Tips Mengatasi Stres | www.sobriyaacob.com

Sunday, February 23, 2014

Tips Mengatasi Stres


Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu semua, ok untuk entry hari ahad yang indah ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tips-tips untuk mengtasi stress!. Sejujurnya ramai akan berasa stress sekiranya kita marah / menghadapi tekanan /dan pelbagai lagi yang membuatkan emosi terasa tidak seimbang lantas mewujudkan perasaan stress di dalam diri kita.

Kemarahan adalah satu masalah utama emosi akibat stres. Stres dialami oleh semua orang sama ada di rumah, sekolah atau tempat kerja. Stres, apabila keterlaluan, berpanjangan dan anda tidak ada kemampuan daya tindak akan membawa kepada kemarahan. 


Apa yang harus dilakukan apabila anda marah:

  • Menyedari yang anda sedang marah… Katakan: ‘Saya sedang marah!’
  • Bertenang...kira hingga sepuluh, tarik nafas panjang dan mengucap
  • Kenal pasti kenapa anda marah
  • Cuba dengar penjelasan orang lain
  • Anda perlu beredar jika tidak dapat mengawal kemarahan
  • Berbincang dengan orang lain jika tidak mampu mengendalikan kemarahan
  • Membiasakan diri memaafkan – menerima kenyataan bahawa manusia juga melakukan kesalahan

Cara mengurangkan kemungkinan untuk marah:

  • Berfikir secara positif
  • Jangan salahkan orang lain apabila berlaku kesilapan
  • Belajar menyukai diri sendiri
  • Belajar bertenang
  • Adakan hobi
  • Luangkan masa untuk keluarga, kerja dan beriadah
  • Dapatkan tidur yang cukup
  • Dapatkan teman untuk meluahkan masalah
  • Bersifat tegas/asertif
  • Tetapkan matlamat realistik untuk diri anda


P/s: sentiasalah berfikiran positif dan hadapilah masalah dengan tenang dan penuh senyuman, selamat berhujung minggu semua! pastikan hidup bebas strss :P






24 comments:

  1. Stress ni kadang-kadang mmg unstoppable..huhu..tapi kita la yg kena kawal diri sendiri :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul sally..kita sendiri kenas bijak kawal..diri sendiri :P

      Delete
  2. sebulan sekali kena pegi holiday.... klu bajet kecik pegi yang dekat dekat je, yg penting boleh tenangkan fikiran.

    ReplyDelete
  3. happy sunday sobri...dulu kak anapun cepat naik marah dan stress tapi seiring usia meningkat ni bykkan zikrullah dan membaca quran dan terjemahannya..Alhamdulillah semakin tenang rasanya...good info utk semua...

    ReplyDelete
    Replies
    1. happy sunday sis .. pkongsian yang menarik.. zikir dan membaca al-quaran terapi stress yg tbaik >P

      Delete
  4. bersenam pun boleh kurangkan stress juga kan.... keluar dengan kawan2.. takda lah asik fikir masalah diri sendiri jer... yang penting kita enjoy... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. he..he..kalau tgh bsenam memng hilang stress smua..slurkan yg strees tu kpada bsenam :P

      Delete
  5. HUHU . Bersabar jeh laa and banyakkan ketawa . HUHU :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. cara yg pling mudah dan snang..senyum sokmo :P

      Delete
  6. Entri yg baik utk hari yg baik... in shaa Allah.. tak stress. Nice sharing bro Sobri.. :)

    ReplyDelete
  7. Penyakit zaman sekarang yang perlu diatasi kerana boleh membawa petaka. Yang penting jgn bersendirian dan dipendamkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cara org yg bleh bkongsi masalah..sbaiknya jgan dipendam :P

      Delete
  8. banyakkan berzikir. hehe. baru hati tenang. kalau amik wuduk sejuk je hati. :)

    ReplyDelete
  9. Stress ni kadang2 sukar dikawal. But sometimes kalau marah, Vee akan kira 1 sampai mana2 nombor sampai rasa okay. Hahaa.. Then Vee suka senyum, sebab kalau senyum automatic hati rasa happy :D

    ReplyDelete
  10. paling baik dan bkesan sebaik..baik terapi..:P

    ReplyDelete
  11. kalau pandai kawal strees mesti kesiahatan minda akan terjaga kan.. heheh

    ReplyDelete
  12. akak setuju dengan semua tips menangani stress ini.. bagus perkongsian ini sobri.. yang penting kita haruslah berfikiran positif dan jangan terlalu mengikut perasaan.. inti..

    ReplyDelete
  13. Jangan terlalu fikirkan sangat . Setiap perkara tu ada penyelesaiannya dan akan berlalu mengikut masa . baca Quran dan berzikir . Insha Allah , akan lapang dada . INTI dan VISA untuk sobri .

    ReplyDelete
  14. mlm tadik ramai org stress nk booking ticket flight.. Air Asia wat promo free seat.. member shin siap msg .. ngadu stress.. asyik masok "waiting room" je #sengih

    ReplyDelete
  15. kekalkan senyuman di wajah yang ceria .. :D

    ReplyDelete
  16. Jom kita gelak beramai-ramai untuk menghilangkan stress.... kakakakakakaka.... LOL.. :D

    ReplyDelete
  17. Hidup dan stress mmg xdpt dipisahkan cuma kita kena pandai kawal stress...hehe...byk aktiviti yg dpt hilangkan stress...kalau perempuan apa lg...shopping! xD

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca