Langkah - Langkah Pencegahan Masalah Kesihatan Akibat Jerebu | www.sobriyaacob.com

google advertising

Tuesday, March 4, 2014

Langkah - Langkah Pencegahan Masalah Kesihatan Akibat Jerebu


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, entry hari ini mengenai langkah-langkah pencegahan akibat masalah jerebu, seperti anda sedia maklum faktor kualiti udara terjejas berikutan cuaca panas yang berpanjangan serta kekurangan hujan sejak akhir-akhir ini telah menyebabkan terjadi Jerebu dan keadaan ini tidak begitu bagus kerana memberi kesan kepada kualiti udara serta boleh menyebabkan berlaku masalah kesihatan.


Oh sebelum ini saya ada membuat entry berkaitan apa itu jerebu dan kesan akaibat masalah ini.. Di bawah saya senaraikan tips-tips yang boleh di aplikasi untuk pencegahan jangkitan penyakit akibat kesan jerebu.

Di antara langkah-langkah pencegahan tersebut ialah :

  • Mereka yang mengalami penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
  • Mereka yang berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan. 
  • Penutup hidung (topeng muka) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan kumpulan berisiko tinggi.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah. Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah. Pakai topeng muka jika ingin keluar dari rumah.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  • Gunakan alat penghawa dingin dalam kenderaan ketika sedang memandu. 
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak. 
  • Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat (iaitu IPU yang melebihi 100).
  • Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.


Indeks Pencemaran Udara (IPU) 

PU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut. 

P/s : Anda. perlu sentiasa mengikuti perkembangan semasa melalui media massa (akhbar, televisyen dan radio) untuk mengetahui tahap jerebu semasa di tempat anda supaya dapat mengambil langkah - Iangkah pencegahan.

34 comments:

  1. terpaksa jadi jinak duduk rumah. hehehe..

    ReplyDelete
  2. sesak dengan kabus jerebu ni.. hope semuanya akan pulih =)

    ReplyDelete
  3. di tempat noe sekarang ni status tidak sihat...tekak pun dah rasa semacam...thx for the info sobri

    ReplyDelete
  4. thanks for the tips bro..kat KL nie walaupun hujan pagi tadi tapi nampaknya tak membantu dalam usaha menghilangkan jerebu...menabung inti sini..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  5. cikgu2 kat sekolah pun kena hati2.
    kalo jerebu tu teruk sgt, aktiviti sukan tak boleh jalan.

    ReplyDelete
  6. suasana kat tempat akak duduk di selangor ni pun berjerebu juga.. terima kasih di atas perkongsian langkah-langkah pencegahan masalah jerebu ini sobri.. churp2 je yang muncul..

    ReplyDelete
  7. Hi Sobri..
    kat KL ni mmg teruk sangat2 jerebu.. semalam sebelum hujan dah mcm darurat sangat..
    nway take care yer ;)

    ReplyDelete
  8. Assalammualaikum...sobri,

    bagus tips2 pencegahan tu.. biasa lah bila cuaca panas.. ada kebakaran. bila ada kebakaran.. ada masalah jerebu... masalah jerebu mengganggu kesihatan.. thanks atas perkongsian nie..

    mselim3

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum. petang ni sheila nak p beli mask. taktahan la nak berjalan dalam jerebu ni.. aircond kereta udah ler rosak ~~~

    ReplyDelete
  10. sangat bagus enri ini ^_^ terima kasih kongsikan tip-tips

    ReplyDelete
  11. I pay a visit everyday some web sites and blogs to read articles, except this webpage offers feature based articles.


    My web page - path of Exile forums

    ReplyDelete
  12. perkongsian yg baik sobri:semalam cuaca teruk di rawang,pagi tadi Alhamdulillah hujan lebat maka hilanglah jerebu utk hari ini..mmg kena ambil langkah2 utk kesihatan diri..

    ReplyDelete
  13. itu lah ... sekarang nie musim jerebu pula.. awal tahun 2014 nie cuaca tak menentu.. kena extra dalam menjaga kesihatan... boleh juga ambil vit c setiap hari untuk kuatkan sistem imun ....

    ReplyDelete
  14. dah beberapa hari nih , jerebu jer . langsung tak nampak langit . bimbangkan org tua yg mudah kena sakit ...

    ReplyDelete
  15. kerja saya hari ini dan semalam membuatkan saya kerap ke sana ke mari. masa jerebu mula menjengah, dan dari jauh cuma nampak kabus, saya rasa kesedaran utk pakai mask tu mcm takde. saya rasa (termasuk saya pun) macam takde hati nak pakai mask. memang cari penyakitkan.

    hari ni pun sama. peliklah. eh. hehe.

    ReplyDelete
  16. bila jerebu + asap rokok = kena pulun.
    so, perokok berwaspada lalu di sebelah aku ya. :)

    ReplyDelete
  17. Jerebu kembali ya..harap-harap tak teruk sangatkan..walau kat KL ni agak mendung dibuatnya..
    X-ray Scanner for you...

    p/s: Kita tak bagi link tu lagi coz kita nak try other tutorial kat my other blog ya..coz some of the coding tu mungkin dah berubah..

    ReplyDelete
  18. Masalah jerebu ni mmg membahayakan kesihatan.. boleh kena batuk teruk. Thanks sharing bro Sobri.. :)

    ReplyDelete
  19. acaner ngan jerebu di hati pulok #sengih

    ReplyDelete
  20. lbh baik perokok tu tak merokok . udara jadi lbh complicated nanti ... cian org lain .

    ReplyDelete
  21. Baru semalam nampak kt area senai ni berjerebu.. biasanye masih ok lagi.. harap2 hujan turun secepat mungkin.. air kena banyakkkk minum..

    ReplyDelete
  22. Thanks Tuan Sobri share goo info here: :D

    ReplyDelete
  23. anak2 kak semua lelah dik..risau sgh ni..alhamdulillah hujan turun dgn lebatnya..bg juga topeng tu..

    ReplyDelete
  24. Alhamdulillah tmpt niesa xde jerebu teruk..cuba cuaca je panas...
    click visa dan inti utk sobri.. :D

    ReplyDelete
  25. masalah jerebu skrg ni menjadi masalah setiap tahun di Malaysia.... tak tau ler camner kerajaan nak settlekan.... pembakaran di negara2 jiran pun asik jadi punca jer...

    ReplyDelete
  26. Benda biasa je ni. Dulu kat johor indek ipu cecah 600 tak juga diaorang tutup sekolah. Dua 3 hari duk dlm asap, barulah umum darurat, macam ada pilih kasih

    ReplyDelete
  27. perkongsian yg baik.. kat penang pun dah macam teruk je jerebu ni hari ni..

    ReplyDelete
  28. bila dah jerebu nih, mmg kena kurangkan aktiviti luar. kalo x, mudah jatuh sakit.

    ReplyDelete
  29. kat tempat akak masih berjerebu lagi.. ditambah pula masalah catuan air.. redha dengan ujian dari Allah.. akhirnya keluar tabung laneige.. klik 2 kali untuk sobri.. kalau sobri perasan tabung churp2 tu kat dalam akaun nuffnang dia tak kira pun kita klik.. :D

    ReplyDelete
  30. Makin teruk jerebu kat Petaling Jaya ni... Sakit mata... Sesak nafas... Memang kena pakai mask... Kalau kita tengok nampak macam kabus sejuk... Tapi rupa-rupanya jerebu... Bahaya...

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca