Kebaikkan Dan Kepentingan Menderma Darah | www.sobriyaacob.com

google advertising

Thursday, March 27, 2014

Kebaikkan Dan Kepentingan Menderma Darah


Assalamualaikum dan salam sejahetera, entry hari ini kesenambungan entry terdahulu Pengalaman Menderma Darah. Tahukan anda bahawa menderma darah bukan sahaja perbuatan yang mulia, dapat membantu orang lain dan yang paling penting  banyak kebaikan yang bakal diperolehi selepas menderma darah! 

Kebanyakan respon daripada entry yang terdahulu, kebanyakkan masih belum pernah mencuba menderma darah, Jadi perkongsian pada hari ini saya akan senaraikan 12 kebaikkan menderma darah.


12 kebaikkan dan kepentingan menderma darah.


1. Anda boleh menyelamatkan nyawa

Setiap kali menderma darah, anda dapat menyelematkan sekurang-kurangnya satu nyawa. Selain itu, ia juga membantu melancarkan pergerakan darah penderma sekaligus memberi faedah kepada kedua - dua penderma dan penerima. 

2. Lebih mengetahui darah anda

Selain dapat mengetahui kumpulan darah, darah penderma juga akan diuji di makmal sebelum diberikan kepada pesakit. Ini membolehkan anda dapat mengetahui sekiranya terdapat jangkitan atau masalah lain pada peringkat awal.

3. Mengurangkan risiko penyakit jantung

Kajian mendapati kandungan besi dalam darah pada tahap optimum dapat mengurangkan risiko penyakit jantung. Pendermaan darah dapat mengurangkan sedikit besi dalam darah kita. Selain itu, pendermaan darah juga membantu badan mengawal tahap kolesterol.

4. Penyakit kronik

Talasemia merupakan sejenis penyakit genetik. Masalah ini disebabkan kekurangan hemoglobin dalam darah pesakit. Satu - satunya cara mengatasi masalah ini adalah memindahkan darah kedalam badan pesakit secara konsinten. Selain itu, pesakit kanser darah juga memerlukan darah dalam tempoh tertentu. Bayangkanlah jika tiada sesiapa yang ingin menderma darah, apa akan terjadi kepada mereka?

5. Darah tidak disimpan selamanya dalam badan

Setiap darah yang diderma hanya boleh disimpan dalam tempoh empat bulan sahaja. Oleh itu, pendermaan darah secara konsisten dapat memastikan bank darah hospital akan sentiasa mempunyai bekalan darah yang mencukupi.

6. Mudah dan selamat

Tidak ada yang perlu ditakuti. Semua tugas pendermaan dilakukan secara profesional. Anda tidak akan merasa sedikit pun kesakitan. Setiap jarum dan perkakasan lain yang digunakan hanya digunakan sekali sahaja.

7. Meneruskan kehidupan normal

Kandungan besi dalam darah membawa oksigen dan hormon - hormon lain ke seluruh badan. Ini sangat - sangat membatu pesakit agar mereka dapat meneruskan kehidupan seperti biasa.

8. Mengurangkan risiko strok otak

Berdasarkan kajian sekumpulan pakar perubatan, menderma darah dapat mengurangkan risiko penyakit strok otak dari 35 - 85%!

9. Membakar kalori

Individu boleh melakukan `diet' atau kekal sihat dengan kerap menderma darah. Satu pain darah, iaitu kira-kira 450 milimeter, apabila didermakan membakar sebanyak 650 kalori dalam badan penderma.

10. Warga emas rasa lebih bertenaga

Ramai warga emas melalui pendermaan darah dan menjadikan badan berasa lebih selesa. Walaupun tidak dibuktikan secara jelas, tetapi ia antara sebab kenapa warga emas kini semakin kerap menderma darah.

11. Kepuasan

Menderma darah adalah seperti melakukan kerja khidmat komuniti yang lain. Perasaan gembira hadir secara tidak langsung selepas kita menolong orang lain.

12. Menjadi lebih produktif dan berkesan

Selepas menderma, darah anda akan diganti dalam masa 48 - 72 jam. Walaupun sel darah merah hanya dapat diganti sepenuhnya dalam masa 6-8 minggu, namun kesemua proses itu menjadikan badan lebih sihat, kuat, efektik dan segar. Oleh itu, menderma darah bukan sahaja menyelamatkan darah seseorang, tetapi juga memberi faedah kepada penderma dari aspek kesihatan.


P/s: Bagi anda yang belum membaca entry pengalaman menderma darah saya boleh *klik disini* dan sekiranya anda inginkan lebih banyak info-info berkaitan derma darah seperti kenapa kita perlu derma darah, kebaikan yang diperolehi, syarat-syarat menderma darah dan lain-lain, information about donate blood or donate blood campainge, feel free please visit www.malaysiablooddonors.org ! Donate your blood and make are difference.


28 comments:

  1. terima kasih berkongsi info yang baik ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama.. thank reading this entry :P

      Delete
  2. Assalammualaikum...sobri,

    thanks atas perkongsian nie...kena selalu menderma darah... mselim3 tak pernah menderma lagi nie...hehhe

    mselim3

    ReplyDelete
  3. wahhh..bykkan kebaikkan dan kepentingan menderma darah ni..thanks for sharing sobri..harap2 la niesa berkesempatan utk derma darah nnti..nk jugak rasa perubahan lepas derma darah..hehe..

    click ford kat sini.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya niesa.. lpas ni bleh la niesa try plak ya.. thank you niesa :P

      Delete
  4. menderma darah perbuatan terpuji ...bagus infonya..singgah klik3 tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulilah..seronok dpt membantu org lain :P

      Delete
  5. Info yang bagus bro...aku ngan wife mmg dari dulu lagi nak derma darah ni tp gabra pun ada gak.... aku nyer ok kot tp wife berat badan 45kg .... tp biler dah baca entri ni baru ada semangat sket...hihihihi.... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. he..he.. lpas ni bleh cuba dgn wife bro..itu salah satu halangan nak menderma.. berat badan x ckup syarat.. memang x leh la.. alhamdulilah..semoga trus bsemangat utk menderma :P

      Delete
  6. cam semangat nak derma darah tapi takut la plak tgk jarum tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. he..he..jangan takut.. tabahkan hati :P

      Delete
  7. jangan la cocok cocok tangan saya.. takot.. geget leher terus hisap darah #pengaruhtvkuatsangat

    ReplyDelete
  8. Membakar kalori?? tapi kenapa ramai orang kata lepas derma darah berat badan mudah naik yer?? huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah berat badan aiza turun selepas menderma darah..

      Delete
  9. tak pernah derma darah lagi ummumnyalah..dlm pd tak tahu tu tak taulah..sbb dulu rutin pg hospital...takkan diorg nak buang plk darah2 tukan..

    ReplyDelete
  10. dulu2 ada la menderma dalam 5/6 kali...lepas ada high BP...dah x boleh derma...

    ReplyDelete
  11. banyak kelebihan dan kepentingan menderma darah yang orang tak tahu.. masa akak mula-mula menderma darah dahulu selalu juga mak akak marah, katanya boleh menyebabkan kekurangan darah.. ternyata ianya hanya auta sahaja.. sekali dah menderma pasti kita akan rasa nak derma lagi.. untuk wanita disarankan menderma setiap 4 bulan sekali.. sayangnya sekarang ini kesihatan akak kurang baik, tak dapatlah menderma darah lagi.. menderma tabungan sobri je yang mampu, 2 inti, 1 ford.. :D

    ReplyDelete
  12. Ida tak pernah derma darah sbb ida sendiri mengalami tekanan darah rendah (amemia) ataupun kurang sel darah merah sejak kecil. Dulu masa kecil minggu sekali ida akan ke hospital untuk tambah darah... bila dah besar ni dah kurang sikit.. kadang2 sebulan sekali atau sebulan 2 kali... ikut keperluan.

    ReplyDelete
  13. In shaa Allah... selagi diberi kekuatan dgn keizinanNya... akan ttp terus menderma..
    3x kfc.. :D

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah... awok masih tak ketinggalan menderma darah lagi..... dan kompem akan lebih semangat lagi..... kalo nurse yg ambikkan darah tu..... jambu... ahaksss......hikhihk

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca