Tips Mengurangkan Perbelanjaan Ketika Bercuti | www.sobriyaacob.com

google advertising

Wednesday, March 19, 2014

Tips Mengurangkan Perbelanjaan Ketika Bercuti

Assalamualaikum dan salam sejahtera, ok untuk entry hari ini short and simpe, saya ingin kongsikan tips mengurangkan perbelanjaan ketika bercuti, sumber diperolehi daripada facebook, jadi bagi anda yang suka mengembara / bercuti mungkin tips dibawah dapat membantu anda untuk berjimat ketika bercuti.


" Travel is the ultimate inspiration "


Bagaimana Kurangkan perbelanjaan percutian anda? 

          Makanan
  • Sekiranya anda memilih untuk tinggal di hotel atau chalet, pastikan tempat penginapan tersebut menyediakan sarapan pagi secara percuma supaya anda boleh makan sehingga kenyang sebelum memulakan perjalanan percutian anda. Bagi yang mempunyai ahli keluarga yang ramai, masak sendiri tentulah pilihan yang paling menjimatkan berbanding makan di luar.
         
          Penginapan 
  • Cara terbaik untuk kurangkan kos percutian adalah tinggal di rumah saudara mara atau rakan yang berada di destinasi percutian anda secara percuma. Alternatif kedua adalah dengan mencari hotel bajet atau apartment untuk mengurangkan kos. 

          Pengangkutan
  • selain berjalan kaki dan menggunakan pengangkutan awam, menyewa kereta juga merupakan pilihan yang bagus. Anda hanya perlu mencari syarikat kereta yang menawarkan harga yang murah dan berpatutuan. Sekiranya anda bercuti bersama saudara mara atau rakan-rakan, kos pengangkutan ini juga dapat dikurangkan lagi. 

          Peta
  • sebelum anda bertolak ke destinasi percutian, pastikan anda telah mengkaji tempat tersebut dan merancang perjalanan anda sepanjang tempoh percutian. Dengan adanya peta, ini akan memudahkan anda merancang jenis pengangkutan yang sesuai untuk melawat tempat-tempat menarik yang anda ingini dan mengelakan anda daripada sesat. Alternatif lain yang popular pada masa kini ialah menggunakan “google map” atau ”GPS” pada telefon pintar.

Bagi anda yang suka bercuti di dalam negara, anda boleh klik pautan di bawah ke senarai kawasan perlancongan menarik di Malaysia. Di senarai tersebut saya telah menyenaraikan tempat-tempat / destinasi perlancongan yang popular yang ada di setiap negeri di Malaysia, jadi  boleh membuat pilihan untuk melancong ke destinasi pilihan anda.


P/s: Diharapkan tips di atas dapat membantu anda semua merancang percutian secara bijak :P


27 comments:

  1. kalo kat Malaysia ni, in shaa Allah xsesat. Tapi selalu salah jalan. cmne tu? hehehe

    ReplyDelete
  2. Mmg perlu tahu ni agar percutian lebih berbaloi.. t kasih atas perkongsian tips bro Sobri.. :)

    ReplyDelete
  3. Thanks for the share....sedang plan utk mei nnti...

    ReplyDelete
  4. bulan 5 nanti baru musim bercuti untuk ika...uhuk3 T_T
    *mcD, INTI, n colgate untuk sobri :))

    ReplyDelete
  5. thanks for the tips.. xtaulah dpt berjimat ke x.. sy ni boros sket ..

    ReplyDelete
  6. ok2..noted!thank you sobri..hehehe....
    menabung visa,nissan dan mcd kat sini..

    ReplyDelete
  7. Tidur rumah saudara atau kawan kalau adik beradik ok juga tapi kalau setakat sepupu macam tak enjoylah pulak... tapi memang boleh jimat kos.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum sobri. wahh nice tips. sheila pun kalau pergi ke mana-mana, mesti buat research pasal tempat tu. senang dan jimatkan masa serta wang. ihhihi selamat pagi, singgah sambil menabung sini ~~~

    ReplyDelete
  9. bagus perkongsian tips mengurangkan perbelanjaan ketika bercuti ini sobri.. sangat bermanfaat.. menabung colgate, kfc, colgate.. :D

    ReplyDelete
  10. kurang kan shopping dan beli ole ole pon salah satu cara kurangkan belanja travel.. kengkadang benda benda kecik tu kita x perasan .. tetau over bajet

    ReplyDelete
  11. Pengkongsian yang berguna bro....kitaorg pun kalau nak travel mmg amik kira semua benda2 tuuu.... dan kurang kan shopping ...ekekekekeke.. :D

    ReplyDelete
  12. tapi kekadnag masa bercuti ni kita terlupa...... yg pasti nya ....awok akan rancang dulu betoi2.... baghu bulih berjalan... kalo tak..... takut terover bajet.... jenuh oooo...

    ReplyDelete
  13. entri yang tepat pada masanya hehehe tq share info

    ReplyDelete
  14. pergi bercuti ni memang best..
    cume tak bestnya bila lepas cuti tu..
    nak ngemas & membasuh baju-baju.. lagi² tgh krisis air ni.. hai lahh haiii

    ReplyDelete
  15. pergi bercuti kena bawak duit lebih bimbang klu ada kecemasan sbb kita tak tahu apa akan jadi kat sana ...

    ReplyDelete
  16. cuti sorang oklah..ramai2..mmg tak boleh jimat...nak jimat cari apartmen yg ada dapur...masak..

    ReplyDelete
  17. tq for sharing..

    kalau boleh, tak nak masak-masak masa bercuti, dlm negara still OK...luar negara pun kalau boleh pun tak nak juga..kecuali tiada pilihan...huhu..

    ReplyDelete
  18. Aishhhh , bilalah boleh pergi bercuti . Bestnyaa :D

    ReplyDelete
  19. niceee one. nnti kalau aku bercuti , aku guna tips nih okey. hohoho

    ReplyDelete
  20. selagi boleh bajet memang bajet punya lah... ekekeke.....
    p/s: mode nak bercuti akhir bulan nie... :D

    ReplyDelete
  21. Nak bercuti sekarang ni agak ngeri..masih trauma kes MH370...

    ReplyDelete
  22. iPad Air & Blue Birds for you...

    ReplyDelete
  23. umah sedara tu mmg biasa buat...hehehe....McD for u :)

    ReplyDelete
  24. Menarik... tp ida kalau travel tak suka bawa kain baju bebyk...selalunya ida akan beli dimana ida singgah utk dipakai...camner nak jimat ermmmm

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca