Sabah Trip : Kinabalu Park, Sabah Malaysia | sobriyaacob.com

Tuesday, April 8, 2014

Sabah Trip : Kinabalu Park, Sabah Malaysia



Assalamualaikum dan salam sejahtera, apa khabar semua pemabaca blog aku Vs kehidupan ? di harapkan semuanya dalam keadaan sihat sejahtera, entry hari ini adalah kesenambungan entry berkaitan tempat-tempat menarik yang ada di sabah, sebelum ini saya ada berkongsi destinasi menarik yang harus dikunjungi apabila anda melawat Negeri Sabah, untuk edisi pengembaraan kita kali ini, akan melawat salah satu destinasi yang amat popular di Sabah iaitu Kinabalu Park / Taman Kinabalu

Kinabalu Park adalah pintu masuk ke gunung kinabalu, apa yang menarik di sini kita boleh melihat gunung kinabalu dengan jarak dekat serta disajikan dengan pemandangan yang sangat cantik dan paling best suhu di sini sejuk, apabila anda bercakap di awal pagi atau lewat petang, mulut kita seolah-olah mengeluarkan asap kesan cuaca sejuk di sini.

Oh ya! bagi anda yang belum pernah baca pengembaraan saya yang terdahulu di Sabah, bolehlah klik di link bawah untuk membaca entry yang terdahulu.

Pintu Masuk Ke Kinabalu Park

Taman Kinabalu merupakan sebuah taman negara yang telah diwartakan pada 2002, dan terletak di negeri Sabah, Malaysia di bahagian utara pulau Borneo. Taman Kinabalu dihiasi oleh dengan Gunung Kinabalu yang tersergam dengan ketinggian 4,095 meter, yang merupakan antara gunung tertinggi di Asia Tenggara.

Bagaimana Cara Untuk Datang Ke Kinabalu Park? 

  • Boleh memandu sendiri, jarak lebih kurang 90 km dari kota kinabalu
  • Ataupun boleh menggunakan perkhidmatan awan seperti bas dan teksi
  • Semua perkhidmatan bas ekspres dan bas mini di antara Kota Kinabalu dan Ranau atau Sandakan melalui jalan susur taman, 100 meter ke ibu pejabat Taman.

Harga Bayaran Masuk Ke Kinabalu Park

  • Tiket masuk RM 4.00 ringgit bagi dewasa dan RM 1.00 bagi kanak-kanak. 
  • Jangan buang tiket masuk ke Kinabalu Park boleh digunakan lagi untuk masuk ke Porin Hot Spring (Klik Sini)



Taman Kinabalu ini betul-betul berada di kaki bukit Gunung Kinabalu, Pintu masuk untuk mendaki gunung kinabalu antara gunung yang tertinggi di asia. Tempat ini memang sangat menarik, pelawat boleh singgah ke sini untuk menikmati pemandangan yang indah terdapat pelbagai jenis tumbuhan yang menarik dan pokok bunga yang pelbagai warna. sebelum boleh naik untuk melawat ke taman ini anda harus membeli tiket terlebih dahulu, untuk masuk ke taman ini tiket dikenakan sebanyak Rm 4.00 sahaja.

*Duduk sekejap berehat sambil setting camera, konon-kononya padahai duk usher awek lalu lalang :P*

Duduk sebentar mementara urusan untuk masuk ke kinabalu park ini settle, dekat bawah ni pun dah terasa sejuk tips penting bagi anda yang tak tahan cuaca sejuk sila bawa sweater  / baju sejuk boleh dikatakan perjalanan dari sini ke kundasang memang suhu sejuk macam dekat cameron highland, tambah pada awal pagi atau lewat petang, saya pun menyesal tak pakai seluar panjang, ingatka cuaca dekat sini sejuk dia biasa-biasaje, tapi sejuknya luar biasa memang sejuk, cakap pun mengigil part paling best bila bercakap mulut keluar asap, memang fealing oversea habis:P


Pemandangan daripada atas, di bawah itu adalah tempat untuk meletakkan kenderaan anda  sebelum naik ke atas / ke taman kinabalu dan bukan semua kenderaan boleh mendaki untuk masuk taman kinabalu bergantung kepada jenis kenderaan anda. alternatif lain boleh menggunakan pengankutan yang disediakan oleh pihak kinabalu park.


Di sinilah tempat urusan pendaftaran / pembelian tiket dijalankan. Jadi bagi anda yang merancang untuk mendaki pendaftaran dijalankan di sini.

Info Mengenai Kinabalu Park

  • Taman Kinabalu merupakan pintu masuk ke Gunung Kinabalu. Ia terletak 1,585 meter di atas paras laut dan menjadi tapak permulaan bagi pendakian ke puncak Gunung Kinabalu. Ia meliputi kawasan seluas 754 km persegi dan merangkumi Gunung Kinabalu, Gunung Tambayukon dan kaki bukit.
  • Gunung-gunung ini memiliki sejarah geografi yang menarik dengan mengambil masa beribu-ribu tahun untuk terbentuk. Gunung Kinabalu yang tersergam indah sebenarnya adalah massif granit yang kemudiannya tembus dari kerak ke permukaan bumi.
  • Massif ini muncul ekoran daripada hakisan pasir dan batu lumpur setebal beberapa kaki. Semasa Zaman Ais, glasier yang menuruni puncak membentuk kawasan tersebut tetapi puncak berceranggah yang timbul dari permukaan ais tidak berubah. Gunung berceranggah ini menjadi mercu tanda Taman Negara pada hari ini


Di bawah saya  kongsikan antara pemandangan menarik yang ada di sekitar Kinabalu Park!


*Hanya mampu masuk sampai ke sini sahaja, lepas tu buat muka sengih konon-konon dah berjaya tawan gunung kinabalu! :P mungkin lain kali boleh plan betu-betul untuk mendaki gunung kinabalu! need more energy! Malaysia Boleh!  aku pun boleh! :P*


Kalau anda perasan, semua gambar dekat sini nampak macam berkabus jerebu! tapi bukan ya! itu semua sebab cuaca dekat sini memang sejuk, Jadi bagi anda yang memang suka tempat sejuk atau suka duduk dalam aircond 24 jam memang digalakkan dan di nasihati untuk datang ke sini :P




Selain daripada berjalan-jalan dan mengambil gambar selfie diri anda banyak-banyak dalam pelbagai posisi dan lepas tu uplode dalam instagram setiap 5 minit antara aktiviti lain yang boleh dilakukan ialah makan, di sini ada restaurant tapi teman tak masuk makan jadi tak dapat la nak khaborkan macam mana keadaanya jadi kome-kome diluar bolehlah datang lepas tu khaborkan kepada teman sedap ke tak menunya ye :P


Ini baru sikit pemandangan yang ada kat kinabalu park, landscape dekat sini memang cukup cantik dan menarik dengan bunyi-bunyian binatang dan kepelbagaian folra dan fauna yang menarik, suasana di kaki gunung katakan jadi paham-pahamlah sendiri, bunga-bunga yang tumbuh memang menarik tambahan suhu di sini sejuk perhh memang terbaik, bagi yang plan untuk datang honeymoon memang saya recommen boleh bermalan di kinabalu Park hotel ataupun di Kundasang.

P/s: Untuk entry edisi kinabalu Park ini tak banyak informasi atau aktiviti yang boleh saya kongsikan, tapi kalau saya pergi mendaki gunung kinabalu mungkin anda semua akan rasa muak sebab entry yang bakal ditulis semestinya panjang berjela-jela he..he..he yang pasti sekiranya anda datang ke sabah pastikan Kinabalu Park antara lokasi wajib anda lawati :P  


37 comments:

  1. Cantik suasana di Kinabalu Park tu. Gambar2 yg diambil pun cantik2. T kasih atas perkongsian bro Sobri... mmg menarik.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cantik suasana dekat sini bro khir..memng sejuk.. cakap pun mulut berasap

      Delete
  2. kenapa sabah nampak mcm sejuk ni., bestnye jalan2..nak gi sabah jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat kinabalu park ni memng sejuk....mcm kat kundasang or cameron..

      Delete
  3. Tak boleh pergi sana, nanti semput sbb sejuk sgt. Haha.. Bila nak dtg Kch? Boleh jumpa.. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hu..hu..ye ke jangan lupa bawa ubat kalau terpaksadtg..owh nanti saya dtg sana vee jadi tour guidge ya :P teringin gak nak p sana

      Delete
  4. Ehh ehh , stylo la Abg Sobri ni . Lain masa tawanlah Gunung Kinabalu tu . HIHI :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah perli ke apa mastura? ha..ha.. stylo la kan :P
      lpas ni boleh la kita hiking2 sama.. ada berani ? :P

      Delete
  5. Replies
    1. memang cantik awesome place dkat sabah :P

      Delete
  6. Libresse & Libresse for you!!!

    ReplyDelete
  7. cantiknya Kinabalu park ni ya...agaknya xsampai hajat nk kesana sbb sejuk sangat tempatnya tu...singgah klik3.

    ReplyDelete
    Replies
    1. he..he.. kalau sampai juga.. pakai le banyak2 baju sejuk ya sis :P

      Delete
  8. Memang menarik view kat sini...alang2 dah dibawah, tanam azam naik keatas bagi org mudalah....menuju ke puncak...kliks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insaalah kak memang saya tanamkan azam tu

      Delete
  9. berkabus tu ... nak gak rasa cuaca sejuk cam tu ... nice view .

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah sejuk sebab kabus..bkan sebab jerebu he..he

      Delete
  10. cantik suasana di sini ^_^ tahun depan masuk tau MSMW ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. insaalah acik. tapi rasa diri ni x berapa layak le :P

      Delete
  11. menarik tempat ini..awal bulan depan saya akan ke KK..insyallah kalau berkesempatan ingat nak berkunjung laa kat tempat ini..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik tu bro..nanti jagan lupa dgn temapt2 aku cadangkan tu ya.. happy holiday bro...wish awal :P

      Delete
  12. cantik pemandangan di sana.. sejuk sangat sampai dah berkabus tu.. semua keluar churp2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sejuk akak..boleh la fealing kat oversea sat he..he

      Delete
  13. hebat cara usha awek tu sobri hehehe...nk g sabah nanti...mesti tengok blog ni tuk cari more info...colgate colgate tuk sobri.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. malu saya kak.. hebatkan cara saya usher awek he..he.. tq akak

      Delete
  14. seronoknya!!! bilalah zizie nak dpt pergi sana.. huhu.. klik libresse kat sini :)

    ReplyDelete
  15. mmg dah lama simpan hasrat nak daki gunung kinabalu..

    ReplyDelete
  16. Such a nice place. Hope I can be there someday!

    ReplyDelete
  17. tq utk tips dr sobri yg sgt berguna tu..niesa dh take note beberapa tips yg penting utk rujukan niesa nnti..weeee..^_^

    menabung colgate,digi dan libress kat sini..

    ReplyDelete
  18. cantik tempat ni........ Insyallah akan awok jejak nanti...

    P/S: nanti bgtau kat Gerik mana senang yang kitorang nak pick up mike nanti...... dan yang penting bawak kamera....

    ReplyDelete
  19. The place whr my heart belong... uhuuuu

    ReplyDelete
  20. Terima kasih atas perkongsian bro.... sebenarnya banyak tempat2 menarik kat Malaysia ni.... :D

    ReplyDelete
  21. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca