Ancaman Meninggalkan Solat Jumaat | sobriyaacob.com

Friday, March 28, 2014

Ancaman Meninggalkan Solat Jumaat




Dari Abdullah bin Umar dan Abu Hurairah r.a keduanya menceritakan bahawa mereka mendengar daripada Rasulullah s.a.w, ketika baginda sedang berkhutbah di atas mimbar, sabdanya:Hendaklah orang-orang yang suka meninggalkan Jumaat menghentikan perbuatan mereka itu, atau adakah mereka mahu Allah membutakan hati mereka dan sesudah itu mereka betul-betul menjadi orang yang lalai?

Huraian Hadith: 

Meninggalkan solat Jumaat merupakan perbuatan yang ditegah kerana solat jumaat hukumnya adalah fardhu ain ke atas setiap individu muslim. Orang yang meringan-ringankan hukum Allah ini akan mengundang kemurkaan-Nya dan mereka bakal menerima balasan yang setimpal dengan dosa yang dilakukan. Bahkan orang yang enggan mentaati suruhan Allah pintu hatinya lama-kelamaan akan tertutup daripada mendapat hidayah menjadikan mereka semakin sesat dan tanpa segan terus melakukan dosa-dosa yang lain. Sesungguhnya orang yang dibenarkan meninggalkan solat Jumaat hanyalah mereka yang menghadapi kesukaran yang mencapai darjah keuzuran syar'i sepertimana yang berlaku kepada orang sakit dan orang musafir. Oleh itu sekiranya seseorang itu tiada sebarang alasan yang munasabah di sisi syarak untuk meninggalkan solat Jumaat, maka hendaklah mereka mengerjakannya kerana solat Jumaat selain dariapada suatu kewajiban dalam beribadat kepada Allah S.W.T ia juga merupakan suatu syiar Islam yang wajib dipelihara demi menjaga kesucian agama.


P/s: Salam jumaat, salam berkat :P

22 comments:

  1. Tapi kadang2 ada gak tengok lelaki ni tapi bukan semua, solat jumaat ni memang tak pernah tinggal tp kalau solat wajib tu macam chipsmore pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq ida,,sebenarnya tu point saya nak tulis sbnarnya solat wajib tu..nantilah kena cari banyak masa sikit..nak menulis..hari ni x sempat..sempat copy je ida.. he..he

      Delete
  2. yok gi solat Jumaat #senyumpalingmanis #pakaibaupalingwangi

    ReplyDelete
  3. Jangan tinggalkan solat ... itu yang lebih penting walapun ada Fiesta ford kat sini !

    ReplyDelete
  4. betul2.. selamat menunaikan solat jumaat buat kaum adam .. Seronok kan tengok masjid full? =)

    nnti share pulak khutbah jumaat hari ini . hee.

    ReplyDelete
  5. Jadikan solat sebagai hubungan Cinta kita bersama Allah. Rindu bila ditinggalkan. Resah bila tak dilaksanakan

    Salam Sayyidul Ayyam ^^

    ReplyDelete
  6. Mereka yg meninggalkan solat jumaat tidak tahu nikmatnya. Bila sudah biasa pasti tak mahu tinggal sama seperti solat fardhu juga..

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum.. semoga kaum Adam lebih memandang berat hal ini..

    ReplyDelete
  8. jgn pernah tinggal solat..bukan solat jumaat je..kalau boleh semua solat la..hehe..happy weekend sobri..

    click nissan kat sini.. ;)

    ReplyDelete
  9. ada yang meninggalkan solat jumaat dengan sengaja.. alasan tak lebih 3kali takpe.. termasuk salah seorang rakan sekerja akak dahulu.. harap-harap dia dah berubah dengan pertambahan usianya..

    ReplyDelete
  10. Jangan tinggal tau Sobri..Jagalah amanah Allah. pasti Allah akan menjaga kita..

    ReplyDelete
  11. betul tu. Kalau boleh try lah jaga semua solat wajib :D
    pastu kalau bersebab takpe kan kalau nak tinggalkan solat jumaat? Hehe. Terima kasih atas peringatan ye cik sobriii :D

    ReplyDelete
  12. kalau solat subuh pun masjid penuh macam solat jumaat kan best...

    ReplyDelete
  13. so sobri..jgn tinggal solat jumaat tau...solat fardu pun jangan tinggal.. :) INti Inti for u :)

    ReplyDelete
  14. jgn solat jumaat je, Solat fardu, kalau tinggal, hukumannya akan dihantuk kepala sehingga pecah dan allah mengurniakan kepala pecah tersebut sempurna semula dan diulang dipecahkan kepala di neraka kelak...

    ReplyDelete
  15. T kasih atas peringatan ini... inshaa Allah akan terus dilaksanakan... Subhanallah...

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca