Kebaikan Dan Kelebihan Bersenam | www.sobriyaacob.com

Saturday, March 22, 2014

Kebaikan Dan Kelebihan Bersenam


Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu semua, hari ini hari minggu jadi mari kita penuhi aktiviti hujung minggu ini dengan melakukan aktiviti  beriadah yang boleh mengeluarkan peluh seperti bersenam. Jadi entry pada hari ini saya akan berkongsi kebaikan dan kelebihan bersenam!


Apa itu senaman?

Senaman ialah pergerakan badan yang dilakukan secara berulang-kali secara terancang dan berstruktur bertujuan untuk meningkatkan atau mengekalkan satu atau lebih komponen kecergasan fizikal. Senaman juga melibatkan penggunaan dan pengeluaran tenaga yang banyak.

  • Bersenam dapat meningkatkan kecekapan kebanyakan organ tubuh manusia seperti menguatkan tulang belakang dan otot perut, memperbaiki postur atau posisi tubuh dan mampu mencegah sakit belakang terutamanya peningkatan umur seseorang. 

  • Dengan mengamalkan diet seimbang dapat membantu mengawal masalah berat badan seseorang itu berlebihan. Hal ini dapat mengawal keadaan fizikal dalam mengelakkan obesiti yang meningkatkan risiko badan seseorang itu mendapat pelbagai penyakit seperti diabetes, penyakit jantung dan kanser.

  • Dapat menyihatkan tubuh badan, apabila anda bersenam badan akan mengeluarkan peluh. Peluh yang terhasil dapat menyingkirkan sisa toksik dalam tubuh. selain itu dapat mengawal suhu badan kita, badan akan akan jadi lebih sihat

  • kadar sistem keupayaan respiratori turut akan meningkat ke kadar yang lebih tinggi, menyebabkan keupayaan bernafas dengan lebih baik dan kuat. Perubahan ini akan membuat kadar pengambilan oksigen meningkat di mana secara langsung akan meningkatkan bekalan oksigen kepada sel-sel di dalam tubuh badan . Ini akan membuatkan sel-sel tersebut dapat bekerja dengan lebih efisien.

  • otak akan menjadi cerdas apabila kerap bersenam, itu memang tidak dapat dinafikan. Dapat membantu kita dapat berfikir dengan lebih.

  • Boleh dijadikan sebagai aktiviti riadah, dapat menenangkan fikiran setelah penat belajar atau bekerja. Bersenam boleh melegakan tekanan atau stres apabila aktiviti ini dilakukan bersama kawan-kawan atau ahli keluarga dan secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan sesama mereka

P/s: Sebenarnya memang banyak kebaikan bersenam, seperti dapat menyihatkan tubuh badan dan dapat meningkatkan kecergasan fizikal kita, jadi daripada menghabiskan cuti hujung minggu dengan tidur apa kata kita berubah kepada bersenam pula! bukan lama bersenam minima 30 minit dan 3 kali seminggu :P


17 comments:

  1. Yeah... esok klu cuaca ok, saya nak jogging.. lama tak jogging sejak jerebu & tak ada air waktu hujung minggu ni.. :)

    ReplyDelete
  2. singgah pagi klik2 skjap n copy link address sobri tq...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum sobri.. lama tak jogging.. huwaaa.. selamat pagi, singgah sambil menabung sini ~~~

    ReplyDelete
  4. bersenam..dah lama gila x jogging..skarang ni byk org buat senaman jari je..yg lain dorng mls nk buat..tgk la mcm niesa ni..malas betul nk bersenam..hahaha
    click digi.inti dan nissan.. :D

    ReplyDelete
  5. jerebu dah takde..bolehlah bersenam di luar...best..best...

    ReplyDelete
  6. <--- aih, aku dh lama tak bersenam =.='

    kesemputan aku makin menjadi2

    ReplyDelete
  7. Selamat berhujung minggu Sobri...Jangan lupa bersenam ya...

    ReplyDelete
  8. Aku setiap hari senam, itu pun dalam ruma je lah. hahaha

    ReplyDelete
  9. pengganti senam, sya biasa bersepeda.,

    ReplyDelete
  10. halangan utama bersenam : malas.. hehehe

    ReplyDelete
  11. akak bersenam kat dalam rumah je sejak cuaca tak baik.. nuff keluar churp2 semua..

    ReplyDelete
  12. sekarang cuaca dah kembali ok nak juga jogging di luar rumah.. tengah malam baru keluar menari-nari semua tabung.. menabung 4 kali visa, 2 kali mcD.. selamat malam.. :D

    ReplyDelete
  13. noe mmg suka bersenam...cuma kadang2 tu x ada geng...

    ReplyDelete
  14. senaman byk kebaikan kan..tp susah betol nak amalkan..hehe

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca