Tips Kembalikan Semangat Menulis Blog | www.sobriyaacob.com

google advertising

Monday, March 10, 2014

Tips Kembalikan Semangat Menulis Blog

Assalamualaikum & salam sejahtera, apa khabar semua? diharapkan dalam keadaan sihat sejahtera. Untuk entry kali ini saya akan berkongsi tips-tips yang boleh digunakan untuk menaikkan semangat menulis blog, adatlah sebagai manusia semangat untuk menulis blog akan ada naik dan turunnya tambahan pula sekiranya menulis blog sekadar suka-suka untuk berkongsi maklumat dan bertukar pandangan bukanya sebagai kerjaya tetap! Situasi seperti tidak ada idea, rasa malas dan bosan memang selalu akan kita hadapi semasa menulis sesuatu entry bukan? btw entry kali terinspirasi daripada entry Mizz Aiza dari blog www.mizzaiza.com.




Beberapa cara yang anda boleh lakukan untuk kembalikan semangat berblog adalah seperti berikut:


1. Usah memaksa diri

Apa kata tutup komputer buat seketika dan buat aktiviti lain yang disukai seperti membaca, menonton televisyen, bersiar-siar, bercuti atau bermain-main dengan kucing. Mungkin aktiviti sebegitu boleh dijadikan bahan untuk menulis entri.

2. Blogwalking

Peruntukkan masa untuk blogwalking dan membaca entri baru di blog rakan-rakan blogger. Mungkin hasil dari pembacaan itu boleh mencetuskan idea untuk kita menulis entri.


3. Terbitkan entri secara berjadual

Ada masanya idea datang mencurah-curah. Tuliskan idea itu di dalam buku nota atau telefon bimbit. Kemudian draf idea berkenaan menjadi satu entri lengkap. Terbitkan secara berjadual sekurang-kurangnya satu entri pada setiap hari.

4. Mengikuti segmen

Untuk mengelakkan blog sepi tanpa entri, bolehlah mengikuti segmen atau giveaway yang dianjurkan oleh rakan-rakan blogger. Selain daripada dapat menambahkan kenalan, jika bernasib baik mungkin boleh menang hadiah juga.

5. Berfikiran positif

Kadangkala kita akan menerima kritikan yang tidak membina daripada sesetengah individu (selalunya dari Anonymous). Komen itu tentunya akan mematahkan semangat kita. Bermuhasabah diri dan cuba perbaiki apa yang patut.

6. Tukar template blog

Mungkin kita akan berasa bosan apabila melihat template dan susun atur yang sama di blog kita setiap hari. Apa kata sesekali tukar template blog atau ubah kedudukan widget di blog.

7. Motivasi duit

Walaupun duit bukanlah tujuan sebenar untuk berblog, namun ianya juga boleh dijadikan motivasi. Sambil blogwalking mendermalah dengan cara tolong klik iklan rakan-rakan blogger. Mungkin mereka juga bermurah hati untuk klik iklan kita. 

Credit: Blog  Mizz Aiza


P/s: Kesemua tips-tips diatas boleh anda amalkan supaya lebih bermotivasi untuk menulis blog dan bagi saya motivasi yang paling berkesan ialah tips no 7, motivasi duit! saya percaya ramai diantara blogger duit  bukan motif utama kita berblogging kebanyakanya disebabkan hobi dan minat kita untuk menulis berkongsi sesuatu dengan pembaca ataupun menambahkan kenalan, satu bonus bukan sambil menulis blog dan menambah income:P kebanyakkan blog yang saya  membaca entry penulisanya  saya akan blogwalking sambil merderma. Ye la disamping kita menambahkan ilmu pengetahuan dapat juga membantu rakan-rakan blogger lain menerima income / bonus atas kesungguhan mereka menulis entry yang bermanfaat bagi yang membaca! jadi rajin-rajinkanlah diri klik-klik iklan yang ada, happy blogging semua.

27 comments:

  1. Info menarik! Nurul pun selalu mrnghadapi masalah begini. Thanks for sharing Sobri :-)

    ReplyDelete
  2. Info yang menarik . Insya-Allah . Happy blogging :D

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum...sobri,

    kekadang berblog nie memerlukan semangat.. dan iltizam yang tinggi janji santai kan.. kalau nak kira mselim3 pun malas gak..hehehe

    mselim3

    ReplyDelete
  4. Sekarang ni pula bukan xde semangat tetapi bagaikan tenggelam dek kehangatan dan kesedihan kehilangan pesawat MH370... Nak terbit entri spt biasa pun bagai serba tak kena...

    ReplyDelete
  5. Hihihihi terima kasih!!! :D Qila tengah semangat ni hohooho

    ReplyDelete
  6. Semoga sentias diberi semangat kpd kita semua utk terus berblogging... aamiin..
    3x colgate buat semangat juga.. :D

    ReplyDelete
  7. abe dah siap autopublish beberapa entri..jd bila kekeringan idea maka entri tersebut yg jd penyelamat. hehehehe

    ReplyDelete
  8. ya..kadang2 mood nak menulis langsung tiada..tersimpan kat draf jadinya...

    ReplyDelete
  9. hahaha fact atas tu semua mcm memahami jiwa akak tau Sobri..
    akak mmg mengamalkan semua diatas KECUALI yang nombor 4 tu. bukan sombong x nak join.. tp mcm tak berminat sgt nk join..
    Selami akak berblogging sekadar suka2.. tak terlintas lgsg nk join mana event wpun sesetengah blogger suka sgt join mana2 event (ini terpulang pada hak masing.. ada yg suka ada yg tak suka.. jgn salah faham ye)..

    ok akak nak tlg click kan iklan blog sobri yer.. ;)

    ReplyDelete
  10. Sobri, mohon share entry ni boleh tak utk akak up kat blog akak??
    waiting for your reply in my shout box kalau Sobri kasi ijin ;)

    ReplyDelete
  11. hahaha..nice tips sobri..menjana income tu mmg salah satu cara terbaik..ehehe..

    psst : sobri dh pernah hantar ticket g nuffnang utk dpt cpuv?hee...

    ReplyDelete
  12. wat mase ni , suka mmebaca dan BW je,, xsempat nak join GA. ehehee.
    template tu mmg kene pernbaharui ;p thanks sharing

    ReplyDelete
  13. thanks for the tips.. sgt membantu :D

    ReplyDelete
  14. Setuju dan info yang menarik.. terima kasih sifu :D

    ReplyDelete
  15. sangat betul sekali.. ^_^ terima kasih atas pekongsiannya

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum sobri. patutlah macam pernah baca. daripada blog kak aiza rupanya. btw setiap hari rajinkan diri blogwalking dan tinggalkan komen. in shaa Allah semakin bersemangat nak terus berblogging bila ada ramai sahabat maya. hehe. sheila datang klik tabung kamu ~~~

    ReplyDelete
  17. terima kasih atas perkongsian sobri...berguna pada semua blogger...sbb kadg2 mmg mood ke laut :)...btw dah klik Univeroty of London tu... :)

    ReplyDelete
  18. yup...aku ada baca gak entry tu..Sebenarnya cara utk motivate diri tu kekadang bergantung gak kepada level tahap kemalasan kita..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  19. kengkadang dok tepikir.. ada x blogger mengadakan citer utk menyedapkan entri #sengih

    ReplyDelete
  20. kak ana awal tahun hari tu berazam jugalah satu hari satu entri tapi makin lama makin pudar dah ni..nanti kita cuba tips sobri kay..

    ReplyDelete
  21. Yang penting kena enjoy berblogging and tulis something yang kita suka...jangan paksa diri nak ikut-ikut orang lain..

    ReplyDelete
  22. semoga sobri kembali bersemangat untuk menulis blog seperti biasa.. tentu ada banyak lagi kisah percutian sobri yang boleh dikongsi di sini juga.. tabung tidur pula..

    ReplyDelete
  23. tulis jer apa yg kita terfikir masa tu wpun ttg MH 370 . asalkan kita terangkan dgn cara kita sendiri .sis bagi semangat colgate kat sini .

    ReplyDelete
  24. Yeayy thanks for this hahaha because ke-busy-an seems to pull me down, lols. Bila dah sampai rumah dah penat, selalu tertidur depan laptop. Entah bila nak atur masa lagi. Huhu.

    ReplyDelete
  25. Nak cuba yang no tiga tu la... Tapi susah jugak nak keluarkan entry secara berjadual.. Time tak de idea memang habis la....

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca