Gay Oh Gay! | www.sobriyaacob.com

google advertising

Monday, January 6, 2014

Gay Oh Gay!


Assalamualaikum dan salam sejahtera, sebenarnya hari ini memang tak ada idea nak menulis, tapi disebabkan konon-kononya azam tahun baru 2014 nak pastikan satu hari, satu entry di post di blog *tak pasti sampai bila azam itu mampu dilaksanakan :P *  Jadi merajinkan diri juga type something dekat sini. Hari ni ada tak sesiapa baca paper online sinar harian edisi melaka, yang berita utamanya Tertekan bersuamikan lelaki gay, bagi yang belum baca boleh tekan link ini, untuk ke berita penuh. Terkejut jugak baca berita ni, bukan terkejut membaca berita wanita bersuamikan lelaki gay, berita  macam ini memang dah selalu baca, tapi terkejut dek sinar harian pun dah tulis berita macam ni, bukan apa selalunya berita-berita bertajuk sensasi pelaris akhbar memang dimanopoli oleh harian metro dan kosmo:P

sekadar gambar contoh, peminat tegar one direction
jangan marahkan saya ye :P

Jadi untuk entry kali ini memang sah mengenai isu gay lagi, anda ingat tak lagi dahulu saya ada buat entry berkaitan dengan dunia gay, adakah kamu gay dan saya pernah menulis secara santai mengikut pandangan peribadi saya bagaimana cara-cara untuk mengenali lelaki gay & merubah perasaan daripada mencintai kaum sejenisnya kepada  wanita, terima kasih atas komen dan respon yang diberikan memang banyak perkongsian mengenai dunia homoseksual dapat dijadikan panduan dan peringatan  kepada yang membaca


Berbalik kepada berita yang disiarkan di sinar harian, bertarikh 6 january 2014, bertajuk tertekan bersuamikan gay


Hasrat seorang wanita mahu memilik sebuah keluarga bahagia berkecai apabila mendapati suaminya lebih berminat dengan kaum sejenis. Biarpun usia perkahwinan sudah menjangkaui empat tahun, namun sikap suaminya yang enggan berubah menyebabkan rumahtangga Marina (bukan nama sebenar), 30, berakhir di tengah jalan. Lebih mengejutkan, wanita terbabit mengakui dia masih dara walaupun selama ini tinggal sebumbung dan tidur bersama suaminya.Bagaimanapun, katanya, pada awalnya, dia menyedari lelaki berkenaan mempunyai sifat meragukan menerusi gerak-gerinya serta pergaulan sepanjang berkawan dengannya. Malah, saudaranya juga ada memberitahu mengenai perangai lelaki berkenaan semasa sekolah dahulu yang sukakan rakan sejenis.


“Pada mulanya niat saya baik, mahu mengubah dirinya supaya menjadi seorang lelaki sejati biarpun tahu dia bersifat begitu. “Tambah menyakitkan hati saya apabila dia lebih rapat pada kawan lelaki sehingga saya tengok hubungan mereka luar biasa,” katanya.

Akibat tidak tahan dengan keadaan itu, katanya, dia terpaksa memohon agar suami melepaskan dirinya sehingga akhirnya mahkamah memutuskan penceraian itu pada Oktober 2011. Menurutnya, dia sungguh menyesal dengan perkahwinannya itu tetapi apa yang mampu dilakukan kerana semua yang berlaku adalah suratan takdir.

Sebenarnya saya malas nak komen apa-apa, yang pasti sungguh mulia hati wanita itu sanggup berkahwin juga dengan lelaki itu walaupun tahu dari awal bahawa lelaki itu mempunyai sejarah yang tersendiri, dengan dengan niat murni untuk mengubah tabiat lelaki itu ke fitrah asal #respect!


ingat tak lagi dulu di entry lama berkaitan dengan dunia gay saya ada menulis begini * mungkin melalui perkahwinan yang diredhai oleh allah, lelaki itu boleh berubah untuk mencintai wanita, tetapi bukan dengan melalui paksaan, sekiranya lelaki itu ingin berubah dia memerlukan wanita yang sanggup menerimanya keadaan dirinya seadanya, sentiasa membantu dalam proses untuk lelaki itu berubah* dan sekarang saya tarik balik apa yang saya tulis sebab berdasarkan kisah di atas, wanita itu sanggup berkahwin dengan lelaki itu,  walaupun tahu dari awal yang bakal suaminya sukakan kaum sejenis, ini bermakna walaupun wanita itu bersedia untuk merubah lelaki itu dan menerimanya seadanya tapi kalau lelaki itu sendiri tidak bertekat untuk merubah dirinya sendiri, tak ada gunanya jugak! pucuk pangkalnya hidayah memang datang daripada allah, tapi kita sendiri kena berusaha untuk mendapatkanya. 

saya tertarik komen yang diberikan oleh  fatin wawa dari blog something to talk, cinta teragung apabila meletakkan cinta ilahi pada tempat di atas, insaallah akan terhindar daripada perkara sebegini dan semuanya berbalik kepada agama.


*biasanya golongan gay ni kalau berkahwinpun mungkin atas paksaan keluarga atau ada niat utk berubah ttp selagi mereka duduk dalam kelompok geng2 mereka, perubahan itu sememangnya tersangat sukar. bagi golongan lesbian atau pengkid pula alasan yg sering diberikan adalah kerana kecewa dgn cinta lelaki. apa-apa pun ingatlah cinta Allah itu jua yang agung, apabila kita meletakkan cinta Illahi pd tmpt yg teratas, insyaAllah hidup pasti terhindar drpd perkara2 spt ini. segalanya berbalik kpd agama.. :) *



P/s: ya setiap orang mempunyai sejarah silam yang tersendiri, janganlah kita cepat melatah dengan kesilapan yang lepas mereka lakukan, bantulah berilah peluang untuk mereka berubah, kerana setiap hambanya tidak lepas daripada melakukan kesilapan dan allah sentiasa mengampuan hambanya yang bertaubat dan semuanya harus berbalik kepada agama! *peringatan khas untuk diri sendiri *

32 comments:

  1. kadang2 lelaki gay ni kahwin dgn perempuan sebab nak nampak kehidupan dorang ni normal. sedangkan, tak.. supposely, before kahwin perangai tu kena ubah dulu. bukan selepas kahwin. jangan ambil risiko, sebab perkahwinan bukan utk sehari dua.

    ibarat menutup bangkai gajah dengan nyiru, lama-lama berbau juga.

    * sekian karam bot walia melaporkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq karam bot sokmo melaporkan..
      ulasan yang padat dan lengap...
      bab bkahwin jgn sesuka hati ambil... risiko.. bahaya nanti..
      buat pilihan yg bijak.. :)

      Delete
    2. adoi... tergelak saya baca komen en.Sobri ni. karam bot sokmo?
      cessss... .. :p

      Delete
  2. gay ke lesbian ke tetap ditegah dalam islam. huhu

    ReplyDelete
  3. gay ke lesbian ke tetap ditegah dalam islam. huhu

    ReplyDelete
  4. Ramai lagi kaum ala2 umat Nabi Luth di muka bumi ni..:( :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah realiti kehidupan yg harus ditelan :)

      Delete
  5. Gay atau lesbian mmg ditegah dlm agama.. Sekiranya mereka benar2 mahu berubah & insaf, pastinya kita beri sokongan. Memandang sejarah silam hanya utk membenci tidak membawa apa2 erti, sebaliknya bantu mereka utk membina masa hadapan yg lebih baik, in shaa Allah. Sebagai insan mmg tugas kita utk membantu insan yg lain utk kebaikan diri kita juga & msykt seluruhnya.. Perkongsian yg sgt baik bro Sobri.. t kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas pengkonsian bro khir..kita haruslah memberikan sokongan.bantu mereka..jagn dikeji...yang penting sejarah silam jagn diungkit..buka buku baru...amin.. :) sama-sama bro khir :)

      Delete
  6. memang baik niat wanita itu untuk merubah suaminya yang gay.. rasanya kalau akak mesti awal-awal dah reject lelaki begitu.. bukannya memilih, tetapi tentu kita nak yang terbaik untuk menjadi imam ketika kita solat, menyayangi kita dengan ikhlas hati dan memberi perlindungan kepada kita.. kapada lelaki itu, kita doakan semoga dia diberikan hidayah oleh Allah untuk berubah menajdi normal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah yg saya respect kak.. sebba kes ni dia tahu awal..bukanya dah kawin baru tahu...itulah takdir..mari kita dokan supaya wanita ni menjumpai jodoh yg lebih baik di masa hadapan..amin :)

      Delete
  7. kiranya dia ni perempuan yg sabar - empat tahun makan hati suami berperangai macam ni..mana2 ibubapa yg perasan anak2 mereka menjurus ke arah ini, lebih baik cegah sebelum parah..tetapi ada jg yg jadi 'gay' kerana pengaruh kawan2..naudzubillah..

    ReplyDelete
  8. 100% Setuju dengan Khir Khalid..golongan songsang seperti mereka wajib didekati,dibantu,bukan dihina,dikeji,masih ada antara mereka yang ingin kembalikan fitrah tapi dahsyatnya mulut masyarakat akibatkan mereka lemah tanpa sokongan. :)

    ReplyDelete
  9. tabung burung biru tu je yang keluar.. akak klik burung biru.. :D

    ReplyDelete
  10. Dugaan Dunia tu..semoga tak ada yang tersasar...churp-churp disini...

    ReplyDelete
  11. Hilang rasa malu dah buat mereka menjadi semakin berani... Semoga Allah memberi golongan2 ni hidayah untuk berubah...

    ReplyDelete
  12. maap cakap.. ada org lahir kat dunia ni sempurna.. ada org sebaliknya.. kalo sempurna syukurlah.. kalo sebaliknya mmg pasrah je la.. biasanya manusia sempurna ni takkan paham sebab mereka tidak mengalaminya.. x merasai kesukarannya.. cakaplah baek atau buruk camne mmg takkan merubah apa apa.. Allah takkan merubah sesuatu kaum jika kaum tu sendiri x berusaha utk merubah diri mereka.. tp kesukaran tu Allah juga yak memahaminya sbb dia Maha Pencipta tiap sesuatu atas kehendakNYA dan menetapkan sesuatu atas kekuasaanNYA..

    ReplyDelete
  13. i read both of the posts.

    i remember when the guidelines by the ministry of knowing gay was so famous in facebook. it's all over the newsfeed. pakai v-neck and everything... so the next day when i went to my class, we had a good laugh about it. like seriously, kitorang ketawakan kriteria tu. and some of my friends are very familiar to the gay community. me too kot.

    i still remember one of my friend said "anne pun macam menepati kriteria gay" (maybe due to the fact that i love rainbows and colourful clothes) and we laugh again.

    i have gay friends. i'm from a convent school too. i know them (will not comment further on religious or moral principle)

    no.......! why did u use harry styles picture. he should sue you..... kidding

    have a nice day buddy!

    ReplyDelete
  14. isu gay dan lesbian nie sebenarnya perlu ditangani dengan cara yang betul..apa yang aku nampak melalui mata kasar, kebanyakkan orang lebih suka "bash" atau kutuk golongan LBGT ini daripada cuba untuk mendidik mereka pulang ke pangkal jalan..nak mengubah sesuatu sifat tu bukan satu perkara yang mudah tetapi selagi masyarakat terus mengina mereka, aku rasa mereka akan terus bergaul sesama mereka...tapi itu pendapat 20sen aku laa..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  15. huhu Na'uzubillah. bagi pendapat tasneem la kan, mungkin depa kawin dengan perempuan sebab depa nak tutup hubungan depa yang terlarang tu kot. semoga terus dekat kan diri dengan Allah dan berdoa untuk mendapat hidayah dari Allah. Aminnn.

    ReplyDelete
  16. pucuk pangkalnya kalau nak berubah kena tanam dlm diri sendiri jugak..kalau betul2 nak berubah kuatkan diri utk berubah..kalau kita bg support pun dorg still nak berubah,xnak,nak berubah xnak..mmg susah la kan..kita cuma dpt bg dorongan dan sokongan dan yang mengubah tu adalah mereka sendiri...tapi kita sebagai manusia biasa xde hak jugak nak menilai mereka.. :)

    ReplyDelete
  17. T_T

    tak terkata dah ika nie haa sobri miahahahaha

    ReplyDelete
  18. kalau dah gay tuh gay, macam orang yang suka makan tahan2 punya tahan kalau dah buffet depan mata takkan nak tahan macam mana. Sama macam orang straight kalau tak kawin, main jugak dah nafsu macam tuh. Takde siapa mintak lahirkan jadi gay, takde siapa pilih jadi gay, tapi dah fitrah macam tuh itu Tuhan jadikan gay sooo howww????

    ReplyDelete
  19. Kesian kat perempuan tu, niat baik. Balasan macam ni yang dia dapat. Harap dia bersabar semua yang terjadi pasti ada hikmahnya.

    Petua Awet Muda Dan Cantik Macam Ayu Raudhah

    ReplyDelete
  20. saya jadi gay sejak 20 tahun yg lalu...tp recently ni bertemu dgn someone (perempuan)...sy sukakan dia...dan tak lama lagi kami akan berkawin..

    cuma saya risau yg saya tak mampu nak menghadapi mlm pertama..takot tak bole perform...sbb terlalu lama bergelumang dgn lelaki...

    mcm mana saya nak kembalikan nafsu saya pada wanita?

    p/s: saya sememang benar2 mahu ke pangkal jalan..doakan saya

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca