Sabah Trip: Rumah Terbalik Sabah / The Upside Down House Of Borneo | www.sobriyaacob.com

Monday, January 27, 2014

Sabah Trip: Rumah Terbalik Sabah / The Upside Down House Of Borneo




Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Apa khabar semua pembaca blog aku VS kehidupan? diharapkan anda semua dalam keadaan sihat. Entry kali ini adalah sambungan pengembaraan ke Negeri Sabah Di Bawah Bayu, sebelum ini, pengembaraan kita telah ke Muzium Sabah, di Kota Kinabalu, Poring Hot Spring di Ranau, sabah & di Ladang Tea sabah. Untuk Edisi pengembaraan kita, kita akan meneroka salah satu tarikan yang agak popular di Tamparuli, sabah iaitu The Upside Down House Of Borneo / Rumah terbalik, Sabah.

Upside Down House / Rumah terbalik, Sabah adalah yang pertama di Asia Tenggara dan antara 5 struktur terbaik di dunia, 3 ditemui di Eropah dan satu lagi di Jepun & rumah ini telah dicatatkan di dalam Malaysia Book OF Record, sebagai Rumah terbalik pertama di Malaysia.

Oh ya! bagi anda yang belum pernah baca pengembaraan saya yang terdahulu di Sabah, bolehlah klik di link bawah untuk membaca entry yang terdahulu.


The Upside Down House Of Borneo / Rumah terbalik, Sabah.

Antara salah satu tarikan terbaru di sabah, Rumah itu dibina di Tamparuli dengan kos sebanyak RM500,000 oleh usahawan Alexander Yee, yang mengusahakan sebuah lodge pelancongan di Sukau, pantai timur Sabah Dibuka kepada orang ramai pada awal Februari 2012, dan semua struktur di dalam rumah dalam keadaan terbalik *namapun rumah terbalik, jadi semua aksesori yang ada di dalam rumah diletakkan dalam keadaan terbalik* Semua yang ada di dalam rumah, dari perabot untuk aksesori rumah, berlegar di atas kepala kita, kerana silingnya tempat lalauan utuk dipijak dan melangkah dan itulah keunikan rumah terbalik semua yang kita nampak dalam keadaan terbalik dan memeningkan.

Bagaimana cara untuk datang ke Rumah Terbalik, Sabah?
  • Rumah ini terletak di di sepanjang Batu 21, Jalan Telibong, Tamparuli.
  • Untuk ke sana mengambil masa lebih kurang 40 minit dari pusat bandar. 
  • Teksi boleh didapati di pusat bandar dan juga pastikan anda membuat perancangan untuk pulang kerana perkhidmatan teksi di kawasan tersebut adalah terhad. 

Tiket Masuk & waktu Lawatan ke Rumah Terbalik, Sabah

  • Dibuka setiap hari (termasuk cuti umum). Dari 8.00 pagi sehingga 10.00 malam setiap hari
  • Bayaran masuk berharga RM18 bagi orang dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak berusia sehingga 12 tahun
  • Bagi mereka yang mempunyai MyKad boleh mengunjungi rumah terbalik itu dengan bayaran RM10.
Perasan tak, No plat kereta kancil, nombor Johor ? kenapa bukan sabah, itu persoalanya sekarang :P


Info tambahan Mengenai The Upside Down House Of Borneo / Rumah terbalik, Sabah.

  • Rumah seluas 1,500 kaki persegi itu seperti kediaman biasa, dilengkapi dua bilik tidur, satu ruang tamu, satu ruang makan, satu beranda, ruang dapur dan tandas. Bezanya semua itu dibina terbalik iaitu dengan keadaan bumbung di bawah dan lantai di atas.
  • Rumah berkenaan yang turut senget sebanyak tiga darjah pastinya amat berbeza kerana ia akan mencabar logik minda setiap pengunjung.
  • Rumah Terbalik di laluan utama ke Kundasang dan Ranau itu dibuka setiap hari kepada pengunjung dari pukul 8 pagi hingga 8 malam.
  • Pengunjung akan bertambah pening sebaik sahaja melangkah masuk ke ruang tamu rumah berkenaan kerana segala peralatan seperti kerusi sofa, baju sidaian dan sebagainya berada dalam keadaan terbalik.
  • Peralatan lain termasuk almari, lubang tandas, dapur dan rak buku melekat di siling manakala lampu dan kipas yang biasanya berada di siling pula ada di kaki anda. Semuanya betul, bukan replika.
  • Pembinaan rumah istimewa ini mengambil masa kira-kira lima bulan manakala 11 bulan lagi untuk membina restoran, kedai cenderamata dan pelbagai kemudahan lain yang keseluruhannya menelan kos kira-kira RM1.2 juta. 


Ya banyakkan maklumat yang saya kongsikan di atas, dah macam baca buku sejarah, padahai cuma sebuah rumah terbalik tapi info yang ditulis bukan main banyak :P, so kesimpulanya apa yang kita lihat di bawah akan ada di atas dan apa yang ada di atas akan ada di bawah, semuanya akan bertentangan maka lahirlah sebuah rumah yang terbalik.

Sebelum terlupa, harga tiket yang dikenakan bagi saya agak Mahai Rm10.00 bagi yang travel secara bajet,  sebab Rumah terbalik bukanya luas sangat, masuk 5 minit dah boleh lihat semua yang ada dalam rumah, masuk sekejap sudah keluar tapi kalau anda inginkan pengalaman yang unik sekali dalam seumur hidup, apasalahnya masuk ke dalam Rumah Terbalik ini.


Sebelum kita masuk ke dalam rumah terbalik ini, haruslah mengetuk gong sebagai simbolik menghormati tuan rumah, di sebabkan saya membayar sebanyak Tiket sebanyak 10.00 jadi amatlah tidak berbaloi ketuk gong sebanyak sekali, at lease ketuklah sebanyak 5-10 kali, untuk puaskan hati. Setiap perjalanan maksimun 8 orang untuk satu kumpulan dan masa yang diperuntukan lebih kurang 10-15 minit, sebenarnya ada kawan-kawan saya yang terasa pening masuk kedalam rumah, tapi saya tak rasa apa pun mungkin kebal :P

Sebelum kita masuk akan diceritakan kisah yang terjadi kepada pemilik rumah, kenapa rumah ini sampai boleh terbalik, ada cerita unik yang tersendiri dan rumah ini dinpirasikan daripada budaya penduduk sabah, jadi banyakklah aksesori yang ada di dalam rumah bermotifkan kaum yang terdapat di Sabah. Ok saya nak bagi satu teka teki, di dalam rumah terbalik, semua perabut, peralatan, aksesori akan terbalik tapi benda apakah yang terbalik tapi bila kita lihat masih dalam keadaan asal? siapa tahu jawapanya boleh tulis di ruangan komen :P




Selepas siap masuk ke rumah terbalik, kita boleh terus ke kafe  dan kedai cenderahati yang terletak di belakang. Sebenarnya antara rumah terbalik dan kedai cenderahati, rasanya kedai cenderahati lagi menarik untuk di lawati *just kidding* Banyak cenderahati yang menarik dijual di sini seperti baju T-shirt, Fresh Magnet, buku nota, sabun dan pelbagai lagi, cenderahati yang dijual memang comel-comel tambah-tambah baju tshirt. sebagai menandakan saya pernah sampai ke sini belilah Tshirt yang ditulis *The Upside Down House Of Borneo*  disebabkan bila kita beli tiket  masuksecara automatik akan dapat potongan harga setiap item yang dijual, jadi memang berbaloi kan! :P

Suasana kafe disini agak sempoi juga, cantik dan bersih. Snek yang dijual agak berpatutan harganya *sesetengah* Kesimpulanya sekiranya anda ke Sabah, sekali dalam seumur hidup anda mesti memasuki The Upside Down House Of Borneo.

Suasana pada waktu Maghrib di Rumah Terbalik, bercahaya di sana sini:P 

Maklumlah di sabah waktu lebih cepat dari semenanjung. Ya lupa hendak bagi tahu, dilarang mengambil gambar di dalam rumah terbalik, sekiranya ditangkap anda akan didenda Rm100 untuk sekeping gambar dan gambar akan dipadam, iyelah kalau semua orang pakat bergambar di dalam rumah terbalik jawapnya cukup setahun beroperasi dah boleh tutup *sebab ke eksklusif yang terdapat dalam rumah terbalik sudah terbongkar. Semua orang dah tahu, macam mana manegement nak cari makan :P*  walaupun di dalam blog bersepah-sepah gambar di dalam rumah terbalik  tersiar *just google ok*

P/s: Sampai di sini sajalah pengembaraan kita, next entry saya akan tulis tempat-tempat menarik yang lain di sabah, *mohon jangan bosan* sebab masih ada 2-3 entry berkaitan destinasi menarik di sabah yang belum dibuat. Akhir kata sekiranya anda sudah sampai ke Daerah Tamparuli, Sabah pastikan rumah terbalik sabah, antara destinasi wajib yang harus dikunjungi.  Salam hormat dan bye semua :)

51 comments:

  1. Sempoi jgk noh rumah terbalik..bila nk smpai sabah pun x tau..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, huwaaa bestnya. punah impian nak honeymoon sini. dah beli tiket tapi kena cancel pula trip sebab tarikh trip ni kena time berpantang. masa beli tiket flight taktahu diri dah mengandung Y__________Y

    seksa hati nak baca entri ni sampai habis, kihkihkih pasrah betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam sis.. alamak .. kesianya terpaksa burn je tiket tu..x pe akak nanti rezeki lpas bsalain insaallah satu dunia boleh bpusing kak..
      jagan seksa..bleh dijadikan rujukan..he..he..

      Delete
  3. heeee cantik2 gambar yang sobri snap.. haritu akak pun ada singgah sini.. mmg menarik tempat ni..penuh dgn sejarah ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak...owh ye ke..nanti saya akan baca entry akak plak ye... :)

      Delete
  4. laaa fae x sempat pi rumah terbalik when i had a vacation in sabah last month huhu

    patut la xde gambar dalam rumah hehe rupanya dilarang ambik gambar

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapakah fee..sayangnya..ar aj nanti kalau ambil gmbar kalau kantol kena dende pulak..

      Delete
  5. saya baru tahu kat Sabah ada rumah terbalik.
    baca dari mana tah..
    kawan-kawan kat Sabah tak pernah cerita.
    memang ekslusif habislah kot kekdahnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ish biar betul kamu ni gee..
      he..he... ar ah memg eklusive sngat la kot..
      kalau kawan sabahan sendirix nak cerita kan gee.. :)

      Delete
  6. Last year gi Sabah ngan wife tapi lalu jer kat sini..tak sempat nak singgah sbb turun drpd kinabalu park lambat pastu mlm tu flight balik KL...next time kena singgah ni... nice sharing bro... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sayangnya bro..tapi kat kinabalu park lagi best..sejuk dkat kawasan tu..itu yang boleh terleka tu..he..he.. :)
      next time jgn lupa singgah bro.. ur wc :)

      Delete
  7. salute !
    mantap dan lengkap.
    jawapan pada soalan bro tu..cermin betul ke?hehe cermin tu tak terbalik pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq bro..
      mcm easy karangan ..entry aq..
      owh jawapan anda betul..cermin bro..nora bagi 4 bintang sebuk sabun daia :)

      Delete
  8. ooo sabah pun ada rumah terbalik ya..menarik...kini visit ni...thanks for info sobri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes sis..salah satu tarikan terbaru di sabah :)

      Delete
  9. beshnya.. x sabar nk gi.. 1st time nk jejak kaki gi sabah.. dan 1st nk flite ngan parent sekali.. terjumpa ticket murah aritu JB - KK RM55 gi balik.. terus sambo huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow shin ....murah tiket dpat..utungnya badan....
      kalau saya pun sambor :)ha..ha

      Delete
  10. tak dak rezeki tasneem lagi sampai sabah. cantik! ^^

    ReplyDelete
  11. Pernah dengar kisah rumah terbalik ni...tapi belum berkesempatan kesana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..saya masa p sabah barupnah terdgar kisah rumah terbalik ni..tempat mnarik utk dikunjungi

      Delete
  12. tak sempat singgah masa pergi dulu..teringin nak pergi sana next time...

    ReplyDelete
  13. Yeeeeahh!.. ni daerah Nurul tau.. tumpang glemer jap.. haha! Nurul tak pergi lagi tempat ni pon.. haha.. mungkin sebab Nurul fikir..ala.. nanti2 pun bole pegi :p dekat2 sini juga kg Nurul :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeee....daerah tamparuli..terngat marsha nyanyi lagi jambatan tamparuli..
      ai yg dkat pun x p..ni yg jauh dah sampai dulu ye nurul :) he..he..

      Delete
  14. best kan tempat nie.. tapi sebab dah lama pergi tak ingat pulak ape yang kat dalam tu sepatutnya terbalik tp tak terbalik.. lupa lahhh...... hahaha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tahan la sis..jawapan dia cermin :) he..he

      Delete
  15. wowww... mcm tau2 je bulan 9 ni sy akan ke sabah... good info

    ReplyDelete
  16. terima kasih untuk maklumat yang diberi...amat berguna pada mereka yg ingin ke sabah...

    tengok kereta tu...terus rasa pening... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 sis..amin semoga bermanfaat bg yg nak melawat rumah terbalik :)

      Delete
  17. ada tgok sblum ni..tapi ni lagi clear siap info yg bermanfaat lagi..

    good2 i like..

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga bermanfaat bagi yang inginkan maklumat mgenai rumah terbalik sabah..he..he.. :)

      Delete
  18. Waa.. amat lah cantik menarik.. tapi mcm lama jer bro spend time kat situ smpai magrib :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. aq pergi pun bro..dkat pukul 5 baru sampai..mykin sbab sana cpat waktu magrip..lepak2 kat kafe skejap..makan2.. cari cenderahati sikit..keluar dah gelap :)

      Delete
  19. tamparuli ea?ehm..kena planning siap2 ni..nasib baik ada bg tau pasal harga tiket..boleh la masuk dlm buget pas ni..haha..niesa pun dh pening ni tgk gmb2 tebalik..belum lg smpai kt tmpat asal..adoi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ar ah niesa..jambatan tamparuli..eh..eh..daerah tamparuli..owh bgus snang utk niesa buat total bajet nak spent p sabah..ha..ha.. cuba p tgok ..pening ke x..anyway niesa dah dekatkan...sarawak..pergi le..negeri jiran katakan :P

      Delete
  20. Wahh.. baru saya tau rumah mcm ni ada di Sabah.. mmg sempoi, terutama bab kereta kancil tu hehee.. best lah.. Thanks sharing bro Sobri.. :) :)

    ReplyDelete
  21. kena bookmark entry nih...useful gak bila nak ke sabah nanti..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  22. memang superb la siapa yg reka bentuk rumah ni.. bila la nina boleh fly ke sana. hehe

    ReplyDelete
  23. Memang best kat sabah - nak datang ke sana lagi lah

    http://cheguzam.blogspot.com

    ReplyDelete
  24. ok juga, budak-budak mungkin suka melawat sini kot

    ReplyDelete
  25. Menariknya....boleh la singgah kalau ke Sabah..thanks Sobri

    ReplyDelete
  26. Jawapan utk teka teki tu...yg terbalik walaupon dipndang dari sudut asal adalah....orang yg masuk umah tu.....betul tak?

    ReplyDelete
  27. Blh suggest kan tempat makan seafood yg kategori bajet dan berpatutan di sabah juga membeli belah sebagai ole ole dimana lebih murah ya

    ReplyDelete
  28. Blh suggest kan tempat makan seafood yg kategori bajet dan berpatutan di sabah juga membeli belah sebagai ole ole dimana lebih murah ya

    ReplyDelete
  29. best nya harap dapat pegi tapi insya-allah tak dapat

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca