Tips Penuaan Secara Sihat | www.sobriyaacob.com

google advertising

Tuesday, March 18, 2014

Tips Penuaan Secara Sihat


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, Untuk entry hari ini saya akan berkongsi tips ke arah penuan secara sihat, nak sebut pun bukan main susah! secara mudahnya satu fasa umur menjadi lebih tua dengan melakukan perkara-perkara yang sihat. Sebenarnya template ini saya dapat semasa pergi ke pejabat kerajaan, mungkin pada masa itu tengah berlangsung kempen hidup lebih sihat, jadi banyaklah tempalate berkaitan kesihatan / gaya hidup sihat diedarkan. Memandangkan template itu masih ada dalam simpanan saya jadi untuk entry hari ini kita akan berkongsi tips ke arah penuaan secara sihat.


Apa Itu Penuaan 

Semasa proses penuaan, kebanyakan warga emas mengalami perubahan-perubahan fungsi badan. Perubahan badan warga emas disebabkan oleh proses penuaan sel dan organ di dalam badan. Perubahan ini mungkin mengakibatkan perubahan fungsi badan, rupa bentuk dan pengalaman lain. Sesetengah perubahan adalah ketara, contohnya sebelum umur 50 tahun, kebanyakan warga emas menghadapi masalah melihat objek dekat, perubahan lain yang kurang ketara, contohnya kebanyakan warga emas mengetahui fungsi buah pinggang mereka sudah merosot hanya apabila penyakit buah pinggang sudah terjadi. Adalah susah untuk membuat anggaran kadar mana seseorang itu mengalami proses penuaan kerana setiap warga emas melalui proses ini dengan kadar yang berlainan


Tips Ke arah Penuaan Secara Sihat

  • Pemeriksaan perubatan secara berkala
  • Pemeriksaan gigi dan mulut secara berkala
  • Melakukan aktiviti fizikal secara tetap, seperti bercucuk tanam dan sebagainya
  • Amalkan pemakanan seimbang
  • kekalkan berat badan secara unggul
  • Jaga kebersihan diri
  • Berhenti merokok
  • Berhenti mengambil alkohal dan dadah terlarang
  • Bekalkan amalan seksual
  • Bina sikap positif dalam kehidupan
  • Fahami keperluan pasangan
  • Menjalin hubungan mesra dengan ahli keluarga. sahabat handai dan masyarakat setempat
  • Luaskan pergaulan
  • Luangkan masa untuk berehat dan beriadah
  • Kongsi pengalaman, pendapat, masalah dengan orang lain
  • Penuhi masa lapang dengan sebaiknya dengan bermasyarakat, hobi, berpersatuan dan sebagainya
  • Perima hakikat perubahan yang berlaku dari segi peranan. 

P/s: Kalau diteliti, panduan di atas bukan hanya boleh diaplikasikan ketika usia meningkat ke satu fasa yang lebih berusia. Lagi bagus diamalkan semasa usia remaja kerana semua tips yang diberikan tips untuk menjalani kehidupan yang lebih baik dan positif bukan?  selain itu proses penuaan yang sihat boleh menangguhkan dan mengurangkan perubahan yang tidak diingini ketika berlaku proses penuaan, sekurangnya apabila sudah berada di usia emas tidaklah menyesal dengan kelakuan pada masa dahulu :P

19 comments:

  1. tips yg bgus...good sharing.....tq..

    #ad org tkut dgn proses penuan ni...

    ReplyDelete
  2. Amalkan gaya hidup sihat bila2 masa saja x mira besar kecik tua muda.. Pasti kita akn hidup lebih sihat dan bahagia.. Hehehe
    Macam iklan tibi plak kann sobri ;-)

    Psstt click2 isi tabung ye ;-)

    ReplyDelete
  3. ok2..nice tips..time2 usia sekarang ni la kan kena jaga baru la bila dah berusia xyah susah2 cuma perlu maintain kan aje...

    menabung nissan dan mcd kat sini.. ;)

    ReplyDelete
  4. Bila kakak baca semua tips diberi rasanya semua golongan dan lapisan usia sangat baik mengamalkan gaya hidup begini. Tapi kakak ni jujur tau exercise jaaaaarang sangat... tak baik kan so jgn ikut huhu...

    ReplyDelete
  5. umur macam akak pun da kena amalkan semua tips ini sobri. terima kasih share.. menabung 3kali mcD untuk sobri.. :D

    ReplyDelete
  6. honestly shin takot tua.. sakit dan kesunyian di tinggalkan org org yak tersayang #nanges

    ReplyDelete
  7. my bonda masih sihat malah kedut2 di muka pun tak banyak wpun usia dah masuk 76 thn . exercisenya hanyalah bercucuk tanam disekeliling rumah serta menyapu sampah sarap daun pokok . Pemakanannya juga simple iaitu lbh suka makan sayur yg dimasak air tanpa minyak dan menghirup kuahnya ... jln2 tgk uni of london kat sini .

    ReplyDelete
  8. Masa naik Ledang ada uncle tu kata umur 63 tahun..!!!
    Dan dia kata if u want to know how healthy are u in this age.. well see where u are.. if like me still hiking so u know u good.. if not .. :P

    ReplyDelete
  9. terbaik..akak ni pun dah beransur ke arah penuaan ni..hehehe..

    ReplyDelete
  10. Bagus tips ni... mudah2an kita semua dpt tua dgn sihat walafiat hendaknya...

    ReplyDelete
  11. Walaupun nampak mudah tapi susah nak ikut

    ReplyDelete
  12. Elok sgt ni..knor pun dh senja..

    ReplyDelete
  13. usia tua itu pasti akan dirasai oleh semua jika dengan IzinNya kelak..sesuatu yang amat positif untuk dilakukan mulai dari sekarang, tq for sharing Sobri..

    ReplyDelete
  14. sekarang takda makasa nk senam.. nasib baik ada tangga boleh guna. hehe

    ReplyDelete
  15. tak taw la cane nak jaga berat badan,
    dah asek nak makan je kejenya..haha!
    btw,nice tips!^_^

    ReplyDelete
  16. Amalan sepanjang hayat ni Sobri...memang kena buat selalu. Apply untuk semua...MacDonald for you..

    ReplyDelete
  17. Heeeeeeeeee~~~
    terima kasih for the tipssssss hihihihi

    qila click 5 kali mcdonall nyumnyummm :D

    ReplyDelete
  18. Patut ler aku ni sentiasa orang kata muda....ekekekekekeke.... tambah lagi 1 bro... kena selalu senyum dan gelak ketawa...ekekekekeke :D

    ReplyDelete
  19. nice one.. (Y) . heeee . klik nuffnang anda Request Information.

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca