Khasiat Dan Kebaikan Buah Naga | www.sobriyaacob.com

Thursday, March 27, 2014

Khasiat Dan Kebaikan Buah Naga


Assalamualaikum dan salam sejahtera, sebelum ini saya ada berkongsi kebaikan buah betik *sini* dan kebaikan buah avakado *sini*. Untuk entry berikutnya saya akan kongsikan kebaikan dan khasiat buah naga atau juga dikenali sebagai dragon fruit! Tambah-tambahan dengan cuaca panas sekarang potong buah naga ini kecil-kecil dalam bentuk dadu, lepas tu simpan dalam peti ais dan makan ketika buah itu dikeluarkan dari peti sejuk ketika cuaca panas memang terbaik!. Selain daripada lazat dimakan / di buat snek buah naga ini juga amat kaya dengan ati oksigen yang tinggi,  Di dalamnya terkandung berbagai zat yang baik bagi tubuh seperti kalsium, betakaroten, gula sederhana, vitamin, B1, B2, B3 , vitamin C ,fosfor dan lycopine. Zat-zat tersebut sangat diperlukan oleh tubuh badan, di bawah saya kongsikan sedikit info 10 kebaikan dan khasiat buah naga!

10 Khasiat Dan Kelebihan Buah Naga


1) Menurunkan kadar gula di dalam darah dan Mencegah Diabetes

Buah naga merah mengandung gula sederhana sangat bagus untuk dimakan oleh pesakit diabetes, Kajian menunjukkan amalan memakan buah naga dapat mengawal kadar glukusa di dalam darah.


2) Melancarkan sistem Pencernaan dan menyihatkan jantung

Buah naga merah mengandung serat alami yang tinggi. Serat sangat bagus untuk melancarkan sistem pencernaan yang bermasalah. Digalakkan juga yang sedang diet rajin memakan  buah naga merah. Fiber atau serat juga berfungsi sebagai zat yang melawan dan mencegah penyakit seperti serangan jantung, stroke dan gangguan kardiovaskular. Kandungan betakaroten dalam buah naga merah membuat vitamin A bekerja dan memperbaiki penglihatan.


3) Meningkatkan nafsu makan

Kandungan vitamin B1 dan B2 dalam buah naga merah boleh membantu meningkatkan nafsu makan bertambah. Kerana di dunia perubatan vitamin B1 dan B2 sering digunakan untuk penambah nafsu makan khususnya ketika dalam proses penyembuhan dari sakit.


4) Meningkatkan Kekebalan Tubuh

Kekebalan tubuh kita akan kuat jika vitamin C dalam tubuh terpenuhi.  karena buah naga merah ini mengandung banyak vitamin C maka buah naga bisa dijadikan alternatif sebagai asupan vit. C bagi tubuh kita.  sistem Kekebalan tubuh biasanya akan terganggu ketika cuaca tidak menentu seperti musim hujan atau panas.


5) Memperkuatkan tulang dan Gigi

Kandungan fosfor dan kalsium pada buah naga sangat baik untuk memperkuat tulang dan gigi. Sebagaimana kita tahu bahwa tulang dan gigi sangat memerlukan asupan fospor dan kalsium yang cukup agar tulang dan gigi kita sehat.


6) Merawat Kesihatan Kulit

Manfaat buah naga merah berikutnya adalah berguna untuk merawat kesihatan kulit. Vitamin C yang terkandung dalam buah naga merah  juga digunakan untuk perawatan kulit. Yaitu dengan cara dibuat menjadi masker. Caranya adalah kupas kulit buah naga dan ambil dagingnya lalu blender sampai halus. Masukan ke gelas dan ambil airnya lalu dioleskan kewajah. Masker ini boleh menjadi ubat herba untuk menghilangkan jerawat dan bekas jerawat.


7) Membantu melambatkan proses penuan diri

Buah naga mengandung antioksidan yang tinggi sehingga mampu melambatkan proses penuaan diri. Kandungan zat di dalam buah naga akan akan mengeluarkan racun dengan efektif.


8) Rendah lemak

Terdapat banyak biji-biji kecil dalam buah naga. Rupanya, biji ini merupakan lemak tak jenuhyang baik untuk kesehatan karena menurunkan kolesterol baik dan menghilangkan kolesterol jahat.


9) Menurunkan Kadar Kolesterol Darah

Kandungan zat dalam buah naga yang berfungsi untuk menurunkan kadar kolesterol tubuh badan. Dengan mengamalkan makan buah naga secara teratur maka akan membantu menurunkan kadar kolesterol dalam darah dan memperlancarkan peredaran darah dan jantung.


10) Mengandungi zat yang baik untuk tubuh badan

Dalamnya terkandung berbagai zat yang baik bagi tubuh seperti kalsium, betakaroten, gula sederhana, vitamin, B1, B2, B3 , vitamin C , fosfor dan lycopine. Zat-zat tersebut sangat diperlukan oleh tubuh badan


P/s: Buah naga ada pelbagai jenis antaranya buah naga merah, buah naga hitam, buah naga kuning dan buah naga putih, dan setakat  ini saya cuma pernah merasai buah naga merah dan putih, dan saya lebih menyukai buah naga merah rasanya lebih manis :P


24 comments:

  1. Assalammualaikum... sobri,

    mselim3 pernah gak makan buah naga nie... sedap sangat. Alahamdulilah..

    mselim3

    ReplyDelete
  2. lepas ni kena hari2 lah beli buah naga. hihi :)

    ReplyDelete
  3. oh..boleh jd penambah nafsu mkn eak.?ohhh..

    btw , sy pun cuma tau ade 2 , merah n putih .=)

    ReplyDelete
  4. baru akak tahu mengenai khasiat dan kebaikan buah naga ini.. mak akak suka makan buah naga merah tu.. akak tak suka sangat.. menabung lagi 3kali inti.. :D

    ReplyDelete
  5. bagus buah ni..anak-anak demam pun bagus juga mkn penyejuk badan..

    ReplyDelete
  6. bagus juga ..buah nie bnyak khasiat dan kelebihan..

    ReplyDelete
  7. Kakak suka yg warna maroon tapi bila dikatakan meningkatkan nafsu makan itu yg kakak takut. Patutlah kakak selera aje hihi...

    Kakak suka sebab lawas dia mengalahkan papaya dan pisang. Tapi sama macam kiwi. Sebab itu kakak suka dragon fruit dan kiwi.

    ReplyDelete
  8. kak suka warna merah hati tu...cantik sungguh..buat jus pun sedappp

    ReplyDelete
  9. buah fav ni!kt sini mahal kot...niesa suka mkn yg merah n yg kuning..nyummnyumm..

    niesa click,kfc,digi dan ford..hehe...

    ReplyDelete
  10. Banyk khasiatnya noh...rasa pun sedap

    ReplyDelete
  11. Semuanya ciptaan tuhan beri khasiat.. terserah kpd hamba untuk menghargainya

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum sobri. sheila suka sangat makan dragon fruit ni.. terliur fikir kalau dapat makan time2 panas ni.. hihi dulu macam pelik tengok buahnya, sekarang tidak lagi. hehehe singgah menabung digi sini~~~

    ReplyDelete
  13. hye abg sobri, saya nak minta maaf sebab selalu komen spam. Sorry ok :D

    Saya ada buat entry untuk memohon maaf. Harap baca la ea
    http://awksweetgitu.blogspot.com/2014/03/im-sorry-cause-did-spamming-tt.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulilah..bguslah dah insaf.. gembira saya mendengar perkabaran begitu dripada anda...

      Delete
  14. Buah naga ni memang banyak khasiatnya. Tapi makannya kalau tak cermat, memang habis comot jadinya. Warna pada kulit dia tu, kalau kena kat baju susah nak hilang.

    ReplyDelete
  15. sis dulu mula2 x suka...bila dah rasa sedap la plak...terutama yg merah tu.... Inti + Digi for u :)

    ReplyDelete
  16. yup memang sedap kalau yang baru keluar dari peti ais tu dia akan rangup sikit...sebab isi buah ni kan lembut...tp dalam peti sejuk tu di ruangan yang beku lah

    ReplyDelete
  17. kalau akak beli pun untuk mak dan adik akak makan je.. yang keluar semua iklan churp2.. insya-Allah ada iklan best nanti akak singgah lagi..

    ReplyDelete
  18. Kita suka makan buah ni. Especially yang merah gelap. Rasa dia sedap...

    Isi dua tabung di sini...

    ReplyDelete
  19. Buah naga mmg sedap.. saya pun suka.. :)

    ReplyDelete
  20. awok makan mentah2 pun suke..... sedappp

    ReplyDelete
  21. Suka sangat buah naga..dulu masa praktikal kat Kluang, tiap kali balik hujung minggu, wajib beli buah ni

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca