Sabah Trip: Ladang Tea Sabah, Nalapak, Ranau, Sabah. | www.sobriyaacob.com

google advertising

Wednesday, December 18, 2013

Sabah Trip: Ladang Tea Sabah, Nalapak, Ranau, Sabah.



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Entry kali ini adalah sambungan pemgembaraan ke Negeri Sabah Di Bawah Bayu, sebelum ini kita telah mengembara ke Muzium Sabah, di Kota Kinabalu & Poring Hot Spring di Ranau, sabah dan sila klik link di bawah untuk membaca entry yang terdahulu


Untuk entry edisi pengembaraan kita di bumi sabah, saya akan membawa anda semua melawat ke satu lagi destinasi perlancongan yang tidak kurang popular juga di daerah Ranau, iaitu Ladang tea sabah / sabah tea garden. Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini ialah anda boleh melawat ladang tea organik, melihat cara tea diproses di kilang, membeli cenderahati terutama produk berasakan tea & menjamu salera di cafe yang disediakan.

Tanggapan pertama saya sebelum datang ke sini, membayangkan ladang tea sabah sejuk seperti Cameron Highland, sangkaan saya salah, cuaca di sini  panas dan tidak sejuk seperti Kundasang, pemandangan cantik berlatar belakangkan gunung kinabalu, sekiranya anda penggemar tea dan ingin tahu bagaimana cara tea diproses, anda digalakkan untuk mengunjungi kawasan ini, tapi sekiranya datang teringin nak photoshoot gambar, macam di majalah Mempelam ataupun bergambar seperti Rozita che wan & Zain saidin, pemandangan yang ditawarkan *just ok*


Sedikit Info Mengenai Ladang Tea Sabah

  • Ladang teh Sabah terletak di kampung Nalapak dalam daerah Ranau iaitu kira-kira 120 kilometer dari bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Lokasi ladang teh ini berada di laluan lebuhraya di antara Telupid - Ranau iaitu selepas persimpangan ke Poring Hot Spring. 
  • Ladang teh ini berada di ketinggian 2,272 kaki daripada aras laut dengan keluasan ladang sebesar 6,200 ekar. Ladang Teh Sabah (Sabah Tea Garden) adalah merupakan satu-satunya ladang teh organik di kepulauan Borneo.
  • Masa operasi adalah antara jam 8 pagi hingga 4 petang. Masuk adalah percuma tetapi lawatan ke kilang teh dikenakan bayaran RM10 / 13 seorang *Kadar bayaran saya tidak pasti*


sejuk mata memandang, rasa seperti bersatu dengan alam semula jadi

Di atas antara pemandangan di sekitar ladang tea sabah, bagi sesiapa yang belum pernah sentuh daun tea yang fresh, teringin nak lihat sendiri macam mana rupa dan ingin menghidu bau daun tea, bolehlah datang ke sini.

Bagi yang berminat untuk mngetahui cara pemprosesan teh, anda boleh melawat kilang yang berhampiran untuk melihat cara-cara penghasilan tea daripada cara daun dipetik, dibersihkan, digredkan, diproses serta cara pembungkusan untuk melihat seluruh operasi dijalankan bayaran dikenakan.

Rupa daun tea segar yang baru dipetik, diasingkan mengikut gred,  bau daun ini wangi *muka kebosanan ? ataupun tengah berfikir betul ke ni daun tea, terujanya! sambil reaksi muka menunjukkan keterujaan!* 

Inilah rupa daun tea yang sudah siap diproses menjadi  serbuk, tunggu untuk dibungkus. 


Bahagian pembungkusan, serbuk tea yang sudah siap di proses, maka jadilah tea jenama teh sabah yang dijual di pasaraya berdekatan dengan rumah anda. Gambar di bawah menunjukkan cara bagaimana tea dihasilkan, so kepada adik-adik yang membuat kajian mengenai penghasilan serbuk tea, boleh copy step-step di bawah dan jangan lupa creditkan kepada blog ini ya :P


Sangat gembira dapat mengetahui info mengenai Tea, sambil itu bergambar dengan memegangan produk keluaran sabah tea! dengan harapan pihak pengurusan akan memberi diskaun :P


Di situ juga, berpeluang untuk melihat produk-produk yang dihasilkan oleh ladang tea sabah, disertakan juga koleksi  produk tea yang ada di negara lain pelbagai bentuk dan warna sangat menarik, Selain itu ditunjukkan juga demo bagaimana cara untuk mengenal tea diperbuat daripada daun organik atau tidak,  jenis-jenis tea yang dicampur dengan bahan lain, dan pelbagai lagi. Sebenarnya penerangan cara penghasilan tea, diberikan agak membosankan dan terlalu lama, tambah-tambah saya yang merakam terpaksalah dengar penerangan A-Z but it very good information for exra knowladge about Tea! 



Hari saya datang melawat, pengunjung agak ramai, jadi selepas berjam mendengar penerangan mengenai cara penghasilan tea, sejarah tea, melihat cara pembungkusan tea, all about tea!, turut juga disediakan kafe untuk pengunjung menjamu selera yang menyajikan penkek teh dan teh tarik berperisa pandan yang popular dikalangan pengunjung dan Jangan lupa singgah di kedai yang menjual pelbagai produk keluaran dari Sabah Tea Garden terutama Tea Sabah, sebagi ole-ole harga yang dijual agak murah berbanding harga di pasaraya.


Maklumat tambahan
  • Lawatan ke ladang teh merupakan satu pengalaman yang memberikan pengetahuan dan menyeronokkan kerana seseorang akan melalui pelbagai aktiviti riadah seperti menyeberangi laluan berhalangan di Kawasan Rekreasi Sapaon, meredah trek laluan ke Bukit Kamunsu atau meredah malam untuk menyaksikan sendiri kehidupan unik serangga
  • Anda disarankan untuk memilih pakej 2 hari 1 malam, Cabaran Teh Sabah, yang menyelitkan lawatan ke ladang dan kilang teh, kursus asas kemahiran kemandirian di hutan, Mengenali sungai dan kaedah untuk menyeberangi sungai dengan selamat dan latihan berhalangan. Pakej ini telah dianugerahi Program Pelancongan Terbaik (Pendidikan) dalam Majlis Anugerah Pelancongan Malaysia di Kuala Lumpur.
  • Pelawat boleh memilih sama ada menginap di rumah panjang tradisional, banglo mewah atau berkhemah di bawah kerdipan bintang malam. Kemudahan lain yang disediakan termasuklah bilik seminar, restoran, kedai cenderamata, padang bola dan lapangan tenis

sumber: Sabah Gov
Muka keletihan akibat panas, sambil menikmati keindahan

Ok sampai disini sahaja entry kali ini untuk pengembaraan di Ladang Tea Sabah, jangan risau lepas ini masih banyak sambungan pengembaraan di bumi sabah *saya paham anda bosan dengan entry sebegini tambah-tambah setiap entry dipenuhi dengan gambar pemilik blog! saya paham dengan kekecewaan anda! tolong bersabar ok, cuma lagi berapa entry saja lagi :P* jadi bagi anda yang merancang untuk datang di sini beli dulu tea sabah, rasa dan ambil feel, bila datang disini baru tahu berapa rumitnya untuk menghasilkan sepeket tea yang selalu kita minum.

P/s:Ladang Teh Sabah (Sabah Tea Garden) adalah merupakan satu-satunya ladang teh organik di kepulauan Borneo. Kunjungan ke sini dapat memberikan pengunjung pengetahuan dan pengalaman mengenai perusahaan pembuatan teh, Menarik kan? jadi masukkan sabah tea garden sebagai salah list  kunjugan anda di negeri sabah & bagi anda yang belum baca pengalaman percutian saya yang lalu bolehlah klik di atas ruangan Travel. Terima kasih.


66 comments:

  1. sobri ni study tourism ke apa? ahahahhaha
    haishhh geram betul laa tengok gambar orang pergi travelling ni....ika banyak nak share pasal travel tapi tak menyempat nak update kat blog ahahhaha

    ranau ni tempat classmate ika... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. x de la ika..bdak bisnes je pun..
      cuma berminat dlm bdang tourism..'cita nak jadi pnulis tavel or
      keja dgn compny tourism..cuma x ada rezeki lagi....
      alamak jangan la geram ya sharing is caring ha.ha..a..
      .. x sabar nak tungggu ika updte pasai travel plak.. nak baca :) mesti gempak kan :)

      Delete
    2. owhhh ok laa tu amik business....
      insyaAllah satu hari nanti mesti tercapai cita2 tu....chaiyok! ihiks :P

      miahahahaha, so far rasa nak share yang dalam malaysia je...ada laa beberapa tempat..insyaAllah ada masa ika share..sebab nak kena mengingat balik tu yang payah mihmihmih

      Delete
    3. insaallah ika..mintak2 la masin mulut ika..
      owh ya nak mngingat sambil nak bg detail pasai sesuatu lokasi tu..memng susah..
      berkerut gakla dahi nak mgingat :)

      Delete
    4. amiin amiiin :)

      kan, tu laa pasalnya tu...sebelum2 ni ika pernah je share travel ika sana sini dalam blog...tapi ika terpaksa delete due to some personal reason..insyaAllah laa cuba update balik nanti slow2...ika ada buat backup entri tu kat gmail semua tapi bila check balik..takde pulak..stress betull...

      Delete
  2. ha.. ha.. macam bosanjer.. tapi memang pemandangan ladang teh di cameron lagi cun rasanya... tapi tuler kalau dah pergi sana apa salahnyer singgah sini kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya zila.. sedikit agakbosan...sebab dtg kat sini tarikan yg ada pasai tea je la..
      tapi kalau nak blajar cra pemprosesan tea..sejara tea.. ini tempat yg terbaikla..
      view memng kalah dgn cameron highland.. itu saya setuju :)

      Delete
  3. Ranau .. teringin sangat nak singgah tempat ni.. hari tu pergi kundasang jer tak pi Ranau sebab weather tak elok untuk terus ke Ranau.. .. apa pun cantik view kat sana :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh..next time bro..pergi ranau jangn lupa singgah ya.. kalau cuaca x elok nak p bahaya juga nak drive.. ya view boleh tahan la :)

      Delete
    2. Hari tu pun pi drive seorang diri.. dengan kabus.. hujan kejap2 lebat kejap2 renyai.. memang bahaya jugak la.. pastu tak best sebab banyak lori besar..

      Delete
    3. owh drive seorg dgn kabus..hujan..memng x nampak sangat jalan,.sebab jalan nak p kawasan ni pun kecil gakkan..lori memng byakla..memerlukan ksabaran yg tinggi he he. :) kalau x sbar mau jatuh ke gaung :)

      Delete
  4. Replies
    1. ha..ha..ha.. ada kat pasaraya..
      jgn lupa beli jnama tea sabah ya *promte sat*

      Delete
  5. jelesssnya!sobri boleh jalan byk tmpt..niesa nak jugak..hehe..sabah antra negeri pling niesa nak pg..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak..alhamdulilah rezeki..insaallah satu hari niesa pun akan sampai ya :)

      Delete
  6. Pernah minum tea sabah..blum jejak lgi..who knows I day...

    ReplyDelete
    Replies
    1. insaalllah satu ari akan sampai..siapa tahu kan? mula2 minum tea sabah..ambil feel dlu :)

      Delete
  7. takpe, tak bosan baca travelogue ni, gambo2 tuan blog buat penghias entry..hehe..

    .tak sempat ke Ranau..cuma beli sekotak teh Sabah je...tapi belum buat teh lg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah travelogue ni x bosan kalau baca..cuma takut org je naik muak..asik menempek gambar tuan blog je ha..ha.menulisnya x kemana..bergamba je lebih..ha..ha..
      ya sbelum pergi ladang tea sabah..minum dlu tea sabah..ambil mood :)

      Delete
  8. jauh berjalan luas pemandangan n pengetahuan, rajin pula menulis berkongsi ilmu bnyk pahala tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak.. alhamdulilah.janganlah hidup seperti katak di bawah tempurung kan :)

      Delete
  9. memang best dapat melihat pemandangan yg menghijau.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sejuk mata memanadang tambah2 boleh mgatasi masalah rabun :)

      Delete
  10. gambo2 tu yg buat kita lagi teruja ...

    ReplyDelete
  11. wah cantiknye
    x pnh lg sampai ke situ
    tringin nak jejak kaki..sure rasa sejuk2 je kat situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya cantik view dia yumida..
      x sure la sejuk ke x..kat sana..
      sbab waktu saya pergi pagi gak tapi cuaca panas..
      mybe masa tu musim kemarau kot????

      Delete
  12. wahh ambil gambar sendiri ?? serious cantik + smart ..bestnya jalan-jalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau gambar sendiri.org yg ambikkan..
      kita bergaya je..wak knagan utk anak cucu tgok ha..ha..
      ya cantik sjuk mata memandang............

      Delete
    2. hahahaha itulah nanti dah tua.. inilah atok masa muda-muda dulu hahahaha

      Delete
  13. wah...untung laa dapat melawat sana...dulu time aku pergi cameron pun memang orang kat kilang sana ada cakap yang sabah tea nie one of the best tea kat malaysia...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya sebab satu2nya tempat yg mengeluarkan tea organik..
      nak tau rasa teh dia..belilah teh sabah di pasaraya bhampiran anda..he..he..

      Delete
    2. hahaha...aku ingatkan ko nak suh aku beli kat sabah tadi...hehehe

      Regards.
      -Strider-

      Delete
  14. saujana mata memandang melihat pokok teh di ladang teh.. bila la akak nak sampai di sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sejuk kan...boleh mgatasi masalah mata rabun..mcm saya..ha..ha..
      insaallah kak saya doakan..

      Delete
  15. Best kita love the greens...and teh ais yang fresh!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh love grean n tea..wajib kena p sana..tea dia terbaik...mcm2 perisa ada jual..

      Delete
  16. Now I feel like drinking tea xD
    I love green tea, especially those in Chatime.. The Japanese tea ;P

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh we are same bro..
      love tea..but not green the..rasa dia agak pahit..
      but good for healty :)

      Delete
  17. Best ni posing2 ala2 model kt ladang teh..hoho..sya pun suka hijau..klu boleh nk ada ladang teh dpn umh.hehe..tq kongsi info ya..mna tau kut ada rezki pg sabah nnti..leh berkunjung ke sini ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. he.he. posing2 ala2 cerita hindustan? so sweet.. ar ah nanti belilah rumah kat cmeran higland.. hari2 bleh tgok pkok teh..tapi serius..memng saujana mata memandang :)

      Delete
  18. seronok tgk gambar bukit bukau...jgn risau tak boring la...tpi jauh sangat nk p sabah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye akak nak pergi jauh sikit..tambah2 duk semenanjung :)

      Delete
  19. masa pergi kundasang/ranau haritu tak sempat ke ladang teh...
    sebab trip kami dua hari je. thanks sharing..

    ReplyDelete
    Replies
    1. orite bro..ur wc..
      next time kalau pergi lagi bolehlah melawat :)

      Delete
  20. kalau ada duit lebih boleh jugak pegi melancong kat sini...honeymoon ke..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha..ha. boleh bro..apa salahnya nak honeymoon..kalaunak honeymoon aq cadangkan p kundasang sejuk!!

      Delete
  21. belum lagi berkesempatan untuk ke negeri sabah

    ReplyDelete
  22. welkam to sabah . im sabahan . mihmih . :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow sabahan..beruntung tinggal di sabah kan>..

      Delete
  23. Tak pegi kat kg. Luanti? sebelah Sabah tea tu je.. SPA ikan Sg.Moroli.. salah satu destinasi pelancongan Sabah juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. pegi sis..tapi x tulis lgi entry mngenai ikan kelah jinak tu..best gak kawasan tu..ikan gigit kaki :)

      Delete
  24. Akak pergi kundasang 1 hari je nanti, taktau smpat singgah ke tak. Bagus jugak review sobri ni

    ReplyDelete
  25. Indah sungguh bumi Sabah ni.. teh Sabah pun mmg sedap. Bestlah dpt merasa teh yg segar dari ladang kan.. :D

    ReplyDelete
  26. Dunia Wisata Tour Organizer
    call 0341-456444
    web www.duniawisataku.com
    Enjoy travelling wit us!!

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca