Penang Trip: Pulau Aman, Pulau Pinang, Malaysia - Part 2 - | sobriyaacob.com

Sunday, January 19, 2014

Penang Trip: Pulau Aman, Pulau Pinang, Malaysia - Part 2 -



Salam semua, entry kali ini adalah sambungan part 1, Penang Trip: Pengembaraan di pulau aman, sebelum ini saya berkongsi pemandangan dan susana yang menarik di sekitar Pulau Aman dan untuk entry kali ini saya akan berkongsi dengan anda salah satu tarikan utama, yang membuatkan ramai penggunjung datang ke sini, iaitu mee udang special. Memang kebanyakan pengujung yang datang ke pulau ini tidak terlepas untuk merasai kenakan Mee Udang dan seafood daripada pulau aman. *Rasa macam diri ini food travel pulak :P*

Sebelum itu bagi anda yang terlepas membaca entry pertama boleh klik di link ini, seperti yang kita sedia maklum Pulau Aman, kebanyakkan penduduknya masih bekerja sebagai nelayan jadi begitu senang untuk kita mendapatkan Fresh seafood terutama udang *so yummy!* 

Bagi anda yang pertama kali singah di blog aku VS kehidupan, anda boleh klik link di bawah untuk membaca pengalaman percutian saya yang lepas.
Yang di sebelah kiri jeti yang menjual Fresh seafood dan di belah kanan Restoran Terapung Pulau Aman

Terdapat dua cara untuk menikmati makanan laut di sini, pertama anda harus membeli sendiri seafood di jeti bersebelahan dengan Restoren terapung, harga bergantung saiz dan kuantiti, lagi besar udang yang dibeli semakin mahal harganya bergantung kepada bajet anda dan selepas itu boleh bawa ke Restoren sebelah untuk masak, menu bergantung kepada pilihan anda.

Ataupun bagi anda yang bajet ciput macam saya boleh cuba, ready made mee udang atau menu lain seperti nasi goreng udang, mee goreng udang, koen teow udang kuah kebanyakkan menu yang dijual semuanya ada udang. Harga pula biasa RM6.00 yang special RM10.00


Inilah Jeti yang menjual fresh Seafood ada ketam dan paling banyak dijual Udang lipan, tapi ingat untuk membeli disini harus datang sebelum pukul 3.00 pm, lagi bagus datang awal macam-macam pilihan anda. Actually sebelum saya datang ke sini ada lah google sikit mengenai harga seafood yang dijual di sini, ada yang memberi komen harga udang terutama udang lipan / mantis prawns agak mahal dan minimun dijual 1 kg, but im not sure sama ada harga yang dijual mahal atau murah, sebab saya memang jarang makan seafood.

nilah mantis prawns, fresh giler! harga pulak ? oh..la..la mungkin lain kali datang baru merasa, buat masa sekarang bajet yang ada mampu makan mee udang sepinggan RM 6.00 sahaja :P

Udang segar yang baru dikupas, tarikan Mee udang disini. Rasanya sebab utama rasa mee udang di sini rasa sedap sebab mengunakan udang segar, dekat kuah mee boleh rasa kemanisan daripada udang!.

Suasana di dalam restoren, waktu saya datang masih awal, bukan waktu hujung minggu, jadi bila nak stay lama sikit dekat restoren ini pun ok, sebab pengunjung tak ramai! tak sesak. 


Sambil menikmati mee udang disajikan dengan View yang sangat mendamaikan! dekat sini best terasa sejuk sepoi -sepoi bahasa bila kena dengan tiupan angin laut! *terbelik bahasa bila nak menaip, punya nak mengambarkan situasi yang berlaku :P*



Tengok saiz udangnya, besar bukan tapi kalau dapat makan udang lipan lagi best, kalau nak makan fresh udang lipan kena beli dijeti dan boleh suruh masak di restoren. Apa yang saya order satu pinggan mee udang special dan biasa! ok jemput makan semua. 

Ni antara komen yang saya baca sebelum datang sendiri ke restoren ini, ramai yang mengatakan poor service di restoren ini, pengusaha dengan pelayan not very friendly, not very good managemen but based from my own experince pelayan di sini ok, apa yang saya tanya mereka jawap! mungkin sebab masa tu pelanggan tak ramai lagi. tapi sebab utama ramai yang mengatakan manegement di sini kurang bagus ialah mungkin cara pakcik bercakap bunyinya kurang sedap di dengar di telinga orang lain bunyinya agak kasar, bagi saya layanan di sini masa saya datang bagus *oklah* dan masa saya datang tak berapa ramai yang makan, jadi layanan yang diberikan sangat memuaskan. 

Owh lupa di sini ada beberapa kedai yang menjual mee udang, selain Restoran Terapung ada juga kedai lain seperti warung kak Timah daripada feedback brother yang datang sekali naik bot dengan saya, mee udang di Warung Kak Timah, rasanya pun boleh tahan sedapnya! next time kalau datang saya akan cuba sendiri keistimewaan Mee Udang di Warung Kak Timah dan lokasi warung ini berada di sebelah masjid.

Salah satu tarikan yang ada di sini adalah telaga emas, mengikut cerita orang-orang dahulu Telaga Emas ini mula ditemui pada tahun 1789 setelah seorang penduduk yang sedang menggali telaga mendakwa telah menemui sebuah tempayan emas yang kemudiannya bertukar menjadi batu berwarna emas. Namun, analisis yang dilakukan pemerintahan British ketika itu mendapati batu tersebut hanyalah batu biasa yang berwarna emas. Antara keunikan telaga ini adalah, air tawar dalam telaga dengan air masin daripada laut tidak bercampur walaupun kedudukannya hanya bersebelahan diantara satu sama lain. Bagaimana cara untuk datang kesini, mudah sahaja ikut sahaja signboard yang ada atau ikut laluan yang disediakan.

Inilah telaga emas, rasa air tawar walaupun lokasi bersebelahan dengan laut 


Selain itu, di pulau aman kita akan jumpa banyak pokok buah sukun, saiz pokoknya memang besar, first time tengok pokok sukun bersaiz besar, memang subur pokok sukun tumbuh di pulau ini. 

Disini juga ada Pokok Sukun yang diiktiraf sebagai Pokok Sukun tertua di Malaysia. Pokok Sukun ini telah ditanam pada tahun 1890 oleh seorang guru Al-Quran di Pulau Aman, Tok Awang Bin Akib. Walaupun usia pokok ini telah mencapai 120 tahun, ia masih mampu untuk mengeluarkan buah dalam kuantiti yang banyak. Sebenarnya mencari jugak gerai yang menjual sukun goreng tapi tak ada, mungkin bukan musim buahnya agaknya. Apa lagi yang ada di pulau ini ya? oh jangan lupa membeli belacan dan ikan kering yang dihasilkan di pulau ini memang rasanya terbaik!. 

Di bawah saya kongsikan Pemandangan yang menarik di sekitar Pulau Aman. 






Antara salah satu kegemaran saya bila pergi ke destinasi yang menarik dan pemandangan yang awesome! shoot gambar pemandangan & ya sekiranya anda baca entry di bawah label travel memang akan penuh dengan gambar *so bagi anda yang coverage internet yang slow, memang terpaksa tunggu lama sikit. untuk gambar loading :P* 


Owh sebenarnya masih banyak entry di bawah lavel travel belum saya typing, entry percutian di sabah dan perak pun masih banyak belum dibuat, insaallah kalau ada masa di hujung minggu saya akan typing! anda tahulah kalau entry berkaitan travel memang memerlukan masa yang panjang untuk siap, semuanya bergantung kepada mood. Sebelum terlupa jangan lupa sokong industri perlancongan tempatan ya :P 

P/s: Alhamdulilah,selesai juga kembara saya di Pulau Aman, jadi untuk anda yang mencari destinasi yang tenang, suasana kampung nelayan dan makanan yang best! pastikan Pulau Aman tersenarai antara tempat yang harus dilawati salam hormat dan selamat bercuti semua :) 


47 comments:

  1. kat pineng banyak tempat menarik tuk ambil photographer...:) tgk udang dia fresh gilos..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya bro.. tempat yg mnarik bg pngemar photograpy... udang fresh..harga dia pun gile.. ha..ha. :)

      Delete
  2. Bestnya dpt mkn kat suasana tepi laut macam tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang menarik.. seronok rasa kena tiupdgn angin laut..

      Delete
  3. malam baru nampak melayu kod kat penang tu. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha..ha.. sbnarnya lg mlm lagi nampak x mlayu di sana.. di sesetngah kawasan bro :)

      Delete
  4. Suasana tempatnya nampak nyaman.. mmg makan dlm suasana di tempat mcm tu amat menyelerakan.. terutama bila tengok udang2 segar tu. Belum masak pun dah selera tengok.. best2 bro Sobri.. best.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih bro...ya tempat yg mnarik dan mknana yg sedap... ha..ha.. udang fresh memang sdap bro :)

      Delete
  5. mantis prawns tu berapa harganya...RM6.00 sepinggan kira murah jg sebab guna udang laut, tmpat lain ada pilihan - udang laut atau udang bela (kolam)...

    cantik suasana kampung nelayan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kak yg 6.00 utk biasa.yg special rm10.00 dang fresh..so yummy.. yg mantis prawns.. ikut la..masa saya tnya refers gmabar di atas.. rm50- rm 70 seraga.. owh baru saya tahu ..tapi udang laut la yg best :)

      Delete
  6. the place is nice.. tapi i'm allergic to seafood, so jarang dapat join2 makan kalau jalan2 hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la..saya pun sbnarnya allergic seafood..tapi sbab bkan slalu mkn.. so layankan ajalah..ha..ha,.. nice view and good envirement :)

      Delete
  7. Nampak best tempat ni...kak sarah yg dekat pun ni x sampai lgi..

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum. subhanallah. cantik sungguh ciptaan-Nya. tempat paling paling nak pergi, tapi sampai sekarang takda rezeki. hehehe. terliur tengok udang besar2. hehe sheila first time singgah sini, sheila follow kamu ye. suka baca travel story >___________<

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam sheila..terima kasih.. sudi singah ke blog saya..owh jagan lupa pergi nanti ya..byak yg mnarik di sana..udang2 fresh menanti anda :)

      Delete
  9. Sobri! Akak baru perasan, cara penulisan kita hampir sama...Wah..kita sejiwalah... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha..ha.. saya dah lama perasan kak..dua2 suka tlis entry pasal travel.. bila typing bkan kmain panjang entry.. memang sejiwa :)

      Delete
  10. Pernah pegi, tpi masa tu udang semua dah abis...huhuhu...

    ReplyDelete
  11. mee udang tu macam mee bandung je.
    pekena dua tiga pinggan sedap jugak..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ar sekali pandang lebih kurang..
      cuma bhan yg digunakan x complex mcm mee bandung..
      ni just pkai udang ...:) he..he.

      Delete
  12. aku jenis tak makan seafood sangat tapi kalau masuk kedai seafood boleh mati air jugak..hahaha..kopefully dorang still ade ayam dalam menu..hehehe..but kg aman nie nampak bersih gak laa kan??

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat kampung dia bersih lg la.. dari2 plau2 sblum ni aq p..sbsb ni pun kwasan trikan plancong..
      x mkn tapi klau dah msuk bratus gak la hbiskan bro.. he..he.
      x sure kat restoren tu..aku nampak smuanya menu ada udang..ayam n daging x nampak pula...

      Delete
    2. standard bro, aku rasa mana2 seafood pun kalau sekali masuk mau makan beratus gak nie..hehehe

      Regards,
      -Strider-

      Delete
  13. terbaik!
    dulu pernah makan kat perak...
    lamanya tak makan mee udang...

    ReplyDelete
  14. Salam bro, selalu gak ke penang tapi tak pernah dengar pasal tempat ni… next trip nanti kena plan ngan wife untuk gi sini… macam sesuai untuk mengambil gambar jer kat pulau ni… pastu belasah seafood lak…ahahahahahaha…. Thanks for sharing bro.. sama rupanya minat kita..suka travel pastu berkongsi cerita… :)

    ReplyDelete
  15. dapat makan dengan suasan laut dihadapan tu memang masyuk tu..

    ReplyDelete
  16. aduhh udang tu besar-besar sedapnya dapat makan lagi2 yg segar

    ReplyDelete
  17. gulp!terliur tgk mee udang..betul2 nampak menyelerakan la...dan yg paling penting..pemandangan pulau aman tu..cantik sgt2!

    btw sobri, awk pernah join karnival keusahawanan politeknik 2011 x?dekat shah alam..sobri PSP kan?sebenarnya niesa terjumpa gmb yg xberapa nak lama..haha..tgk2 kt dlm tu mcm muka sobri..tp xpasti pulak..kalau nk cerita sini mmg pjg la..tunggu next entry niesa la ye..hahaha..

    lagi,click ikea utk sobri! (^_^)

    ReplyDelete
  18. baca sini http://niesa-lovecrew.blogspot.com/2014/01/kenangan-lalu-mengusik-jiwa.html
    hahaha

    ReplyDelete
  19. best gler
    kena sediakan bajet besar ni..baru syok ke sini ..

    ReplyDelete
  20. terliurnya akak tengok mee udang tu.. tiba-tiba rasa teringin nak ke sana.. telaga emas tu masih boleh digunakan lagi ke airnya? menabung churp2..

    ReplyDelete
  21. tengok udang tu geram je.....rasa nak makan..tapi apekan daya....allergic seafood...tak dan nak makan hohohoho

    ReplyDelete
  22. saya dok penang tapi x penah pi pun. cadangan anda menarik.
    follow blog saya doknganga.blogspot.com

    ReplyDelete
  23. macam tak pernah sampai plak tempat... kene ajak asben terjah tempat menarik macam nie.. nak plak ada tempat makan2... bukan macam best jer nie, memang best...!

    ReplyDelete
  24. Allergic udang, tak boleh makan :( Btw, sorry lama tak jejak kaki ke sini. Busy la t_t

    ReplyDelete
  25. Opah pon bru pas pergi pulau Aman. Bru naik bot 2 min dah pening. . Hewhew.. thorrrrbaikkkkk la penang! !

    ReplyDelete
  26. Opah pon bru pas pergi pulau Aman. Bru naik bot 2 min dah pening. . Hewhew.. thorrrrbaikkkkk la penang! !

    ReplyDelete
  27. Sy pernah pergi pulau aman ni..for me tempat ni ok2..best..rasa suasana kmpung nya.tp part kedai mkn nya service x memuaskan..mcm sombong je.nk x nk layan.mungkin sbb ramai pelanggan kot.ha, tempat jual udang tu penjual nya pon sombong. X ramah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agreed!! Siap budak tu ckp.. "ni mau beli ka dak?? Dok tepi skit.." pastu simbah2 air.. mcm la kita kebuloq sgt nk mkn udang dia.. bukan skali buat hal.. ada satu chinese tu pun komplen.. tokei dah la muka ketat. Bro, pakcik.. hangpa menega kat tmpt hat org nk pi pun kena naik bot.. dh la jauh.. udang2 tu pun kalo beli bukan masak spesel.. REBUS JE PUN.. pastu cicah kicap soya cili potong. Harga?? 120 /kg. KL juai 75 ja.. sama fresh.. tp kita pi sbb sronok2.. jadi jgn dok tunjuk eksen sgt mcm la kita ni kena merayu2 kat dia.. ckp la elok2. Org byq la wei.. puiii

      Delete
  28. ingat br nk g mkn mee udg...tp bc komen peniaga sombong dh tbntut plk hajat nk g..huhu...mmg pantang klu pniaga sombong yg suka buat muka...nk mkn pn xdk mood...haha

    ReplyDelete
  29. Asalamuaĺaikum,maaf saya lagi mencari pembeli udang lipan,kira-kira ada egk yang berminat membeli.kalau ada ni nmr saya 0812 6340 3433
    Saya tunggu y info y....

    ReplyDelete
  30. Asalamuaĺaikum,maaf saya lagi mencari pembeli udang lipan,kira-kira ada egk yang berminat membeli.kalau ada ni nmr saya 0812 6340 3433
    Saya tunggu y info y....

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca