Penang Trip: Pulau Aman, Pulau Pinang, Malaysia | sobriyaacob.com

Friday, January 17, 2014

Penang Trip: Pulau Aman, Pulau Pinang, Malaysia



Assalamualaikum & salam sejahtera, apa khabar semua? diharapkan anda semua ceria-ceria selalu, Untuk entry Travel pada kali ini, saya akan membawa anda semua ke destinasi yang tidak kurang popularnya di Pulau Pinang iaitu Pulau Aman yang terletak di 16 kilometer nautika dari tanah besar Seberang Perai dan berada dalam daerah Seberang Perai Selatan. Tarikan utama disini mestilah mee udang dan fresh seafood. Selain itu bagi yang gilakan aktiviti memancing di sini, memang banyak port untuk memancing & paling best pemandangan di sini memang cantik pemandangan kampung nelayan melayu, memang klasik :P

Sebelum itu bagi yang belum pernah baca entry pengembaraan saya yang terdahulu di sekitar pulau pinang dan sabah anda boleh klik di atas bahagian Pengalaman percutian atau boleh klik di bawah.

Antara tarikan lain yang ada di sekitar  Pulau Aman ini adalah Telaga Emas,  Gua perompak, kubur lama, kawasan rekreasi, Ternakan ikan sangkar, Ternakan  kerang, Ladang rusa dan lain-lain lagi.

Bagaimana cara untuk sampai ke Pulau Aman.
  • Sekiranya anda melalui lebuh raya, exit ke tol Bukit Tambun dan terus memandu ke Stadium Batu Kawan dan jalan terus sampai ke Jeti Batu Musang
  • Untuk kesini memang senang, banyak disediakan signboard  berwarna coklat yang bertulis Pulau Aman / Jeti Pulau Aman, just follow the signboard u will find this place.

Maklumat Tambahan
  • Harga tiket sebanyak RM6.00 pergi dan balik, tiket dibayar di jeti Batu Kawan.
  • Dikenakan RM2.00 untuk parking kereta, keselamatan kereta terjamin ada yang menjaga.

Inilah Jeti batu Maung, sekiranya hendak ke Pulau Aman harus menaiki  perkidmatan feri / bot, tunggu sahaja di depan jeti setiap 1 sejam sekali feri akan datang *tapi mengikut kata abang yang drive feri, pada hujung minggu setiap setengah jam, feri akan datang sebab ramai penumpang*. Sebenarnya ini pertama kali saya ke Pulau Aman, pernah datang sekali tapi lepak di sekitar kawasan jeti batu Maung sahaja, so excited waiting what Pulau Aman offer for me!


Ok, inilah tempat menunggu, kalau anda zoom gambar ini, kalau anda perasan ada Jambatan Pulau Pinang *nampak tak* rasanya itu jambatan pulau pinang yang kedua. Pemandangan di sini memang cantik, rasa sejuk sebab angin laut memang sempoi angin sepoi-sepoi bahasa :P. Sambil menunggu feri datang bolehlah bergambar puas-puas dulu. Masa saya sampai di sini memang ramai orang tengah memancing dan menjala di sekitar kawasan jeti


Group brother Ini datang untuk memancing, masa menunggu feri datang sempat jugaklah menyembang dengan brother-brother ni, diaorang pun kelakar jadi memang masuk bila menyembang dan ini first time mereka datang memancing dekat Pulau Aman sebab tanya jugak apa yang menarik dekat sana, tapi seorang pun tak tahu apa yang menarik di pulau aman kecuali Mee udang, rasanya brother-brother ni mesti banyak dapat ikan sebab bukan main banyak lagi peralatan memancing yang dibawa. Perjalanan menaiki feri ke Pulau Aman Rasanya dalam 4.-5 minit, tambang dibayar di sebelah pulau sebanyak RM 6.00 untuk pergi dan balik.


Inilah Jeti Pulau Aman, dekat sini ada  jeti yang baru dan jeti lama, bagi anda  yang inginkan rasakan susana kampung nelayan / persekitaran laut saya memang mensyorkan kunjungan anda di sini :P

Di bawah saya kongsikan pemandangan yang ada di sekitar pulau Aman, memang terasa cukup aman dan damai dekat sini sesual dengan nama yang diberi,  very nice view! bagi yang suka photograpy  & gemar bergambar! pemandangan di sekitar perkampungan nelayan ini memang tidak menghampakan




Macam mana? memang cantik pemandangan di sekitar tepi pantai, disebabkan kami datang agak awal, perut pun masih keyang, kalau nak pekena mee udang awal-awal pun tak berapa nak fealing lag kena tunggu perut betul-betul lapar barulah best Makan Mee Udang, jadi kami membuat keputusan untuk berjalan-jalan dahulu di sekitar kampung dahulu, tengok apa yang menarik ada di sini. Misi Pertama pergi ke Telaga emas, dengan harapan boleh jumpa seketul dua emas mentah untuk bibawa balik sebagai ole-ole. *Telaga emas dengan Mee udang saya akan tulis di part 2*



Jangan risau bagi anda yang pertama kali datang kesini, kemudahan awan di sini memang tersedia lengkap, tandas awan bersih, tapak memancing pun sempoi, chalet atau perkidmatan Homestay pun banyak dan paling penting line telefon memang penuh.


Salah satu rumah penduduk pulau yang menyediakan perkidmatan Homestay, jangan risau boleh dikatakan kebanyakkan rumah di pulau ini memang menyediakan perkidmatan homestay / bilik untuk disewa. 

Di bawah pemandangan rumah penduduk di pulau Aman,  di sini ada disediakan trek, ikut sahaja trek yang disediakan insaallah tidak akan sesat, kebanyakkan rumah kediaman di bina di depan pulau, lebih kurang 50 rumah. Cantik juga rumah di sini dicat berwarna warni,mungkin disebabkan pulau aman antara salah satu kawasan tarikan perlancongan terbaru di Pulau Pinang. 




Dekat kawasan kampung ini anda akan menjumpai kandang kambing, kandang ayam, kandang itik, sangkar burung, memang best rasa macam balik ke kampung, bagi anda yang teringin sangat nak rasa suasana kampung nelayan memang digalakkan mengikuti program Homestay yang ada disediakan disini, di mana anda akan merasai sendiri pengalaman yang dilakukan oleh penduduk setempat. Paling penting makcik-makcik dekat sini memang peramah, Teringat kes di tempat saya makan, ada sepasang pelancong asing bertanya soalan dekat makcik  yang jual mee udang, walaupun makcik tu tak berapa fasih bahasa inggeris at lease makcik tu berusaha juga menjawap solan apa yang ditanya oleh pelancong walaupun guna bahasa tangan, usaha itu yang penting paham tak paham itu lain kira :P


Rumah Penduduk Kampung di persisir Pantai, Rasanya kebanyakkan penduduk masih ramai yang menjadi nelayan, sebab banyak di jual hasil tangkapan laut yang segar-segar di jeti.

Sebelum itu, saya kongsikan sedikit sebanyak sejarah dan kedudukan Geografi Pulau Aman

  • Mengikut cerita lisan penduduk tempatan, Pulau Aman mula diterokai oleh penduduk Kedah pada tahun 1783 dan menjadi tempat perlindungan selepas tercetusnya peperangan diantara Kedah dan Siam. Sekitar tahun 1940-an hingga 1960-an, terdapat sekitar 1000 orang penduduk yang terdiri daripada berbilang kaum tinggal di sini. Namun, penghijrahan besar-besaran ke tanah besar telah berlaku pada tahun 1960-an menyebabkan jumlah penduduk semakin berkurangan.
  • Pulau Aman terletak kira-kira 16 kilometer nautika dari tanah besar Seberang Perai dan berada dalam daerah Seberang Perai Selatan. Secara amnya, Pulau Aman merupakan salah satu pulau kecil paling hampir dengan Pulau Pinang selain daripada Pulau Jerejak dan Pulau Gedung. Namun, Pulau Aman merupakan satu-satunya pulau yang mempunyai penghuni. Sebanyak 95 peratus Pulau Aman yang berkeluasan 115.2 hektar masih diseliputi hutan.


Salah satu lokasi yang sangat menarik di sekitar pulau Aman, kawasan persisir pantai berbentuk u, seriusly kawasan ini kalau outdoor weeding atau shoot gambar pra wedding memang cantik giler, teringat pula gambar pra wedding cik Ta dan Zain dekat Bali, kalau pandang sekali imbas lebih kurang sahaja pemandangan,* jadi bagi anda yang mencari lokasi untuk bergambar Pra Wedding tanpa bersentuhan tangan seperti gambar Cik Ta dan Zain Saidin bolehlah datang kesini, at lease jimat tak perlu pergi jauh-jauh sampai ke Bali nak short gambar, Jimat bukan! *

weii..!! u know la, dengan keadaan ekonomi sekarang semuanya perlu berjimat, sekarang nak makan pun makan sayur kangkung hari-hari nak berjimat, sayur lain mahal :P Back to topic lokasi ini antara yang paling awosome di pulau aman, kalau berjalan sampai ke hujung, rasanya kalau time air surut  mungkin boleh ke pulau sebelah.

Sebenarnya permukaan yang kelihatan berwarna putih, bukanlah pasir tapi himpunan kulit kerang itu yang membuatkan kawasan ini kelihatan sangat cantik bila bergambar.


Untuk Entry Part 1 di Pulau Aman saya hanya memaparkan keindahan panorama yang terdapat di sekitar Pulau, untuk entry yang berikutnya part 2  (clik here) saya akan kongsikan tarikan utama di Pulau Aman iaitu Mee Udang, di mana kebanyakkan yang datang kesini tujuan utamanya untuk merasai keenakkan mee udang di sini yang saiz udangnya memang besar dan yang paling best segar daripada laut :P

p/s:  Pulau Aman, penang sungguh sesual dengan nama yang diberi memang rasa aman dan damai, sekiranya anda mencari tempat untuk menghilangkan stress dan merasai makanan laut yang segar saya mencadangkan anda untuk mengunjungi sendiri pulau ini, pemandangan di sekitar pulau ini sangat menarik apa lagi sempena dengan tahun melawat Malaysia 2014, jadikan Pulau Aman salah satu tempat wajib kunjungan anda :P



56 comments:

  1. amboi excited ya lompat lompat gitu hahahhaa
    congratssss :D hihhi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha..ha.. mybe terlebih excited..bila bdamping dgn alam smula jadi :)
      lompakan yg awosekan :P

      Delete
  2. Wahh bestnya. Permandangannya cantik & bajet pun agak berpatutan.. t kasih diatas perkongsian bro Sobri.. Salam Jumaat.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya lokasi percutian yg menarik.. bajet dan mkanan laut yg best.. salam jumaat bro khir...

      Delete
  3. salam sobri.. menarik tempatnyaa... teringin jugak nak pegi.. thanks for sharing.. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam fatin..insaallah nanti dtang ke peneng jgn lupa pergi ke sini ya :)

      Delete
  4. Patutlah namanya pulau aman . Suasananya pun nampak aman .

    ReplyDelete
  5. Cantik pemandangan laut..suasana kampung pun nampak best...tapi paling best ialah mee udang..nyum..nyum..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya mee udang di sana memng terbaik... best suasana kmpung nlayan mcm ni :)

      Delete
  6. grrr tergoda nak gi sana la cuti nanti haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ya..saya pun jatuh cinta kat pulau ini :)

      Delete
  7. mee udang?mcm pernah dnga..udang tu mmg seekor udang yg besar ke dlm mee?suka tgk pantai yg penuh dngan kulit kerang..dr jarak jauh btl2 mcm pasir..harap2 boleh jejak kaki ke pulau ni jugak..

    click ikea utk sobri!selamat berhujung minggu babe! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kalau niesa pnah dgar..kat sana..memang popular dgn mee udang..
      agak bsar la.. harga udang fresh yg dibli drpada jeti bleh tahan jugak ..bgantung kpada bajet..
      insaallah nanti nisa akan sampai ok :)

      Delete
  8. aku selalu p penang..tapi x pernah sampai lagi pulau aman..
    langkawi memang selalu la..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh..aq langkawi baru skali p..
      tapi pulau pinang..stiap minggu p..
      he..he..nanti cari la port ni kat p batu tambun bro :)

      Delete
  9. cumilnya dia lompat.
    macam tengah cakap "kita enjoyyy!!"
    haha.
    pulau pinang tak pernah pergi lagi.
    inshaAllah, akan sampai. inshaAllah ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha..ha.. tq gee.. kamu yg ke 1000 juta puji..ah terharunya.dgn gaya lompatan saya..
      ramai yg prasan dgn kwujutan diri ini.. :) agak2 nora danish bagi 4 bintang x ? :)
      insaallah amin ..

      Delete
    2. nora danish nak bagi 4 bintang pon segan en.Sobri.
      dia pon tak lompat secomel ni.
      mwahahhaha..

      Delete
  10. wah.. tingginya sobri melompat.. bila tengok suasana kampung ni tiba-tiba teringat pula kampung akak.. mesti sedap mee udang tu.. menabung ikea..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha..ha.. dah orgnya tinggi kak..bila melompat lg lah nampak tinggi..terima kasih

      Delete
  11. unik betul kulit kerang yang ada kat pantai tu.. berjalan kat sana kena pakai alas kaki la kan.. kalau tak boleh terluka tapak kaki tercucuk cengkerang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye la, kalau x pakai selipar..comform.. kaki terluka dek tercucuk dgn kulit kerang... :)

      Delete
  12. Bila la akak nk pergi ke p.aman ni...
    rupanya byk tmpt yg menarik kt malaysia ni
    indah2 belaka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya smuanya indah2..
      perlu kita explore..
      nanti dtg pnang jgn lupa p sini ya kak..

      Delete
  13. memang cantik semua picview...berkenan memandangnya lbh lagi kerana keindahan perkampungan nelayan Melayu yg aman damai....pulau seaman namanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..saya pun suka pemandangan mcm ni sis.. tenang dan mendamaikan.. pkampungan nelayan yg mnarik :)

      Delete
  14. Wah. Ini memang best! Sebab tandas dia kat awan. Kan? Haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha.ha.. it funny vee..nora bg 4 bintang :P

      Delete
  15. terbaik entry penuh info! pulau ni mcm sesuai utk kaki pancing nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq bro..lama x nampak ko blogging bro :)

      Delete
  16. Dah lama tak datang Penang.... amboiii agak2nya berapa kali melompat baru dapat snap cantik macam tu? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. x banyak ida..ada la dlm 5 kali.. :P ha,.ha..

      Delete
  17. Line selow, gambar pun lambat nak loading... bila dah loading baru nampak semuanya cantik. Kulit Kerang tu memang sengaja di tabur ker? Menarik idea tu sebab takde lah kaki kita kotor terkena pasir. Lagi pun berjalan kena pakai kasut la...klu kaki ayam pasti sakit terkena kulit kerang tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. x de la ida yg kulit kerang tu..memng original ada kat situ kot> x sure la..ha..ha.. kalau jlan pkai x pakai kasut bleh menderita kaki kena cucuk..anyway memng nice view kat situ..

      Delete
  18. pegi tmpt yg ada suasana kampung ni memang rasa damai...bolehlah sy pegi pulau aman nt.hee.

    sebenanya bontot kucing sblh sobri tu, haha penat tgk lama2 apebenda tu..haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kampung yg aman dan damai..yup kucing tu mngikut je saya p mana2..scary pun ada..nasib baik x naik bot skali masa balik.. :P

      Delete
  19. cantik...nway bestnya mee udang. Favorite kita tu..mana gambar?

    ReplyDelete
  20. alzheimer's society & ilovemobile for you!!!

    ReplyDelete
  21. belum pernah sampai kesini..pemandangan yg cantik, pantai dgn kulit kerang, kpg nelayan, mee udang..best ni..

    ReplyDelete
  22. Wow awesome!! So basically this is fisherman village eh? I wish to be there and eat Fresh Ikan Bakar xD

    ReplyDelete
  23. memang seronok perjalanan yang macam ni. Tapi akak belum pernah pergi lagi ke Pulau Aman

    ReplyDelete
  24. serious bro, sepanjang aku ke pulau pinang aku tak pernah tau ade pulau nie rupanya...hehehe..its a small island macam perhentian ke??

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  25. murah juga kan sobri tiketnya...macam ika nak ke pulau besar, melaka tiket pergi balik rm14...tapi perjalanan tu panjang juga laa dari jeti....bestnyaaaaaa!!!

    ReplyDelete
  26. seronokkkkk! bila nak bawak tasneem pulak ni! ^^

    ReplyDelete
  27. Dari jeti nelayan Pantai Seagate pon boleh pi jugk Pulau Aman nih... tp tambang kena pandai2 adjust la ngn pakcik nelayan kat situ...

    ReplyDelete
  28. Klu dari Pulau Pinang bleh pi gk dari jeti nelayan pantai Seagate tu.. tp tambang kena pandai2 adjust la ngn pakcik bot tu... :).. jauh sket la..

    ReplyDelete
  29. wahhhhh..mmg best..cntik je view dia..kena p tgk nnti :)) boleh mndi x kt sana?

    ReplyDelete
  30. salam..
    nak tanya, klu dr butterworth nak ke pulau aman camne ek?-- guna public transport

    ReplyDelete
  31. Terbaik info berkenaan Pulau Aman !

    Terima kasih !

    ReplyDelete
  32. Assalammualaikum. Saya student form 6 dan Saya dalam proses sedang membuat kajian tentang pulau aman. Nak tanya mcm mana admin dpt maklumat2 tentang pulau ini? Ada tak buku, majalah or surat khabar yg admin simpan untuk jadikan sumber untuk penulisan blog ini? I hope you'll reply me ASAP. Thank you.

    ReplyDelete
  33. Assalammualaikum. Saya student form 6 dan Saya dalam proses sedang membuat kajian tentang pulau aman. Nak tanya mcm mana admin dpt maklumat2 tentang pulau ini? Ada tak buku, majalah or surat khabar yg admin simpan untuk jadikan sumber untuk penulisan blog ini? I hope you'll reply me ASAP. Thank you.

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca