Segmen Kenapa Aku Jadi Blogger ? By AkuPenghibur.com | www.sobriyaacob.com

google advertising

Wednesday, December 11, 2013

Segmen Kenapa Aku Jadi Blogger ? By AkuPenghibur.com



Assalamualaikum dan salam sejahtera, Nampaknya tarikh 11/12/13 tarikh keramat bagi saya, penulis Blog aku VS kehidupan, kerana buat pertama kalinya dalam tahun 2013, ini merupakan segment pertama saya sertai, segment terakhir saya sertai bertarikh 23 septemper 2011 nampaknya lebih setahun setengah saya tidak menyertai mana-mana segement yang dianjurkan oleh rakan blogger, sebab utama ialah saya tidak pernah menang dalam mana-mana segment, acik please take note! bagi aku menang ok! hadiah saguhati pun ok ! janji ada rekod blog aku penah menang mana-mana segment atau contest! 




Segmen Kenapa Aku Jadi Blogger ? By AkuPenghibur.com dianjurkan oleh rakan blogger, Acik dari http://www.akupenghibur.com, Jadi kenapa aku jadi blogger sebab dan alasan. aku akan copy dan paste dari entry lama balik, bertarikh 9 january 2013 yang mempunyai komen sebanyak 1 & selepas itu aku kan tulis entry terbaru kenapa aku jadi blogger pada hari ini, 11 disember 2013, sebab lagi panjang entry aku lebih berpeluang untuk aku memang.



Kenapa aku menjadi blogger / 9 january 2013

Saya cuma ingin berkongsi pengalaman dengan anda masa mula-mula saya menulis blog, Alkisahnya sebab pertama saya nak buat blog "sebab member pun ada blog" Biasalah masa tu kawan-kawan semua tengah gila layan blog, "kite pun nak ada blog gak kononya nak bersaing secara sihat " (orang ada kita pun nak ada jugak), kononnya nak buat sentuhan peribadi.

Lepas dah buat blog dalam berapa minggu, dah pandai dah singgah menyinggah komen dekat blog orang, dalam hati "ar mudah je nak wat entry just taip, macam makan kacang" tapi reality bila dah start nak buat entry baru tau, dunia ni tinggi ke rendah!! baru tahu kebolehan dan kretifnye diri ini ditahap mana!!, nak buat satu enty pun dari ke pagi hingga ke petang, #tulis #delete#copy entry orang. kesimpulanya jangan ingat diri tu bagus sangat!!

Lepas habis kuliah je balik rumah on blog dulu, FACEBOOK pun dah tak pandang, teruja sangat nak baca komen dengan entry-entry baru kawan-kawan blogger!. ha..ha.. bila dipikirkan ini rupanya penangan "nakoba Blogging". Paling best masa mula-mula wat blog dulu bukan main lagi kena hentam dengan member sekelas "kena bahan" dengan ayat-ayat kita tulis dekat blog, tapi rasa ok je, kita ambil dari positif site!, dari kena bahan sampai la diorang jadi pembaca setia. #jangan mudah putus asa # cepat melenting.

Berdasarkan pengalaman saya, apa yang kita tulis dekat blog kita selalunya benda yang dilakukan seharian, contonya entry saya dulu banyak saya tulis, copy mengenai keusahawanan, tip-tip, perniagaan sebabnya saya mengambil jurusan perniagaan, Minat kita memainkan peranan utama juga, contohnya saya minat photograpy, memang saya post semua gambar yang saya ambil walaupun "berat mata memandang" :) Saya seorang yang minat melancong secara tidak langsung, itu antara yang memberi inpirasi kepada saya untuk berkongsi di dalam blog ini.   (entry ini ditulis masa aku baru grad)


Kenapa aku menjadi blogger / 11 disember 2013

Ringkasan kenapa aku jadi blogger, pertama aku suka menulis dan dulu aku selalu berangan nak jadi penulis majalah perlancongan! disebabkan impian aku masih tidak tercapai, jadi aku tulis apa sahaja yang aku rasakan betul dan bermanfaat untuk orang lain baca, sebab paling jelas sekiranya aku post gambar-gambar lucah atau entry yang boleh menimbulkan ketidakpuasan hati oarang yang baca sehingga orang itu maki-maki aku balik nescaya, penulisan yang aku tulis tidak memberi manfaat kepada orang lain malah menambahkan lagi dosa-dosa aku yang berbakul banyak! Jadi aku sentiasa pastikan entry yang aku post berguna untuk diri sendiri dan orang yang baca *peringatan untuk diri sendiri*

kedua penggunaaan tatabahasa aku semakin baik, contoh paling jelas, setiap entry aku tulis aku cuba guna penggunaan bahasa melayu yang penuh tanpa singkatan dan menggunakan perkataan saya *bagi aku penggunaan bahasa aku bukan kurang ajar, itu semua bergantung kepada orang yang menilai, jadi jangan judge orang lain melalui bahasa yang mereka gunakan ketika menulis blog dan jangan anggap blogger guna perkataan aku itu kurang ajar dan yang guna perkataan saya itu skema: P*  Macam  entry-entry yang terdahulu pada permulaan berblogging, memang gunakan perkataaan aku, lepas kakak aku dah sound, dia cakap sila gunakan bahasa yang lebih sopan, aku mula berubah sikit demi sedikit, aku pun tak sangka macam mana kakak boleh baca blog aku sebab aku cukup berhati-hati untuk pastikan family aku tak baca apa yang aku tuliskan di dalam blog, ya sebab cara penulisan aku tidak begitu matang pada masa dahulu berbanding sekarang, tapi sekarang aku tak kesah family membaca blog aku sebab, aku jarang update status di facebook atau di media social lain, jadi cara mereka nak memantau aktiviti aku buat melalui blog la, sampai mereka gelarkan aku blogger boy! kalau aku tak update entry dalam tempoh yang agak lama! kakak aku akan we chat kat aku, hey blogger boy kenapa tak update entry? tak ada idea dah ke :P

Sebab Terakhir, aku rasa blog merupakan social media lebih menarik daripada twiter, facebook dan sebagainya, sebab di sini kita boleh menambahkan ilmu atau berkongsi ilmu pengatahuan dengan membacakan entry-entry yang ditulis oleh rakan-rakan blogger yang lain, maksudnya kita boleh memahami, membaca, menghayati, memberi respon dengan isu / entry yang ditulis oleh rakan blogger, sebab setiap orang mempunyai tafsiran yang berbeza dengan sesuatu isu yang ditulis, jadi tidak ada jawapan salah atau betul, semua yang ditulis berdasarkan pandangan, pemikiran dan kematangan seeorang Blogger, dan terakhir aku suka ukwah yang ditunjukkan di blog sebab tidak kira kau blogger baru atau lama, yang penting kita sentiasa hormat menghormati antara satu sama lain dan kita boleh menambah kenalan baru + jodoh :)


P/s:Macam mana dengan entry aku acik? ini antara 1001 sebab kenapa aku jadi blogger. Terima kasih kepada semua yang baca, sebab entry kali ini aku tulis dengan penuh emosi dengan harapan aku boleh menang?, Tak adalah aku gurau je! gurau-gurau manja saja nak seronok-seronok, lama tak tulis entry personal sambil guna perkataan aku! laju pulak jari aku ini typing, nampaknya lepas ini semakin rajin la aku menyertai  segment yang dianjurkan oleh rakan blogger lain, bukan boleh termula, nanti mula la gian! Note untuk acik, jangan maki aku sebab aku tulis panjang sangat, sebab mengikut kajian aku, semakin panjang entry itu ditulis, semakin cerah untuk dia memenangi sesuatu pertandingan. ok Acik selamat membaca dengan penuh perasaan ya, hayati setiap bait-bait perkataan yang aku tulis :P

39 comments:

  1. haha..pergghh!selamat bersegmen sobri!

    ReplyDelete
  2. kakak kamu mesti bangga baca entri nih, adik dia jadi blogger boy yang berjaya...Syabas, sy cadangkan acik melihat sepertimana sy melihat kemajuan blog kawan2 semua yg join segmen ni.

    ada kesedaran...ada kemajuan !

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulilah terima kasih bro.. gelaran blogger boy tu payah nak guna..rasa mcam jauh lagi nak pakai title tu.. yup.. kebanyakan kisah yg kita baca knpa aku jadi blogger kebanyakkan dari zero blogging kepada hero :) syabas semua..

      Delete
  3. owh, gelaran blogger boy ya.. semoga terus bersemangat untuk menulis blog dan semoga berjaya dalam segmen ini.. :D

    ReplyDelete
  4. selamat bersegmen..insyallah nanti aku akan join segmen nie..seronokan bila ade orang yang dekat support kita untuk blogging..hehhee

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  5. selamat bersegmen... all the best...

    ReplyDelete
  6. haha okey tasneem sebagai cikgu bahasa melayu bagi A+ -.-' good luck hokeyyyy!!

    ReplyDelete
  7. Banyak sebab sebenarnya, yang penting happy..:)

    ReplyDelete
  8. gudluck sabri.. banyak blogger buat blog sbb terpengaruh dgn kawan. :)

    ReplyDelete
  9. GudLuck yer Sobri..kta pun join segmen yg sama..hehe, adat bersegmen/GA ada menang atau kalah..sy pun baru first GA jer dpt hadiah, yg lain takde deh =_=

    ReplyDelete
  10. panjang juga ceritanye ni..karangan yg bagus!

    ReplyDelete
  11. wahh ^_^ terima kasih sebab join ^_^ kisah yang menarik kenapa jadi blogger ..pastinya akak sobri akan bangga

    ReplyDelete
  12. Hahah thanks for sharing your experience blogger boy, I feel like an honor if I were to called like that xD I think blogging needs passion right? Cause I also seems like abandoning my others social network when I blogging lol

    Good luck on the segment ^^

    ReplyDelete
  13. hebat...tahniah sobri...& good luck ya!!! Double clicks for you...

    ReplyDelete
  14. goodluck ye sobri :) ika pun ada sebab2 ika sendiri berblogging...tapi tak join kut segmen acik tu...cuz ada masalah sikit nak like2 fb..ika ni takde fb.. T_T

    ReplyDelete
  15. wahh..panjangnya karangan..semoga berjaya..

    ReplyDelete
  16. Slmt bersegmen bro Sobri.. semoga terus berjaya.. aamiin. :)

    ReplyDelete
  17. yeahh..itu dia hehe sy pun suka guna perkataan aku kalau menulis entry tapi entah kenapa bila mengomen dekat entry blogger lain suka perkataan sy..:)
    apapun selamat berblog dan selamat bersegmen :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yap.. sama juga dengan saya... :) dalam blog sendiri guna perkataan aku rasa macam berbual atau meluahkan sesuatu dengan kawan rapat.. :)

      Delete
  18. yeahh..itu dia hehe sy pun suka guna perkataan aku kalau menulis entry tapi entah kenapa bila mengomen dekat entry blogger lain suka perkataan sy..:)
    apapun selamat berblog dan selamat bersegmen :)

    ReplyDelete
  19. datang balik untuk klik nuffy....

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  20. menarik2.. hihi.. sayapun kadang2 malas nak join ga or segmen sbb x penah menang. so kalau teringin nak join cari ga dan segmen yang simple2 je. hmm.. layan blog mmg best kalau nak compare dgn others social network.. gudluck sobri.. ^^

    ReplyDelete
  21. gud luck sobri...panjangnya...dah macam baca karangan masa zaman sekolah dulu jer...apa2 pun mmg menarik.. :)

    ReplyDelete
  22. wahhh long entry,nice story.btol2 nmpk kesungguhan bercerita.gud luck tau ;)

    ReplyDelete
  23. assalamulaikum.... ekin datang dari segmen yang sama... jemput la singgah ke blog ekin ya...

    http://cikash.blogspot.com/2013/12/segmen-kenapa-aku-jadi-blogger-by.html

    ReplyDelete
  24. Tahniah..atas penulisan yang baik. Ya, blogger yang baik adalah blogger yang memberi manfaat kepada pembacanya, tak kisahlah genre apa yang ditulis. Kisah kehidupan seharian pun kadang-kadang boleh juga memberi manfaat dan panduan pada orang lain, atau sekurang-kurangnya menghiburkan!

    ReplyDelete
  25. datang singgah dari segmen yang sama.
    follow done, isi tabung nuffnang pun done.
    semoga berjaya.

    http://www.syuhada1981.com/2013/12/segmen-kenapa-aku-jadi-blogger-by.html

    ReplyDelete
  26. salam gud luck awak, nak ajak join kontest kt blog saya pula. :) , peluang nak menag service like fanpage , businesscard n banyak lagi . masa dh tinggl 5 hari je lagi huhu http://www.mawardiyunus.com/2013/12/pelancaran-kontes-u-blogger_7.html

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca