Tanda-Tanda Penyakit Resdung | sobriyaacob.com

Sunday, March 16, 2014

Tanda-Tanda Penyakit Resdung

Assalamualaikum dan selamat pagi semua, siapa di sini pernah mengalam gejala alahan hidung seperti kerap bersin terutamanya pada waktu pagi, gatal hidung ataupun hidung kerap tersumbat di waktu pagi? actually ini antara tanda-tanda mungkin anda mengalami penyakit resdung. Entry hari ini kita, saya akan berkongsi apa itu penyakit resdung dan tanda-tanda penyakit resdung. 


Resdung merupakan antara penyakit yang biasa di kalangan masyarakat kita. Resdung juga dikenali sebagai penyakit sinusitis. Tapi yang menjadi masalah penyakit resdung ini sering dipandang remeh oleh masyarakat kita malah ada yang tidak menyedari menghidap penyakit resdung. Lebih teruk membiarkan penyakit itu bersarang tanpa sebarang rawatan.

Resdung ialah radang pada rongga-rongga sinus di dalam tulang muka yang bersambung dengan hidung. Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga-rongga ini pada setiap masa dan akan mengalir kedalam hidung . Jika saluran sinus ini tersumbat, lendir tersebut akan terkumpul dan akan menjadi pekat seterusnya akan menyebabkan membiakkan kuman bakteria dan jika dibiarkan berterusan tanpa sebarang rawatan resdung akan menyebabkan kesihatan anda mula terjejas.


Antara tanda-tanda yang menunjukkan bahawa kita mengalamai penyakit resdung ialah apabila mengalami masalah-masalah seperti berikut: 

  • Sering mengalami hidung tersumbat 
  • Mempunyai lendir dari hidung dan tekak 
  • Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata 
  • Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang 
  • Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan 
  • Gejala alahan hidung seperti kerap bersin terutamanya pada waktu pagi, gatal hidung 
  • Mengalami jerawat di muka dan badan 
  • Nafas berbau 
  • Kulit kepala berkelumumur, gatal dan rambut gugur 
  • Sering berasa sakit kepala, pening dan migrain 

P/s: Ada sesiapa di sini ada tips bagaimana nak mengurangkan masalah resdung? Abang-abang, akak-akak sekalian bolehlah berkongsi petua bagaimana untuk mencegah penyakit resdung, sharing is caring :P


33 comments:

  1. Alhamdulilah, setakat ni masih baik daripada resdung . Takut jugak sebab ramai tanya jerawat banyak tapi hidung tak tersumbat . HUHU .

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah shin xde.. memintak di jauhkan.. kpd kengkawan yak ada penyakit ni.. semoga cpt sembuh #senyum #hujan

    ReplyDelete
  3. Resdung ni memang bahaya (silent killer ) jugak ni. Almost semua orang ada. Yang berbeza antara sirius dan tidak aje. Actually kita pun ada sedikit allergic yang mungkin disebabkan oleh resdung kot. Kita tak ada petua cuma jaga makan aje..seafood antara yang kena avoid. Tapi itu yang kita suka he..he..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kebanyakkan org mesti ada resdung pernah tbaca satu article yg bzakan teruk atau x.. terima kasih asts pkongsian sis..

      Delete
  4. Salam hujung minggu... 2 adds for you..

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum... sobri,

    kalau baca tanda-tanda resdung nie.. macam mselim3 ada resdung aje..

    mselim3

    pls: kena jumpa doktor nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam.. ya kena mencegah mcm tu bro muslim..

      Delete
  6. alhamdulillah , sis x de tanda2 tuh . INTI dan colgate utk nafas lebih segar ...

    ReplyDelete
  7. akak ada semua tanda-tanda penyakit resdung tu sobri.. salah satu cara akak amalkan, masukkan sedikit air ke salah satu lubang hidung, tutup lubang hidung satu lagi dengan jari.. kemudian hembus keluar hidung yang ada air itu.. ulang untuk kedua-dua lubang hidung, insya-Allah berkurangan.. p.s: nak isi tabung, yang keluar sekarang semua burung biru walau dah banyak kali refresh.. nanti akak datang lagi kalau ada tabung best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah bgus petua tu kak.. x pernah saya dgr lg tu..terima kasih ya..
      ok nanti dtg balik ok :P

      Delete
  8. ooo macam tu ,,alhamdulilah acik bebas dari resdung

    ReplyDelete
  9. kena sering berjaga2 dengan semua tanda2 ni . Semoga kita terhindar dari sebarang penyakit . Amiin . =)

    ReplyDelete
  10. Penyakit Sinusitis atau resdung ini berbahaya jika dibiarkan berlarut. efek atau komplikasi terburuk adalah penyebaran bakteri atau kuman dari proses peradangan sinus tersebut, menuju organ vital terdekat yaitu OTAK, sehingga bisa menimbulkan perdanagn otak (encephalitis) maupun selaput otak (meningitis)

    ReplyDelete
  11. sesapa yg banyak jerawat tu , mmg tanda resdung lah ..

    ReplyDelete
  12. EE..TAKUTNYA BILA BACA BAB NI..KATAKAN TIDAK PADA RESEDUNG NI..MENCEGAH ITU LEBIH BAIK DARIPADA MERAWAT..SO MKN PUN KENA PANTANG LAH YE..

    ReplyDelete
  13. setakat ni rasanya x ada...family members terdekat pun x ada...btw INTI for u :)

    ReplyDelete
  14. cubalah nanti petua itu.. akan datang balik enabung 2 kali inti, 1 burung biru..

    ReplyDelete
  15. T_T qila taksuka resdung. mengerikan. adik qila ada tapi hm selain doktor, apa je solusi dia eh cik sobri? :D

    ReplyDelete
  16. Resdung ni mmg tak boleh diambil ringan.. t kasih atas peringatan & perkongsian bro Sobri.. :)

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum sobri.. tanda-tanda tu macam dah ada.. sheila taktahulah sheila ada resdung ke tidak. mak kata ada.. tak pastilah.. selamat pagi, sheila singgah sambil klik tabung sini ~~~

    ReplyDelete
  18. Syukur sangat aku takda penyakitn resdung. Heww :3

    ReplyDelete
  19. niesa ada resdung... :( setiap pagi mmg akan sumbat hidung..sbb tu kerap selsema..hampir setiap bulan flu..pernah gak la g jmpa doktor..dia ckp alahan debu..so dia bagi ubat utk titis ke dlm hidung tp niesa mls nk guna sbb sakit..hahaha..sllnya lepas selsema dia akan ok utk beberapa hari/minggu pastu akan dtg balik bersih pagi2 kdg2 smpai sumbat hidung..mata gatal2..stress gak kdg2 smpai nangis2...hukhuk..kongsi la tipsss

    ouh ya, niesa click colgate kat sini..hehehe

    ReplyDelete
  20. Info yg berguna bro..... kita sebenarnya mesti ada masalah resdung ni cuma samaada biasa atau kronik jer..... dulu aku selalu bersin pagi2 tapi skrg dah xde dah... pengambilan vitamin yang betul mampu menghilangkan atau mengawal masalah ini.... skrg makan Shaklee kan...ekekekekekeke... :D

    ReplyDelete
  21. Kalau asyik gatal hidung jaa ? Tade laa kn ? Sebab selalu gatal n bersin jaa . Tanda2 lain tu tak pernah la pulak . Muka pon tade jerawat . So .. krenye boleh dikatakan tk de la kan ?

    ReplyDelete
  22. Sesiapa yg mengalami masalah resdung, saya ada penyelesaian...Rawatan mudah tanpa menyakitkan...Dapatkan set rawatan resdung Warisan Utara sekarang.. Ejen dropship juga diperlukan...Whatsapp 0125969296

    ReplyDelete
  23. Rawat RESDUNG anda di Sinar Permata Cheras InsyaAllah berkesan. Boleh lawat
    fb: Pusat Terapi Sinar Permata Cheras.
    Tel: 019 2609610

    Pemeriksaan adalah PERCUMA!

    ReplyDelete
  24. Tolong beritahu saya secara teperinci bagaimana jerawat di muka dan badan boleh jadi salah satu punca untuk resdung. Resdung ini adalah penyakit berlaku di rongga hidung.Like How? Saya pergi website yang pelbagai seperti webMd, health line dan lain-lain. Satu saja simptom yang berkaitan tentang muka adalah bengkak pada kawasan mata.
    Did you even do your reasearch properly?

    ReplyDelete
  25. Mata slalu gatal2 . Hidong pon sme . Bersin wktu pgi mmg kerap . Selsema pon slalu berulang . Hdong kerap angt trsumbat . Smpai kdang2 lebih slesa bernafas gune mulot . Stress sngt smpai trgnggu stiap kali nk bljar. Tk pernh check resdung . Tpi jerawat2 dkat muke tk de la plak . Resdung juga ke mcam ni ?? :'(

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca