Penang Trip : Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Pulau Pinang, Malaysia | www.sobriyaacob.com

Thursday, April 10, 2014

Penang Trip : Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Pulau Pinang, Malaysia


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, ya akhirnya berjaya juga untuk menyiapkan entry Jambatan Pulau Pinang - 2, entry yang sudah lama tersangkkut daripada tol bayaran free sampai sudah kena bayar :P Jambatan ini diberikan nama Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah setelah mendapat perkenan Yang Dipertuan Agong ke 14 iaitu Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan merupakan jambatan yang kedua yang menghubungkan Batu Maung di sebelah pulau dan Batu Kawan di Seberang Perai yang akan berfungsi sebagai lintasan alternatif ke Pulau Pinang. 

Jadi untuk entry kali ini saya akan berkongsikan pengalaman dan info-info menarik mengenai jambatan ke 2, Pulau Pinang / Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah 



Bagaimana cara untuk datang ke jambatan pulau pinang- 2, daripada ipoh - kuala lumpur terus melalui highway ke Utara - selatan dan exit ke 157 iaitu Persimpangan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah / jambatan ke dua pulau pinang, just follow the sighboards. Bagi yang masuk daripada tol jawi  boleh exit ke jambatan kedua serta dikenakan tol sebanyak RM1.40


Jambatan Kedua Pulau Pinang juga mempunyai kompleks tol bersepadu yang pertama di Malaysia dan yang terbesar dengan mempunyai 28 lorong, jadi anda tak perlu beratur lama untuk masuk ke jambatan, planning yang baik untuk mengurangkan jem untuk masuk ke tol jambatan.

Senarai harga bayaran tol jambatan kedua pulau pinang

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mengumumkan kadar tol bagi jambatan baru itu ialah :

  • RM1.70 untuk motosikal (Kelas 0);
  • RM8.50 untuk kereta, kecuali teksi dan bas (Kelas 1);
  • RM30.50 untuk kenderaan dua gandar dan enam roda, kecuali bas (Kelas 2);
  • RM70.10 untuk kenderaan tiga gandar atau lebih, kecuali bas (Kelas 3);
  • RM8.50 untuk teksi (kelas 4)
  •  RM26.20 untuk bas (Kelas 5)

Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam ini adalah sebuah mercu tanda kejuruteraan moden. Dibina sepanjang 24 kilometer (16.9 kilometer di atas laut), ia adalah jambatan terpanjang di Asia Tenggara. Jambatan ini juga adalah yang terpanjang di dunia yang mengaplikasikan Sistem Galas Getah Rendaman Tinggi (HDRB) yang mana ia mampu menahan gegaran gempa bumi sehinga 7.5 pada skala Richter,  jambatan kedua adalah alternatif untuk mengurangka kesesakan di jambatan pertama pada waktu kemuncak. Pengalaman memandu di atas jambatan ini memang terasa agak jauh perjalanan untuk sampai ke sebelah pulau boleh sampai ke pulau dalam masa 10 / 20 minit bergantung kepada kelajuaan anda bawa, paling best dari jambatan kedua menuju ke airport memang terasa pendek  dan  memudahkan perjalanan ke airport bayan lepas.


Di bawah saya kongsikan gambar-gambar yang sempat saya tangkap di sepanjang perjalanan  melalui jambatan pulau pinang yang ke 2

Kalau anda perasan design jambatan ini berbentuk s. Rekabentuk jambatan dikenali sebagai jambatan kabel penahan / jambatan galang kotak. 





Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Jambatan terpanjang di Asia Tenggara antara mercu tanda baru di Pulau Pinang


Ingat tak lagi sebelum ini saya pernah uplode gambar jambatan ini daripada pemandangan dari Pulau Aman, boleh rujuk entry terdahulu  Pulau Aman, Peneng. Gambar di atas pula pemandangan dari jambatan, boleh kelihatan jelas pulau Aman. Di bawah  pula gambar jambatan daripada view di pulau Aman.




Alang-alang saya bercerita mengenai jambatan ini, mari saya kongsikan tempat-tempat menarik yang boleh anda kunjingi di sekitar laluan ke jambatan ini, ok sekiranya anda datang bercuti ke peneng sebelum anda melaui jambatan ini, anda boleh singgah sebentar di Pulau Aman, apa yang best dekat situ pulau aman antara pulau perkampungan nelayan, pemandangan sangat cantik dan anda wajib merasai kenakan mee udang dan seafoord yang sangat popular, boleh rujuk entry pengembaraan saya di Pulau Aman Part 1 dan Part 2.

Dan sekiranya anda sudah berada di sebelah Pulau boleh rujuk di entry ini senarai tempat perlancongan menarik di Pulau Pinang, di situ saya telah listkan tempat-tempat menarik yang boleh anda lawati :P

P/s: Diharapkan dengan pembinaan jambatan ke dua ini akan merancakkan  lagi pembangunan di pulau pinang serta dapat mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas, btw saya banyak menerima komen yang ingin berhubung tapi tidak tahu caranya, anda boleh hubungi saya melalui email sobriyaacob@gmail.com, boleh like page facebook saya atau WeChat search sobriyaacob :P

40 comments:

  1. hebatlah dia dah lalu.. teringin nk gi Penang lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. nnati kita leh lalu sama2..jemput dtg peneng shin

      Delete
  2. Msa pg penang hri tu tk siap lg..tpi dpt tgok dr hotel...

    menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh ye ke sis..dlm proses pembinaan lagi tu,,nanti bila p peneng leh la cuba ya..

      Delete
  3. puashati sekali membaca artikel n melihat pic2 jambatan pulau pinang kedua ni...kalau ada rezeki nak melaluinya tentu singgah di pulau aman juga..klik3 libresse..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulilah..semoga terubat hati sis yg sebelum ni x sempat nak lalu ya.. insaallah ada rezeki.. jgn lupa melawat ya... terima kasih

      Delete
  4. dulu last time aku pergi penang memang ada perasan exit jambatan kedua nie tapi belum bukak laa plak time tu..hehehe..tapi harga tol jambatan baru dan jambatan kedua nie sama ke??hehehe..menabung libresse sini..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye la.. yg exit ni dah lama siap.. aku pun selaluj uga lalu..dah berapa bulan dah ..tapi tak bukak2 lagi he..he.. harga dia lain sikit.. mahai sikit ..tapi kalau nak kira jauh aku rasa 3 kali ganda jauh dgn jambatan pertama

      Delete
  5. info yang baik nie..semua ada...siapkn list tempat kt penang lagi...

    ReplyDelete
  6. nice info. bilalah nak merasa ke sana. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih.. insaalah satu hari nanti .. dtang ya

      Delete
  7. pulau aman..mee udang....entah bila nak ke Penang lagi..huhu...

    KFC nyum,nyum + libresse, hello confidence...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti jgan lupa singgah sis.. terima kasih... ya

      Delete
  8. Cantiklah gambar2 & permandangannya... info pun cukup bagus. Dah mudah klu nak ke sana nanti.. T kasih atas perkongsian info ni bro Sobri... mmg menarik.. :)

    ReplyDelete
  9. Nice, but the toll fare is quite high.

    ReplyDelete
  10. teruja la tgk jambatan pulau pinang tu..xsaba nk jejak kaki ke sana..harap 1 hari nnti boleh..mayb next year..ahaha..

    dh add wechat sobri..incase nnti ada nk tnya pasal tempat2 menarik nih..ahaha.. tq! XD

    click inti,kfc dan colgate kat sini.. ^^,

    ReplyDelete
  11. berpatutan juga kadar tol jambatan ke 2 p.pinang nih.

    ReplyDelete
  12. dah setahun lebih tak datang pulau pinang... tengok gambar2 nie rasa nak pergi ke sana pulak.. nnt nak plan lah dengan suami saya.. pastu carik awak jadi tour guide kita orang eh... boleh kan? hehehe...

    ReplyDelete
  13. cantik gambar2 tu sobri...x merasa lg nk kesana ....

    ReplyDelete
  14. wahh cantiknya belum bekesempatan lagi ke sana

    ReplyDelete
  15. cantiknye... bila la ade rezeki nak lalu situ..

    ReplyDelete
  16. Abg Sobri , memang harga tol dia macam tu ye ? Ada satu tol je kan ? HUHU .

    ReplyDelete
    Replies
    1. ar ah..satu tol je..bila nak pergi ke pulau :)

      Delete
  17. okay gambar sangat cantik2. kalau real mesti lagi cantik. ntah bila nak sampai tak tau. haha. yang pertama pon baru sekali lalu :)

    ReplyDelete
  18. nice pic . seronok dpt g jalan2 . huu .
    teringat kat kelas hari tu . sebut pasal jambatan . bridge dibina untuk orang bunuh diri . sebab tu jambatan pulau pinang baru je siap di bina dah ade kes . hehe .

    =)

    ReplyDelete
  19. harap2 satu hari nnt sy dpt naik jambat tu...
    bangga jugak lah ade jambatan yg terpanjang di asia tenggara..wow...:D
    mahal jugak eh tol dia...motor pun kena tol ek..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah pasal moto pun kena.. jambatan first pun kena.spatutnya free sudah le...

      Delete
  20. tapi laluan dia agak pening untuk pembonceng motosikal.. hehehe

    ReplyDelete
  21. memang cantik tp sy la org penang yg pertama xpernah naik jambatan ni. hahahaha

    ReplyDelete
  22. assalamualaikum sobri: kak ana hantar link ke sini ye...mengenai jambatan kedua Pulau Pinang dari entri anajingga...tqvm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam akak boleh saja...sharing is caring

      Delete
  23. Jambatan buang duit rakyat... Kutip duit rakyat... Gagaga petttaakkk

    ReplyDelete
  24. Masuk Pulau Pinang RM 8.50 (kereta) bila balik ke Batu Kawan bagaimana? Kena lagi RM 8.50 atau percuma?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila balik free..sama ada naik feri, jambatan first atau kedua..tol hanya dikenakan semasa masuk pulau sahaja :P

      Delete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca