15 Tips Menurunkan Berat Badan | sobriyaacob.com

Monday, April 28, 2014

15 Tips Menurunkan Berat Badan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, hari ini saya akan kongsikan 15 tips menurunkan berat badan by- Tips & Panduan Blogs, jadi untuk entry kali ini kita off dulu dari topic travel, jom kita baca dan amalkan 15 tips menurunkan berat badan yang mungkin dapat membantu anda dalam usaha menurunkan berat badan :P

Amalkan cara hidup yang sihat.

Bagi mereka yang memiliki berat badan berlebihan, sudah tentu sentiasa memasang azam mahu menurunkan berat badan. Memang bagus untuk anda memasang azam tersebut agar badan menjadi langsing semula. Bukan semata-mata kerana cantik tetapi juga untuk faktor kesihatan dan psikologi kerana masalah ini turut menjejaskan rasa percaya terhadap diri sendiri.

Berikut adalah 15 tips mudah menurunkan berat badan yang boleh anda terapkan dalam azam anda untuk menurunkan berat badan.


1. Saya Boleh!

Tanamkan azam itu dalam diri anda. Yakin anda boleh melakukannya. Apa saja godaan yang datang, sentiasa ingat azam anda itu. Sentiasa terapkan dalam fikiran anda bahawa anda boleh menurunkan berat badan. Jadikan mereka yang telah berjaya menurunkan berat badan sebagai motivasi anda untuk berjaya seperti mereka juga. Sentiasala berfikiran positif.

2. Sarapan Adalah Wajib

Jangan sesekali meninggalkan sarapan pagi. Sebelum keluar rumah, jamahlah sedikit makanan kerana sarapanlah yang akan memberikan anda tenaga untuk meneruskan aktiviti harian. Tidak perlu makan sarapan yang berat. Cukup sekadar roti, telur atau jika tiada masa, anda boleh makan pisang, yogurt atau makanan yang mengandungi serat dan protein. Ia akan membuatkan anda berasa kenyang sehingga tengahari.

3. Baca Dan Semak Kandungan Nutrisi

Jangan terburu-buru sebaliknya ambil masa untuk anda membaca atau memerhatikan kandungan nutrisi pada makanan yang anda pilih sebelum anda mengambilnya. Perkara ini amat penting kerana jumlah kalori dan zat inilah yang berperanan untuk menambah berat badan anda jika diambil secara berlebihan. Belajarlah untuk menyesuaikan keperluan tenaga atau kalori anda dalam seharian. Anda juga boleh membuat catatan yang boleh mengingatkan anda terhadap keperluan nutrisi anda agar pengambilannya sentiasa terkawal.

4. Elak Diet Sementara

Kebanyakan orang mahu berdiet kerana mahukan keputusan dalam waktu yang singkat. Mungkin diet yang sangat ketat boleh menurunkan berat badan dalam jangka masa yang cepat namun selalunya ia akan bertambah semula dalam masa yang singkat. Berlapar semata-mata tidak akan membuat berat anda turun malah cara berlapar ini akan menurunkan metabolisme badan untuk membakar lemak. Paling penting adalah memilih makanan yang seimbang nilai gizinya mengikut keperluan tubuh anda agar kalori yang masuk akan dimanfaatkan tanpa disimpan menjadi lemak terkumpul dalam tubuh.

5. Makan Dengan Teratur

Amalkan makan secara teratur dan jadikan ia sebagai rutin. Kadar metabolisme anda akan menurun apabila sedang lapar dan keadaan ini tidak begitu elok jika anda sedang berusaha untuk menurunkan berat badan. Bagi menghindari keadaan tersebut, sediakan pola/menu pemakanan yang anda boleh ikuti dan jadikan rutin setiap hari.

6. Banyakkan Pengambilan Serat.

Serat amat penting untuk membantu menurunkan paras kolesterol selain melancarkan proses pada saluran pencernaan. Malah, serat juga membantu mempercepatkan rasa kenyang dan ini akan membantu anda untuk mengurangkan kuantiti makanan yang diambil. Sebahagian besar serat mempunyai kandungan air yang tinggi dan kalori yang rendah yang amat sesuai dalam menu pemakanan anda untuk membantu menurunkan berat badan.

7. Pilih Makanan Yang Menyihatkan

Pemilihan makanan penting dalam usaha untuk menurunkan berat badan seperti yang anda mahukan. Pilih makanan yang mengandungi omega 3 (lemak baik) seperti ikan salmon dan tuna. Elakkan makanan mengandungi banyak lemak tepu. Pilih minyak sayuran sebagai sumber lemak kerana jumlah kalorinya yang sedikit. Banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran.

8. Lakukan Senaman Dan Bersukan

Salah satu senaman yang paling mudah, menjimatkan dan boleh dilakukan bila-bila masa adalah berjalan kaki. Sentiasalah berjalan kaki setiap hari sekurang-kurangnya untuk tempoh 15 minit. Anda juga boleh pilih senaman bersukan yang sesuai dengan keadaan tubuh anda. Bersukan bukan sekadar membantu menurunkan berat badan tetapi juga menjadikan tubuh lebih sihat dan fit.

9. Buang Kebiasaan Mengunyah Pada Waktu Malam

Inilah tabiat yang mudah mendorong kepada kenaikan berat badan. Hentikan tabiat ini kerana ia hanya akan emnghancurkan impian anda untuk kembali langsing. Kalori yang anda ambil pada waktu malam akan bertimbun dan tersimpan sebagai lemak di dalam tubuh.

10. Banyakkan Pengambilan Protein

Makanlah makanan yang mengandungi protein yang tinggi kerana ia akan membuat perut anda berasa kenyang hingga beberapa jam dan ini akan membantu mengurangkan keinginan anda untuk makan sebelum sampai waktunya.

11. Buang Kebiasaan/Tabiat Buruk

Buang kebiasaan atau tabiat buruk yang mudah mengundang kenaikan berat badan dalam gaya hidup anda sebelum ini. Gantikan dengan kebiasaan yang lebih baik. Contohnya, gantikan penggunaan gula biasa dengan gula yang rendah kalori serta elakkan memasak makanan dengan menggunakan minyak yang banyak.

12. Jadikan Teman Sekeliling Sebagai Pendorong Semangat

Jadikan orang sekeliling anda sebagai pendorong semangat anda untuk kembali langsing. Sekiranya anda putus asa atau patah semangat untuk meneruskan usaha menurunkan berat badan, teman-teman rapat anda akan menjadi pendorong semangat supaya jangan mengalah.

13. Catat Setiap Perkembangan

Sediakan catatan untuk mencatit setiap perkembangan dari masa ke semasa. Lebih baik jika anda mempunyai teman untuk sama-sama menurunkan berat badan. Dengan ini anda boleh membandingkan catatan anda dengannya. Ini akan membuat anda lebih bersemangat untuk mencapai tahap penurunan berat yang anda inginkan. Anggaplah ini sebagai satu persaingan yang sihat.

14. Minum Air Yang Cukup

Pendapat pakar kesihatan mengesahkan apabila anda minum air kosong/putih yang mencukupi, ia membantu anda menghindarkan diri daripada makan secara berlebihan. Oleh itu, minumlah sekurang-kurangnya 8 gelas air putih sehari.

15. Turunkan Berat Badan Untuk Kesihatan.

Anda inginkan tubuh sihat dan terhindar dari penyakit? Oleh itu, jangan berputus asa dalam usaha anda untuk menurunkan berat badan. Ia bukan sekadar untuk kelihatan langsing dan cantik tetapi juga untuk menjaga tahap kesihatan anda. Selalulah memotivasikan diri anda agar matlamat anda berjaya dicapai.

P/s: Usaha tangga kejayaan, kekalkan keazaman terus bermotivasi dan jangan mudah mengaku kalah :P


29 comments:

  1. Betambah semangat dengan tips ni Sobri.. thanks :)

    ReplyDelete
  2. Kakak bila baca N3 macam ini rasa macam boleh buat tapi biasanya kakak memang gagal. Apalah lagi untuk memeriksa kandungan nutrisi yg nak dimakan memang tak adalah kakak rajin.

    ReplyDelete
  3. selain semua amalan tu rajin2lah berpuasa sunat isnin n khamis...xlama lagi dah rejab boleh berpuasa sunat rejab pula...insya Allah slim melidi.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum sobri, nice sharing tips. in shaa Allah, masa berpantang boleh amalkan. hiehiehie singgah menabung digi sini~~~

    ReplyDelete
  5. Menu sihat dalam gambar tu best..nway Thanks Sobri for the tips..

    ReplyDelete
  6. Boleh bagi tips kat adik saya yang nak diet . Nice info Abg Sobri :)

    ReplyDelete
  7. terima kasih untuk entri yang bagus sekali... sedang berusaha

    ReplyDelete
  8. Disiplin diri memang sangat penting kalau nak kuruskan badan ni. Kalau tak konsisten, memang alamatnya buat kerja sia-sia la kan. Hehehe

    ReplyDelete
  9. nice tips!tp niesa xnk turunkan berat bdn..hehehe..

    ReplyDelete
  10. thankss for the tips..ade sesetengah dari tips nie memang aku da start buat..tinggal nak buat yang lain pulak jer..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  11. nak maintain consistency tu, tu yang mencabar tuh... huhuu~ ( -____- )

    ReplyDelete
  12. A great sharing for reducing weight!

    ReplyDelete
  13. very good tips!!!
    sy x boleh diet.. bila pikir diet.. masa tu mula lah nak makan tu nak makan ni.. end up bertambah berat badan... so, skang malas nk pikir.. takde nk diet... bila x pikir pasal diet, tup tup turut 4kg... alhamdulillah

    ReplyDelete
  14. akak kau ni lemah betul bila tiba tips menurunkan berat badan nih..huhuu..dah bertahun..tapi dok lagu tu jugak...ahahaha

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah.. setakat ni berat badan sy masih ok lagi.. cuma, pemakanan & kesihatan mmg sentiasa kena jaga kan..

    ReplyDelete
  16. mesti positif dan disiplin . sis dr dulu sampai la ni masih maintain ... alhamdulillah . jumpa inti di sini .

    ReplyDelete
  17. nampak mudah tapi susah...hehehehe
    whisper libresse + inti for sobri

    ReplyDelete
  18. sesetengah tu mmg dah buat cuma nak jadikan kebiasaan buat masa ni...saya boleh! gittew~ :D

    thanks for sharing......

    ReplyDelete
  19. salam sobri ; sy sedang mencatat setiap perkembangan diri saya ; maksud sy bukan badan kembang tp berat badan turun setiap hari...yg paling sukar adalah tentang kawal makan .

    ReplyDelete
  20. selalunya masalah kurang motivasi.. hari ni start, esok lusa dah give up.. lebih tergoda dengan makanan dan kemalasan..

    ReplyDelete
  21. Info bagus bro.... tapi keturunan aku dari moyang sampai ler ke anak buah...semuanya gen kurus dan tinggi.. walau makan banyak mana pun...metabolisme still tinggi lg kot... tapi senaman itu harus kena buat.... pastikan selalu gi check blood preasure, kolestrol dan yg sewaktu dgnnya... banyak jugak kes badan kurus giler tp kolestrol tinggi mencanak... mmg bahaya... :D

    ReplyDelete
  22. Visit today again to read the tips!

    ReplyDelete
  23. Motivasi diri sdiri tuk kurangkan berat badan, tapi tulaa kadang tu x boleh tolak godaan... ;D

    ReplyDelete
  24. Assalammualaikum... SY,

    Nice tips2 untuk turunkan berat badan.. byk panduan yang boleh kita jadikan ikut.

    mselim3

    pls: Insaallah ..tips yang SY nak tu nanti mselim3 kongsikan yer...

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca