng feeling terlebih la he..he, :)

      Delete
  3. Seronok dan enjoy ...gambar cantik2 :) tapikannn..apa pun.. memang rugi tak dapat masuk Kundasang War memorial tu..pemandangan dan susun atur dlm tu menarik...eheheee.. jgn gerammmzzz..peace :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah rugi x sempat masuk kundasang momorial war..ai baru nak menghayati sejarah sikit! masa plak mengcemburui..insaallah nest time kalau pergi la mesti akan msuk ke tempat tu :)

      Delete
    2. In shaa Allah.. Allah permudahkan niat Sobri tu :)

      Delete
  4. Sangat menarik. Banyak lagi lokasi-lokasi yang perlu dilawati di Sabah. Jangan lupa Pulau Sipadan bro..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq bro..next time mamng ada plan nak p sana plak..nak berjemur plak mcm mat salleh..orite bro sabah very intresting place :)

      Delete
  5. kundasang adalah sgt awesomeee...nak repeat sini lagi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sis sanagt awesome kan.. sejuk view pun cantik..

      Delete
  6. cantiknyaaaa pemandangan gunung tu...entry2 sobri buat hati niesa ni berkobar2 dan ketidaksabaran nk menjejak kaki ke bumi Sabah..wuaa....sobri ada g pulau mabul x?share le ngan niesa ye..termasuk kos2 nk g situ..hikhik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memng sangat cantik...owh pastikan hatu hari niesa pergi ke sana ya..lgpun sarawak dah dkatkan? area2 pulau boleh smpat p..tapi insaalah ada rezeki mybe tahun depan..kalau dah pergi saya akan tlis entry bkaitan kos,,pnginapan semua la ya :)niesa..

      Delete
    2. Menggodek kembali entry2 sobri sbb bln 10 niesa nk g sabah..yeay!!hehe..jgn lupa buat entry ke pulau yeee.. >_<

      Delete
  7. indahnya Kundasang ...dilatari view Kinabalu yg cantik, lembu2 pun nampak selesa hidup nyaman di situ...n tuan punya blog berposing kacak menyatukan diri dgn alam...oklah tu, bukan selalu ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya memng indah sis..alamak kacak ke tuan blog..ha..ha..bukan senang tu nak bergambar bsatu dgn alam..view sana memng terbaik tambah dilatari gunung kinabalu :)

      Delete
  8. memang cantik permandangannya... nice sharing sobri.. klik2 nuff disini.. :)

    ReplyDelete
  9. subhanallah.. cantiknya pemandangan di sana.. akak pernah lalu je dari jalan utama menuju ke ranau.. tapi tak sempat singgah pun sebab masa tu ke sana atas urusan kerja di kg. luanti, ranau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh sayang kan akak..jalan kat sana agak extrem gak tambah yg x biasa memandu kat kawasan berbukit..owh next time kalau akak p sabah lagi jangan lupa pergi ya :)

      Delete
  10. dah mcm oversea gitu dh pemandangan dia kan. hihi..
    hm... cantik la

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..dah mcm mcm kat new zealand pun ada..memng cntik view dia

      Delete
  11. jauh berjalan luar pandangan...cantik sungguh permandangan kat sana..nmpak nyaman ja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak jauh pjalanan luas pandangan byak benda baru bleh dipelajari.view yg cantik .sejuk mata memandang :)

      Delete
  12. cantik sangat... nampak nyaman dan sejuk :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya memng cantik ada2 iras new zealand..cuaca pun sejuk :)

      Delete
  13. Wow... bestnya! K'Yus teringin nak gi Kundasang! Harap-harap suatu hari nanti, sampai juga ke sana!

    ReplyDelete
    Replies
    1. insaallah k.yus saya doakan akak sampai..dan jgn lupa melawat kundasang ya kak :)

      Delete
  14. next year aku akan ke sabah..kalau kesempatan aku ingat cara gak kalau dapat singgah pegi sini...lawa giler view dia...dah macam kat New Zealand aku rasa..kalau ko tipu kata kat NZ pun aku rasa aku tatau..hahaha

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha..ha.. spatutnya aku tlis je ckap aku kat NZ..mesti ramai yg percaya...orite bro..pastikan datang ke tempat ni kalau bkesempatan..
      lpas tu bleh la pose ala2 majalah mempelam..ha..ha,,

      Delete
  15. wahh aku tetap terpegun tengok gambar nie ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih acik.. :) cantik kan view dia...

      Delete
  16. terujanya melihat keindahan pemandangan di sana :)
    cantik betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya saya yg pergi pun teruja tgok pemandangan ..rasa mcm bkan kat malaysia..oversea pun ada :)

      Delete
  17. klu musim hujan , comfirm sejuk cam salji kat kundasang kan . maklumlah dah biasa cuaca panas ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. he..he.. masa p pun musim panas..dah rasa sejuk gila..kalau musim ujan tak dapat la nak bayangkan mcm mana :)

      Delete
  18. perghhh.. ni yang buat jelos giler2 ni. hehehe. nak pergi la thun dpn!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok jangan lupa p.. kalau tahun ni tinggal lg 10 hari takut x sempat p..he..he.. area kundasang harus dilawati :)

      Delete
  19. seee, malaysia pun ada tempat yang macam new zealand ihiks :)
    sengaja laa sobri ni buat ika jeles pi travel sana sini aishhhh...mengundang ni hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..sekali pandang mcm dekat oversea..
      dua kali pandang rupanya di kundasang..malaysia..
      bangga menjadi rakyat malaysia..he..he..
      ok ika next year ika bleh plan p dgn kawan2 ya :)

      Delete
    2. susah laa sobri nak plan dengan member2...
      bebudak medic ni busy bukan main...ni pun untung ika tengah cuti...
      kalau tak cuti...jangan harap laa free...
      kadang2 ika suka travel sorang je....

      Delete
  20. ada senior seorang praktikal kat sini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. untung seniour dpt wat li tmpat yg best..

      Delete
  21. Terbaik dari ladang..best..best!!!

    ReplyDelete
  22. Salam ^^
    Best Kundasang, last time pergi tahun 1999, blom ada lg cattle farm time tu ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam... owh ..rupanya desa catlle baru je buat ya :)
      he..he..

      Delete
  23. urghhh teruja scroll sbb gambar cantik2...permandangan yg super awesome!! haihh teringin nk p..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow...memng awesomekan pemandangan dia.. cantik :)

      Delete
  24. Kundasang segar nampak !, mesti lawa2 gadis gunung sana..kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. udara yg segar...lawa2 gadis dkat sana..maklumlah sejuk..putih mcm adira :)

      Delete
  25. wahh seronoknyaaa...teringin nak pergi melawat ke negeri sabah/sarwak! huhu..ni kira mcm blog tarvel lah kan...rajin sobri share pasal travel... teringin nk pg pulau sipadan... ^_____^

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronoklah..sbab bkan slalu dpt bjalan..he..he. owh..saya sipadan pun belum sampai lagi..
      owh blog ni.. campur2 mcm rojak.. semua ada ha..ha.. :)

      Delete
  26. salam singgah.. ^^

    bertuahnyer empunya badan.. ke main!

    ReplyDelete
  27. Sya lalu je kundasang masa pg thn 2009 aritu..mmg sejuk tmptnya..klu ada rezki pg lg..bolehla posing2 mcm sobri..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh next time jangan lupa singgah ja adriana..leh posing bgambar..ha..ha,.

      Delete
  28. Rupanya di Malaysia pun masih banyak lagi tempat2 menarik yang perlu kita jelajah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya malaysia pun byak tmpat mnarik yg prlu kita jelajah.. tapi masa yg xsmpat..

      Delete
  29. ika singgah melawat kawasan ekehkeh :D

    ReplyDelete
  30. Assalammualaikum...sobri,

    wahhh.. cantiknya pemandangan gunung dan panorama pergunungan terasa damai...

    mselim3

    ReplyDelete
  31. " I'm here in Kundasang " itu memang terbaik.. :D
    Hari tu datang Kundasang bawa bekal nasi ngan sardin jer hahahaa..
    By the way sape model susu desa cap segar tu hahahaha :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha..ha.. ayat tulis kat blog sendiri nak gempak...
      owh sana makanan agak mahai la..
      ingat next time kalau p lagi..pun nak bawa sadin dgn nasi je.ha..ha..
      ha,ha. yg model tu,,model x rasmi desa cattle.. :)

      Delete
  32. ika rasa macam nak pm sobri laa tanya pasal kos penerbangan penginapan semua...boleh tak? sebab teringin juga nak ke sabah ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh boleh saya. based my experince.. dua kali p sabah..satu dgn family..satu lg trip klas..
      nanti ika boleh emailkan kat email sobriyaacobgmail.com.. apa2 yg saya tahu..saya kongsikan.. tempat menarik n transport.

      Delete
  33. Kundasang, salah satu tmpat yg knor akn pergi..in sha Allah

    ReplyDelete
  34. Kundasang dah masuk dalam tentatif akak nak melawat nanti. Akak akan refer blog sobri sekali lg sblm pergi

    ReplyDelete
  35. Wow bestnya.. terasa mcm di New Zealand pulak bila melihat gmbr2 tu.. in shaa Allah, ada kemampuan ingin juga ke sana nnti. Best. T kasih diatas perkongsian ini ye.. :)

    ReplyDelete
  36. ohh yes, our local new zealand. i'm staying in kota kinabalu.

    may i know what lens u use?

    gigih u buat entry panjang gini. *tepuk tangan*. nice entry.

    ReplyDelete
  37. Klu dari KK nk pegi kundasang park n Desa Dairy Farm nie mcmmna erk? Senang x nk naik bas balik ke KK, ari yg sma...

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh dari kk..kena sampai ke pekan kundasang dulu dari sana..boleh naik bas kcil /mcm prebet sapu / van.. harga kira cash satu trip van..klau ada kenderaan sendiri just follow sigboard..byak ada di tepi2 jalan..mudah saja nak ke sana :)

      saya sugget tidur dekat sana..sbab byak tmpat mnarik dkat skitar area tu..kalau nak balik juga pada hari yg sama..kna tahu la bas terakhir dri pkan kundasang ke kk.. rasanya sempat klau nak balik hari :)

      Delete
    2. tq tuan blog :)

      Delete
  38. saya tertarik dengan postingan anda..mau bertanya apakah ada kendaraan umum menuju desa tersebut apabila dari bandara kinabalu..dan waktu tempuh ke desa tersebut..salam :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq reading bro.. :)
      kenderaan biasanya kena naik jenis jip 4x4 sebab kita kena drive naik bukit..
      btw utk naik ke atas kenderaan sperti van juga disediakan utk bawa pelancong..
      dari kk kena naik publik transport smpai kundasang,.btw bro boleh sewa kenderaan..utk memudahkan..

      Delete
  39. Sobri Yaacob....nice bro....good pic...tahniah.

    ReplyDelete
  40. assalam..trima kasih dgn maklumat
    teruja pulak nk gi kundasang
    InnShaAllah..3hb jun 2016 ni nak gi KK & bermlm di KK
    hari sabtu bercadang nk gi Kundasang..sempat tak pegi balik hari yg sama
    dr KK, agak2 perjalanan berapa jam..kita boleh sewa ker transport dr KK ke Kundasang drive sendiri ker atau pun dgn pemandu sekali..coz nak balik ke KK ari yg sama tu..trima kasih..

    ReplyDelete
  41. salam, macam mana ye nak buat tempahan kat rose cabin tu?

    ReplyDelete
  42. salam, kalau naik viva je pergi tmpt2 area kundasang tu ok x

    ReplyDelete
  43. guna kamera apa yea..cantik la gmbar2 yg diambik

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca