Senarai Bloglist | www.sobriyaacob.com

Friday, December 13, 2013

Senarai Bloglist

Assalamualaikum & selamat tengah malam semua, sebenarnya saya berhajat untuk menambahkankan lagi senarai bloglist dalam blog saya, setakat ini saya sudah ada lebih kurang 19 senarai blog yang wajib saya kunjungi, saya senaraikan bloglist yang ada di di dalam senarai ! jadi kepada semua rakan blogger yang sudi menjadi bloglist saya bolehlah tulis link anda di ruangan komen :P



  • http://lucascorner1.blogspot.com/
  • http://idasyuhada.blogspot.com/
  • http://striderbuzz.blogspot.com/
  • http://veesandy.blogspot.com/
  • http://blogmizzaiza.blogspot.com/
  • http://www.sentiasapanas.com/
  • http://haneulafiqah.blogspot.com/
  • http://harumankasehvee.blogspot.com/
  • http://bsbloglist.blogspot.com/
  • http://niesa-lovecrew.blogspot.com/
  • http://www.khirkhalid.com/
  • http://www.nazlee.com/
  • http://mselim3.blogspot.com/
  • http://vaneelea.blogspot.com/
  • http://www.akupenghibur.com/
  • http://memetlenggeng.blogspot.com/
  • http://merpatiputih88.blogspot.com/
  • http://adamazralicious.blogspot.com/

Kesemua bloglist dalam senarai saya, semuanya cara penulisan  bergenre berbeza dari blog perkongsian maklumat terkini, isu semasa, blog masakan, blog perbincangan, blog mengenai perlancongan, toturial, personal, kemasyarakatan dan pelbagai lagi.

Daripada cara penulisan dan maklumat yang disampaikan, saya boleh mengagak sama ada penulis blog adakah seorang pelajar, sudah bekerja, apa kerjayanya? ibu ataupun suri rumah. Saya sangat seronok boleh membaca pelbagai jenis entry yang ditulis, daripada entry yang dipost saya boleh tahu, aktiviti harian blogger itu lakukan seperti  kena marah dengan bos, kerja banyak tak siap lagi, tengah rancang nak masak resepi apa,  di mana universiti tempa blogger itu belajar, buat aktiviti apa hujung minggu? dengan siapa, asigment tak siap lagi, anak-anak buah ragam, bercuti dekat mana? ,hari ini si blogger itu buat aktiviti apa? keluar dengan boyfrend? tengok wayang apa? tengah sakit hati dengan seseorang dan pelbagai-bagai lagi sebab di dalam blog anda boleh tulis apa yang anda suka utuk berkongsi dengan orang lain, means blogging is so fun, more than other media social!, walaupun kita tak kenal langsung siapa penulis blog itu, tapi kita dia salah seorang kawan yang kita ada dan insaallah daripda kawan di alam maya, mungkin menjadi kawan di alam reality! Jadi kepada siapa yang tak pernah masuk dunia blogging, dia tidak tahu seronoknya berblogging.

Disamping dapat berkongsi pengatahuan / info-info terbaru, saling ingat mengingati dan menambah ilmu pengatahuan, tambah-tambah macam saya yang agak malas hendak baca buku, pembacaan melalui blog lagi menarik kerana selain cara penulisan yang santai dan banyak gambar-gambar yang menarik disertakan sekali membuatkan kita tidak mudah jemu untuk membaca, cuma kita perlu bijak untuk membuat penilaian terhadap info / entry yang dibaca.



Alang-alang sudah tulis entry mengenai genre blog, apa kata saya senaraikan jenis-jenis blog yang saya suka kunjungi / baca.



Blog mengenai info / pengetahuan.


  • Saya sangat suka membaca blog mengenai info / fakta /  perkongsian maklumat  dan pengetahuan, antara senarai blog yang saya suka baca ialah Blog Strider Buzz, Dunia Kecil, Cerita Ida, sentiasa panas  dan Santai Bloglist, setiap hari saya bukak untuk membaca pelbagai topik dan isu terkini.

Blog mengenai perlancongan

  • Blog bergenre sebegini memang saya suka baca, contoh dari blog kaki travel, memmet lenggeng dan Dunia farel janji entry itu melibatkan perkongsian pengalaman, perlancongan / info lokasi perlancongan, saya akan baca entry tersebut berulang kali, sebab cita-cita saya hendak menjadi penulis majalah perlancongan! doakan semoga impian saya akan tercapai ya. Seolah-olah apabila kita baca entry yang ditulis, kita sendiri merasai melancong ke tempat itu, dan paling penting sila uplode banyak-banyak gambar destinasi yang anda lawati sebab, saya memang suka melihat suasana  yang ada tempat lain, sebab daripada gambar, kita boleh membuat pelbagai taksiran , kita boleh kenal budaya yang ada, makanan, persekitaran, apa yang menarik ada di situ dan macam-macam lagi. Jadi sekiranya anda seorang blogger yang suka menulis entry berkaitan tempat yang menarik sama ada mengenai alam sekitar, makanan, persekitaran, budaya serta suka bidang photograpy serta suka berkongsi gambar yang di ambil maksudnya, kita mempunyai minat yang sama, satu kapal la ye kita :P

Blog mengenai makanan / berkongsi resepi


  • Serius walaupun saya tidak pernah cuba satu resepi yang dikongsikan oleh blogger lain, tapi saya memang suka baca cara-cara masakan itu dibuat, siap saya save kat lappy cara-cara macam mana nak buat resepi yang dikongsi. Sebagai contoh resepi oreo goreng dari blog Vee Lea dan resepi kek kukus dari blog IniHaneulAfiqah, insaallah satu hari nanti bila saya dah tak ada benda nak buat, akan cuba buat juga resepi yang dikongsi tapi dengan syarat ada pembantu yang sudi menolong, saya hanya baca resepi tapi  pembantu yang buatkan semuanya, saya tunggu siap dan makan sahaja. Selain itu saya suka blog yang rajin berkongsi resepi  dan gambar yang menyelerakan masakan ibu-ibu, masakan melayu la, contohnya udang masak petai, masak tomyam, dan pelbagai resepi lain dari blog Rencah Kehidupan

Blog perkongsian

  • Blog yang suka berkongsi pandangan, idea dan  nasihat contohnya blog hirKarya dan Aku Penghibur, daripada cara penulisan dan apa yang dikongsi kita sudah tahu tahap dimana ilmu seseorang, sebab bukan senang untuk menulis perkongsian mengenai kemasyarakatan. Jadi saya suka membaca entry sebegini bukan sahaja boleh dijadikan teladan dan ispirasi, contohnya perkongsian daripada acik yang banyak berkongsian masalah remaja zaman sekarang dan blog bro khir yang banyak memberi insipirasi dalam menyampaikan masejnya kepada masyarakat.

Blog personal / blog remaja.

  • Ok ini antara blog-blog kesukaan saya untuk membaca, dan membuatkan saya tertunggu entry-entry terbaru ditulis, blog personal yang saya maksudkan bukan blog yang update pasai percintaaan teragung pasangan couple itu 24 sehari, makan dimana, minggu ini buat apa, saya terlalu menyintai awak, kesemua entry dalam blog yang diupdate betul-betul berbalik kepada kisah percintaan teragung mereka, siap boleh dinovelkan, cukup rempah ratusnya pedas ada, manis cukup dan terlebih masin, kadang-kadang dramatiknya ayat yang ditulis mengalahkan suami isteri yang dah berkahwin 50 tahun!  entry hari ini bergaduh, esok dah baik, lusa bergaduh baik, ini kira blog menghabihkan beras kalau saya baca. ! tapi blog personal yang saya maksudkan lebih kepada blog personal remaja, apa aktiviti yang dilakukan dengan kawan-kawan, keluarga, berkongsi tips, berkongsi resepi, saling ingat mengingati antara satu sama lain, antara blog kesukaan untuk saya baca ni HaneulAfiqah, Niesa Lovecrew, Raziten, Vee Lea, lagipun umur kita lebih kurang sebaya, jadi seronok juga membaca blog yang ditulis seangkatan dengan usia kita.

Blog bergenre agama

  • Blog begini sentiasa menjadi pilihan saya, terima kasih kepada bro muslim ,bro khir dan sis zawiah, antara blogger-blogger yang suka menulis entry berkaitan keagamaan, perkongsian rohani, sebab dalam kita berseronok kita harus seimbang dunia dan akhirat, saya suka baca entry-entry sebegini bagus untuk santapan minda dan rohani :)

Jadi kepada blog lain yang ada dalam bloglist saya, tapi saya tidak senaraikan bukan bermakna saya tidak menyukai entry anda, tapi mungkin saya terlepas pandang dan sekiranya hendak disenaraikan memang tak tersenarai, sebab semua blog yang saya baca mempunyai identiti yang tersendiri, unik dengan cara tersendiri, dan satu perkara lagi, salah satu hobi saya ialah saya suka baca balik komen yang saya berikan dibalas balik, rasa macam sungguh dihargai serta setiap entry yang anda tulis saya akan baca sampai habis, walaupun saya tidak paham apa apa yang hendak disampaikan, tapi saya akan cuba memberi komen yang terbaik boleh saya taksirkan daripada entry yang dibaca. :)

Dan walaupun saya jarang komen di blog anda ini tidak bermakna saya tidak selalu membaca entry yang di tulis oleh anda, cuma kekangan masa untuk membalas semua  komen yang diberikan. Apabila blog anda ada di dalam senarai bloglist saya, memudahkan untuk saya melakukan kunjungan balas.


P/s: Tujuan saya tulis entry ini untuk merapatkan silaraturahim yang ada supaya dirapakan lagi, segala silap saya mohon maaf ya, kepada semua rakan-rakan blogger yang ingin /sudi masukkan blog anda di dalam bloglist blog saya yang tidak seberapa ini, anda boleh tinggalkan komen ada di ruangan komen & bagi mereka yang telah meletakkan blog aku VS kehidupan dalam bloglist blog anda sila bagitahu saya, supaya saya pun boleh membuat perkara yang sama, sebab kadang-kadang saya tidak perasan anda memasukkan blog saya dalam bloglist kegemaran anda :)

Ok sekarang tepat pukul 3.00 am, ok selamat malam semua!

69 comments:

  1. Alhamdulillah.. ada juga tersenarai blog saya. Sy mmg suka membaca entri di sini sbb bnyk perkongsian2 tips & pandangan berkaitan kehidupan. T kasih bro Sobri diatas silaturrahim & perkongsian ilmu.
    menabung transitions sbg penghargaan di sini.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih bro khir, alhamdulilah, ada juga yang sudi membaca entry yang ditulis oleh saya,yang tidak seberapa ini.. semoga silaraturahim dan ilmu yang dikongsi berkekalan..salam blogging bro :)

      Delete
  2. sama lah x tido lagi..duk siapkan assigment..huhu- akalu free tambah sy sekali http://kakikerja.blogspot.com/ ngeh3

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh boleh saja bro..tak ada masalah..good utk utkasgmnt..dan slmat berblogging..!! ;P

      Delete
  3. Saya nak masuk dlm bloglist sobri boleh?^_^ blog sya semua campur2..hehe..sya tak pandai nk mengarang,jadi sya selalu letak gambar bebanyak..hee :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. he..he.. boleh adriana.. sangat dialu-alukan..sama la kita tak pandai mengarang! saya suka tgok gambar..ok cantik kita geng :) nanti saya masukkan url adriana dlm bloglist saya

      Delete
  4. Wahhhhh.....thank you so much... Happy blogging jugak yerrr :)

    ReplyDelete
  5. Niesa dlm bloglist!sobri pn ada dlm bloglist niesa!hihi. Tapi blogging ni mmg seronok dan sedar x sedar blogger semua dh mcm kwn rapat wpn xpernah bersua muka dan bg niesa lebih suka meluahkan isi hati di blog n dpt pandangan kwn2 blog. Apa2 pn thanks sobri n semoga terus success dlm dunia blog ni..

    Pssst kita seusia ea?baru tahu..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih nisa.. ya dalam tak dsedar, setiap komen-komen yg diberikan oleh kawan2 yg lain menjadi dorongan utuk kita terus utk menulis, walaupun kadang tah apa2 yang ditulis oleh kita, tapi masih ada org nak komen dan baca..anyway semoga niesa trus sukses dan maju dalam dunia blogging :)

      Delete
  6. Terharunya ada link ika dalam entri ni, terima kasih banyak-banyak ya sobri :)
    Blog sobri pun antara blog kegemaran ika juga~
    InsyaAllah diharapkan silaturahim yang terjalin di alam maya ini memberi manfaat buat kita bersama. Somehow, ika setuju sangat dengan sobri, walaupun tak kenal langsung dengan blogger, tapi ika rasa macam dekat, macam rapat, macam kawan baik hanya melalui penulisan dan perkongsian kita semua. Akrabnya seolah-olah lebih baik daripada berkawan di alam nyata :)

    Semoga terus gigih berblogging ya sobri :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak terharunya blog ini jadi blog kegemaran ika..sama-sama, saya pun tertunggu komen yg ika berikan setiap entry yg saya post.. sebab daripada cara seorang itu komen kita tahu sama dia baca sampai habis or tidak entry yg ditulis. dan selalu memberi komen yang berkaitan dgan etry yg ditulis...ha..ha..ha.. :P

      ya yang bab kawan alam maya..insaallah semoga dipermudahkan lagi satu hari menjadi kawan realiti.. ok selamat berbogging ika dan semoga terus maju jaya.amin :)

      Delete
    2. betul ika pun camtu, selalu cuba kenal readers ika melalui komen, kat situ ika tahu dia baca habis ke tak entri ika yang panjang2 tu miahahaha

      sma-sama terus maju ya :)
      ika ni baru nak aktif2 semula ihiks

      Delete
    3. sama la ika.. kenal reader melalui komen yg diberi..
      tambah2 saya jenis suka typing entry panjang2..
      memng letih la orang nak baca.. ok
      selamat maju jaya ika :)

      Delete
    4. ahahahha memang ada persamaan laa kita ni ika pun suka type panjang2 hahahaha

      klik2 nuffnang kat sini :)

      Delete
  7. Assalamualaikum dan salam singgah pagi...

    ReplyDelete
  8. Saya yakin dalam masa 2-3 tahun ni, blog Aku Sobri Yaacob bakal MELETOP dalam dunia blogger. Teruskan usaha dan perjuangan.. :)

    ReplyDelete
  9. blog akak rojak sebenarnya.. hehe.. ada perkongsian peribadi, tips, motivasi, agama, resipi pemanggang ajaib.. terima kasih kerana sudi masukkan blog akak dalam bloglist sobri.. hari tu lagi akak perasan sobri masukkan blog akak dalam bloglist, terus akak pun masukkan blog sobri dalam bloglist akak juga.. semoga persahabatan yang terjalin di antara kita semua akan terus berkekalan.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak.semoga persahabatan yg tjalin terus ukuh.. blog rojak la best akak.. mcm perisa ada.. semua info nak ada dalam satu blong.. terima kasih sudi msukkan blog saya dlm bloglish akak.. dan happy blogging kak :)

      Delete
  10. alhamdulillah ... terima kasih sbb pilih blog saya . pssst , kedua2 blog saya sobri masukkan . tu yg suka sangat ... heheheee . saya suka sharekan kerenah anak buah dan saya suka masak sbb anak buah saya suka makan . ehem , saya bujang tau bukan mak orang ... heh heh heh . semoga ukhwah kita terus berkekalan ... done klik libresse

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih akak.. he..he. dua2 blog akak best.. tu yg saya masukkan.. saya suka apa yg akak sharekan.. ha..ha.. mafkan saya kak.. sbab slalu yg suka post masak2 ..bloger mak..mak..anyway blog akak memng best..semoga terus maju jaya ya kak :)

      Delete
  11. assalam...sobri ni memang rajin n pandai menulis didoakan niat menulis cerita kembara di mana-mana media tercapai n mulakan di blog dulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak.. alhamdulilah..insaallah doakan saya kak :)

      Delete
  12. Terima kasih sudi memilih dan masukkan blog saya . pssst ... sungai tiang tu kat bagan datoh , perak

    ReplyDelete
  13. Salam Sobri...noe nak masuk juga la dalam bloglist sobri tu...blog noe tak specific pada satu2 genre...campur aduk...personal life ada..kongsi ilmu ada..apa terfikir dalam kepala nk tulis..noe tulis jer..eh bukan tulis...taip...hehehe

    http://alyadina.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam neo.. boleh saja..memng di alu alukan...x kesah lacampur rojak.. janji tulis dari hati kan ? ok nanti saya masukkan blog neo dlm bloglist.. terima kasih ya..dan slamat berblogging :)

      Delete
  14. Oh wow.. im so happy to see my name is in your blog xD
    Thanks a lot, I like to read your blog as well.. Besides you are really friendly guy who always drop by to read my blog.. thanks bro :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha..ha.. thank you bro.. i also love read your blog!!
      and happy blogging bro

      Delete
  15. alhamdulillah
    knor selalu terlewat ke sini..akan selalu kesini..

    ReplyDelete
  16. Allahuakbar ada blog acik di situ..syukran ye sabri ^_^

    ReplyDelete
  17. Salam kenal, terima kasih krn sudi dtg singgah ke blog Relaks Minda
    Jika mahukan ketenangan...selalu2lah singgah. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih bm..
      insaallah akan selalu buat kunjungan blas :)

      Delete
  18. http://itikelabus.blogspot.com/ said..... Assalam.. Silalah menerjah ke blog saya !! Saya baru lagi dalam dunia blogging nih,,jadi saya nak tambah kawan2 yang nice ni sume... :) TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam.. terima kasih ank itik.. insaallah saya akan selalu menerjah ke blog anda..
      saya akan masukkan dlm snarai bloglist saya.. happy blogking ya..

      Delete
  19. pergh pergh pergh... cool gini. Teruskan berblog. Blog kau pun banyak info. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. perh..perhh tq reeanapple..happy blogging ya :)

      Delete
  20. terima kasih bro..terharu jap aku baca entry ini..anyway terima kasih..majority blog yang ko follow tu memang antara blog yang aku follow atas sebab2 yang sama...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha..ha.. aq lagi terharu..bila ko baca entry aku.. ya snarai bloglist kita lebih kurang sama je.. owh so kita same reason la ya ;)

      Delete
  21. masa mula tasneem jenguk belog ni dekat entry yang p sabah kot. haha mula dari situ, tasneem selalu dah jenguk belog ni. apa pun, tasneem akur, tasneem pun suka baca entry orang hehe :p boleh tak tasneem cakap yang belog tasneem tak dak apa pun yang menarik. hehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. he..he... terima kasih tasneem..owh ye ke.. yang x enarik tu..lamenarik utk dibaca.. :)

      Delete
  22. Terima kasih kerana masih kekalkan blog ida...tapi maaf buat masa ni blog ida masih dalam pengubahsuaian... tengah pening ni hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh.terima kasih gak..ida masukkan dlm bloglist saya ..ya :) anyway blog ida memng menarik..x sabar nak tgok design baru,,

      Delete
  23. nak masuk juga dalam bloglist itu boleh
    http://www.xpresikuseven.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je wan.. nanti saya akan masukkan lg ya :)

      Delete
  24. saya pon nak masuk dalam bloglist awak :)
    http://cikgufaizcute.blogspot.com/

    maseh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh.. nanti saya akan masukkan blog faiz dlm bloglist saya.. happy blogging n salam kenal :)

      Delete
  25. Awww thanks for adding me in!! Terharu seyyh. Tak sangka pulak. Hehehehee. Blog Vee ni bercampur aduk sebenarnya :D More to personal entries and kalau ada information, itu information yang Vee cari utk kegunaan sendiri and recipes yang Vee dah cuba. Kekekee.. Umur kita lebih kurang sebaya ek? You would be surprise if you know my age >:P Have a nice day!! Bersemangat balik nak menaip. HAHA!

    ReplyDelete
    Replies
    1. he..he. personal tu kiranya semua adala.. ckup rempah ratusnya vee.. erh serius umur kita x sbaya.. i thing umur kita sbaya je bawah 25 tahun.ha..ha.. ok slamat berblogging dan slamat berhujung ,minggu :)

      Delete
  26. Salam ukhuwah dari Bunda dan selamat berhujung minggu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih bunda.. slamat bhujung minggu ya :)

      Delete
  27. salam.. rs2nye blog ladybird life dlm kategori mane yer?

    ReplyDelete
  28. happy blogging tu bro.. nina dh lama masukkan blog ni dlm list. hehehe

    ReplyDelete
  29. Thanks Sobri..masukkan kita dalam bloglist..

    ReplyDelete
  30. Google & Catch the mouse for you!!!

    ReplyDelete
  31. blog saya tak best pun.. tp meh la masukkan http://www.zulieta.com ..

    ReplyDelete
  32. terima kasih masukkan blog nina.. dh ubah blog sobri ke main blog :D

    ReplyDelete
  33. yeayyy..blog noe dh ada dlm bloglist ...thx sobri

    ReplyDelete
  34. Terima kasih Sobri, masukkan blog akak dalam list Sobri tu..AKak ni penulis picisan je..tenggelam timbul pun kadang-kadang...Blog Sobri pun apa kurangnya, banyak info juga..akak suka

    ReplyDelete
  35. blog saya macam caca merba. Lebih kepada bacaan sendiri sebenarnya, tapi bila ada orang datang & komen entri kta, sedikit sebanyak dapat berkongsi ilmu & pengalaman sesama blogger. cuma akhir2 ni jarang dapat blogwalking lantaran kesibukan...salam kenal

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca