Tempat Menarik: Muzium Sabah, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia | www.sobriyaacob.com

google advertising

Sunday, December 1, 2013

Tempat Menarik: Muzium Sabah, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog aku VS kehidupan, sekiranya anda perasan, kebanyakan entry terdahulu saya ada berkongsi pengalaman percutian atau tempat-tempat menarik yang ada di sekitar Malaysia. Anda boleh rujuk link di bawah untuk membaca entry yang terdahulu  tempat menarik yang ada di Malaysia

Senarai Tempat-Tempat Perlancongan Yang Menarik Di Malaysia

Untuk kali ini saya ingin kongsikan destinasi-destinasi menarik yang ada di sekitar Sabah Negeri Di bawah Bayu. Antara destinasi yang popular di sabah ialah di Kundasang, Kota Kinabalu, Mesilau, Desa Castle, Gunung Kinabalu, Pasar Filipina, Muzium sabah, Rumah terbalik, ladang tea sabah, jambatan gantung porin hot spring dan banyak lagi tempat harus dilawati.

Untuk entry pertama saya mengenai pengalaman percutian di sabah, pengembaraan kita bermula di kota kinabalu iaitu ke destinasi pilihan pertama Muzium Sabah  .Muzium sabah yang terletak di Bukit Istana Lama di Kota Kinabalu. Seperti yang difahami oleh saya Muzium sabah merupakan muzium terbesar daripada beberapa banyak muzium di Sabah. Kompleks bangunan yang dibina pada tahun 1985 ini, mengandungi Bangunan Utama, Pusat Sains dan Pendidikan, Kampung Budaya, Galeri Seni Lukis Sabah dan Muzium Tamadun Islam. Misi utama muzium ini ditubuhkan adalah untuk mengumpul, memelihara dan memulihara dokumen etnografi, arkeologi, sejarah, numismatik, seni-sejarah, botani, koleksi zoologi dan mineralogi dari seluruh negeri, dan bagi menjalankan penyelidikan tentang pentingnya bagi mengetahui sejarah negeri ini, budaya, dan sejarah sosial.

Mercu tanda Muzium Sabah,salah satu port wajib bergambar, sambil buat muka comel

Apa yang menarik ada di sini ialah di dalam kawasan muzium ini dibahagikan kepada beberapa Kompleks lain, antaranya Bangunan Utama, Pusat Sains dan Pendidikan, Kampung Budaya, Galeri Seni Lukis Sabah dan Muzium Tamadun Islam. Tapi sayang sebab saya sampai ke muzium agak lewat, jadi tidak berkesempatan untuk melawat keseluruhan pameran yang ada.

Tiket berharga RM2 bagi warganegara Malaysia dan RM15 untuk warganegara asing. Bagi warganegara yang berumur 55 tahun keatas, kanak-kanak di bawah 12 tahun, pelawat kurang upaya dan pelajar berpakaian seragam atau kad pelajar adalah PERCUMA. Tapi sayang masa saya pergi tidak ramai warga tempatan yang ada, kebanyakan yang saya jumpa di dalam muzium warga asing. mungkin sebab orang Malaysia sudah *pro* dengan sejarah mereka sendiri, jadi agak tidak berminat hendak mengunjung tempat yang berilmiah seperti ini.

Seingat saya di bagunan utama sahaja, pelbagai pameran disediakan meliputi aspek budaya, Sejarah Semula jadi, Tembikar, Etnografi pameran Arkeologi, Senjata tradisional dan busana Di dalam Muzium ini juga menempatkan instrumen muzik, dan peralatan ritual. Saya kurang pasti muzium ini mempunyai beberapa tingkat bagunan tapi yang pasti ini antara muzium yang terbesar pernah saya lawati, tidak termasuk ke bahagian lain seperti di kawasan Pusat Sains dan Pendidikan, Kampung Budaya, Galeri Seni Lukis Sabah, Muzium Tamadun Islam, bayangkan berapa besar keluasan Keseluruhan muzium ini. 


Bahagian yang paling best untuk dilawati di bahagian peralatan ritual dan senjata, pelbagai bentuk dan saiz tengkorak boleh didapati dan disini juga, anda berpeluang untuk mempelajari adat dan budaya kaum-kaum yang terdapat di sabah. Bayangkanlah berapa banyak kaum yang ada di sabah, jadi pelbagai sejarah dan info boleh dibaca, memang menarik. Selain itu bahagian adat istiadat pun menarik, sebab di situ ada banyak info dan koleksi keranda serta cara penyemadian kematian sesuatu kaum, Bayangkan dia punya prop, sekali dengan punya lighting dan sound efect, kalau masuk seorang-seorang memang seram la, memang rasa feel lain macam, rasa macam ada benda perhatikan kita!. Tapi sayang di dalam muzium kita dilarang untuk mengambil gambar, kalau tidak memang saya kongsikan gambar-gambar artifak yang menarik  yang ada di muzium utama. 


Disekitar muzium jugak banyak dipamerkan kenderaan antik, seperti motosikal dan kereta lama, jangan terkejut Kereta Volkswagen kuning yang menghantui pengguna lebuhraya karak pun ada dipamerkan.Yang sempat bergambar klon dalam versi warna merah. Selain itu dipamerkan jugak bahagian-bahagian tertentu kereta api terpakai.

Sebenarnya ramai yang berfikiran yang muzium adalah tempat yang membosankan! dan saya akui muzium memang tempat yang *boring* tapi ia bergantung kepada jenis muzium yang anda pergi dan apa yang dipamerkan, macam saya memang agak minat mengenai sejarah adat dan budaya sesuatu kaum,  jadi bagi saya melawat ke muzium sabah memang melebihi jangkaan saya ,kerana pameran yang ditunjukkan memang menarik untuk dilawati dan dihayati. Ketika saya melawat, ada kelihatan  rangka ikan paus yang telah diawetkan di pintu masuk utama, subhannallah memang sangat besar, itu pertama kali saya melihat rangka ikan paus, bayangkan kalau rangka pun sudah besar ini kan pula kalau lihat ikan paus yang hidup-hidup.



Ok seterusnya kita pergi ke lokasi yang lain yang ada di dalam muzium sabah iaitu di kampung warisan, apa yang menarik di sini kita berpeluang untuk memasuki dan menyaksikan sendiri kepelbagaian rumah tradisional daripada pelbagai kumpulan etnik suku kaum di Sabah. Jadi tak perlulah kita pergi ke setiap daerah di sabah untuk melihat eknik-etnik yang ada di sabah, berkunjung ke kampung warisan pun sudah mencukupi untuk mempelajari budaya dan mengetahui info mengenai kaum-kaum yang ada di sabah.

Apa yang menarik di sini, kita dibenarkan untuk mengambil gambar, jadi bagi yang suka mengambil gambar pastikan bateri kamera anda penuh, sebab pemandangan di kampung warisan memang menarik. Rumah-rumak etnik yang dibina mengelingini tasik buatan dan ada juga dibina sekitar bukit yang ada, memang cantik, jadi ketika anda berjalan-jalan di sekitar, tidaklah terasa bosan semata-mata melihat rumah-rumah pameran yang disediakan. Pastikan anda berjalan mengikut anak panah yang disediakan untuk memastikan anda tidak miss untuk melawat setiap rumah etnik yang dipamerkan. Info yang diberi tahu kepada saya kegiatan seharian yang dilakukan  sesuatu kaum dijalankan di sini, jadi kita boleh tahu bagaimana peralatan yang ada digunakan, tapi itu semua bergantung kepada nasib anda.


Dibawah ini saya kongsikan gambar-gambar yang menarik di sekitar
 KAMPUNG BUDAYA, MUZIUM SABAH, MALAYSIA. 

Kebanyakan rumah etnik yang dipamerkan dikelilingi oleh tasik, pemandangan yang cantik, rasa bila nak kawin nak shoot dekat sini, *tetiba*  nampaknya calon kena orang sabah bah : P


Yang gambar belakang sampan, itu rumah cina yang ada tanglong dekat pintu.

Yang ini pula rumah daripada suku kaum Lotud

Yang ini pulak contoh rumah daripada suku kaum bonggi,  salah satu kaum etnik yang ada di Sabah.

Di sekitar kampung warisan memang menarik untuk dilawati dan disamping itu anda dapat mempelajari sejarah serta mengetahui info terbaru dalam keadaan tidak sedar, saya tahu ramai yang kurang meminati sejarah, termasuk saya. Sambil kita melawat, seronok-seronok bergambar, mesti kita membaca penerangan yang ditulis mengenai sejarah bahan yang dipameran dan dengan sengaja kita akan mempelajari ilmu baru: P

Antara rumah kaum etnik yang dipamerkan ialah rumah kaum Bajau, Bisaya, Bonggi, Murud, Iranum, Brunei, Cina dan pelbagai lagi etnik yang ada di Negeri Sabah Di Bawah Bayu. Jadi memang tidak rugi datang melawat, alang-alang sudah sampai ke sabah, listkan Muzium Negeri sabah salah satu destinasi wajib dilawati di sabah, sudahlah tiket masuk murah dan banyak informasi sejarah boleh diperolehi *Nampak tak ayat macam ayat skema ejen perlancongan*  But it true, sabah memang best and awesome place!


Ok sampai di sini sahaja pengembaraan kita di Muzium Negeri Sabah, nanti saya akan updatekan dari semasa ke semasa tempat-tempat menarik yang ada di sekitar Bumi Sabah, seperti di Kundasang, Desa Castle, Kinabalu Park, Poring Hot spring dan tempat menarik yang lain. Terlebih dahulu saya memohon maaf sekiranya ada kesalahan info, semua ini ditulis berdasarkan pengalaman dan cacatan saya. 

P/s: Rasanya sudah lama saya tidak menulis entry berkaitan dengan percutian, memang seronok dapat bercuti tambah-tambah dengan keluarga atau kawan-kawan, kalau diberi pilihan untuk bekerja dalam bidang apa, semestinya saya akan memilih dalam bidang perlancongan. Sudahlah dapat melawat ke tempat baru, berkenalan dan mempelajari sesuatu yang tidak dijangkakan. Rasa macam nak kerja dengan travel agensi pulak, doakan semoga rezeki saya ke arah itu ya!. Rancanglah percutian anda dengan bijak dan selamat bercuti semua! :P

56 comments:

  1. ooo, informasi bagus ni, minggu depan ke sabah, tp sebab kerja..tahun depan baru pegi jalan-jalan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. he..he. terima kasih akak.. ada jugak baca kat blog akak pasai tmpat best kat sabah dlu..sblem saya p sana.. tq 4 info ya kak :)

      Delete
    2. ok..kita share sama-sama, benefit ramai-ramai

      Delete
  2. menarik...cik akak pernah gi sabah tapi tak semua tempah cik akak pergi...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. he..he. saya pun x abih nak round sluruh sabah..next trip plan nak p pulau2 dekat sana plak :)

      Delete
  3. Wah best ni..bnyk tempat2 yg menarik di Sabah. Sekurang2nya dah tahu sblum nk kesana nnti.. T kasih diatas perkongsian Sobri.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih bro khir..saya kongsikan apa yg saya tau ja.. tu pun byak benda x lengkap lg..:)

      Delete
  4. picnya semuanya cantik2 binaan2 yg mesra alam n bersatu dgn alam sesuai utk latar sejarah muzium Sabah...sejarah mmg perlu diketahui n dipelajari....selamat jln2 n brcuti sobri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sis.. memng menarik muzium ni..banyak benda yg boleh dipelajari..

      Delete
  5. Idk if it's your camera or what, but all those places looks awesome xD
    I never been to Sabah yet, but im sure one day I will go there, inshaaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup bro..it come from my camera.. tempay ni memng awsome!!
      insaalah satu hari nanti p sana.. sabah is awesome place!!

      Delete
  6. Sebenarnye banyak lagi tempat best kat sabah ni. cuma kita belum explore je. hehehe.. nice blog! done follow ur blog. sudi-sudilah follow my blog too. hehehe

    ReplyDelete
  7. Mngkin thn dpn akan ke sabah..in shaa Allah..boleh rujuk info disini je nnti..tima kasih sobri for sharing :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh ye ke sis.. ok tq ya.. enjoy u holiday :)
      nanti beli ole-ole kat saya ya :)

      Delete
  8. eh eh eh eh...terbaca kat profile google awk,ex-psp? same goes to me ! batch bila? course apa? (over,haha) ..btw,penang tetap best ! rindu penang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh ye ke..rupanya kita sekapal la..
      tahun 2009..bisnes stdy..jabatan perdagangan
      memang peneng aowseme!!

      Delete
  9. masa gi Sabah memang bercadang nak gi sini, tapi sebab hujan lebat, terpaksa cancel. InsyaAllah, kalau ada rezeki nak jg gi sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh sayangnya,,saya pun dlu pergi dah lewat...
      x sempat nak round2 semua kawasan!!

      Delete
  10. banyak tempat2 bersejarah macam muzuim tu mesti tak boleh ambil gambar kan sobri, mereka jaga betul2 khazanah mereka...
    teringin juga nak ke sabah experience sendiri keindahan yang ada di sabah, insyaAllah laa satu hari nanti, suka travel tapi nak pusing2 semenanjung dulu bagi habis hewhew

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu fiqah..siap kena dendakalau ditangkap oleh pak gat..
      tapi kalau setakat nak ambil gambar curi2 boleh saja..
      mereka betul2 jaga kahazanah.. pnah terbaca satu article yg mgatakan..
      penggunaan flash camera yg terlampau boleh merosakan barangan khazanan yg dipamerkan..
      btw saya pun semenanjung byak tempat x p lg.. :) he.he.he

      Delete
  11. Unik kakak rasa rumah-rumah asli di sana. Kakak tak pernah jejak kaki di sabah lagi. Entah bilalah dapat ke sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak..setiap rekaan berbeza megikut suku kaum dan badaya diorang :)
      saya doakan nanti akak akan ke sana :)

      Delete
  12. wah!wah!wah!bestnya boleh bercuti ke sabah...niesa teringin nak g pulau mabul semporna..uihh~

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best niesa.. saya pun tringin nak p pulau mabul..sempadan..tapi bajet x de.. ni tgah doa..mana la tau ada orang nak sponserkan kita ha.ha. ...:)

      Delete
  13. unik rumah etnik itu.. teringin juga nak cuti-cuti malaysia sabah.. sebelum ni pergi sabah atas urusan kerja tak sempat nak jalan-jalan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti jagn lupa pergi ya next time sis... ya...
      enjoy u holiday >P

      Delete
  14. best juga prg sabahkan...
    enta bila lah nak ke sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. best kak..
      nanti saya doakan akak ke sana ya.. :)

      Delete
  15. nampaknya boleh masuk dalam list tempat wajib pergi bila ke Sabah.. pergi tempat2 macam nie lah dapat belajar serba sedikit pasal budaya etnik orang sana....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok chem pastikan tempat ni masuk dlm list tempat utk dikunjungi di sabah ya :)

      Delete
  16. deeya dah habeh pusing sini masa kekecik dulu :3

    ReplyDelete
  17. okay, boleh buat rujukan bila nak kesana nnt :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok sally..enjoy u holiday nanti di sabah ya..

      Delete
  18. Wahh ! Menakjubkan ! Bolehlah jalan-jalan dgn bumi yg serba kehijauan kaya dgn flora & fauna . HUHU . Salam perkenalan sambil berbalas 'follow' :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memng menakjukkan.. salam berkenalan ya :)

      Delete
    2. sorry,, boleh sy tahu lebih jelas ttg muzium ni? sbb januari tahun dpn insyaALlah sy akn travel ke sabah. jadi sy perlu bnyk tnya org2 yg ada pngalaman ke sabah. klau encik x keberatan, encik blh wassap sy. 01129320164. terima kasih

      Delete
  19. cantik gambar-gambar yang di ambil ^_^

    ReplyDelete
  20. cntiknye gambar2..pakai kamera ape n edit pki ape?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pakai dlsr nikon..edit pakai adobe photshop je bro :) tq ya

      Delete
  21. Lama tak gi sini.. nengok pic Sobri ni dah macam2 pembaharuannya..

    ReplyDelete
  22. Kalau pergi ke sabah..boleh pergi tmpt ni..thanks for the info Sobri

    ReplyDelete
  23. sabah terkenal dgn landskap semulajadi...mmg rugi kalau dtg sana x bawak kamera..boelh buat kenangan...:)

    ReplyDelete
  24. How so? I feels like I been there just by looking at this marvellous pics.. eventhough haven't been to places like this for vacation.. Keep on updating on good places you've been to ^^

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum..
    kami akan MeRealisasikan percutian anda bila berkunjung ke sabah,
    BORNEO KINABALU TOUR & TRANSPORT SDN. BHD

    PAKEJ 3HARI 2MALAM

    01/ Hari Pertama (OVERNIGHT KUNDASANG)
    1000 : Jemput di Lapangan Terbang KKIA Terminal 1/2
    1030 : Melawat Rumah Terbalik (up side Down House) Tamparuli.
    1130 : Melawat Pekan Nabalu
    1230 : Melawat Ladang Lembu (Mini New Zealand).
    1400 : Makan Tengah hari di Kundasang.
    1600 : Check in Hotel/Homestay/Chalet (Kundasang)
    1900 : Hantar untuk Makan Malam pekan kundasang.
    *Tour Tamat*

    02/Hari Kedua (TOUR KUNDASANG & RANAU)
    0900 : Jemput dari Hotel/Homestay/Chalet
    1000 : Melawat Ikan Spa.
    1130 : Melawat Hot Spring, Canopy Walk & Air Terjun.
    1600 : Melawat Jambatan Tamparuli.
    1700 : Melawat Yayasan Sabah.
    1730 : Melawat Masjid Bandaraya Kota kinabalu.
    1800 : Melawat Signal Hills.
    1830 : Melawat pasar kraftangan (Pilipino Market).
    2000 : Check in Apartment Marina Kota kinabalu.
    *Tour Tamat*

    03/ Hari Ketiga (SAPI, MANUKAN ISLAND & AIPORT TRANSFER)
    0830 : Check Out dari Apartment Marina ke Jeti Jesselton Point.
    0900 : Menaiki bot ke pulau Sapi (aktiviti pantai & snorkelling).
    1200 : Makan tengah Hari BBQ yang disediakan.
    1245 : Menaiki bot ke pulau Manukan (aktiviti pantai & Snorkelling)
    1500 : Menaiki Bot ke jeti Jesselton Point.
    1530 : Jemput dari jeti Jesselton Point & Melawat Tanjung aru Beach.
    1700 : Transfer ke Airport KKIA T1/2
    *Tour Tamat*

    Pakej ini Termasuk :
    1). Pengangkutan Selama 3Hari 2Malam
    Van Pelancongan @ Taxi Limousine
    Pemandu
    Minyak
    Muatan Maksimum 10 Dewasa
    2). Penginapan Homestay Kundasang & Marina Apartment Kota Kinabalu
    May Homestay Kundasang (1Night)
    Marina Apartment Kota kinablu (1Night)
    3). Tiket-Tiket Masuk tempat lawatan
    Rumah Terbalik (up side down house)
    Ladang Lembu
    Hot Spring
    Ikan Spa
    4). Pulau Sapi & Manukan
    Tiket pulau Sapi
    Tiket pulau Manukan
    Insurance
    Bot
    Jaket Keselamatan
    Maks Snorkelling
    Makan Tengah Hari BBQ di Pulau Sapi.
    Untuk keterangan pakej lebih lanjut bole berhubung,
    En Roslan 0168392919 (whatsapp)
    Email : borneoukinabalutour@gmail.com

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum..
    kami akan MeRealisasikan percutian anda bila berkunjung ke sabah,
    BORNEO KINABALU TOUR & TRANSPORT SDN. BHD

    PAKEJ 3HARI 2MALAM

    01/ Hari Pertama (OVERNIGHT KUNDASANG)
    1000 : Jemput di Lapangan Terbang KKIA Terminal 1/2
    1030 : Melawat Rumah Terbalik (up side Down House) Tamparuli.
    1130 : Melawat Pekan Nabalu
    1230 : Melawat Ladang Lembu (Mini New Zealand).
    1400 : Makan Tengah hari di Kundasang.
    1600 : Check in Hotel/Homestay/Chalet (Kundasang)
    1900 : Hantar untuk Makan Malam pekan kundasang.
    *Tour Tamat*

    02/Hari Kedua (TOUR KUNDASANG & RANAU)
    0900 : Jemput dari Hotel/Homestay/Chalet
    1000 : Melawat Ikan Spa.
    1130 : Melawat Hot Spring, Canopy Walk & Air Terjun.
    1600 : Melawat Jambatan Tamparuli.
    1700 : Melawat Yayasan Sabah.
    1730 : Melawat Masjid Bandaraya Kota kinabalu.
    1800 : Melawat Signal Hills.
    1830 : Melawat pasar kraftangan (Pilipino Market).
    2000 : Check in Apartment Marina Kota kinabalu.
    *Tour Tamat*

    03/ Hari Ketiga (SAPI, MANUKAN ISLAND & AIPORT TRANSFER)
    0830 : Check Out dari Apartment Marina ke Jeti Jesselton Point.
    0900 : Menaiki bot ke pulau Sapi (aktiviti pantai & snorkelling).
    1200 : Makan tengah Hari BBQ yang disediakan.
    1245 : Menaiki bot ke pulau Manukan (aktiviti pantai & Snorkelling)
    1500 : Menaiki Bot ke jeti Jesselton Point.
    1530 : Jemput dari jeti Jesselton Point & Melawat Tanjung aru Beach.
    1700 : Transfer ke Airport KKIA T1/2
    *Tour Tamat*

    Pakej ini Termasuk :
    1). Pengangkutan Selama 3Hari 2Malam
    Van Pelancongan @ Taxi Limousine
    Pemandu
    Minyak
    Muatan Maksimum 10 Dewasa
    2). Penginapan Homestay Kundasang & Marina Apartment Kota Kinabalu
    May Homestay Kundasang (1Night)
    Marina Apartment Kota kinablu (1Night)
    3). Tiket-Tiket Masuk tempat lawatan
    Rumah Terbalik (up side down house)
    Ladang Lembu
    Hot Spring
    Ikan Spa
    4). Pulau Sapi & Manukan
    Tiket pulau Sapi
    Tiket pulau Manukan
    Insurance
    Bot
    Jaket Keselamatan
    Maks Snorkelling
    Makan Tengah Hari BBQ di Pulau Sapi.
    Untuk keterangan pakej lebih lanjut bole berhubung,
    En Roslan 0168392919 (whatsapp)
    Email : borneoukinabalutour@gmail.com

    ReplyDelete
  27. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  28. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca