Perkara Wajib Yang Perlu Diketahui Sebelum Bersenam | www.sobriyaacob.com

google advertising

Friday, January 3, 2014

Perkara Wajib Yang Perlu Diketahui Sebelum Bersenam


Assalamualaikum & salam sejahetera, apa kahabar semua? nampaknya sudah lama saya tidak berkongsi tip / panduan berkaitan dengan kesihatan, untuk entry hari ini saya ingin senaraikan perkara penting yang harus diketahui seebelum kita melakukan apa-apa jenis senaman, ini penting untuk mengelakkan badan mendapat kecederaan selepas melakukan senaman

"Ingat pastika melakukan aktiviti pemanas badan sebelum workout"

Perkara Wajib Yang Perlu Diketahui Sebelum Bersenam

  • Jangan lupa melakukan aktiviti pemanas badan sebelum workoutPenat bersenam tetapi masih tidak berjaya mendapat bentuk badan yang diidamkan? Sebenarnya ramai antara kita yang bersenam tetapi tidak dengan cara yang betul. Ia satu kesalahan besar yang akhirnya mendatangkan kerugian pada diri sendiri. Beberapa teknik perlu dan tidak perlu dilakukan dalam senaman mesti dipelajari agar ia tidak menjadi sia-sia.
  • Asas latihan perlu dipelajari dan difahami sepenuhnya agar dapat membantu anda mendapatkan hasil lebih efektif tanpa membuang waktu. Anda perlu tahu apa tujuan sebenar untuk anda datang ke gym. Latihan untuk setiap bahagian otot adalah berbeza-beza setiap satunya.
  • Waktu sesuai untuk bersenamPastinya setiap anda mempunyai waktu favourite untuk melakukan latihan. Soal waktu ini benar-benar memainkan peranan besar dalam meningkatkan latihan anda. bayangkan jika anda tidak mempunyai waktu latihan yang konsisten, latihan anda akan menjadi kurang produktif dan anda juga akan kurang berdisiplin dalam melakukan latihan. Jadi, tentukan waktu latihan yang tepat untuk lakukan latihan anda. Pilih masa yang tetap untuk latihan agar jadual harian anda juga tidak terganggu.
  • Elak bersenam dengan perut kosong, Mungkin ramai menyangka melakukan latihan ketika perut kosong, pasti hasil yang diinginkan akan menjadi lebih cepat. Ini adalah salah! Makanlah sebelum dan sesudah melakukan latihan. Hal ini kerana badan anda memerlukan bahan bakar untuk mendapatkan hasil maksimum daripada latihan tersebut.
  • Nutrisi juga amat diperlukan untuk memperkuatkan otot dan memperbaiki jaringan yang rosak. Selain itu, anda juga perlu mendapatkan kandungan air yang cukup setiap hari agar tubuh anda tidak terhidrat semasa melakukan latihan.
  • Lakukan lebih dari satu jenis latihan, Lebih banyak jenis latihan yang dilakukan, lebih baik. Kombinasi beberapa jenis latihan mampu mendapatkan pembakaran lemak yang maksimum. Anda juga pasti tidak akan merasa bosan ketika melakukan latihan. Sebagai contoh, anda boleh memulakan latihan ringan seperti menangkat dumbbell terlebih dahulu sebelum beralih kepada latihan lebih berat seperti berlari di treadmill.
  • Elak overtrainingMelakukan latihan selama tujuh hari seminggu dengan pelbagai latihan berat tanpa berehat hanya akan memudaratkan anda. Berikan masa untuk tubuh pulih sepenuhnya sebelum melakukan latihan lain. Berehatla sehari atau dua untuk memastikan tubuh anda benar-benar sihat. 


P/s: Kesemua perkara di atas wajib kita ikuti dan ini barulah dinamkan bersenam dengan cara yang betul, tidak hentam kromo, ini penting untuk meminimumkan kecederaan tubuh badan selepas melakukan apa jenis aktiviti senaman. yang paling penting ialah panaskan badan sebelum bersenam dan tahu asas senaman yang betul !

34 comments:

  1. ingkatkan minum MILO je dah sehat dan kuat.. kena senam gak ek huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. he..he..milo kena minum bsenam pun penting shin :)

      Delete
  2. buat sesuatu kena ikut peraturan yg betul ya...walau nak main2 bersenam....

    ReplyDelete
  3. hati nak exercise. tp badan da jadi pemalas. hehehe =)

    ReplyDelete
  4. Warming up dgn cooling down tu mmg penting utk badan kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. lupa warming n cooling sma2 penting jagan buat ya..tq sharing ya :)

      Delete
  5. terima kasih adik...nak try juga

    ReplyDelete
  6. bila bersenam penting kan kualiti dari kuantiti.... dan mesti kene ada knowledge sblm workout... good sharing...!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kualiti lg penting dari kuantiti..x guna buat selalu tapi x bkualiti..dan ilmu memng penting sis :)

      Delete
  7. yes..warm up memang sangat penting..aku penah jog tanpa warm up yang proper (sebab dah lambat) dan hasilnya kejang2 kaki aku lepas lati..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kalau x wat warm up dgn coling down lpas bsenam memng sakit azab lpas bsenam bro kan ? :)

      Delete
  8. oh.. diri ini sgt malas nk bersenam

    ReplyDelete
  9. Nk kna rajin exersize ni..hehe..sya terer wat lompat bintang je awk.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye lpas ni bleh lah fight siapa lompat bintang paling lama n bayak..saya pun terrer lompat bintang gak :P

      Delete
  10. nice sharing..nanti kita amalkan hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ur wc cik itah..jgan lupa amalkan ya :)

      Delete
  11. Overtraining bukan menjadikan senaman lebih menyihatkan, malah boleh memburukkan kesihatan. T kasih diatas perkongsian tips nasihat yg sgt bermanfaat ini.. :)

    ReplyDelete
  12. dan juga perlu ada motivasi untuk memulakan senamam seterusnya (ni payah sikit) haha

    ReplyDelete
  13. kdg2 bersenam ni boleh membawa kemudaratan jika tidak mengikut tips2 diatas..muscle cramp, dehydration..nak sihat, jadi sakit..thanks for sharing..

    ReplyDelete
  14. lama betol nina xsenam lepas habis study. haha. berat badan makin naik tp xmendadak :)

    ReplyDelete
  15. jalan 10 ribu sehari bagi yang malas :D hehe

    ReplyDelete
  16. haha, bab senaman ni memang susah nk konsisten
    arini buat, pastu sebulan lepas tu pulak baru buat
    aish, disiplin ke laut

    ReplyDelete
  17. hari-hari turun naik tangga.. tu kira bersenam jugaklah kan? hehe... :p

    ReplyDelete
  18. warm up memang sangat penting sebelum dan selepas

    ReplyDelete
  19. bagus perkongsian tips ini sobri.. kasih ramai yang memandang remeh terhadap kepentingannya sebelum melakukan senaman.. terutamanya bab panaskan badan tu..

    ReplyDelete
  20. nice sharingggggg! ^^ suka suka.

    ReplyDelete
  21. melakukan stretching sebelum bersenam perlu untuk mengelakkan kejang otot..hmmm..tapi dah lama jugak tak bersenam. Badan pun dah macam kena pump ni

    ReplyDelete
  22. niesa sejak habis blaja sgt2 malas nk bersenam...rajin pulak nk menternak lemak..haha..ari tu dh g jogging tp 1 hari je sbb lepas tu badan sakit2..hahaha..apa2 pn bgus jgak perkongsian ni...sebelum bersenam boleh la ingt balik entry sobri ni...

    ReplyDelete
  23. a very good tips :)
    ika ni sangat laa kurang bersenam...

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca