Tips Mencegah kerosakan Gigi | sobriyaacob.com

Wednesday, March 19, 2014

Tips Mencegah kerosakan Gigi


Assalamualaikum dan salam sejahtera, tahukan anda bahawa Gigi penting untuk menghadamkan makanan. Gigi perlu dijaga dengan baik agar ia kekal sepanjang hayat *wah ayat permulaan macam iklan ubat gigi* Memandangkan gigi merupakan antara aset yang terpenting di wajah kita, entry hari ini, saya akan berkongsi tips bagaimana cara untuk mencegah kerosakan gigi supaya gigi sentiasa sihat dan kelihatan cantik :P


Tip-Tip Mencegah kerosakan Gigi /  Bagaimana Cara Menjaga Kesihatan Gigi

  • Gosok gigi sekurang-kurangnya tiga kali setiap hari. Gosok pada waktu pagi, selepas makan tengahari dan sebelum tidur. Sebaiknya guna ubat gigi yang mempunyai florida. Terdapat juga ubat gigi yang membantu merawat gigi sensitif seperti jenama Sensodyne.
  • Jika tidak sempat memberus gigi pada waktu makan tengahari, amalkan berkumur untuk membuang sisa makanan. Sisa makanan yang tersimpan di dalam mulut dan di celah gigi boleh menyebabkan penyakit berbahaya pada gigi. Berkumur dengan menggunakan cecair khas seperti Listerine dan Colgate Plax. Kita sedia maklum, cecair boleh sampai pada setiap sudut gigi berbanding ubat gigi pepejal.
  • Jangan makan sebarang makanan di antara waktu makan. Jangan minum minuman ringan atau teh/kopi atau minuman manis di antara waktu makan. Jika anda haus minum air sahaja. (Boleh makan 4 kali dalam sehari). Jika anda makan atau minum minuman manis juga, terus gosok gigi selepasnya.
  • Kurangkan minuman sejuk yang terlampau. Minuman sejuk terlampau boleh menyebabkan gigi sensitif.
  • Tukar berus gigi selepas 3-4 bulan. Semakin lama berus gigi digunakan, semakin banyak bakteria berpenyakit melekat pada berus gigi.
  • Berjumpa dengan doktor gigi untuk membuat rawatan membersih gigi. Di samping itu, boleh juga memeriksa kesihatan gigi dengan lebih mendalam.

P/s: Ramai di kalangan kita yang mengabaikan tanggungjawab untuk menjaga kebersihan gigi. Akhirnya, gigi rosak pad usia yang masih muda. Oleh itu marilah kita belajar cara menjaga kebersihan Gigi dengan betul dengan mengamalkan tips-tips yang diberikan, dan dapat mengelakkan mengalami masalah kerosakan gigi yang kronik! seamat mencuba :P   

19 comments:

  1. jumpa dr gigi tu yg tak buat . kasi berus visa dan uni of london .

    ReplyDelete
  2. Penting jg penjagaan gigi nie.. xde gigi masalah besar.. hehe susah nak makan sedap2 :)

    ReplyDelete
  3. malasnya nk jumpa dr gigi...terima kasih atas perkongsian sobri...Digi Digi sbg hadiah :)

    ReplyDelete
  4. Saya paling malas nak jumpa doktor gigi lah.. mmg kelemahan yg patut saya lawan ni.. Thanks sharing bro sobri..
    3x mcd.. :D

    ReplyDelete
  5. penjagaan gigi ni kena start dari sekolah rendah lagi...nak buat scaling, belanja mahal..sekali sekala bolehlah....guna digi call mcd byr pakai visa..

    ReplyDelete
  6. bagus perkongsian tips mencegah kerosakan gigi ini sobri.. sudah lama akak tidak berjumpa doktor gigi.. pentingnya menjaga kebersihan mulut.. menabung inti, mcD dan inti untuk sobri.. :D

    ReplyDelete
  7. salam pagi..entry menarik ni..gigi yg cantik bak mutiara berseri menghiasi wajah...mesti dijaga baik2 mutiara tu agar xrosak...belum sarapan beli mcd n daftar masuk u london...

    ReplyDelete
  8. tips yg terakhir tu yg sering di elakkan.. hehe

    ReplyDelete
  9. trauma nk jumpa dr.gigi..mcm2 gak la cara nk jaga gigi ni..nice tips sobri..niesa sekarang blm berkesempatan nk jmpa dr.gigi...

    click inti dan flight kat sini...heee.. ^^,

    ReplyDelete
  10. Gigi kalau tak elok menjadikan salah satu faktor kita kurang keyakinan.

    ReplyDelete
  11. penjagaan gigi kena titikberatkan since kanak kanak lagi...anak anak akak umur setahun lebih akak dh ajar gosok gigi

    ReplyDelete
  12. sebenarnya majoriti rakyat malaysia,selagi tak sakit gigi,selagi tu la takkan jupa doktor gigi...

    ReplyDelete
  13. okey.. sekarang nak cube ingat kan diri sendiri utk tukar berus gigi seisi rumah setiap 3 bulan..
    walaupun berus gigi tu hargenye buleh tahan mahal juga..huhuhuhu

    ReplyDelete
  14. masa saya pakai braces dulu, gosok gigi 5 kali sehari... lepas makan jer mesti nak gosok gigi.. hahaha.... tapi tips yg bagus nie sobri.. thanks sharing... :)

    ReplyDelete
  15. tips yang bagus. aku memang jaga gigi nie.. jangan rongak.. tak comel nanti haha

    ReplyDelete
  16. Gosoklah gigi anda patploh kali sehari.. Baru sihat. Ihiks. Byk student Vee dah kehilangan gigi. Nasib baik gigi susu, kalau gigi kekal..? Wakaka.. Budak kecik homei bila takda gigi, yg dah dewasa ni lain jadinya. Cer bayangkan.. ;P

    ReplyDelete
  17. asal lps mkn dah terbiasa gosok gigi..tambah bila nak masuk tidur..gosok gigi ambil wuduk..

    klu utk student mmg bgus gosok gigi selalu,maksud kerap kali..menguatkan minda katanya..bila selesa cerapan ilmu tu cptlah dh mudah ingat..

    ReplyDelete
  18. 3 kali setiap hari??? errr....errrr...... masih lagi kekal gosok gigi sekali sehaghi..... tapi aowk akan tuko tabiat ni nanti... bukan ape.. anak2 awok pun gosok gigi sebelum tidooo

    ReplyDelete
  19. Bagus juga tapi gg ida belum pernah rosak lagi ;)

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca