Sabah Trip: Ikan Kelah Jinak, Tagal, Ranau, Sabah | sobriyaacob.com

Tuesday, January 28, 2014

Sabah Trip: Ikan Kelah Jinak, Tagal, Ranau, Sabah



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Entry kali ini adalah sambungan pengembaraan ke Negeri Sabah Di Bawah Bayu, kali ini saya akan membawa anda menerokai salah satu tarikan yang sangat menarik di Sabah, membuatkan diri lebih dekat dengan alam semulajadi *berdamping dengan alam sekitar katakan, bukan berdamping dengan Mambang!* iaitu Melawat Ikan Kelah Jinak di "Tagal" Sungai Meroli, Kampung Luanti, Ranau, Sabah. Sebab utama yang membuatkan kawasan ini sangat istimewa, kerana di Sungai Meroli ini menjadi habitat beribu-ribu ikan Kelah jinak di sepanjang sungai ini. 

Jadi kunjungan di sini ibarat melawat Spa Urutan semulajadi, bukan sebarangan urut tapi diurut oleh ikan kelah. *much better daripada urut spa ikan di shoping mall* Ikan kelah adalah sejenis ikan liar, bernilai tinggi dikenali sebagai Raja ikan air tawar & kebanyakkan spesis ikan kelah diancam kepupusan. Jadi bagi kaki pancing kunjungan anda di sini akan membuatkan anda makan hati, sebab dilarang untuk menangkap ikan kelah  di sekitar kawasan Sungai Meroli, sekiranya ingkar denda menanti anda.


Sebelum masuk kenalah beli tiket dulu :P

Bagaimana Cara untuk ke Lokasi  ikan kelah jinak, Sabah
  • Cara untuk sampai ke Sungai Meroli / Kampung Luanti melalui jalan yang sama hendak ke lokasi Ladang Teh Sabah, akan menjumpai Ladang Tea Sabah dahulu, dan selepas itu menjumpai kawasan ikan kelah jinak, Tagal sabah.

Bayaran Tiket Masuk
  • Pengunjung dikenakan banyaran untuk masuk iaitu sebanyak RM5.00 untuk warganegara Malaysia berumur 18 tahun keatas, RM2.00 untuk pelajar dan mereka dibawah 18 tahun. 
  • Warganegara asing dikenakan bayaran RM10.00 Tapi bagi mereka yang tinggal di kawasan Ranau tiket berharga RM3.00 dikenakan.

Aktiviti yang boleh dilakukan di kawasan ikan kelah jinak, Sabah.
  • Melalui bayaran tiket tersebut anda boleh mandi atau berendam kaki spa ikan kelah selama 15 minit. Setiap sesi selama 15 minit
  • Memberi ikan kelah makan, membeli makanan ikan yang dijual. RM1.00 sebungkus, cara untuk menarik ikan kelah datang kepada anda.

Sebelum masuk haruslah menunggu giliran, macam nak beurusan dengan bank. *adakah gambar sebegini dikira #selfie?*

Lepas siap membeli tiket, kita terpaksa menunggu giliran untuk ke Spa Fish, masa menunggu akan diberikan taklimat kenapa project ini dijalankan ada sebab dan alasan tersendiri bukanya project syiok sendiri ya! antara untuk mewujukan kesedaran kepada orang ramai, berapa pentingnya menjaga kebersihan sungai jangan mencemarkan alam sekitar, untuk menjaga ekosistem hidupan air, menjamin dan memulihara ikan kelah daripada diancam kepupusan & reason paling penting sebagai salah satu kawasan tarikan perlancongan sebab sambil melancong kita akan belajar sesuatu tentang berapa pentingnya menjaga alam semula jadi. 



Ini rupa sungai Meroli, im so luck waktu datang dekat sini cuaca sangat baik, air sungai pun jernih jadi dari tebing sungai dah boleh nampak ikan kelah. Dekat sinilah proses Fish Spa akan berlaku, bukan susah hulur kaki dalam air nanti ikan kelah datang la, gigit manja makan daki-daki yang dah lama bermautatin. Bagi anda yang rasakan setakat letak kaki  dalam sungai bagi ikan gigit-gigit manja tak berapa extrem, cadangan lain apa kata anda mandi dalam sungai tu, satu badan ikan kelah boleh mengurut. :P  



Sebelum anda boleh terjun masuk dalam sungai, pakcik penjaga tempat akan ajar cara-cara nak memberi makan / memangil ikan kelah supaya dekat dengan kita, cara dia senang beli makanan ikan, sebungkus RM1.00, conform ikan akan mari rapat-rapat dan cara pegangnya gengam letak di dalam air seperti gambar di atas, sambil ikan kelah makan di tangan secara automatik dia akan gigit-gigit manja di bahagian kaki.



Antara aksi-aksi ketika diurut oleh ikan kelah, layan habis! mula-mula letak kaki dalam sungai untuk diurut, rasanya sakit sikit seperti digigit oleh semut campur geli-geli pada permulaan, lepas 2, 3  minit baru rasa layan! heaven giler :P sekali masuk, macam dah tak nak keluar sampai habis waktu. owh setiap sesi memberi ikan kelah makan selama 15 minit dan lebih bergantung kepada budi bicara :P


Inilah rupa ikan kelah, daripada spesis apa? saya kurang pasti! nampak tak bayang saya khusuk mengambil gambar, padahai kaki jenuh tahan geli diurut oleh ikan. Keadaan sungai pada waktu saya datang, air jernih dan anda akan  di cash RM 3.00 sekiranya anda membawa Kamera! amboi kemain semuanya kena cash, ni baru betul-betul namanya nak buat bisnes :) 

Muka menahan geli, akibat di serang ikan kelah bukan ikan pirana!

Sebelum terlupa, di sini saya ingin berikan pencerahan apa yang dimaksudkan dengan “Tagal” dalam dialek Kadazan dusun, bermaksud ‘dilarang memancing’. Tujuan utama dari ‘tagal’ adalah untuk memelihara alam sekitar serta ekosistem untuk manfaat generasi masa depan.

Oh ya! bagi anda yang belum pernah baca pengembaraan saya yang terdahulu di Sabah, bolehlah klik di link bawah untuk membaca entry yang terdahulu.

P/s: Saya rasa ini antara salah satu tarikan pelancongan yang unik di sabah, salah satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan, bukan mudah nak jumpa ikan kelah dalam kuantiti yang banyak dan jinak, kalau tidak silap di semenanjung pun ada pusat Santuari ikan kelah jinak di Tasik Kenyir dan di hutan Royal Belum, insaallah next time mungkin boleh cuba pengalaman di sana pula! siapa nak sponser saya nak bawa saya ke sana? :P Anyway make sure kalau anda sampai ke daerah Ranau, pastikan  lokasi ini menjadi pilihan utuk dilawati :p


35 comments:

  1. Wow.. pengalaman yg cukup menarik.. seronoknya dpt bermain dgn ikan mcm tu.. best. Thanks sharing bro Sobri.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih bro khir...ya pngalman yg unik.. bkan snang nak dpat pegag ikan klah..:)

      Delete
  2. besar2 ikan yg menggigit kaki tu..selalunya ikan kecik je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan saiz kecik2 kak,..ni memang saiz bsar2..he..he

      Delete
  3. macam best je. tempat ni tagal kalu bawa tangguk ikan boleh hehe.
    tak tercabut ke bulu kaki tu bro? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best..ha..ha.. cuba la taguk ikan kat situ.. x yah taguk bg mkan je dia dtg sendiri..tapi klau tertangkap..kena denda la..ha..ha..
      ar x perasan pulak..tercabut ke x bro.. ha..ha.. :)

      Delete
  4. Aku tak boleh tgok ikan mcm ni, mesti nak pancing..haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kaki pancing bro..memang geram!!

      Delete
  5. Fulamak....best tu bro.... tak pernah gi sini lagi ni....next time gi sabah, ni antara dlm check list...ekekekekeke...nica sharing bro... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya bro pastikan tempat ni dlm list klau p sabah..memang best.. :)ur wc

      Delete
  6. assalam kak ni mmg suka tengok pic ikan yg banyak gini...ikan kelah boleh mengurut kaki ya... baru ni kak ke sekinchan jumpa sebuah kolam ikan yg luas berhampiran laut...ikan patin n talapia merah punyalah banyak memenuhi setiap ruang kolam rasanya kalau termasuk kaki kat dalam kolam tu mahu melecet kaki cedera diurut ikan2 tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam sis..ya seronok ...kak kena urut dgn ikan kelah.. owh klau ikan talapia ..saya x tau la mcm mana... mau terlecet jugak dekdigigit oleh ikan2 tu sis.. he..he..nanti leh cuba.. ikan patin n talapia yg mengurut plak :)

      Delete
  7. tak geli ke kalau ikan2 tu dtg dekat?haha..adeh..seronok je tgk...

    ReplyDelete
  8. nengok gambo pon dah terbayang rasa geli kena cabul ngan anak anak ikan.. mak bapak ikan tu semua hukk

    ReplyDelete
    Replies
    1. seram kan shin..dicabul dek ikan.. ha..ha.. kalau nak ikan ok jugak..ni mak ikan.. just kidding :) ha..ha,

      Delete
  9. wahhh bestnya! banyak ikan... jinak2 mereka nie.. tak pernah sampai ke sini lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau singgah ke sabah acik jgn lupasinggah di sini ya :)

      Delete
  10. ikan kecik-kecik gigit kaki pun dah rasa geli inikan pula ikan besar.... ewww.... mampukah nak menahan geli tu? hahaha.... tapi nnt nak try jugak lah bila pegi sabah tahun nie... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulahlah..yg ni geli2 campur sakit2 skit..mcm digigit semut..tapi bila dah lama dlm 2..3 mint rasa ok..rasa seronok pun ada... ")

      Delete
  11. waa rasa geli2 tu yang fae x nak. hehe.

    ReplyDelete
  12. salam. wahhh..seronok dia ya dekat sabah :)

    ReplyDelete
  13. bulan may nie sy akan ke sabah..kalau kengkawan okay, singgah sini pun macam menarik gak..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  14. Dapat bayangkan bagaimana gelinya ikan tu gigit2 manja..

    ReplyDelete
  15. hamboi banyak betol ikan kelah tu jinak pulak dgn org.. mesti seronok tgk kulit di kaki kena bersih dgn ikan. eh ikan tu makan sel kulit mati ke. ahaha

    ReplyDelete
  16. wahhh...banyak nya ikan kelah tu...besar2 lak tu...ish..ikan kecik pun noe takut nk hulur kaki...ni kan plak besar macam ni....tapi pasti pengalaman yg menarik...

    ReplyDelete
  17. boleh tak akak nak kata akak tak suka entry ni?? sebab akak tak sempat pergi temoat ni.. jelessssssssssssssssssss tau.. huhuhu ;P

    nway best je tgk bnyk ikan dlm tu.. mesti geli bila ikan2 tu ngap2 kaki kannn ;)

    ReplyDelete
  18. takde gambar kaki sebelum dan selepas ke? hihihih.. :p

    ReplyDelete
  19. menarik sekali, insyaalah..akak akan ke sini

    ReplyDelete
  20. Terbaik broo...!!! sgt menarik review pasal keunikan tempat di Sabah..
    Sbg seorang pemancing mgkn ralat ckit, ikan dah depan mata tp boleh tgk aje..he2..^_^

    Just blogwalking n done following u..
    Come n visit me back okeh

    http://shafizam.blogspot.com

    Thanks bro..=)

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca