Kebaikan Dan Khasiat Buah Betik. | www.sobriyaacob.com

google advertising

Monday, March 24, 2014

Kebaikan Dan Khasiat Buah Betik.


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, entry hari ini info tentang kebaikan dan khasiat buah betik, siapa di sini tak pernah makan buah betik? boleh dikatakan sekiranya anda tinggal di negara beriklim khatulistiwa pasti pernah merasai kaenakan buah betik. Pokok betik antara pokok yang mempunyai banyak khasiat dan kegunaan.

Betik merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di Asean. Tumbuhan ini berasal dari Mexico Selatan, namun kini pokoknya ditanam di hampir semua negara beriklim tropika. Pokok betik menghasilkan buah yang boleh dimakan. Buah betik banyak dijual di pasar-pasar, termasuk pasar tani, dan pasar sayur. Pucuk betik sering dicelur untuk dijadikan ulam dan dimakan bersama sambal belacan. Pucuk muda betik berasa pahit, manakala buah muda betik jika dibuat halwa berasa masam-masam manis.Buah betik adalah buah yang baik sekali untuk dimakan ketika kita sakit mahupun sihat. Selain dari sumber makanan yang murah dan senang didapati, buah betik juga mengandungi khasiat yang tinggi. Boleh dikatakan buah betik mengandungi hampir semua zat makanan yang diperlukan bagi kesihatan tubuh kita. Di bawah saya senarai 10 info yang perlu kita tahumengenai kebaikan dan khasiat buah  betik.


Kebaikan Dan Khasiat Buah Betik.

1) Sebagai tonik tambahan

Memakan buah betik setiap hari dapat menambahkan tenaga badan dan menjadi sumber pembersih perut yang amat berkesan. Ia amat mujarab bagi menyembuhkan berbagai-bagai gangguan perut dan penghadaman makanan. Jus buah betik ranum, jika dicampur dengan susu dan madu boleh menjadi tonik yang tinggi khasiatnya bagi kanak-kanak yang sedang membesar, wanita yang sedang hamil, wanita yang menyusukan dan kepada mereka yang lemah tenaga kerana sakit.


2) Ubat bagi sembelit dan bawasir

Jika mengalami sembelit cubalah memakan betik. Ia murah lagi selamat. Betik juga penawar yang ideal bagi penyakit bawasir berdarah, Malah menurut para doktor dengan mengamalkan memakan beberapa potong buah betik selepas makan, bukan saja dapat membantu penghadaman makanan serta membekalkan berbagai-bagai vitamin, zat galian dan serat yang kita perlukan, bahkan dapat menjauhkan kita daripada cacing pita dan kerawit di dalam perut. Ini kerana betik mengandungi unsur yang disebut ‘ anthelmintic’ yang dapat membunuh kuman.


3) Mencegah terjadinya batu di dalam pundi kencing

Sebahagian doktor dan pakar pemakanan mengatakan bahawa buah betik ranum jika dicampur dengan madu asli adalah baik bagi sesiapa yang tidak lawas kencing dan menghidap berbagai-bagai masalah pada sistem kencingnya. Dengan membuang air kecil secara baik, dapat menghindarkan kita dari mendapat masalah batu pada pundi kencing kita.


4) Mengubati sakit-sakit otot 

Daun betik yang dilayur di atas api dapat mengubati sakit-sakit otot apabila dilekapkan pada bahagian yang sakit. Bagi mengubati sakit sendi pula, meminum air perahan dari daun muda yang ditumbuk lumat dan dicampurkan dengan sedikit perahan limau nipis boleh membantu.


5) Merawat masalah kulit seperti jerawat dan kekedutan

Bagi merawat masalah kulit seperti jerawat dan masalah kedutan, hancurkan buah betik tersebut. Kemudian tampalkan di tempat yang bermasalah setengah jam sebelum mandi.


6) Mengubati tumit pecah-pecah 

Betik juga boleh digunakan untuk mengubati tumit pecah-pecah yang boleh menyebabkan kaki terasa sakit. Salah satu daripada rawatan tradisional bagi mengubati masalah ini ialah dengan menggunakan buah betik muda yang dibelah dua kemudian diambil getahnya dan sapu dibahagian tumit yang pecah.


7) Dijadikan Ulam-ulaman

Daun betik terutama pucuknya yang muda sering direbus untuk dijadikan ulam. Selain itu, air rebusan daun betik dapat melegakan perut dengan mengeluarkan segala angin.


8) Sesual untuk merawat Hemoroid

Buah betik yang masak selain kaya dengan vitamin C, ia berkesan merawat hemoroid atau buasir dan sembelit.Makan buah betik boleh memudahkan proses penghadaman dan mengelakkan sembelit.


9) Kaya dengan vitamin c

Buah betik yang ranum kaya dengan vitamin C, mempunyai kandungan serat yang tinggi. Selain itu, ia juga mengandungi air, protein, lemak, serat, zat besi, fosforus, kalium, kalsium, natrium, niasin, riboflavin, tiamin, karpain, karposid, mirosin, papain dan pektin.


10) Kaya dengan vitamin A

Buah betik kaya dengan vitamin A (kulitnya) dan juga kalium. Nutrien -nutrien penting yang terkandung dalam betik, menjadikan tumbuhan ini mempunyai nilai-nilai perubatan yang tersendiri.


P/s: sebab utama saya kongsikan entry kebaikan dan khasiat buah betik, semalam ketika kami sekeluarga tengah menikmati buah betik, kakak saya tanya kepada saya apa khasiat dan kebaikan yang terdapat di buah betik, saya cuma boleh bagi 2 jawapan yang saya tahu, buah banyak vitamin & bagus untuk sembelit, lepas tu dia boleh perli pulak *ai kata blogger boy pun tahu sikit je, aku ingat ang tahu 10 kebaikan buah betik he..he.. knowledge hang pasai betik memang sikit!*. so that main reason entry ini terhasil.. insaallah pengatahuan saya mengenai betik semakin bertambah kak.. malah lebih baik dari orang jual buah betik... :P


24 comments:

  1. yup ,memang suka buah betik ,banyak kebaikannya ^_^

    ReplyDelete
  2. suka mkn betik kalo ada org siap kupaskan.. potong cecomel.. sejukkan jap dlm peti ais.. huhuhu kalo sendiri bikin malehhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. he..he.. kalau mcm tu semua org pun suke. nanti kena cari bini rajin potong buah la ya shin :P

      Delete
    2. Sobri Yaacob : eh x pe laaa.. mak shin leh wat #sengih

      Delete
  3. Makan betik cicah asam boi pun sedap . Favorite gitu >_<

    ReplyDelete
    Replies
    1. x penah try lagi..sllau mkn yang masak je..nanti bleh la cuba :P

      Delete
  4. Wahh... betik adalah antara buah kegemaran saya.. thanks sharing bro Sobri.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama le kita..snang nak cari kat pasar malam..murah plak tu :P

      Delete
  5. buah paling mudah didapati dan murah . selalu makan blh atasi masalah sembelit . INTI , DiGi n Colgate pun ada keperluannya .

    ReplyDelete
  6. bagus sekali perkongsiannya ni...banyak info yg diberi...

    ReplyDelete
  7. buah betik ne sedap kalo letak dalam peti dulu pastu baru makan..hehe

    ReplyDelete
  8. Untuk mereka yang dapat makan buah betik. saya tak berapa makan buah kecuali kurma.

    ReplyDelete
  9. niesa suka mkn betik!kalau berulam dgn betik pun sedap.. meleleh2 air liur teringat betik..hahaha..byk jugak kebaikan betik kan..thanks share sobri!

    menabung kt sini..ada flight dan digi..heee

    ReplyDelete
  10. sy suka betik..sbb kat u tu susah dpt kn..rm1 sepotong pun sanggup beli..tp bukan hari2 la..hee..=)

    byk khasiat kn..

    ReplyDelete
  11. buah peberet awok ni.... Mem awok udha tau... kalo dibelinye buah betik.... dia asingkan dulu utk awok.... sedap... bagi sejuk dulu ...... ..perghhh....

    ReplyDelete
  12. banyak khasiat buah betik.. buah betik makan dengan asam masin serbuk tu akak makan.. tapi kalau betik makan begitu sahaja akak tak suka.. menabung ford lagi 2kali..

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum sobri, dulu sheila suka gak beli betik ni, belakang rumah pun ada tanam. tapi sejak mengandung ni, dah kurang keberkesanan jadi ubat sembelit sheila. huwaaa... Tapi betik ni sedap sangat. singgah sambil menabung ford sini ~~~

    ReplyDelete
  14. TQ sbb sharing bro...mmg aku tau byk khasiatnya tp xde ler semua... byk rupanya khasiatnya ..pasni leh beli buah betik byk2...simpan kat rumah...ekekekekeke... :)

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca