Fasa Kehidupan | sobriyaacob.com

Friday, January 3, 2014

Fasa Kehidupan


Assalamualaikum dan salam sejahtera, cuba anda lihat gambar di bawah, ia mengingatkan beberapa kes yang berlaku semalam kepada adik-adik yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah, kes  budak-budak sekolah tersepit di celah kerusi, ia mengingatkan saya pertama kali ke sekolah, tiba-tiba flashback  memory kembali ke zaman persekolah, pada masa kecil-kecil dulu, it sweet memory teringat hari pertama abah tunggu di luar kelas, takut anak dia menagis bila tak nampak abah menunggu,tapi bila jumpa kawan-kawan terus lupa abah dekat luar, sebelum itu bukan kemain takut nak ke sekolah. 

Memory paling tidak boleh dilupakan apabila pernah kencing dalam seluar, rasanya waktu darjah satu  atau tadika, saya tak pasti baru-baru nak mengenal dunia persekolah, takut nak bagi tahu cikgu nak ke tandas nak terkencing, tahan punya tahan jawapnya memang kencing dalam seluar. Seingat saya separuh kawan-kawan dalam kelas pernah terkencing dalam seluar jadi macam tred pulak dalam bulan pertama boleh dikatakan setiap minggu ada kes kencing dalam seluar, kesian pulak cikgu setiap kali ada kes macam ni terpaksa telifon keluarga suruh datang bawa seluar lain nak ganti, lepas itu nak kena basuh la pulak bekas kencing, besar cabaran menjadi cikgu, nak jadi cikgu tambah-tambah cikgu tadika memang kena bayak bersabar dengan karenah kanak-kanak dan paling penting suka melayan telatah budak-budak kecil :P



Sebelum ini saya ada post entry berkaitan dengan kes budak-budak sekolah masuk / tersepik di celah kerusi, macam -macam komen dan respon saya terima ada yang rasa ia kelakar, kesian pun ada,  bagi saya ia memang agak kelakar dan pada masa yang sama memang kesian, tapi yang menjadi kemuskilan bagaimana adik-adik boleh masuk ke celah kerusi, apa yang dimainnya dengan kerusi sampai boleh tersepit di celah-celah kerusi? satu misteri besar yang harus dirungkai :P Budak-budak sekarang memang sangat pintar, aktif dan hyperaktif, sangat bagus ciri-ciri yang diperlukan pada masa hadapan :P 

Melihat ragam mereka membuatkan saya kembali mengimbas kenangan kembali sekolah, bagi adik-adik yang terkena pengalaman ini, anggaplah lah ini salah satu fasa persekolah yang harus ditempuhi dan bila besar anggaplah sebagai salah satu sweet memory di zaman persekolaha, sebab bukan semua orang *terpilih* untuk menerima situasi ini :P

Saya suka dialog kartun di atas *ingat ..ini pengajaran dah besar nanti banyak lagi kau akan tersepit, antara cinta & cinta, kekasih  & rakan, ibu dan makwe.* It true right? bila nanti sudah besar macam-macam masalah dan fasa kehidupan kita akan lalui, sama ada ia pahit, manis, kelat semuanya harus dilalui, sebab pengalaman yang dilalui akan membuatkan kita lebih matang dan bersedia untuk menempuh cabaran yang mendatang.



sebelum itu saya ingin berkongsi fasa kehidupan mengikut persektif agama islam.
  
Dalam fase kehidupan manusia, telah dan akan melewati beberapa alam kehidupan kemudian di dalam alam terakhirlah yang dianggap sebagai kehidupan alam yang abadi (kekal). Menurut syariat Islam, alam tersebut di antaranya adalah:

1. Alam Ruh.

  • Alam Ruh adalah alam di mana sebelum jasad manusia diciptakan.

2. Alam Rahim.

  • Alam Rahim adalah alam kandungan ibu tempat di mana penciptaan jasad manusia dan penentuan kadar nasib kita di dunia seperti hidup, rezeki, jodoh dan kapan dimana kita akan meninggal.

3. Alam Dunia.

  • Alam Dunia adalah alam tempat ujian bagi manusia, siapakah di antara mereka yang akan paling baik amalannya.

4. Alam Kubur.

  • Alam Kubur adalah alam tempat penantian untuk menanti hari kiamat, di alam ini Allah menyediakan dua keadaan, nikmat atau azab kubur.

5. Alam Akhirat.

  • Alam Akhirat, alam tempat pembalasan amal-amal seluruh makhluk-Nya, di alam ini Allah menentukan keputusan dua tempat untuk manusia, apakah ia akan menghuni surga atau menghuni neraka.


P/s:Seperti kita tahu, sebagai manusia, banyak fasa-fasa yang kita akan tempuhi dan sekarang kita berada di fasa dunia, dari mula dilahirkan hingalah ke fasa kematian. Dari fasa kanak-kanak ke fasa dewasa dan ke fasa-fasa seterusnya semuanya ada cabaran yang tersendiri.  Saya sendiri tidak tahu apa cabaran-cabaran yang akan mendatang yang akan saya hadapi dan tempuh, tapi saya yakin semuanya akan menjadi pengajaran dan pengalaman yang berguna yang harus ditempuhi oleh setiap insan :P


“You’ve gotta dance like there’s nobody watching, 
Love like you’ll never be hurt, Sing like there’s nobody listening,
 And live like it’s heaven on earth.” 
 William W. Purkey

29 comments:

  1. shin pon penah ter ter masa skolah tadika dulu #nanges

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha..ha... rasanya smua orang pnah laluikan shin :)

      Delete
  2. entri ini sangat bagus ^_^ ada coretan kenangan , paling penting kita akan menghadapi fasa-fasa berikut

    ReplyDelete
  3. klau yang berak dalam seluar mcm mana? malu2 klu fikirkan balik zaman kekanak raibena dulu. haha bagus share :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah ada je berak dalam seluar..tapi mlas nak typo..tapi kbanyakan terbuang air kecil la.. ha..ha.. itulah zaman kanak2 tabina..just x extream mcm kanak2 skrg tmasuk dlam kerusi :)

      Delete
  4. salam jumaat sobri..mmg kelakar tgk gelagat budak2 2014 ni..mcm2..haha...lain org lain dugaannya kan?semoga kita sentiasa tabah dalam mengharungi apa jua dugaan yg bakal tiba.. Semoga perkongsian sobri memberi manfaat kpd semua...sgt menarik.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam juamaat niesa..itulah lain zaman lain gelagaknya zaman kita dulu lain.. yg trjadi skrg lain plak yg terjadi.. smoga kita smua tabah utk mngharungi apa yg terjadi..terima kasih niesa :)

      Delete
  5. Jujur knor nk bg tahu..blog adik sgt berinfomasi..tidak sesekali yg di gmbrkn dlm n3 knor tadi..bermanfaat..utk semua.

    ingt masa zaman sek rendah naik vespa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kaka..saya ok je akak..betul jugak apa yg ditulis oleh akak tadi..memng ada kebenaranyanya...semoga apa yg ditulis oleh kita bermafaat utk kita semua..

      Delete
  6. kes tersepit ni memang agak pelik..rasanya tak ada lagi kes besar-besaran macam nikan...Hmmm..bahaya..kesian adik-adik tu..Churp-churp & smokey for you!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lahkan akak? saya msih tfikir mcm mana pkara ni bleh terjadi?? pelik..

      Delete
  7. hee boleh jadi pakar motivasi ni sobri. hehe macam mana boleh tersepit dekat kerusi tu. hikhik nak tergelak pulak. macam macam lah budak la ni. dulu tasneem lah orang kemain eksaited nak masuk sekolah. tapi awal awal je la, mai dua minggu lepas tu dah mula liat :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha..ha.. tasneem..rasanya kalau jadi pakar motivasi..agak2nya boleh lg lingkup attitude orang mendgar motivsi yang diberikan ..but skrg pkongsian pngalaman sikit2 nak tulis dkat blog ok la.. well smua org ada pngalaman tersendiri masuk skolah..it sweet memory kan :)

      Delete
  8. Hahaha....terkenang semasa dulu...
    and thanks for the info..salam jumaat sobri :)

    ReplyDelete
  9. entahlah. mcam pelik kan boleh tersepit kat kerusi?

    nak pikiaq sat noooo..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah yang menjadi persoalanya skrg? kenapa dan bagaimana pkara ini terjadi??? :P

      Delete
    2. saya rasa saya dah dapat jawapan-jawapannya.

      1) diorang jakun sebab first time duduk atas kerusi dalam kelas
      2) alasan sebab nak balik rumah cepat
      3) terpengaruh dgn cerita katon upin & ipin
      4) badan diorang terlalu kecik, jadi diorang nak mengetest kebesaran kerusi tersebut
      5) ini yg paling boleh diterima akal ----- > mereka tak sengaja.. maafkanlah mereka..

      (: (:

      Delete
  10. Vee zaman sekolah dulu good girl jerkk :D Ye, ngajar kat kindy mmg besar cabarannya. Alih2 boleh slim down terus jap lg, turun naik tangga atur kids, lari sana sini. Wuu. Kaki pun lenguh. Siap kena tendang budak aggressive. But the truth is, setiap post ada cabaran tersendiri :D Hihi.

    ReplyDelete
  11. Alam dunia utk mengumpul bekal bagi dua alam selepasnya...

    ReplyDelete
  12. akak dulu malas nak pergi sekolah je la.. tapi terkencing dalam seluar tu tak pernah lagi.. budak-budak sekarang ni minum susu formula yang diperkaya dengan pelbagai nutrien yang merangsang otak untuk lebih bijak dan berkembang maju.. tu jadinya hyperaktif..

    ReplyDelete
  13. Kenangan di sekolah rendah memang terbaik dalam hidup..
    Ragam budak sekolah memang banyak.. kdng2 tgk lucu dan seronok pulak :D

    ReplyDelete
  14. Cerita part masuk darjah satu ni, memang, macam-macam kenangan. 6 Januari 1986, hari pertama sekolah, akak nangis. Ayah bagi 40 sen. Akak rasa bahagia betul. Kayanya. Maklumlah, tak penah pegang duit, bukan cam bebudak sekarang. Heran, dalam tak penah pegang duit, tau pulak jumlahnya tu..Instict, haha. Ada beberapa kawan yang istimewa, mak ayahnya hantar juga ke sekolah biasa. Budak-budak tu terberak dan kencing dalam kelas. Ada yang kaki pencuri. Curi duit akak, curi kuih yang mak bekal, ingat lagi, kuih kasui. Cikgu heret budak tu pegi bilik Guru Besar sambil nangis-nangis. Cikgu Fatimah namanya. Tak tau masih hidup atau tak. Sekarang budak tu dah jadi insan yang berguna pun. Alhamdulillah.
    *************************************************************
    Tentang alam-alam yang disebutkan tu, jika berguru di peringkat yang lebih advance, ada di ajar. Tapi berguru dengan orang yang betul. Bukan dengan guru yang salah. Orang yang mengamalkan agama dengan betul, tidak mudah mencaci dan melakukan kerosakan seperti yang dilakukan oleh ramai orang sekarang

    ReplyDelete
  15. Fasa2 kehidupan.. semoga kita sentiasa beringat ttg fasa2 yg kita tempuh selepas kehidupan nanti.. t kasih diatas perkongsian peringatan ini bro Sobri. Semoga bersama2 kita semua beroleh berkat dlm kehidupan dunia & akhirat.. aamiin..

    ReplyDelete
  16. semoga kita terus bersedia menghadapi fasa-fasa yang seterusnya :)

    ReplyDelete
  17. semua org pernah alami perkara sebergini kan ms sek rendah.. tipu lh kli xpernah kencing dlm seluar atau kain... kikiki... aku sendiri pn tiap2 thn ada je kes terkencing dlm seluar... dr drjah 1 sampai 6.. masuk sek men xde dh.. cume form 5 je pernah skali aku kencing dlm seluar sbb mls g tndas.. tetiba rsa nk bt cmtu dlu2 kt sek rendah.. bile dh basah seluar br puas hti... bile dh xsekolah lg...aku masih pakai baju dan seluar sek rendah dan kencing dlm seluar... ini cerita btl..bukan reka2 ye.. terpksa anonymouskn post ni utk privacy...

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca