Kepentingan Makan Malam Secara Sihat | www.sobriyaacob.com

Saturday, February 22, 2014

Kepentingan Makan Malam Secara Sihat


Assalamualaikum dan salam sejantera semua, memandangkan entry ini di post pada lewat malam, jadi saya akan berkongsi dengan anda semua kepentingan makan malam secara sihat, ya saya tahu ramai di sini suka makan tengah malam, tambah-tambah kalau anda student, itu sudah menjadi rutin setiap malam bukan? :P jom kita baca entry di bawah yang mungkin boleh membantu kita makan pada waktu malam secara seimbang.
"Makan makanan yang seimbang, pilih makanan yang sihat"

  • Utamakan makanan yang seimbang pada setiap waktu makan malam. Pastikan hidangan anda mengandungi bijirin seperti nasi atau roti, ikan, ayam atau kekacang serta sayur-sayuran mengikut saranan Piramid Makanan Malaysia.
  • Hadkan pengambilan makanan yang bergoreng, berlemak dan berminyak.
  • Ketahuilah saiz hidangan makanan anda. Makan malam sepatutnya membekalkan anda 400-500 kalori.
  • Waktu makan malam yang sesuai adalah di antara 6.30 petang hingga 8.30 malam. Sekiranya anda tidur lewat dan berasa lapar, anda boleh mengambil snek yang ringan sebelum tidur seperti buah-buahan, roti, biskut atau segelas susu suam.
  • Tidak digalakkan mengambil makanan pada lewat malam. Ini adalah kerana pengambilan makanan hampir dengan waktu tidur akan menyebabkan ketidakselesaan dan akan mengganggu tidur anda.
  • Elak makan malam sambil menonton televisyen. Ini adalah kerana anda tidak sedar berapa banyak anda makan sambil menonton rancangan kegemaran anda tersebut
  • Elak mengambil teh atau kopi selepas makan malam. Pengambilan teh atau kopi boleh mengakibatkan gangguan tidur. Sekiranya anda perlu menghadiri jamuan makan malam, anda tidak perlu makan semua jenis makanan yang dihidangkan. Makan secara sederhana dengan mengambil saiz hidangan yang kecil. Pilih makanan yang lebih sihat. Utamakan buah-buahan serta air kosong.

P/s: Macam mana dengan tips di atas, diharapkan dapat memberi sedikit, info cara yang betul untuk makan pada waktu malam secara sihat.


25 comments:

  1. Hoho... Nice tips and info.. Thanks!!! Biasanya kalau amik makanan berat lewat malam akan susah nak tidur sebab tak selesa... Tidur dulu... Selamat Malam... Haha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. yo.. sama-sama bro..memng ambil makanan berat tgh mlam.. payah nak tdo..lpas tu esok pagi mula mlas nak bgun awal.. :)

      Delete
  2. Memang kena jaga makan malam ni. Coz apa yang kita makan perlukan masa untuk proses. kalau dah lewat sure tidur dalam keadaan makanan tak hadam. Worse part makan makanan yang kurang sihat pulak tu..Ada dua problem tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada dua masalah yg dikesan..
      satu mkan makanan malam yg berat..kedua ambil mkanan malam yg tidak mnyehatkan mcm maknaan segera :)

      Delete
  3. sangat bermanfaat seua tips ini sobri untuk kita semua amalkan.. semoga mendapat tubuh yang sentiasa sihat dan cergas..

    ReplyDelete
  4. Makan malam seeloknya sebelum pukul 10 pm. Makanan yang ringan dan tidak mengenyangkan. Elak makanan berlemak,berminyak dan bijirin. Saya dengar pakar kesihatan Amerika Syarikat kata elakan semua jenis bijirin termasuk whole grain kerana ia punca kegemukan. Bijirin adalah makanan haiwan khasnya lembu untuk digemukan? Sila beri pandangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas pandangan yang diberikan..setuju dngan pendapat yang diberikan.Makan malam boleh mengakibatkan mereka menambahkan berat badan. Tanggapan ini sebenarnya tidak tepat. Ini kerana faktor-faktor lain seperti makan secara berlebihan, makan makanan yang berlemak, berminyak serta tinggi kalori dan gaya hidup yang tidak sihat antara faktor yang boleh menyumbang kepada kegemukan..

      sebagai maklumat tambahan boleg refers kepada link di bawah utuk penjelasan yang lbih mendalam.

      http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/pemakanan/dewasa/tabiat-makan-malam

      Delete
  5. Hye, saya suka baca blog awak, saya p0wn ada blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  6. HUHU . Saya ni kalau lapar cepat je makan maggi even lewat malam sekalipun . HUHU .

    ReplyDelete
    Replies
    1. he..he..lpas ni kena ubah la sikit tabiat makan mlam..cuba kpada mkanan yg lbih bkhasiat :P

      Delete
  7. good info sobri: kak ana malam mmg tak makan nasi kecuali balik kg sb mak dah hidang tak sampai hati tak makan kan..tetapi tip2 yg baik di atas..tq so much..

    ReplyDelete
    Replies
    1. your welcome sis..owh jaga badan ya sis.. terima kasih :)

      Delete
  8. kalau dah lapar kebiasaannya akan makan semuanya. haha >.<

    ReplyDelete
  9. Info perkongsian makanan sihat yg sungguh bermanfaat.. sgt baik utk dijadikan rujukan kita semua. T kasih bro Sobri.. :)

    ReplyDelete
  10. Info perkongsian makanan sihat yg sungguh bermanfaat.. sgt baik utk dijadikan rujukan kita semua. T kasih bro Sobri.. :)

    ReplyDelete
  11. nice info bro...mmg badan perlukan makanan yang sihat tp zaman skrg ni dah byk sgt fastfood.... org semua nak cepat jer...tu sbb saya suka cheq eem masak...hihihihihi :D

    ReplyDelete
  12. tips yg bagus utk org2 yg ingin berdiet :) ayam kalau goreng xbagus sgt, suka yg panggang :D

    ReplyDelete
  13. Terbaik...utk tgh mlm tu niesa kalau lapa sgt2 minum air suam je pastu cpt2 tdo...sekarang nk berdiet..tp sll je xmenjadi...hahaha

    ReplyDelete
  14. selalunya , apa yg ada dlm tudung saji , tu lah yg saya makan ... dpt visa dan uni of london jadikan sobri lbh sihat ... heeee

    ReplyDelete
  15. Terima kasih di atas info yang berguna ini. Mudah-mudahan menjadi amal pahala di sisi Allah Ta'ala!

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca