Tips Jimatkan Wang Ketika Membeli Belah | sobriyaacob.com

Tuesday, December 10, 2013

Tips Jimatkan Wang Ketika Membeli Belah

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, hari ini saya ingin kongsikan Tips-Tips untuk jimatkan wang ketika pergi membeli belah, sudah pasti ramai yang sering menghadapi masalah membeli belah terlebih *bajet*, memandangkan sekarang kebanyakan harga barang sudah naik, kesan daripada peningkatan harga minyak, sampai ramai yang naik minyak!, terasa dengan kenaikan harga barang kegunaan harian terutama bagi golongan yang berpendapatan sederhana dan rendah, bukan sahaja yang tinggal kawasan bandar malah di kawasan kampung.


Mengikut pengalaman saya, harga barang keperluan yang dijual di kawasan-kawasan pekan kecil sebenarnya adalah lebih mahai daripada kawasan besar, contohnya anda membeli belah di giant, jusco,tesco, mydin harga barangan keperluan yang ditawarkan adalah lebih murah dan banyak pilihan, selalu pasaraya-pasaraya begini memberi diskaun yang berpatutan untuk barangan yang tertentu, cuma kita perlu bijak mencari! berbanding di kawasan kampung dima kebanyakkan harga barang keperluan / runcit agak mahai, harga telah ditetapkan. Jadi jangan kata tinggal di kampung tidak terasa kesan kenaikan harga barang, kononya kos hidup dikampung adalah lebih murah, semuanya ada pro dan contra.

Perancangan yang teliti sebelum membeli barang kegunaan harian dan kaedah penjimatan bagi bahan makanan di pasar raya merupakan cara mudah untuk mengurangkan kos perbelanjaan rumah tangga
.
Sekiranya individu hendak menjimatkan jumlah perbelanjaan bulanan masing-masing, pengguna hanya perlu melakukan beberapa penyesuaian yang mudah:

  • Pemilihan barangan jenama generik atau ‘store brand’ yang sedia ada di pasar raya sememangnya kedua-dua produk menggunakan bahan yang sama namun pembeli membayar lebih dengan memilih jenama barangan tertentu.
  • Ketika membeli-belah, pengguna gemar melihat barangan yang disusun di rak-rak yang teratas dan sentiasa membeli barangan yang disusun pada aras mata sebaliknya ada yang langsung tidak mengendahkan barangan yang disusun di rak-rak bawah. Wal hal, barang-barang yang disusun di rak terbawah merupakan barangan yang berharga rendah.
  •  Bagi menggelakkan perbelanjaan tambahan, konsumer boleh makan sebelum membeli-belah di pasar raya. Ini bukan sahaja dapat menghindari pengguna daripada berbelanja di restoran-restoran makanan segera malah keinginan pengguna untuk membeli bahan makanan yang lebih juga akan kurang kerana tidak lapar. 
  • Penyediaan senarai barangan yang hendak dibeli akan membantu pengguna ketika membeli barangan harian. Barang-barang yang disenarai dan bahan-bahan yang diperlukan untuk sesuatu hidangan sahaja dibeli dan tidak membeli dengan sewenang-wenangnya mampu mengurangkan kos ketika membeli-belah.
  • Individu juga digalakkan membeli-belah secara bersendirian. Membeli-belah bersama keluarga dan anak-anak boleh menyebabkan seseorang berbelanja lebih untuk item yang mereka inginkan serta yang tiada tercatat dalam senarai anda.
  • Seandainya pengguna ingin membeli-belah, bawalah sejumlah wang yang kecil seperti RM 50 atau RM 100. Ia boleh menghindari seseorang daripada berbelanja lebih dan cuma membeli barang-barangan yang diperlukan sahaja.
  • Setiap pasar raya sememagnya disusun dengan item-item tertentu di kaunter pembayaran bagi menarik minat pelanggan dan item-item ini mempunyai kos yang tinggi. Pengguna juga diingatkan supaya menhindari daripada melakukan pembelian di saat terakhir di kaunter-kaunter pembayaran


  • P/s: Walaupun terdapat pelbagai cara untuk berjimat ketika membeli-belah namun pilihan masih di tangan pengguna. Jadilah pembeli yang bijak dan berbelanjalah mengikut bajet. Dengan ekonomi sekarang kalau bawa duit RM 100 barang yang anda boleh beli tidak sebanyak mana, kadang-kadang tidak cukup lagi! yang penting kita perlu menjadi pembeli yang bijak! jangan berbelanja ikut nafsu. Tambah-tambah sekarang musim sale akhir tahun, selalu saya ingatkan diri! sabar sobri jangan boros, simpan sikit duit untuk masa hadapan anda bukan anak orang kaya, kalau menabung dari kecil pun belum tentu boleh beli cincin berlian RM24K untuk bakal isteri! tapi insaallah untuk bakal isteri punya pasai tak dapat beli cincin berlian RM24K,  dapat  beli cincin suasa ok! janji bahagia sampai jannah :P

25 comments:

  1. Good tips sobri...click-clik kat sini..

    ReplyDelete
  2. listkan dulu apa yg nak dibeli . Bawa duit belanja cukup2 jer ...

    ReplyDelete
  3. Kena apply tips ni..

    ya, betul tu, yg penting perkahwinan yang ada rahmah & mawaddah..diberkati Allah SWT..

    ReplyDelete
  4. Which is why I hate to do shopping, because I always spend more than my expenses. Shopping with our parents around is the best xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha..ha.. aku pun harap macam itu bro.shoping dgn family memng best..semua dorg byarkan itu zaman belajar la.. bila dah keja.. semua kena byar sendiri..baru tahu menghargai nilai wang :)

      Delete
  5. Tips yg bgus ni..sllu je sya terbuat cmni ni..lpasni nk ikut tips ni plak..tq for sharing ya ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke adriana..ok lpas ni jgn lupa ikut tips yg diberi ok..

      Delete
  6. Bagus tips ni.. mudah2an dpt lebih berjimat..
    klik nuff sini.. :)

    ReplyDelete
  7. bagus tips ni.. paling penting senaraikan barangan yang hendak dibeli dan pastikan membeli ikut senarai tu.. wah, rm24k tu harga cincin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha.ha.. skrg tgah gigih nak menabung ni..nak belikan cincin berlian utk bakal isteri..ok kak jgn lupa ikut tips yg diberikan ok :)

      Delete
  8. tips yg patut diikuti...org muda cam sobri patut berjimat cermat simpan duit utk 1kg emas buat bakal isteri n emak/ayah juga mahu 1kg emas atau lebih....ha.ha mokcik pesan ni.

    ReplyDelete
  9. good tips!niesa sll b4 shopping dh wat list n mmg akan bawak duit ckp2 je..kalau bawak lebih t mmg akan blanja lebih..

    ReplyDelete
  10. Assalammualaikum..sobri,

    wahh bagus tips nie.. betul tips2 nie.. kalau mselim3 berbelanja kena bwk list barang kalau x nanti x pasal kita membeli brang yg tak perlu..

    mselim3

    ReplyDelete
  11. nice tips... betul tu.. seratus tu sekali beli je..,

    ReplyDelete
  12. tips yg bagus.. nanti kalau shopping xla membazir. no 2 tu baru tau sebenarnya

    ReplyDelete
  13. setujuuuuu dengan tips sobri ni... :)

    ReplyDelete
  14. okey tasneem nak praktik kan tips tu laa :)

    ReplyDelete
  15. nice tips..bagi mereka yang nak shopping barang keperluan rumah seloknya buat list dulu mengenai barang yang takde..kang sampai supermarket, semua benda rasa nak beli..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  16. selalu je tersasar.. haha.. pergi shopping plak bawa debit, itu yg tak kisah sikit tu bab belanja.. hadoi

    ReplyDelete
  17. Betul tu Sobri...barangan di pekan2 kecil jauh lebih mahal dari pekan2 besar...thx for the tips...biasanya noe mmg sediakan list awal sebelum pergi ke pasaraya...mudah...tak perlu nak fikir masa ada kat sana..jimat masa n jimat penggunaan memori n otak :) hehehe

    ReplyDelete
  18. Kadang-kadang boleh terlupa, walaupun kita dah set nak belanja RM100 sahaja, tapi kalau dah tengok benda2 yang menarik..hmmm. Apapun disiplin tu penting

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca