Imbas Kembali Tahun 2013 | www.sobriyaacob.com

google advertising

Wednesday, January 1, 2014

Imbas Kembali Tahun 2013



Assalamualaikum dan salam sejahtera, hari ini 1 january 2014, bermakna umur kita semua semakin meningkat seiring dengan tanggunjawap dan cabaran yang bakal dipikul, terima kasih kepada semua rakan-rakan bloger yang memberikan ucapan selamat tahun baru, semoga dengan kehadiran tahun baru 2014 akan memberi sinar kegemilangan kepada kita semua *Moga apa yg di azam akan tercapai.. :D Teruskan memandang kehadapan untuk mengejar impian.. di belakang hanya ada kenangan. by - time traveller*


Jadi untuk entry kali ini saya akan kongsikan komen-komen yang menarik dan bernas!  pada entry yang terdahulu 2013, komen ini semua diberikan terhadap repond perkongsian yang terdahulu :P

Seperti yang kita sedia maklum tahun 2014, adalah tahun naik,di mana naik harga tol, tarif elektrik, tambang Lrt, cukai Gst & tambang sekolah di naikan, serta subsidi gula, subsidi petrol, subsidi gula dikurangkan subsidi secara tidak langsung menyebabkan pengguna terpaksa membayar lebih, tambah golongan marhaen yang begitu merasai kesan kenaikan harga barang, rasanya ini antara isu yang paling banyak dikongsikan pendapat dan pandangan oleh para blogger di blog masing-masing mengenai kesan kenaikan harga barang kepada ekonomi sebuah keluarga.

Terus terang saya bukan PKRian atau Macai tegar mana-mana parti, undi adalah rahsia ! kebanyakkan pendapat yang saya tulis berlandaskan apa yang saya rasa dan saya pemerhatian saya terhadap arus politik semasa dan kesanya kepada orang muda seperti saya yang baru hendak memulakan perjalanan hidup, saya tidak begitu ekstream menyokong mana-mana parti, walaupun kadang-kadang terkomen di blog lain hyperaktif sedikit, apa yang saya tulis berdasarkan pandangan saya mengenai situasi yang berlaku pada ketika itu. Jadi supaya saya berlaku adil kepada semua aliran parti, saya akan teliti isu yang dibangkitkan oleh parti tersebuat, pandangan dan komen diberikan oleh semua parti terbabit termasuk dengan pandangan masyarakat yang merasai kesan tekanan situasi tersebut, nilaikankan dan barulah saya membuat keputusan yang sebaiknaya.

Ini pendapat iklas saya, remaja yang baru mengenal permainan politik diMlaysia, mengenai keadaan politik semasa di Malaysia salah satu kesalahan yang dilakukan oleh barisan nasional ataupun PM Najib adalah salah memilih menteri-menteri untuk mengangotai kabanet, tengokklah sendiri jawapan yang diberikan oleh para menteri apabila dilontarkan permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat, jawapan yang tak realistik, kadang-kadang seperti jawapan yang tidak harus diberikan oleh seorang menteri yang dipilih oleh rakyat. Selain itu tidak patut memilih para menteri yang sudah mempunyai rekod yang agak Malap, yang mempunyai kes dan skandal tertentu yang boleh menyebabkan sokongan beralih arah.*it just personal option* Untuk parti PKR anda juga ada melakukan beberapa kesilapan tertentu, jadi kedua-dua parti ada pro dan contranya, sebagai penduduk malaysia kita haruslah membuat pilihan yang bijak, bukan membabi buta cuba lihat keadaan sekeliling apa yang berlaku dan nilaikan. kita tinggal di negara demokrasi, jadi setiap orang bebas bersuara. Saya paling suka satu ayat bijak pandai *jangan asik fikirkan apa yang negara berikan kepada kita, tapi Fikirkan apa sumbangan yang boleh kita berikan pada negara!*

Disebabkan keadaan itu saya ada menulis entry berkaitan cara-cara untuk berjimat, alhamdulilah banyak  komen diterima bagaimana cara anda berjimat, memang menarik dan sesual dipraktikan bersama, sebenarnya semua komen yang diberikan amat bernas dan kena dengan situasi sekarang

................................................................................................................................................................................................................................

mesti bijak mengatur belanjawan keluarga agar hidup selesa seadanya walau kehidupan kini semakin menghimpit dgn pelbagai masalah inflasi - Sis Faridah

My family dh mula buat perbandingan harga dahh. Haha. Dh tau mana port nak beli barang next time. Nak tanam sayur tu susah sikit, sebab semua bekerja; takda orang nak jaga. Kalau tak dijaga nanti tak menjadi lakk. Hiks.-vee
lepas nie tiap2 bulan kena buat belanjawan... hehe.. lagi satu tips rekod segala perbelanjaan.. walaupun nampak remeh, tapi kita tau cash flow money.... - sis cheq
................................................................................................................................................................................................................................

Dan selain itu, saya paling suka komen yang diberikan mengenai entry realiti mencari pekerjaan di Malaysia,  isu lambakan graduan menganggur, kadar penetapan gaji dan cara-cara untuk mengatasi masalah ini, jawapan yang diberikan memang terbaik, terima kasih atas komen dan perkongsian pendapat yang diberikan oleh anda semua, sebab semua orang pernah merasai atau bakal merasai fasa ini jadi kebanyakkan pendapat diberikan atas pengalaman sendiri.

................................................................................................................................................................................................................................
rasa serabut bila fikir tentang ni. mula-mula dulu sy jugak mcm tu. nak-nak lagi saya keluaran graduan jurusan sastera. orang kata kalau nak kerja tu memang payah sikitlah. kerja guru macam dah jadi target utk graduan sastera mcm kami2 ni. alhamdulillah berkat inisiatif mencari program yg dioffer kerajaan utk siswazah yg tamat belajar [ kerajaan ada menyediakan banyak program utk siswazah menganggur saya dah berhasil menemukan pekerjaan. alhamdulillah sekarang selesa makan pakai tapi masih dlm kategori miskin bandar. - Gee

setuju dengan entri sobri ni, kadang2 sesetengah pihak yang tak nak bagi peluang dekat fresh graduate untuk bekerja, alasannya sebab takde pengalaman kerja, tapi bila fikir2, macam mana nak dapat pengalaman kerja kalau takde langsung peluang yang diberikan? betul tak? dan macam ada sedikit pilih kasih ika rasa, bila fresh graduate tu ada kemahiran, contohnya macam, daripada universiti yang bersektor "industri", graduan daripada universiti sebegitu yang diutamakan...ya tak dinafikan laa, itu kelebihan dan pilihan kita sendiri semasa memilih pusat pengajian... but stilll, di mana peluang untuk graduan2 lain....satu lagi yang paling penting, kalau nak dapat perhatian daripada sesetengah pihak, result grad tu kena power, baru laa orang pandang sikit kelulusan kita, kalau kelulusan cukup2 makan, susah sangat orang nak pandang...sigh! belum lagi cerita yang memilih pekerjaan, yang result bagu tapi terlalu memilih pun payah juga, itu laa sedikit punca ramai yang menganggur sebenarnya... ika pun macam dah berkira-kira, in case kalau ika habis buat medic ni dan tak ke mana2, even doctor kat msia ni kurang, tenaga pakar kurang, tapi difikirkan sekarang ramai yang mencari kerja, terfikir juga mana laa tahu ika juga mungkin tidak berkerja satu hari nanti kan, dah siap fikir dah nak buat business je, nak buka butik and jual items yang ika customade sendiri...contoh pakaian muslimah :) apa pun, ika doakan yang terbaik buat semua, semoga sobri juga dipermudahkan dalam urusan mencari pekerjaan yang diminati...insyaAllah kena usaha lebih sikit...mesti berjaya :) -- fiqah

Assalam.. Mmg betul tu bro Sobri. Waktu dizaman saya pun mmg bnyk perkara ini berlaku. Peluang pekerjaan yg bersesuaian dgn kelulusan utk kerjaya yg stabil agak kurang berbanding dgn calon2 yang ada. Mmg sesuatu yg agak menyusahkan bila lepas belajar & perlu pula menanggung beban pinjaman. Itu menjadi sebab utk sesetengah kita mengambil keputusan berniaga dan bekerja sendiri.. mudah2an, diberi jln utk perkara ini diselesaikan sebaiknya, in shaa Allah.. - Bro Khir

Sekarang ni semakin berlambak2 adik-adik yang lepasan SPM menerima result yang cemerlang... apabila mereka berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi nanti, seolah2 mereka sedang menempah alam pengangguran yang berijazah. - ida

Niesa lepas habis belajar last year terus rembat je mana2 kerja yg niesa mintak dan dapat. Kalau nak tunggu kerja yg betul2 sesuai mmg susah la kan. Lagi2 mmg di akui syarikat byk nk ambik org yg berpengalaman. Bak kata sobri td kalau kita x dibagi peluang mcm mana kita nak dpt pengalaman tu kan? Kalau la pengalaman lebih penting buat apa tubuhkan ipt,ipta tu semua..belajar habiskan duit,masa,tenaga tp bila habis belajar carik kerja org nk yg ada pengalaman. Cam mana tu?gaji permulaan niesa sbgai lepasan dip 700 je. Alasan sama mcm yg sobri ckp sbb xde pengalaman. Mcm x ada beza kan?bek lepas spm terus kerja je..haha.tiba2 emo plak pasal kerja ni.hihi - niesa

oh yes.. this is very true. personally, bagi saya cara untuk elak benda ni ialah dari bangku sekolah lagi. ibu bapa perlu campur tgn dalam pemilihan kursus, dedahkan pelajar sekolah bahawa dunia pekerjaan bukan seperti dibayangkan. u bljr sains trus boleh jadi saintis. bukan saya bias kepada profession atau bidang tertentu. cuma fikir kan dari mula. strategi kena ada. contohnya kalau betul minat bidang perhotelan, atau tourism. dr bangku sekolah kenal mana2 tempat pelancongan atau perhotelan yang berpotensi. build connection dari awal. kenal orang ni, orang itu. ambik part time. jadi bila keluar dari universiti, u tidak shock and panik, bingung mau ke mana, interview di mana. sekadar perkongsian. sorry buddy kalau panjang sangat. - nurenne

Gaji minimum perlu ditingkatkan supaya bersesuaian dengan taraf kehidupan zaman sekarang. Kesian pada fresh graduate sekarang ni. Sudah lah bergaji kecil, perlu membayar hutang pula. Gaji di Malaysia tak pernah meningkat semenjak 1999. Walhal, produktiviti pekerja di Malaysia meningkat hingga 45% semenjak dari tempoh itu. - Anak askar Pencen

itu lah masalah.. kesian pada yang menganggur.. sudah mula tiba masa nya rakyat malaysia berhijrah ke negara lain untuk memajukan diri.. - time traveller

sekarang ni jurusan perubatan pun ramai yang menganggur tu yang pelik.. bila pendidikan dh jadi tempat berniaga, kualiti tolak nombor dua pelajar jadi manggsa, habis belajar rmai yg menganggur di sini sana gaji rendah, peluang tak banyak yang ada - pen berkala

boleh cuba nasib dalam bidang usahawan, jadi entrepreneur... start small and build your business with consistency, hard work and strong determination, rezeki halal ada di mana-mana asalkan rajin berusaha dan selalu bersikap positive dan competitive, ganbatte ne ^^ - plain

Lambakkan mahasiswa sobri, yg penting mahasiswa sekarang kena lebih kreatif dan bija - memet lenggong

................................................................................................................................................................................................................................


Saya menghormati semua komen yang diberikan, in my blog  aku VS kehidupan,everyone can give their opinion, nothing wrong or right! itulah cara kita berkongsi pandangan dan pendapat mengenai isu yang ditulis, salah satu medium boleh berbincang secara terbuka dan memberi ruang  daripada semua golongan untuk memberikan pendapat masing-masing, kita analisis dan ambil yang terbaik untuk dijadikan panduan untuk masa hadapan :P

p/s: Saya doakan semua yang membaca blog aku VS kehidupan, dan rakan-rakan blogger sekalin semoga terus maju jaya dalam setiap perkara yang anda lakukan, teruskan berkarya! dan semoga tahun 2014 tahun yang memberikan 1001 kejutan dan terus pandang ke hadapan!  terima kasih kepada semua yang sudi memberi komen dan respon setiap entry yang saya tulis, saya sangat menghargainya :P

25 comments:

  1. *tanggungjawab

    Selamat tahun baru. semoga tahun ni lebih banyak entri yang bermanfaat dihasilkan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. it true sis.. tq ya.slamat tahuan baru :)

      Delete
  2. semoga kita sama2 terus maju kehadapan ya sobri..teruskan berkongsi maklumat2 yg sgt2 bermakna.. niesa pun sgt menghargai ilmu dan info yg telah dikongsikan..hehe.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..sama2lah kita maju dan terus maju ke hadapan....terima kasih niesa :)

      Delete
  3. Kalau nak cerita pasal politik memang tak pernah habis hehe... yang penting kita tidak mengikuti mana2 parti politik dengan taksub.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu ida.. jadi neutral.. jangan terlalu taksub.. :) politik oh politik..pilih yg tbaik..lpas tu pangkah :)

      Delete
  4. teruskan perjuangan en Sobri.. May you find your way one day.. ^^

    ReplyDelete
  5. apa pun yg akan berlaku , kita laluinya sahaja . yg ptg kita bersedia dr segi mental dan fizikal .

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..bersedia dari fizikal dan mental :) tq sis

      Delete
  6. Selamat tahun baru Sobri.. semoga dengan tahun baru ni semua impian dpt dicapai yer.. dan semoga menjadi lebih baik dan baik lagi dari tahun yang lepas ;)

    ReplyDelete
  7. Salam ukhwah 2014 bro Sobri.. t kasih kerana menyenaraikan komen sy utk tatapan bersama semua. Semoga bro Sobri & blog aku vs kehidupan terus berjaya.. aamiin. :)

    ReplyDelete
  8. Selamat tahun baru 2014 sobri...semoga tahun ini adalah tahun yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya walau pun banyak dugaan dan rintangan..

    ReplyDelete
  9. salam pagi sobri...terima kasih senaraikan komen kak dlm blog yg ramai peminatnya ni...boleh belajar dari sobri cara2 menghargai n mengeratkan silaturahim sesama kawan2 blogger...komen kak tentang politik ni xpayahlah kita nak ambil kisah sangat kerana kita hanya akan tahu seleok belok permainan politik n mendapat labanya jikalau kita libatkan diri kita dalam bidang itu.....

    ReplyDelete
  10. Salam kenal SY...thank coz sudi singgah dan komen kat blog JM tu...haruslah JM masukkan blog ni dlm list blog must visit ni...ada masa free nanti nk terjah semua entri kat sini..nampak tu semua entri katanya...cam tak ada kerja je kan heee...yo lah..balik umah...sebelum tdo baca blog dulu

    Selamat Tahun Baru 2014 :-)

    ReplyDelete
  11. slmt thn baru 2014..moga thn ni dapat kita lalui dgn sebaiknya meskipun ada halangannya..InsyaAllah..:)

    ReplyDelete
  12. semoga terus gigih berblogging ya sobri....semoga apa yang dilakukan juga diredhai oleh Allah swt :)

    ReplyDelete
  13. The price increase or not, we should spend money wisely, and agree on this entry ^^
    And the whole idea of "Berjimat dalam berbelanja" should be shown by the whole people, not just us.

    ReplyDelete
  14. betul..kita sebaai orang biasa berbalah sesama kita hanya kerana berbeza pendapat..mungkin ada sestengah orang berpuas hati dengan keadaan sekarang tapi adakah mereka pikir apa perasaan orang lain yang mungkin kurang bernasib baik seperti mereka???

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  15. slmt tahun baru buat sobri.. semoga 2014 akan terus berkarya dan memberi pendapat. hehe
    lain blog lain cerita dan pendangan kan.

    ReplyDelete
  16. akak bersetuju sekali dengan pendapat kamu sobri. Bukan senang nak cari pemuda yang betul-betul ada ability intelek yang bagus

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca