Tips 5 Senaman Yang Mudah Dilakukan. | sobriyaacob.com

Thursday, January 30, 2014

Tips 5 Senaman Yang Mudah Dilakukan.


Assalamualaikum & salam sejahtera,  hari ini saya ingin berkongsi tips di bwah label Kesihatan, 5 tips Senaman Yang Mudah, dilakukan oleh kita setiap hari. Saya percaya aktiviti Senaman ini, mungkin kita lakukan setiap hari dalam keadaan sedar ataupun tidak, ya sebab saya percaya untuk bersenam itu mudah untuk dilakukan di mana-mana dan ada pelbagai kaedah yang penting ada azam dan kemahuan.

"Ok apa kata kita lihat di bawah, apakah jenis senaman yang saya maksudkan, sumber diperolehi di Facebook"

1. Ketika membasuh pinggan

Cuba untuk berdiri dengan sebelah kaki sahaja. Cara ini dapat mengukuhkan kawalan saraf sekitar buku lali, lutut dan pinggul. Ia turut membantu anda dalam menstabilkan tubuh badan sendiri. 

2. Ketika menyapu sampah atau mop lantai 

Aktiviti ini sangat berkesan dalam membuatkan badan anda berpeluh. Tukar gaya menyapu anda. Lakukan step tarian mudah yang anda ingat sambil menyapu atau mop lantai. Anda juga boleh mainkan muzik kesukaan untuk menjadikannya lebih seronok. Hehhee menari sambil menyapu ye, ni kene buat bila orang takde, silap-silap dikatanya kita buang tabiat la pulak. 

3. Ketika memberus gigi 

Untuk memastikan anda tidak mengantuk dan segar pada pagi hari, senaman cangkung atau squat boleh dilakukan ketika sedang memberus gigi. Dengan cara ini, kekuatan lutut anda dapat ditingkatkan selain mengurangkan risiko artritis. Mulakan dengan bilangan yang sedikit seperti 6 hingga ke 7 kali setiap hari. Apabila sudah menjadi kebiasaan, tingkatkan bilangan sedikit demi sedikit. 

4. Naik turun tangga 

Bagi rumah yang mempunyai tangga, anda sangat beruntung. Senaman naik turun tangga boleh menggantikan senaman seperti berjoging di rumah. Senaman ini juga berkesan untuk mencantikkan pinggul wanita. Lakukan senaman ini selama 10 ke 15 minit setiap hari. 

5. Ketika menonton Televisyen 

Banyak jenis senaman yang anda boleh lakukan semasa menonton televisyen. Contohnya, anda boleh cuba naikkan kaki setinggi boleh ataupun paling kurang sehingga 45 darjah dari lantai dengan menggunakan kekuatan paha. Selain itu, anda juga boleh melakukan senaman tangan dengan menggunakan dumbel. Anda pasti tidak akan merasa kepenatannya sambil dihiburkan dengan rancangan kegemaran anda di kaca televisyen. 


P/S: Macam mana menarik bukan, setakat ini semua senaman di atas telah saya buat, kecuali bersenam ketika menonton tv dan menggosok gigi, mudah bukan senaman di atas, jangan lupa amalkan ya & selamat mencuba :)


23 comments:

  1. hehehe semua senaman cam tak pernah terpikir an hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah dan senang utk dilakukan :) he.he.

      Delete
  2. assalam...senam pagi2 utk sihatkan badan ya...mudah sambil lakukan kerja2 di rumah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam sis..sambil bsenam rumah pun bersih ")

      Delete
  3. suka nak komen utk point no 5 tu.. kalau akak agaknya terlelap terus kot kalau dok dpn tv.. tak ada maknanya nak exercise hahahah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha..ha.. saya pun x bleh tgok tv sambil bsenam..x fokus plak masa menonton..bsenam ke mana.. tgok tv ke mana :)

      Delete
  4. masa cuci pinggan sll gak angkat kaki sebelah..bila lenguh tuka balik..haha..senaman masa tgk tv xpenah lak cuba..hihi..nice sharing sobri.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha..ha.. kalau saya buat..mau pecah pingan masa bsenam skali membasuh ha..ha.. :)

      Delete
  5. berjalan pun salah satu senaman :D

    ReplyDelete
  6. teringat senaman iya iya..bro dah tengok?
    di youtube ada rasanya
    kelakar,simple sangat caranya sama macam bro katakan ni.

    ReplyDelete
  7. simple je rupanya. tapi yg masa sapu sampah tu selalu dah buat. tak sangka pulak itu sejenis senaman.. ehehehe..

    ReplyDelete
  8. Menyapu sambil berjoget macam klako je. hehehe

    ReplyDelete
  9. nice sharing, boleh dipraktikkan ni.. :)

    ReplyDelete
  10. bersenam smbil buat kerja rumah..haha..nice! ..so..xde da alasan xmenyempat nk bersenam..=)

    ReplyDelete
  11. senaman dua dalam satu namanya...dapat untung berganda-ganda

    ReplyDelete
  12. Info yang bagus bro..lepas ni sambil makan kuaci depan TV leh exercise sakali...ahahahahahaha... saya biasa gak vacum lantai rumah..mmg berpeluh-peluh oooooo... byk kalori yg dah kena bakar....ekekekekekeke

    ReplyDelete
  13. yang no 3 tu nampak menarik dan tak pernah plak aku terpikir nak buat..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  14. Bagus ni.. boleh di praktikkan.. thanks sharing bro Sobri.. :)

    ReplyDelete
  15. Tergelak sy baca komen Azlan Strider :D :D
    Tips yang menarik Sobri...thanks & Salam Jumaat

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca