Tabiat Yang Menyebabkan Masalah Gemuk | www.sobriyaacob.com

Friday, March 14, 2014

Tabiat Yang Menyebabkan Masalah Gemuk

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, wah nampaknya sudah lama saya tidak berkongsi tips-tips berkaitan kesihatan dan kecergasan, bagi anda yang terlepas tips-tips kesihatan yang terdahulu boleh klik di atas di ruangan Kesihatan. Tips hari ini ialah tabiat-tabiat yang selalu kita lakukan yang menyebabkan masalah kegemukan, sometime kita fikir cara yang kita amalkan itu betul untuk berdiet tetapi salah, malah menyebabkan diet yang diamalkan tidak berkesan jadi jom lihat tips-tips dibawah yang mungkin boleh membantu anda dalam proses menguruskan badan.

"Tabiat Makan Tidak Menentu, AntaraTabiat Yang Menyebabkan Masalah Gemuk"


Makan makanan rendah/bebas lemak

Pasti anda berasa pelik mengapa makanan yang lebih sinonim sebagai cara terbaik untuk kurus tetapi sebenarnya menjadi punca gemuk. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, sememangnya kandungan kalori didalam makanan rendah/bebas lemak adalah sedikit. Tetapi ia akan membuatkan seseorang untuk berasa lapar lebih cepat. Tidak semestinya makanan yang mengandungi banyak kalori anda perlu elak seratus peratus. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan perancangan pemakanan yang betul dari pakar.

Tidur terlalu sedikit/banyak

Hasil daripada kajian Wake Forest, seorang yang tidur kurang daripada 5 jam akan meningkatkan risiko perut buncit sebanyak 2 setengah kali ganda. Manakala seorang yang tidur melebihi daripada 8 jam pula akan meningkatkan risiko sebanyak 3 kali ganda. Masalah tidur adalah merupakan punca gemuk yang utama.

Minuman bergas

Kajian mendapati bahawa seorang yang minum 1 atau 2 tin minumun bergas sehari akan meningkatkan punca gemuk sebanyak 33 peratus. Penyelidik membuat teori bahawa pemanis buatan akan meningkatkan lagi selera makan seseorang.

Elak waktu makan

Berdasarkan kajian oleh Calorie Control Council, 17% rakyat Amerika bersetuju bahawa mereka mengelak waktu makan semata-mata untuk kurus. Tetapi ia sebenarnya akan meningkatkan risiko punca gemuk. Ini kerana apabila anda tidak makan, ia akan melambatkan pergerakan metabolisme dan akan merangsang seseorang untuk berasa lapar. Peratus anda makan secara berlebihan pada hidangan seterusnya adalah tinggi.

Makan terlalu cepat

Hasil daripada kajian Journal of the American Dietetic Association mendapati bahawa seseorang yang makan dengan cepat biasanya akan makan secara berlebihan. Ini kerana perut akan mengambil masa sekurang-kurangnya 20 minit untuk memberitahu otak bahawa anda telah mendapatkan makanan yang secukupnya. Ia adalah merupakan punca gemuk utama yang ramai masih tidak sedari.


27 comments:

  1. Assalamualaikum dan salam singgah sini...siapa nak berdiet kena baca ni..hehe...terima kasih kongsi info ini...Ingatkan elak makan boleh elakkan badan jadi gemuk...hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam terima kasih..amin he..he.. smoga bermanfaat bg yg membaca :P

      Delete
  2. HUHU . Walaupun makan banyak , saya tetap maintain kurus . Metabolisme tinggi . HIHI .

    ReplyDelete
  3. Thanks Sobri..part tidur tu ada effect jugak ya...tengah diet mode ni..

    ReplyDelete
  4. saya pun berat x naik2 biarpun mkn byk..

    ReplyDelete
  5. terima kasih di aats perkongsian info berguna ini sobri.. akak sedang berusaha berdiet sebab badan dah semakin gemuk sekarang ni.. doakan semoga akak berjaya.. hehe.. topup 3kali inti untuk sobri.. selamat malam.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama sis.. good luck akak..saya sentiasa doakan aim akak akn tercapay ya!!

      Delete
  6. T kasih atas perkongsian bro Sobri... mmg kena berjaga2 ni agar tak gemuk.. :)

    ReplyDelete
  7. biasanya mmg tidur kurang 5 jam n makan macam ribut petir...nk cepat kan...btw thx for the tips... INTI for u..

    ReplyDelete
  8. Good day! I could have sworn I've been to this blog before
    but after browsing through a few of the posts I realized it's new
    to me. Nonetheless, I'm certainly happy I stumbled upon it and I'll be bookmarking it and
    checking back often!

    Look at my weblog; Kalkulator ()

    ReplyDelete
  9. infonya sangat bermanfaat juse share mas

    ReplyDelete
  10. info sihat yang menarik....salam hujung minggu dari bunda...

    #DoaUntukMH370 :(

    ReplyDelete
  11. good tips utk sy ..terima kasih berkongsi ; sy sebenarnya dlm proses ..selalunya nk jaga makan tu yg susah sikit :))

    ReplyDelete
  12. thanks bg tips ni sobri...niesa sll elak mkn dan mkn dgn cepat..nk ckp niesa gemuk..mcm x..wpn sll kena kutuk..haha..tp yg pasti bdn ni dh semakin mengembung..ehe...kena sll amalkan tips yg sobri share ni...

    niesa click inti dan universiti of london kat sini..happy weekend sobri.. :D

    ReplyDelete
  13. oh..tidur pun punca gemuk?aha..klo mkn tidur mkn tidur gemuk pernah la dgr.ehe..

    sbb islam ajar makan kunyah 40 kali kan..hmm

    ReplyDelete
  14. Hurmm terkena jg satu dua tipa yg jadi tabiat akak.. Pttlah badan akak gemoks hehhee
    Trima ksih ats ingatan tips tu ye sobri..

    ReplyDelete
  15. laaa..patut la SB tak gemuk-gemuk sampai sekarang.. :)

    ReplyDelete
  16. Air gas aalah punca utama gemuk. Minum sedap tapi tak menghilangkan haus. Maka jom bersama tinggalkan

    ReplyDelete
  17. nice sharing sobri. nampaknya aku kena diet nih.hohoho

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca