Kepentingan Sarapan Pagi | sobriyaacob.com

Monday, February 24, 2014

Kepentingan Sarapan Pagi


Assalamualaikum dan selamat pagi semua, entry ini adalah sambungan entry terdahulu Kenapa Makan Sarapan Pagi Sangat penting (klik sini) maka wujudlah sambunganya kepentingan sarapan pagi.  Sarapan amat penting kerana setelah semalaman anda menghabiskan masa dengan tidur, sudah pasti perut menjadi kosong dan tubuh badan kekurangan air. Ini bermakna anda telah terhidrat, kandungan gula di dalam darah juga menjadi rendah dan ini bermakna tubuh badan mempunyai tenaga yang sedikit.



Antara sebab utama kenapa kita perlu mengambil sarapan pagi ialah, untuk menambahkan tenaga, menambahkan tenaga, menjaga kesihatan jantung, meningkatkan sistem imunisasi dan terakhir meningkatkan kosentasi / focus.


  • Menurunkan berat badan kerana, tubuh mempunyai tenaga untuk melakukan metabolisma sehingga berlakunya pembakaran lemak ke tahap maksimun di dalam tubuh dan seterusnya membantu proses menurunkan berat badan.
  • Menjadi lebih kuat dan bertenaga. Tenaga tersebut diperolehi dari makanan yang diambil ketika bersarapan.
  • Mempunyai tumpuan dan kreativiti yang lebih baik sepanjang hari tersebut. Ini disebabkan oleh makanan yang diambil semasa sarapan membekalkan lebih gula untuk digunakan sebagai tenaga
  • Dapat meningkatkan kadar metabolism badan. Ini kerana, kadar metabalisma akan meningkat jika tidak tinggalkan waktu makan terutamanya waktu makan utama.
  •  Supaya dapat memberi sepenuh tumpuan dan fokus di dalam aktiviti seharian. Yang dipentingkan di sini adalah aktiviti perkembangan minda dan sahsiah anak. Dengan bersarapan pagi dapat mencergaskan minda jika dijadikan sebagai rutin harian yang penting untuk kehidupan yang lebih berkualiti.
  • Memberi kesan positif kepada kanak-kanak dan remaja yang masih bersekolah. Menurut American Dietetic Association, kanak-kanak yang bersarapan mempunyai tahap kefahaman dan konsentrasi yang baik di dalam kelas. Mereka lebih aktif, kreatif dan jarang ponteng sekolah.

P/S: Antara sedikit sebanyak info yang saya boleh kongsikan kepada anada semua, kenapa pentingnya mengambil sarapan pagi yang berkhasiat dan enak dan kalau boleh kurangkan mengambil makanan segera (klik sini) . Ingat sekiranya kita mulakan hari dengan sarapan pagi yang berkhasiat banyak perkara positif akan berlaku! perut keyang hati senang :P

26 comments:

  1. Heeee terima kasih :D Huhu. Peringatan yg baik :D hee~

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama..semoga bermanfaat tips di atas :P

      Delete
  2. mmg penting.. tp kalau makan yg berat sgt pun x berapa elok kan.. nnti cepat mengantuk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sarapan pagi memang sangat penting.. terlebih mkan pengantuk hilang focus..kena makan makanan yg berkhasiat dan seimbang :P

      Delete
  3. Ini lah sebenarnya kepentingan ambik breakfast..
    thx for the great tips Sobri :)
    psstt.. u are now in my blog list yer.. senang nak BW

    ReplyDelete
    Replies
    1. ur wc sis.. ok nanti saya masukkan blog sis dlm bloglist saya :P

      Delete
  4. nak kerja tak makan makanyaaa lemau ler jadinya hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. utk hari yg lebih btenaga mulakan dgn pengambilan sarapan yg sihat ...

      Delete
  5. Breakfast like a king...memang betul, kalau tak breakfast, pukul 10, 11, dah melilau cari benda nak makan..nak sampai ke pukul satu, rasa bdn menggigil, seram sejuk...sarapan pagi utk jaga badan, amanah Allah, nak pakai lama, InsyaAllah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. he..he.. boleh lembik badan kalau x sarapan pagi..ya betul sis pkul 10 ..11 f=dan lembik nak cari makanan :P betul nak pakai lama..kena jaga dari sekarang...

      Delete
  6. Assalamualaikum.. betul2.. sekarang ni kalau sheila tak makan sarapan pagi mesti pening kepala sangat. tapi alhamdullilah dah masuk hari yang ke-5 puasa ganti.. masih kuat dan bersemangat. mujur sahur tak tinggal ~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam.. ya alhamdulilah..kepentingan makan sarapan yg sangat penting :P

      Delete
  7. sekarang sejak kerja senang sikit ni memang tak skip breakfast..sebab ada masa, dulu terkejar2 masa...ada baiknya juga tapi bila kerja kurang makan pulak yg lebih.. haha suah jugak tu nak balance kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. he..he.. betul..betul.. :P cari keseimbangan

      Delete
  8. sy xsuka amek srpn pg..lps tu ade y ckp.knp x amek sarapan pg..mudah kena sakit jantung tau..sentap kejap..hehe..kena amalkan lepas ni. =)

    ReplyDelete
  9. Mmg penting.. saya tak boleh penumpukan perhatian kpd kerja klu tak bersarapan...

    ReplyDelete
  10. Memang sarapan ni penting..tapi masalhnya kita jarang ambil breakfast. selalu jadi BRUNCH..

    p/s: Cantik popular post. Tahniah. Nway function auto read tak jadi ke..atau nak cuba tutorial lain. let me know k!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank sis..berkat toturial sis bg..alhamdulilah berjaa..ya yg auto read tu..x menjadi plak.. he..he.. P..

      Delete
  11. mmg x skip breakfas.. tp mmg x sempat nk bikin sendiri.. rasa lagik nikmat kalo wat sendiri.. Alhamdulillah mak ada tolong bikin.. kalo makan kedai kadang x cukup sedap.. lg pon kena bejimat ceremat #sengih

    ReplyDelete
  12. Sejak baca entry kamu tempoh hari terus bjaga2 pasal makan pagi ni. siap google2 easy breakfast semua. hehe.. tapi betullah fokus memang bertambah baik bila makan sarapan.

    ReplyDelete
  13. HUHU , kalau masa time kuliah , memang skip la cerita dia . Slalu breakfast lambat . HIHI >_<

    ReplyDelete
  14. sarapan memang bagus tapi kalau terlebih sarapan tu naya gak ehhehe *kuat makan*

    ReplyDelete
  15. Peringatan buat bersama.. tapi selalu tak makan breakfast hehehee.. moga boleh berubah selepas ini :D

    ReplyDelete
  16. Sarapan bagi sebenarnya yang paling penting sbb badan memerlukan khasiat untuk mulakan hari anda selepas bangun dari tido... tu sbb saya selalu pesan kat wife..jgn skip bekfes... kadang2 org kata "Breakfast like a King" .... hihihihihihihi... org kata klu bekfes setiap hari nanti badan akan slim cam saya.... org kata laa bukan saya kata.... ahahahahaha... :D

    ReplyDelete
  17. Thanks sobri..niesa sll skip sarapan...tp bila pg bgn2 dh lapa mmg niesa kena ambik gak la sarapan...hukhuk

    ReplyDelete
  18. Nurul memang kena bersarapan.. kalau tak nak ngamuk je la kejenya.. haha

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca