Video Tribute kepada Paul Walker, Pelakon Filem Fast & Furious | www.sobriyaacob.com

Monday, December 9, 2013

Video Tribute kepada Paul Walker, Pelakon Filem Fast & Furious

Assalamualaikum dan salam sejahtera, mesti ramai disini yang meminati Filem francise perlumbaan kereta terkenal iaitu The Fast and The furious yang dilakonkan oleh Paul Walker. Seperti yang kita sedia tahu Paul Walker yang meninggal dunia minggu lepas akibat terlibat di dalam kemalangan ngeri yang mana kereta yang dinaiki beliau terbakar. Beliau yang dalam perjalanan untuk mengikuti aktiviti amal “Reach Out Worldwide”, mati di tempat kejadian sejurus Porcsche Carrera GT yang dipandu oleh rakan baiknya, Roger Roads (turut terkorban) terbakar akibat impak dari perlanggaran dengan lampu jalan dan pokok.

R.I.P Paul Walker (1973-2013)

Disini saya ingin kongsikan video tribute yang dihasilkan oleh team Pasukan (krew) francis filem Fast and Furious yang telah melancarkan sebuah video penghormatan ke atas Mendiang Paul Walker yang sungguh menyentuh perasaan. Setakat ini sebanyak 24,496,088 orang telah menonton di youtube. Bila menonton kembali video tribute, teringat aksi-aksi yang dilakonkan oleh mendiang paul walker antara filem francise kegemaran saya ialah 2 Fast 2 Furious (2003) dan Fast & Furious 6 (2013) 



Seperti yang kita sedia maklum Paul Walker memainkan watak sebagai Brian O'Conner, dan juga dikenali dengan nama samaran "Bullet", merupakan seorang bekas pegawai polis yang juga merupakan seorang pelumba haram terkenal dan seterusnya menjadi seorang ejen FBI. Dia dilucutkan jawatan sebagai pegawai polis selepas tamat jalan cerita The Fast and the Furious kerana melepaskan Dominic Toretto yang menjadi suspek utama kes rampasan lori kontena. Untuk membersihkan rekodnya daripada kesalahan bersubahat, dia diberi tawaran bekerjasama dengan pihak FBI untuk menumpaskan sindiket pengedaran dadah di Miami yang diketuai Carter Verone dalam filem 2 Fast 2 Furious. Kejayaan operasi tersebut menyebabkan Brian ditawarkan bekerja sebagai seorang ejen FBI. Dalam filem Fast and Furious, dia memburu dalang sindiket penyeludupan dadah merentasi sempadan AS-Mexico, antara sedikit sebanyak watak yang dilakonkan oleh Paul Walker dalam siri francise filem The Fast and The furious 

Di bawah ini saya senaraikan filem francise The Fast and The furious 
  • The Fast and the Furious (2001)
  • 2 Fast 2 Furious (2003)
  • Turbo-Charged Prelude (2003)
  • The Fast and the Furious: Tokyo Drift (2006)
  • Fast & Furious (2009)
  • Los Bandoleros (2009)
  • Fast Five (2011)
  • Fast & Furious 6 (2013)
  • Fast & Furious 7 (2014)





P/s: Dikhabarkan produksi pembikinan filem terbaru, Fast and Furious 7 akan ditangguhkan buat sementara waktu, Pihak Universal Studio dalam kenyataannya mengumumkan bahawa francise filem tersebut tidak akan dihentikan.Tak sabar saya nak menunggu filem Fast & Furious 7 ditayangkan, apa yang saya tahu filem sambungan Fast & Furious 6 sedang menjalani pengembaraan filem sebelum mendiang paul walker maut akibat kemalangan yang pasti kita tunggu sahaja hasil filem ini nanti:)

37 comments:

  1. meremang bulu roma niesa tgk video ni..hihi..rasa sebak sedikit wpn bkn peminat F&F

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah tambah2 saya peminat f&F,, bila tgokvideo tribute tringat filem2 lama yg dilakunkan oleh mendiang :)

      Delete
  2. mesti terasa sungguh kehilangan peminat-peminat mendiang,,

    ReplyDelete
  3. itulah acik pun suka lakonannya.. ajalnya telah sampai.. kini mungkin kita pula .. dah bersedia ?? ermm

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul acik..ckupkah amlan kita untuk dibawa di sana?? saya pun suka lakonan mendiang :)

      Delete
  4. ika pun ternanti2 apa yang akan berlaku dalam fastnfurious7...rip paul walker :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la kita ya ika.. ternanti2 apa yg terjadi..mungkin akan ada perubahan skrip agknya..

      Delete
    2. tu laa..re-script banyak kena buat ika rasa..

      Delete
  5. tasneem tak pernah tengak fast&furious. huhu video kat atas pun broadband tasneem tak mengizinkan tasneem tengok -..-' maklumlah selembab lembab kek karemel, lembab kemain lagi broadband tasneem. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh sayangnye..nanti tgok la secara online smua ist movie kat atas..memng best :)

      Delete
  6. terasa sebak juga tengok klip ni..
    saya peminat Paul Walker juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tgok tribute tu ..teringat lakonan mendiang..so sad :(

      Delete
  7. Sebak juga.. walaupun sy bukan kaki kereta, tp sy mmg minat lakonannya. Cerita Fast & furious mmg sesuai dgn beliau.. thanks sharing bro Sobri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la bro khir..sangat meminati lakonan dia..antara smua francise f&f mana ada lakonan mendiang mesti best! :)

      Delete
  8. Tha ks for the share...rietta pown nk tunggu FF7 jugak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ur wc riett..x sabar nak mnunggu di pawagam..

      Delete
  9. pelakon dikenang dgn wataknya ... isi tabung transitions .

    ReplyDelete
  10. Sebagai seorang peminat filem francise The Fast and The furious video nie buat gua sedih bro especially theme song .RIP Paul Walker

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu bro...memng sedih tgok tribute ni..lg yg x leh tahan dia punya theme song..alamak sahdu :)

      Delete
  11. So sad...its a real tribute..thanks for sharing sobri..Click-clik kat sini..

    ReplyDelete
  12. Not much of a fan of Fast and Furious, but good things they are making new movie.

    ReplyDelete
  13. eh, apesal x penah dengar pun cerita Turbo-Charged Prelude dengan Los Bandoleros tu..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang tu,,utk short movie cuba google ada movie dia bro :)

      Delete
  14. Laa poli Seberang Perai ke? Tapi skrg da habis study la eh?

    Paul Walker in memories~ Suka sgt dekat dia ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. ar ah dulu blajar kat psp.. dah abih stdy dah..stdy kat uitm pmtang pauh ke?

      Delete
  15. Satu kehilangan besar buat produksi Fast & Furious..

    ReplyDelete
  16. nak cerilah filem2 ni . nk wat collections ...

    ReplyDelete
  17. nak cari movie2 ni nak wat collections ...

    ReplyDelete
  18. hm.. :) suka sgt Fast and furious :)

    ReplyDelete
  19. Fast & Furious x bess tanpa Paul & Vin Diesel..sape la pengganti Paul agaknya

    ReplyDelete
  20. Tengok jugak cerita ni..Tak sangka, dah mati heronya...Kematian yg tragis pulak tu. Kalau mati sebab dadah atau bunuh diri tu dah selalu dengan, mati sebab eksiden, lain perasaannya. Ironinya, Paul Walker berlakon dalam cerita kereta laju..dan mati juga kerana kereta laju

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca