Yasmin Ahmad Dalam Kenangan | sobriyaacob.com

Tuesday, January 7, 2014

Yasmin Ahmad Dalam Kenangan




Assalamualaikum & selamat pagi, entry kali ini didedikasikan khas untuk allahyarhamah yasmin ahmad seorang pengarah filem, iklan, penulis lakun layar dan kolumnis yang tersohor di Malaysia. Alfatihah untuk arwah.



Sedikit Informasi Mengenai Yasmin Ahmad


  • Yasmin Ahmad, 7 Januari 1958 - Julai 25, 2009. Merupakan seorang sutradara, penulis lakon layar dan kolumnis di Malaysia. Beliau yang dilahirkan di Muar, Johor ini berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Psikologi dari Universiti Newcastle, United Kingdom.

  • Yasmin memulakan kerjaya dalam pengiklanan di Ogilvy & Mather, kemudian sebagai pengarah kreatif di Leo Burnett Kuala Lumpur. Filem-filem dan iklan-iklan beliau banyak merangkul anugerah berprestij dari dalam mahupun luar negara. Iklan televisen dan filemnya terkenal di Malaysia kerana unsur lucu dan kasih sayang di antara budaya, terutama sekali iklannya bagi Petronas, syarikat minyak dan gas kebangsaan. Hasil kerjanya pernah memenangi anugerah dalam dan luar Malaysia.
Sumber:wikepedia




Sekiranya anda perasan di google, menghormati arwah Yasmin Ahmad dengan memaparkan satu doodle istimewa untuk mengingati arwah. Secara jujurnya saya memang suka melihat hasil-hasil karya arwah yang sangat terkesan di hati penonton yang banyak memaparkan adegan lucu dan kasih sayang masyarakat berbilang kaum di malaysia. 




Antara senarai filem yang dihasilkan arwah ialah :

  • Talentime (2009)
  • Muallaf (2008)
  • Mukhsin (2007)
  • Gubra (2005)
  • Sepet (2004)
Alfatihah allahyarhamah yasmin ahmad 1958-2009

Dan tentulah karya yang paling tidak boleh dilupakan wajib ditonton setiap kali musim perayaan dan hari kemerdekaan, iklan  yang dihasilkan oleh arwah untuk syarikat petronas. Paling tidak boleh dilupakan, Sekiranya anda masih ingat dahulu surat khabar kosmo ada menulis mengenai isu siapa itu yasmin ahmad, yang pernah menjadi isu besar, perdebatan dan seingat saya Datuk Marina Mahatdir begitu mengecam tindakan surat khabar kosmo, itu semua kisah lama! yang pasti karya-karya yang dihasilkan oleh arwah begitu dekat di hati kita, begitu bijak memaparkan kisah-kisah realiti mengenai kehidupan berbilang kaum di malaysia yang begitu terkesan bagi yang menontonya. Sesunguhnya arwah antara pengarah filem yang terhebat di Malaysia, alfatihah untuk allahyarhamah yasmin ahmad, semoga di tempatkan dikalangan orang yang beriman. amin :)

33 comments:

  1. arwah Yasmin ni ada keistimewaan yg lain drpd pengarah yg lain.. cerita2 arahan beliau sgt simple tapi very meaningful dan boleh relate pada kehidupan yg sebenar.. lakonan pelakon yg diambil pun sempoi.. x nampak scripted sangat. al-fatihah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya setuju...cara pengarahan arwah memang berbeda drpada yg lain..very simple tapi dkat di hati..pelakun yg digunakan sempoi dan memahami watak yg diberikan..itu yg membuatkan filem arahan arwah..nampak nyata..:) al fatihah..

      Delete
  2. sedekahkan Al-Fatihah kepada beliau... akak memang suka pengarahan filem dia... berbeza... memang berbeza dari yang lain... agak sukar mencari pengganti beliau dalam masa terdekat nie...

    ReplyDelete
  3. al-fatihah .entri kali ni sgt menarik . meminati karya beliau yg unik dan berbeza dari filem yg lain adalah tidak sia - sia . - amirul flydaway

    ReplyDelete
  4. Alfatihah.. semoga ditempatkan di golongan yang beriman..
    Karya arwah yang akak tak boleh lupa iklan petronas tu.. ;)

    ReplyDelete
  5. Td buka google pown tgk doodle tu...rietta kagum dengan dia...al- fatihah...

    ReplyDelete
  6. alfatehah...yasmin seorang yg istimewa peribadinya, mengukuh silaturahim sesama bangsa Malaysia dgn bersahaja melalui filem...usha yasmin itu perlu diteruskan penggiat seni filem dan kita semua demi keharmonian negara tercinta...

    ReplyDelete
  7. owhh.. ada Ijazah Sarjana Muda Psikologi, no wonder. penyampaian beliau melalui iklan dan filem berkesan di hati penonton . Al-Fatihah

    ReplyDelete
  8. Al-fatihah..semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat..arwah sebenarnya memang salah seorang anak seni yang unik..even iklan petronas selepas ketiadaan arwah tidak kelihatan sama seperti ketika arwah ada...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  9. Al fatihah..semoga rohnya dicucuri rahmat..arwah sememangnya seorang anak seni yang unik..even iklan petronas selepas ketiadaan arwah juga tidak sama seperti mana ketika arwah mengarahkanya..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  10. Arwah sememangnya seorang yg kreatif & berbakat.. bermula dengan karya2 pengiklanan, beliau mengukir nama dalam penggambaran cerita pendek seterusnya ke layar perak dengan beberapa filem yg kita sedia maklum.. saat2 sedang rancak mengukir nama dalam industri perfileman, beliau telah menghembuskan nafas yg terakhir.. Al Fatihah.. aamiin..

    ReplyDelete
  11. patut lah ada nampak tadi kat google tapi tgk dari jauh ja la.. xsangka plak yasmin ahmad.. tapi dia memang seorang yang berbakat.

    ReplyDelete
  12. Al-fatihah.. semoga Allah menempatkan beliau dikalangan orang-orang yang beriman. In shaa Allah. Aamiin..

    ReplyDelete
  13. al fatihah.. hasil karyanya memang unik lain dari lain... moga rohnya di tempatkan di kalangan orang yang beriman

    ReplyDelete
  14. perasan juga doodle google ada gambar perempuan, tapi tak ambik port pun..tak sangka pulak gambar arwah..masih teringat iklan raya Petronas yg di buat kat Lenggong..

    Al-fatihah..

    ReplyDelete
  15. tetiba tasneem teringat arwah emak. Al-fatihah..

    ReplyDelete
  16. Al - Fatihah . Dia diambil pergi di saat kegemilangannya . sesungguhnya Allah lebih menyayanginya ... done topup rhb .

    ReplyDelete
  17. alfatihah utk arwah..niesa suka cerita sepet. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan org2 yang beriman..amin.. :)

    ReplyDelete
  18. sekarang nih, dah takde orang yg dapat buat iklan sehebat beliau. bila tengok iklan beliau buat walaupun pendek, tapi sangat bermakna. iklan sekarang ni macam terlalu kejar keuntungan. terbaru yg best MAXIS. tapi tu je la rasanya.. hurmmm..

    al-fatihah utk beliau.. :')

    ReplyDelete
  19. Alfatihah untuk arwah..A special person with amazing talent!!!

    ReplyDelete
  20. Al - Fatihah . Allah ambil dia di saat kegemilangannya berada di puncak ... done topup ikea .

    ReplyDelete
  21. akak suka sangat dengan iklan-iklan dari yasmin ni. Hidup betul

    ReplyDelete
  22. al-fatihah buat yasmin.. suka tgk karya2 dia. kekal dlm ingatan. bru nina tau doodle kt google tu.

    ReplyDelete
  23. alfatihah, berbakat orangnya ni....

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca