Perak Trip: Kemeriahan Pesta Songkran, Kampong Tasek, Pengkalan Hulu, Perak | www.sobriyaacob.com

google advertising

Thursday, April 17, 2014

Perak Trip: Kemeriahan Pesta Songkran, Kampong Tasek, Pengkalan Hulu, Perak


sa-wat-dee pi mai-thai / สวัสดีปีใหม่ไทย

Assalamualaikum dan salam sejahtera, apa kahabar semua? diharapkan kepada semua pembaca blog aku VS kehidupan dalam keadaan sihat sejahtera! straight to point entry pada kali ini, saya sangat teruja untuk membawa anda menggembara ke salah satu Pesta yang diwarisi berkurun-kurun lamanya yang masih dilakukan yang ada di Malaysia iaitu sambutan Pesta Songkran yang diraikan oleh Masyarakat siam terutama di negeri Kedah, Perak, Kelantan, Perlis dan Terengganu!

Ucapan berbanyak terima terima kasih kepada Team Tourism Malaysia Perak kerana sudi menjemput saya dalam trip Pengkalan Hulu - The Undiscovered Trail ! atas layanan anda semua yang sangat supers! makan sehari 5 kali bai, tidur hotel 5 star siapa nak bagi tu. Terima kasih daun keladi kalau sudi jemputlah lagi :P  

Amazing Shoot right! love this view

Ok bagi anda yang kurang pasti dan arif mengenai sambutan Pesta Songkran, 
mari saya explain sedikit mengenai pesta ini untuk mengelakkan kekeliruan :P

Pesta songkran atau juga dikenali sebagai Pesta Air disambut Pada Tahun Baru Thai (atau Songkran) disambut sekitar 13–15 April setiap tahun di Thailand, seiringan dengan sambutan Tahun Baru bagi kebanyakan takwim tradisional yang dipakai di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Perayaan Songkran jatuh pada hari yang paling hangat dalam setiap tahun di Thailand, di penghujung musim kemarau. bulan April merupakan bulan terhangat di Thailand (suhunya boleh mencecah 40°C), perayaan ini dijadikan hari berseronok dengan menyimbahkan air ke arah orang lain.  Mulanya, Tahun Baru Thai merupakan awal tahun di Thailand - ok semoga dengan pencerahan ini dapat membantu kita lebih mengenali tradisi-tradisi yang ada di malaysia.

Jangan terkejut, sebenarnya di Malaysia juga Pesta ini disambut juga oleh komuniti siam yang tinggal di Malaysia, based on comment entri sebelum ini mengenai Pesta songkran / Pesta Air, ramai yang jangkakan sambutan ini dilakukan di Thailand dan negara-negara yang mojoriti berbangsa Siam, di Malaysia juga \ diraikan pesta ini tapi tidakah terlalu besar seperti di Bangkok, Chiang Mai , Phuket dan Pattaya sambutan disambut secara sederhana dengan penuh kemeriahan dengan penuh budaya-budaya Malaysia! amboi ayat kau sobri sangat 1 malaysia!  disebabkan saya sendiri berpeluang untuk melihat dan merasai keindahan sambutan Pesta Songkran di Kampong Tasek,  jom layan warna-warni sambutan Pesta songkran, dI kampong Tasek, Pengkalan Hulu, Perak .


Kemeriahan pesta songkran, kereta berhias ini digunakan untuk perarakan ratu songkran di sekeliling kampung di penghujung Pesta :P

Sebelum saya terus pot..pet..pot pet mengenai pesta songkran, anda mesti tertanya-tanya di mana lokasi pesta songkran di diadakan, di bawah saya listkan bagaimana cara untuk sampai ke Kampung Tasek, Pengkalan Hulu, Perak. Sebelum anda sampai ke sini ini anda mesti terlebih dahulu sampai ke Pekan Kroh, daripada pekan kroh lebih kurang 7 km untuk sampai ke kampong tasik

Bagaimana Cara Untuk Datang Ke Sini ?

  • Bagi pengguna Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dari arah selatan, anda boleh menggunakan laluan keluar Kuala Kangsar. Teruskan perjalanan anda dengan melalui Lenggong, Lawin, Gerik, Kelian Intan dan seterusnya Pengkalan Hulu.
  • Bagi pengguna Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dari arah utara, anda boleh keluar di Exit Gurun.Teruskan perjalanan ke Batu Lima, Baling dan Pengkalan Hulu.Bagi mereka yang berada dari arah barat (Pulau Pinang), anda boleh menggunakan laluan keluar Seberang Jaya.Teruskan perjalanan dengan melalui Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE), Kulim, Baling dan Pengkalan Hulu.
  • Bagi mereka yang berada dari arah timur (Kelantan), anda boleh melalui laluan Jeli, Gerik, Pengkalan Hulu Bagi pengguna Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dari arah selatan, anda boleh menggunakan laluan keluar Kuala Kangsar.Teruskan perjalanan anda dengan melalui Lenggong, Lawin, Gerik, Kelian Intan dan seterusnya Pengkalan Hulu.
  • Bagi pengguna Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dari arah utara, anda boleh keluar di Exit Gurun.Teruskan perjalanan ke Batu Lima, Baling dan Pengkalan Hulu.
  • Bagi mereka yang berada dari arah barat (Pulau Pinang), anda boleh menggunakan laluan keluar Seberang Jaya.Teruskan perjalanan dengan melalui Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE), Kulim, Baling dan Pengkalan Hulu. Bagi mereka yang berada dari arah timur (Kelantan), anda boleh melalui laluan Jeli, Gerik, Pengkalan Hulu

Lengkap bukan list yang saya berikan untuk sampai ke pengkalan hulu, kalau sesat lagi tak tahulah saya :P alang-alang dah sampai ke sini jangan lupa singgah ke sempadan thailand-Malaysia dekat situ banyak barang murah-murah dijual kawasan bebas cukai, akak-akak yang kaki shopping jemput datang dan menghabiskan duit dan yang mana datang dengan suami tercinta, Awas jangan sampai suami anda tersesat ke betung pulak lepas tu tak balik-balik, kalau nak pergi betung sekali berdua jangan seorang! bukan apa senang nak shopping! abang  senang bayarkan bukan sebab benda lain ya :P dan kalau nak masuk ke Betung jangan lupa bawa paspport .

Ok! cukuplah story mengenai Betung, pesta ini dijalankan selama 3 hari dari 11-13 april dan antara aktiviti yang dijalankan seperti Pertandingan Ratu Songkran *Pewett*, Liga bola sepak antara kampung siam, pertandingan kicauan Burung dan Pertandingan gendang panjang antara kampung-kampung siam! Sudah semestinya acara kemuncak yang paling dinantikan adalah pesta air, moh le kite main ayor!

Rombongan Trip trip Pengkalan Hulu - The Undiscovered Trail ! datang untuk merasai sendiri sambutan Pesta Songkran terdiri daripada Team Tourism Malaysia Perak, Media dan Travel Agensi 

Antara persembahan Gendang Panjang- salah satu alat muzik tradisional Masyarakat Siam

Inilah Finalis Ratu Songkran 2014, cantik bukan? berminat sila PM saya *suka la tu korang! kalau yang cantik.. manis..ayu.. ewahh...* 


Kiteria pemilihan berdasarkan kesopanan, pembawakan diri, tutur kata dan kecantikan gadis siam! ibaratnya macam gadis melayu terakhir. setiap gadis dijalankan terlebih dahulu proses pemilihan! di atas para peserta sudah di short list sebagai yang terbaik mewakili kawasan masing-masing! kebanyakkan ratu berusia dalam lingkungan 18-25 tahun, dan juara pertandingan Ratu Songkran Kampung Tasek 2014 jatuh kepada Peserta daripada Perlis yang mempunyai darah campuran siam dan india, masih muda baru berusia 18 tahun! jangan terkejut mungkin lagi 2-3 tahun jadi artis budak ni! seriusly memang lawa dan sopan tingkah laku, liuk lintuk bahasa badannya di atas pentas boleh digelarkan Beauty with the brain!

Antara peserta lain yang mencuri perhatian saya, adalah peserta bernombor 3, wakil daripada Kampung tasek! beb dia tu student PUO! please siapa yang satu kelas dengan peserta nombor tiga tolong sampaikan salam mesra abang kepada dia! ewah gelojoh! serius saya jangkakan dia akan menjadi finalis dengan peserta number 7 mungkin bukan rezeki adik! btw abang suka persembahan adik masa di atas pentas tambah-tambah part intro menggunakan bahasa melayu! melting sebentar.

Cukup-cukup kisah ratu cantik songkran nanti full entry pasai ratu cantik! banyak lagi kisah menarik yang saya hendak kongsikan dengan anda semua di pesta songkran.

Tengok berapa ramai yang datang, kebanyakkan penduduk kampung tasek serta kampung yang berhampiran berhampiran dan penduduk betung! boleh dianggarkan dalam 3000 orang yang hadir.

Girl with the fire! eh bukan girl with the senapang air! comel bukan pistol air siap ada beg hello kitty, tapi handal menembak, pantang aku nak ambik gambar terus je budak-budak ni shoot aku balik:P

It time for mandi air! reload amunition and shoot!!!

kemuncak pesta songkran, aktiviti yang paling ditunggu-tunggu! nampaknya wakil media dan travel agensi yang hadir memeriahkan pesta terlebih-lebih beria main air! tembak jangan tak tembak bro! musuh dihadapan, pertahankan kawasan kita, antara semua brother-brother dekat atas tu aku paling kusut dengan budak berbaju merah tu mengalahkan budak-budak main air! terlebih excited :P

Amboi seronok benor abang zuk, menembak makcik-makcik siam, baik punya target! :P
korang mampu main air pakai baju batik :P

Pakcik dan makcik sambil bermain air! jangan lupa untuk berjoget untuk menghiburkan hati sangat sporting, havoc bukan adik-adikku! ini baru namanya pesta.


Saya tengah menunggu mangsa nak shoot gambar kononya nak dapatkan short gambar berpesta yang awesome!, gambar kat atas saya dan abang Bob tak sure fotografer dari paper mana utusan atau kosmo? tengah bodek dia suruh masukkan gambar saya banyak-banyak dalam newspaper, kejam giler perangai! kalau abang baca entry ni jangan lupa masukkan shot terbaik gambar saya berpesta ya :P kalau tak ada tak apalah nanti saya uplodekanlah gambar sendiri banyak-banyak dalam blog ni.. btw ingat tak lagi korang ada cakap yang blogger jarang masukkan gambar sendiri dalam blog ya korang betul! bloggers lain mungkin betul tapi tidak saya

sebenarnya saya tak nak main air-air, tapi apabila asyik kena tembak dan kena sapu bedak, automatik adeneralin nak berpesta datang, tambahan ada sekumpulan budak kecil siam yang suka menembak air dan sapu bedak dekat team kitaorang perh.. apa lagi terus beli senapang air, melayang duit RM 20.00 ish..ish janji puas hati dapat berperang dengan budak-budak siam tu, eh bukan merasai sendiri kemeriahan pesta songkran di pengkalan hulu perak! :P

salah satu alatan muzik tradisi penduduk siam, gendang panjang turut dimainkan sepanjang pesta songkran berlangsung :)

Kalau anda datang di sini, kena sporting sikit kalau setakat kena tembak air dan kena baling bedak itu perkara biasa antara tradisi yang diamalkan menyambut pesta air ! 

Pesta Songkran antara pesta dinanti-nantikan oleh semua masyarakat Siam malah sambutan besar-besaran acara ini sudah menjadi kemestian.Perayaan pesta Songkran sudah diamalkan oleh masyarakat Siam secara turun temurun dan jangan lupa sebut ucapan "sa-wat-dee pi mai-thai" yang bermaksud selamat tahun baru tahailand ataupun "suk-san wan songkran" bermaksud selamat hari songkran! agak-agak yang lidah pendek tu jangan terkeluar bungi kap..kap megi cup :P Megi tak ada bro! pesta air ada mau? ...

Dekat sini semuanya sporting-sporting ewah! konsep 1 malaysia digunakan. Kejam ar komen korang dekat Fb aku, untuk pengetahuan anda semua bukan semua penduduk siam di sini berkulit putih macam di bangkok or pattaya, ramai juga yang berkulit tone gelap. Macam orang melayu la ada gelap, putih, sepet, bulat! dan kebanyakan yang saya jumpa rupa seperti orang melayu serta fasih berbahasa Melayu :P


Kalau anda lihat kebanyakan gambar yang saya shoot, orang siam di sini akan memakai baju yang cerah dan berwarna warna, plust spek mata nak main air itu penting dan menjadi kebiasaan mereka menyapu bedak sesama sendiri one of the tradition songkran festival. Penggunaan air dan wangi-wangian sebagai lambang kemaafan menyebabkan pesta Songkran dianggap sebagai "Pesta Air". Lebih-lebih lagi anak muda akan menggunakan peluang pada hari ini untuk menyimbah air kepada rakan-rakan untuk berseronok. :P

Gambar di atas, antara shoot yang saya sempat ambik kemeriahan pesta songkran di luar! di dewan juga berlangsung konsert khas sempena dengan pesta songkran, di panggil artis popular daripada negara seberang :P


Tengok berapa ramai komuniti siam, I was very surprised! based on the information I get, them just a little Siamese community tapi tengokalah ramai jugak orang siam di pengkalan Hulu Perak. Kebanyakkan lagu yang dimainkan dalam bahasa siam, tapi kalau dengar lama-lama layan jugak lagu tu jadi janganlah  korang berharap boleh dengar lagu dalam bahasa melayu or english. Nama pun pesta songkran keraian yang diraikan oleh masyarakat siam jadi layankan saja lagu-lagu tu :P

jangan tak menari u all, kalau datang sini! kalau tak pandai menari nanti i akan ajarkan ok :P

Meh saya remainde balik antara aktiviti yang dijalankan sepanjang pesta ini berlangsung antaranya ialah pertandingan Ratu Songkran, pertandingan bola sepak, pertandingan seni budaya seperti pertandingan gendang panjang gerai jualan serta pertunjukkan kebudayaan dengan kemuncak acara ialah perarakan Ratu Songkran. Sebelum perarakan dijalankan orang ramai akan berkumpul di tepi jalan dan bersama-sama berarak sekeliling kampung



Sambil berarak membawa ratu mengelingi kampung, penduduk kampung akan menari dan menyanyi di sepanjang jalan! oh sebelum terlupa apa itu ratu songkran ? Ratu Songkran terdiri daripada 12 orang anak gadis bersamaan dengan 12 nama binatang yang dijadikan nama tahun mengikut kalender lama Siam. Contohnya tahun 2000 adalah tahun "Naga". Sesiapa yang menang dalam pertandingan tersebut akan digelar "Ratu Songkran" dan diarak mengelilingi kampung oleh orang ramai dengan kereta berhias. ok adik-adik take are note ya :P 

Dimulakan oleh perarakan dewi, not sure apa gelaran yang dipangil! yang pasti dewi ini sangat cantik dan selepas itu dikuti oleh para jelitawan ratu songkran 2014:P

Perarakan ratu songkran dengan kereta berhias, dan dikuti oleh orang ramai ke sekeliling kampung, for me very hapening and great experince! bila lagi kita boleh belajar dan merasai budaya bangsa lain sekurangnya bertambah pemahaman dan pengatahuan mengenai budaya bangsa lain:P

Inilah ratu-ratu songkran kampung Tasek 2014 berarak mengilingi kampung kemuncak pesta songkran sebelum berakhir. Fullamak komen saya mengenai Pesta Songkran Kampung Tasek, Pengkalan Hulu 2014! nora bagi 4 bintang sabun daia ! terbaik! penuh dengan tradisi, warna warni, meriah dan sangat Havoc you all.
   

P/S: Saya dipahamkan pesta songkran di kampung tasik telah dicadangkan oleh Majlis Daerah Hulu Perak untuk dimasukkan sebagai salah satu tarikan perlancongan di daerah hulu perak serta sebagai salah satu tarikan perlancongan baru oleh Tourism Malaysia Perak, saya sangat menyokong usaha ini kerana Saya sendiri telah merasai bertapa meriahnya serta uniknya pesta songkran dan saya memang sangat RECOMMEND anda-anda semua di luar sana dan pembaca blog aku vs kehidupan untuk merasai sendiri pengalaman Pesta songkran di Kampung Tasek, Pengkalan Hulu, Perak yang disambut dengan penuh warna warni  dan jangan lupa sebut suk-san wan songkran  sebelum anda berpesta :P 



Sekiranya anda semua ada sebarang pertanyaan, atau ingin mendapatkan maklumat-maklumat terkini perlancongan yang ada di Negeri Perak, sila hubungi :

Tourism Malaysia Perak,
No. 12, Medan Istana 2,
Bandar Ipoh Raya,
30000 Ipoh, Perak

Tel : +605-2552772/9962
Faks : +605-2532194
like Facebook Tourism Malaysia Perak
Website : www.tourism.gov.my



Berminat dan suka dengan entry ini apa lagi komen dan share kepada rakan-rakan anda :P

96 comments:

  1. eh terkejutnye...
    tak sangka kat malaysia pun ade perayaan songkran ni..
    sbb brnch company kitorang kat tailen tutup seminggu setiap tahun sempena kilang thailan bercuti songkran..
    kagum pulak bila tau perak ramai org siam..huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah..saya yang first time pergi pun terkejut..
      x dijangka..rupanaya ramai juga kaum siam dkat malaysia.. tambah kat pngkalan hulu..
      simpadan dgan siam... pesta songkran
      salah satu pesta yg disambung oleh mereka

      Delete
    2. saya pon orang pengkalan hulu.tapi tak pernah tengok lg pesta songkram ni.lepas tengok gambar2 ni rasanya nak balik kampung lah nak lihat sendiri camna.thanks ye sudi share gambar2 nih...cam kat Thailand la pulak

      Delete
  2. oh..baru tau ade perayaan macam ni . hee..
    pesta air tu guna pistol air .. ohh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh... mcm mana.. menarik juga bukan...
      ha..ha. dah dapat benda baru..belajar hari ini :P
      salah satu tradisi baling air sesama mereka..

      Delete
  3. aku pernah pergi songkran time kat bangkok memang meriah giler kat sana..siap tutup jalan semata-mata nak bagi orang main air..tapi tengok gambar2 ko nie not bad gak sambutan dia..siap ade live band lagi..hehehe..menabung digi sini..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi bro..selalu main air kat bangkok nampak? ha..ha.. btw..x lasemeriah thailand..sbab komuniti siam dkat sini kecil je.. tapi ok jugak meriahnya..itulah ...boleh tahan juga.. tq bro :P

      Delete
    2. hye....sy salah seorg minoriti siam di m'sia...sy pon ade kat kg tasek aritu...yg konsert mse 13/4 kat pentas gelanggang terbuka tu adalah dr KHAVA BAND...band ank muda siam yg sudah dikenali seluruh masyarakat siam m'sia...pada 11/4 malam....ada artis dari thailand iaitu YINGLEE....12/4 malam pula band dari thailand KLUAY...korang bleh search utube utk tgk artis2 dari thailand tu... setiap tahun kg tasek mmg meriah & setiap thn akn bertambah meriah...

      #jemput laa datang lg thn depan yer..
      SALAM 1 MALAYSIA

      Delete
    3. hai Elaine Nai.. thank for your respons... im so happy have siamess comunity read this article.. he..he.. yes! :P

      p/s: thank atas pemberitahuan..memng meriah pesta songkran di kampung tasik... saya dengar band tu masa hari penutup.. memng best lagu dia.. ya kami akan datang lagi tahun depan :)

      Delete
    4. kami sentiasa mengalu2kan kedatangan pengunjung....12/4 akan ada pertandingan bola sepak...malam ada konsert artis thailand...jemput laa yer..sy dh like fb en sobri....pape nt bleh update situ...:)

      Delete
  4. wah hebat sungguh pesta songkran tu yer...tapi lihat2 saja kot....klik3 menabung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha..ha.. hebat.. sangat hebat...terima kasih sis

      Delete
  5. cantik semua gambar2 ni..yg tak cantiknya mata..

    ReplyDelete
  6. serious..meriahnya... bru thu kt malaysia ada.. entri sobri mmg terbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah..terima kasih acik..happy reading ya

      Delete
  7. eh tetiba Sobri nak cari awek siam ...hahaha..maklumlah dah chop ratu no.3 tu kan !

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha.ha.. harap2 dia baca blog ni dan respon PCL he..he. :P

      Delete
    2. dah baca dah..makaseh... im ratu no 3..hahahha

      Delete
    3. Pcl sapa dah chop ratu no 3 ke.moh le tunjuk muka sikit ...

      Delete
  8. saya sangka ini di thailand, ternyata di malaysia toh sama meriahnya yaa seperti di bangkok :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya mas ini dimalaysia..pengkalan hulu perak..bersempatan dgan betung thailand..:P

      Delete
  9. Assalamualaikum. ni kat Malaysia kan? amboii cam dekat siam dah tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam..amboi kak syila ni mesti kes selalu p siam kan..sambut songkran :P

      Delete
  10. pernah dgr tp tak pernah tahu mcm mana dorg sambut.. first time zizie bc dgn lebih lanjut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh..hope entry ni boleh membantu zizie ok :Penjoy reading

      Delete
  11. entri mabeles... tapi jangan lupe bagi kredit kat Tourism Malaysia Perak ye... tq sebab join......

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank my sifu... of course credit kpada tourism malaysia perak tidak dilupakan.. trima kasih ats jmputan

      Delete
  12. peringatan sesama kitaApril 17, 2014 at 6:35 PM

    Mufti Perlis, Datuk Dr. Juanda Jaya menasihati umat Islam di negeri ini tidak menyertai Pesta Songkran atas alasan mempunyai unsur agama selain Islam.

    "Jika dilihat Pesta Songkran jelas merupakan majlis keagamaan apabila dalam majlis tersebut diadakan upacara mandi patung Buddha dan kemudian mengagihkan air mandian tersebut kepada orang lain untuk mendapat berkat, ternyata ini merupakan pesta keagamaan," katanya.

    Delete

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ats peringatan.....

      Delete
    2. apa yang sy faham dari entry en sobri....dia sekadar berkongsi adat & perayaan yg disambut oleh kaum lain di bumi malaysia...x ada langsung unsur agama...seperti juga saya sendiri yang berbangsa siam...memahami & turut suka menyambut hari raya puasa...& saya faham erti hari raya haji yg disambut kaum majoriti malaysia.....kami kaum minoriti ni x ramai yg tahu apa adat & perayaan yg kami sambut...
      TERIMA KASIH en sobri diatas entry anda ini...sedikit sebanyak membuka mata rakyat malaysia untuk lebih mengenali n tahu kewujudan masyarakat minoriti siam di malaysia...

      Delete
    3. saya sebagai seorang siamese d malaysia (perak) ...pesta songkran bukan pesta keagamaan masyarakat Buddha.. Maksud di sebalik pesta songkran adalah tahun baru yang disambut oleh masyarakat siam di kg saya., Manakala mandi patung Buddha pula air tu hanya diagihkan kepada sesiapa sahaja yang hendak mengambil itu ,Air yang kami guna untuk perayaan songkran itu bukan air bunga yang kami mandikan patung BUDDHA..air yang disimbah keliling apabila perarakan ratu adalah 100% ayaq dr paipp bukan ayaq dari mandi Patung Buddha...(MOHON JANGAN SALAH FAHAM)... tq

      Delete
  13. seronokkan mengenali kepelbagaian budaya kaum2 yang ada di tanahair..itulah istimewanya malaysia yang berbilang kaum.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya memang seronok kak ana..dapat mengenali budaya baru....itulah malaysia truely asia :P

      Delete
  14. Perghhh... kat perak nih? ingatkan dah cross border masuk siam sudah... happening2 ;3

    ReplyDelete
    Replies
    1. dkat pengkalan hulu,,,simpadan dgn siam,,, boleh je nak cross p betung... tapi kena bawa passport la.. ha..ha.. :P

      Delete
  15. Amboi...main air ya..kita kat sini tak ada air..camne tu? he..he

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha..ha,kalau mcm tu mampu tgok sajalah sis :P

      Delete
  16. Give Something That means something & ford for you

    ReplyDelete
  17. wahh...bukan main sobri...skang dah jadi ejen ratu cantik plak...hebattt...hehe..mesti sobri tertunggu news pasal pesta ni kt newspaper kan...mana tau..ada muke sobri kt situ...boleh la frame kan...hehe...tapi gambar last tu sape yer...nak berkenalan boleh?? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh akak dah masuk BH semalam sisipan..kembara..writing by abg zubir..ada la masuk sipi2 rupa saya.. ha..ha.. yg last tu org siam gak... ha..ha.. :P

      Delete
  18. dalam duk2 baca..terselit penafian lagi tuh huhu...tak sangka ada juga perayaan cam nie kat malaysia..mgk sebab wujud kaum siam dkt situ...apa pun gambar cantik bro.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya penting tu penafian tu.. sebab..banyak komen2 yg nagetif..so nak slamat kena ada fenafian..baru org paham at lease pencerahan yg cuba di sampaikan :P thank bro

      Delete
  19. ramainya org...ratu dia pon cantik2... walaupon kampung saya dekat dgn perkampungan siam.. xpernah pegi lagi la pesta nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha..ha.. itu ratu antara ratu terbaik di kawasan masing2..tu sebab smua lawa.. ratu namaya he..he,, kampung akak dkat mana? perak ka?

      Delete
  20. Wahh.. saya baru tahu ada pesta mcm ni di Perak ye.. meriah nmpaknya.. gmbr pun cantik2 ni tak termasuk ratu2 tu lagi hahaa.. perkongsian yg menarik bro Sobri.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha..ha.. gambar ratu2 tu sebenarnya banyak ambik..tapi x mau uplode banyak2 nanti smua duk usher ratu je..he..he.. memng meriah.. jemputlah dtng next year bro khir

      Delete
  21. Replies
    1. very colourful and truly asian... welcome to malaysia...ewah..ha..ha..

      Delete
  22. wah.. best nya.. tak pernah lagi sampai sana.. memang cantik ratu cantik tu.. menabung 3kali colgate, 3kali libresse.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. setiap tahun buat..so kalau akak balik pngkalan hulu..kena dgn timeming pesta ni jemputlah dtag :P

      Delete
  23. memang every year ada ya kat sana?
    eh thn dpn nak gi la..takyah di thailand jejauh.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup every year buat..tapi yg dipahamkan tahun ni dibuat dgn besar besaran :P
      jemput dtang..dlam malaysia je..x yah p jauh2 he..he..

      Delete
  24. meriah btol.. wish could be there

    ReplyDelete
  25. loh suasana sekeliling kat pengkala hulu perak tu mcm betul2 kat siam/thailand lah
    siap ngan rumah2 pun mcm kat siam dah
    xtau pun kat pengkala hulu perak tu ada rmai org2 siam
    iols ni org perak tp bkn siam..hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ar ah sbab pngkalan hulu sempadan dgan siam..
      my ols pun x thu rupanya bayak komuniti siam dkat situ..
      owh org perak area mana ..he..he..
      teman pun org perak

      Delete
  26. Wahhh!! So veryyy the merrier one laaa! so colorful oso.. Tahniah Sobri.. Nice entry dgn gambar2 yang superb!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha..ha,, verry the meriahkan..nada mak jemah sikit..ha..ha.. tq dyah.. :P

      Delete
  27. org siam n melayu dah x de beza rupanya . ramai tu . dr mana la mrk mai ... yes n inti utk topup songkran ... hehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha..ha.. itulah skali pandang sma je..dorg ckap melayu pun fasih :P

      Delete
  28. Baru tahu kat sini pn ada sambutan pesta songkran nie yer.. Meriah la.. bestnya kalau dpt tahu awal..boleh p tengok jugak..=D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahun depan boleh pergi..rasa sendiri he.he

      Delete
  29. Assalammualaikum... sobri,

    meriah nyer.. siap main tembak2 pesta songkran...

    mselim3

    ReplyDelete
  30. sobri!!niesa pun ingt dekat kelantan b4 ni..hahaha..amboi2...terserlah ke-excited-an kome cerita pasal ratu2 tu sobri oi..seronok bila tgk gmb..mesti pengalaman indah ni kan..kalau simbah guna baldi tak boleh ke?baru syiokk..hahaha

    menabung colgate 2x dan envy..hihi

    ReplyDelete
  31. Best giler event macam ni. Meriah betul, macam kat kampung-kampung waktu kenduri zaman kecik-kecik dulu-dulu. Sekarang ni orang kampung banyak yang skema, dah tak ramai yang nak enjoy-enjoy cenggini.

    ReplyDelete
  32. terbaik laaaa... teman orang perak pun tak tahu mane tempatnye nie.... gagagaga pettakkk :P

    ReplyDelete
  33. Baru tau kat Pengkalan Hulu ramai komuniti siam... xde beza dah orang siam ngan orang melayu ye, lebih kurang je... btw. happening betul pesta songkran ni... ^__^

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik Nurul : kat pengkalan hulu memang ada masyarakat siam.... Welcum to Kg tasek ya ... 13 april setiap tahun kami akan sambut pesta songkran.saya juga merupakan masyarakat siam di kg tasek

      Delete
  34. ya allah hihihi.
    qila tahu songkran tu apaa hehehehehe sbb abah ada cerita heee~
    memang sporting habis and best gegila kan heeeeeeeeeeeeeeeee :D

    ReplyDelete
  35. sebenarnya pesta songkran yg berlangsung setiap thn bukanlah hanya di kg tasek...kg2 d kedah pon bnyk yg sambut...thn ni sambutan peringkat negeri kedah diadakan di kg titi akar...MB kedah pon pergi...tp sy setiap thn mmg akn ada d kg tasek ni...

    pada semua yg membaca...selamat mengenali budaya...adat & maksud sambutan songkran yg disambut oleh minoriti masyrakat siam malaysia...

    #i'mproudtobemalaysianthai

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank atas info..btw yang kat kedah tu xpnah sampai lgi,,,mesti meriah jugak kan..
      saya pun first time sampai..
      eh agak2 masa kat pesta songkran tu kita jumpa x ? mana tahu u cam rupa saya ke?
      ha..ha.. :P

      Delete
    2. x pasti laa...cameraman ramai sgt thn ni...heheheh....xpe...thn dpn kalo g sy blanje somtam....heheheh

      Delete
  36. thn 2014 merupakan kali ke-41 kg tasek menganjurkan sambutan besar2an mcm ni... pasal gelaran dewi yg sorang tu... ia disebut sbg "NANG THEWADA"...air...bagai mencuci segala yg xelok sepanjang thn lpas...bedak wangi sebagai permulaan yg wangi utk thn yg baru....

    ReplyDelete
  37. salam. bestnya kalau dapat datang..

    ReplyDelete
  38. Lolllll i ingatkan d thailand tadi

    ReplyDelete
  39. salam sejahtera admin, sangat bagus artikel admin nih dpat menyedarkan ramai rakyat malaysia tentang kewujudan masyarakat siam di malaysia :D Cuma nak betulkan teks admin pasal pencerahan sbb yg admin terangkan tu lebih kepada pelancongan yg org sekrng dkenali sbg water festival tp songkran yg diturun-temurun dan tujuan asal adalah memandikan "phrak" @ rakyat msia kenal sbg sami dan orang2 tua kita sbg cth mak,ayah,nenek,datuk sebagai tanda hormat dan terima kasih untuk mencapai kemakmuran pada tahun baru. Just sharing ;) . Anyway it's a very good article. Good job admin. Cheers.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih 9megagood..atas pertambahan maklumat..maaf atas kekurangan maklumat ..your are welcome..i'm so appreciated ada yang lebih mahir datang membetulkan dan menambahkan maklumat..senang utk dijadikan rujukan bersama :P cheers ... :)

      Delete
    2. boleh baca juga di others bloggers writting about songkran festival :P


      http://www.shamphotography.com/moh-ke-perak-keunikan-pesta-songkran-pengkalan-hulu-vmy2014/

      Delete
  40. Makaseh nah cik abg Sobri picture2 ni.menarik..terkejut saya membaca nya.....

    #sy dah lapo diri ni... heheheh im ratu songkran no 3 dah baca blog ni dan respon PCL... :) tahun depan jemput datang yer kat kg tasek t saya lanje ayaq..hahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. akhirnya baru ada komen dari finalish ratu songkram.. wakil kampung tasik he..he.. btw tq for reading... ya ada rezeki boleh datang lain tahun depan...kalau jumpa jgn lupa blanja ayor ye :P

      Delete
    2. Okey ja cik abg sobri...ada lagi x gambo2 tu nanak juga..hehehe welcum2 tau next year jumpe tegur tau.hahahah

      Delete
    3. ha..ha..orite.. mesti tegur kalau jumpa..
      ada email.. nanti saya sent gambar korang semua atas stage..
      ada..ada x delate lagi..email sya sobriyaacob@gmail.com

      Delete
    4. okey ..
      ni emel : sackcake9194@gmail.com
      fesbuk : Thip Pha Wan Anan
      Instagram : miss_cakeanan

      "hanta je smua gamba tu nnt sy upload n mention nama abg sobri.

      Delete
    5. thip x dapat cari fb cik abg sobri ni tlg bagi kat thip

      Delete
    6. ada la.. cuba tayping sobriyaacob ..x pun dekat atas gambar tu ada button fb saya :)

      Delete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca