Makanan Yang Boleh Mengurangkan Stress | www.sobriyaacob.com

Thursday, February 27, 2014

Makanan Yang Boleh Mengurangkan Stress

Assalamualaikum dan selamat malam semua, masa saya sedang surfing internet tadi saya terbaca satu article yang sangat menarik iaitu makanan yang boleh mengurangkan stress! ya secara jujurnya ini kali pertama saya terbaca mengenai makanan yang boleh mengurangkan stress, dan sudah semestinya makanan yang berkhasiat.


secara jujurnya kalau anda sedang stress apa yang anda lakukan untuk menghilangkan perasaan stress itu bukan? antaranya bertenang, berehat, beriadah, solat dan tabiat yang paling biasa dilakukan apabila stress ialah makan. sudah tentu apabila kita stress atau marah perut akan cepat terasa lapar dan tentulah makanan yang tidak sihat menjadi pilihan utama! tambah-tambah lagi kalau ada fast food, jajan, coklat bar, keropok oh! memang nikmat :P  

Apa kata selepas ini sekiranya anda stress dan memerlukan makanan yang mampu mengubati perasaan stress, daripada makan makan yang kurang berkhasiat anda boleh tukar kepada makanan yang berkhasiat dan seimbang. Article ini saya perolehi daripada info sihat, jadi ambillah masa  membaca sambil berfikir, sebenar suami aku playboy  pengambilan makanan yang sihat dapat membantu kita mengurangkan stress yang dihadapi. oh ya sebelum terlupa anda boleh rujuk article terdahulu cara-cara untuk mengatasi masalah stress, sebagai info tambahan.


Makanan yang mengurangkan stress:


  • Sumber kekacang seperti badam, pistachio dan kacang walnut yang mana ianya kaya dengan Vitamin B2, Vitamin E, magnesium dan zink. Vitamin B2 membantu dalam sekresi serotonin iaitu hormon yang memberikan rasa kegembiraan. Zink adalah antara komponen yang diperlukan dalam melawan stres manakala Vitamin E berkesan dalam menghalang penyakit yang disebabkan oleh stres seperti penyakit jantung.
  • Susu kaya dengan antioksidan dan mengandungi kalsium yang tinggi untuk membantu menyingkirkan radikal bebas yang berkaitan dengan stres.
  • Labu merah dan jambu batu adalah makanan yang kaya dengan Vitamin C. Keadaan stres yang berpanjangan boleh menyebabkan kekurangan penyimpanan Vitamin C yang boleh menyebabkan masalah gusi berdarah
  • Bijirin penuh seperti roti mil penuh, bijirin sarapan pagi, beras perang dan oat mengandungi karbohidrat kompleks yang bertindak untuk merangsang pengeluaran hormon serotonin (bahan kimia pencetus rasa gembira di dalam otak). Bijirin penuh yang kaya dengan Vitamin B dapat meningkatkan tenaga dan mengurangkan keletihan
  • Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi dengan antioksidan seperti Vitamin C, Vitamin E dan beta karotena membantu dalam mengurangkan kesan radikal bebas. Sumber Vitamin C yang baik adalah jambu batu, brokoli dan oren. Sumber Vitamin E yang baik adalah betik, bayam dan zaitun manakala makanan yang tinggi dengan beta karotena termasuk keledek, lobak merah dan labu.
  • Aprikot kering amat kaya dengan magnesium dan berkhasiat untuk membantu menenangkan otot dari dalam. Magnesium juga berfungsi membantu mengawal atur hormon stres.


P/s: Bagi anda yang sentiasa stress, tak pernah-pernah hilang perasaan stress dalam diri dan apabila stress anda suka makan makanan yang kurang sihat untuk mengurangkan perasaan stress itu, mungkin selepas ini anda boleh tukar corak pemakanan anda kepada corak pemakanan yang lebih berkhasiat. 

contoh apabila stress, anda suka makan makanan yang kurang sihat, yang kononya akan membantu anda menghilangkan perasaan stress itu tapi anda silap, bila anda stress anda akan makan dalam kuantiti yang banyak, tambahan pula makanan yang dimakan adalah kurang sihat,  penyakit amat mudah menyerang kesannya anda akan bertambah stress kerana masalah yang lain pula timbul seperti masalah kegemukan,kolestrol dan lain-lain, akibat tabiat yang kurang sihat anda amalkan. jadi jom ubah mulakan tabiat yang baru apabila stress makan makanan yang sihat, makanan yang kaya dengan pelbagai jenis vitamin dan mampu membantu anda mengatasi masalah stress!  

30 comments:

  1. good info... kadang2 tentang makanpun kita perlu serba sedikit pengetahuan kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. your wc sis.. ya utk pkongsian pngatahuan kita bersama :P

      Delete
  2. salam bro, kalau stress semasa buat kerja, fizi cari cubry atau makan ais cream...:p

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah . setakat ni sis tak de mangalami apa yg dikatakan stress . sis tak berapa suka memikirkan masalah sbb setiap masalah pasti ada penyelesaiannya . selalunya , selepas buat solat sunat , tido jap atau bangun pagi , insha Allah akan dpt idea utk selesaikan masalah . yg ptg , jgn fikirkan masalah org .

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulilah amin... ya..setiapmasalah ada jalan pnyelesaianya..yg pasti kita hambanya harus brusaha mencari jalan pnyelesaian.. :)

      Delete
  4. alhamdulillah . setakat ni sis tak de mangalami apa yg dikatakan stress . sis tak berapa suka memikirkan masalah sbb setiap masalah pasti ada penyelesaiannya . selalunya , selepas buat solat sunat , tido jap atau bangun pagi , insha Allah akan dpt idea utk selesaikan masalah . yg ptg , jgn fikirkan masalah org .

    ReplyDelete
  5. ya allah terima kasih sangat sangat lah T_T
    qila mmg tengah DEPRESSED hahahaah :D
    thank u ye!! :D Heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha..ha..ha ur wc..
      hope dpat membantu qila ya :P

      Delete
  6. Kena ambil tau ni walaupun tak selalu stress.. thanks sharing bro Sobri.. :)

    ReplyDelete
  7. stress bg setiap orang adalah normal...cuma cara kita menanganinya saja berbeza2....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya.. yg penting tahu bgai mana nak mgawalnya :P

      Delete
  8. org kata makan coklat..

    akak selalunya istigfar

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah.. shin jarang stress.. biasa kalo stress shin lebih suka luahkan banding amek makanan ato wat benda yak bebukan #sengih

    ReplyDelete
  10. memang lain daripada apa yang aku praktikkan..aku kalau tengah stress suka makan ice cream..tapi tak sib baik aku tak selalu stress..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. he..he.. skali skala mkn aiskrim layan apa..
      janji ko x stress bro :P

      Delete
  11. good info.. ehehee. mmg stress suka mkn.. bdn pun naik =)

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum sobri. sheila skrg dah rajin makan kurma, kismis dan buah epal waktu malam nak elak perut sentiasa lapar. hehe takut tau nak naik penimbang dekat klinik setiap bulan. asyik naik 2 kg je. hehehe harap2 berkesanlah puasa ganti 9 hari ni. hehee ~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam sis..owh amin mintak2 la berkesan ya kak :P

      Delete
  13. terima kasih kongsi entri nie.. memang sekarang nie terlalu stress ^_^ tapi kalau strss acik mkan kurma dan minum air coklat

    ReplyDelete
  14. kesimpulannya... jika kita jaga makan dan makan dengan seimbang insya-allah tak kerap alami stress... betul tak..? :D
    p/s: saya amalkan b-complex setiap hari.. lengkap 8 jenis vitamin b untuk keperluan harian.. hehe...

    ReplyDelete
  15. Kalau saya stress , saya suka telan burger ayam 2 biji dengan air pepsi . HAHA >_<

    ReplyDelete
  16. Kalau stress tak pernah makan itu makan ini lagi cuma tenangkan saja fikiran.

    ReplyDelete
  17. Selalu bila stress, saya minum susu coklat banyak-banyak. Takpun makan aiskrim.
    Sangat tak sihat tabiat saya ni kan en.Sobri.. ):

    ReplyDelete
  18. bagus informasi ini sobri.. akak kalau stress memang suka makan dan makan, hehe.. nampaknya kena makan makanan yang berkhasiat lepas ni.. menabung education uk..

    ReplyDelete
  19. good info sobri...noe klu stress sgt...g jogging...tak pun dengar ayat2 alquran...

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca