Tips Dan Panduan Memilih Bingkai Cermin Mata yang Sesuai Dengan Wajah Muka | sobri Yaacob Blog

Wednesday, April 2, 2014

Tips Dan Panduan Memilih Bingkai Cermin Mata yang Sesuai Dengan Wajah Muka


Assalamualaikum dan salam sejahtera, tahukah anda antara semua aksesori tubuh badan yang paling susah untuk di buat membuat pilihan ialah pemilihan bingkal cermin mata yang sesuai / eyeglass frame dengan bentuk wajah dan personaliti anda, terutama cermin mata perlu dipakai setiap hari tambahan kalau anda rabun! 

salah satu contoh design cermin mata yang menarik perhatian saya, tapi sangat tidak sesuai dengan bentuk wajah saya! but im really love this design :P

Seperti saya memang rabun dari sekolah menengah, jadi cermin mata antara benda wajib yang perlu dipakai, memandangkan dulu sel-sel otak masih tidak berhubung dengan sempurna maka pemilihan bingkal cermin asal boleh, janji nampak jalan tidak mementingkan rekebentuk design yang sesual. Siapa di sini mempunyai masalah untuk memilih cermin mata yang sesual dengan wajah kita?, ya kita mempunyai masalah yang sama. Setiap induvidu mempunyai wajah yang berbeza betuk seperti berbentuk bujur, bentuk sirih, bentuk ovari, berbentuk panjang berbentuk bulat dan lain-lain, jadi pemilihan bingkal cermin mata kita akan berbeza mengikut rupa masing-masing.

Sebelum membeli cermin mata pastikan kenali dulu bentuk wajah anda, di atas anda boleh kenali dahulu wajah anda berbentuk apa :P

Di bawah adalah tips memilih cermin mata yang sesual mengikut wajah anda.

1) Bentuk muka petak/persegi
Bingkai yang sesuai :
  • Bingkai berbentuk bulat dan bujur
  • Pilih bingkai yang kelihatan berat di bahagian atas iaitu lebih tebal di bahagian atasnya.
Elakkan : Bingkai yang rata dan petak di bahagian bawah kerana muka anda akan nampak lebih petak. Piih bingkai yang melengkung sedikit di bawahnya supaya seimbang dengan muka.
Bentuk muka bujur sirih/oval
Bingkai cermin mata yang sesuai :
  • Pilih bingkai yang tak melampaui nisbah muka anda. Tak terlalu besar dan tak terlalu kecil.
Elakkan : Jangan pilih bingkai yang rendah atau ‘jatuh’ kerana ia akan menyebabkan muka anda tidak seimbang.

2) Bentuk muka bulat/buah pir
Bingkai cermin mata yang sesuai :
  • Bingkai berbentuk petak akan mengurangkan muka kelihatan bulat.
  • Kaki bingkai yang tinggi atau sederhana tinggi akan membuatkan muka kelihatan lebih panjang.
  • Warna bingkai yang gelap dapat mengimbangkan bentuk wajah yang bulat.
Elakkan : Bingkai yang berbentuk bulat akan buatkan muka anda nampak lebih bulat. Jadi pilihlah dengan bijak!
Bentuk muka diamond
Bingkai cermin mata yang sesuai :
  • Frameless adalah pilihan yang paling sesuai
  • Bingkai petak yang mempunyai bahagian atas yang rata dan melengkung di bahagian bawah juga adalah sesuai.
Tips : Frameless adalah bentuk yang paling sesuai untuk mereka yang mempunyai bentuk muka diamond

3) Bentuk muka hati
Bingkai cermin mata yang sesuai :
  • Frameless adalah yang paling sesuai untuk bentuk muka ini
Tips : Bentuk muka hati adalah yang paling sukar untuk dipadankan dengan mana-mana jenis bingkai kerana ia akan menonjolkan kawasan muka yang tidak mahu diserlahkan. Oleh itu, frameless adalah pilihan terbaik untuk anda.
Bentuk muka segi tiga
Bingkai cermin mata yang sesuai :
  • Pilih bingkai yang bentuknya agak petak atau half-frame.
Tips : Bentuk muka ini mempunyai kawasan dahi yang kecil dan dagu, rahang dan pipi yang agak luas. Bingkai petak atau half-frame dapat menyerlahkan bahagian atas yang kecil.
Bentuk muka panjang
Bingkai cermin mata yang sesuai :
  • Disarankan untuk pilih bingkai yang lebar
  • Bingkai bercorak juga sesuai kerana muka akan kelihatan sedikit lebar dan seimbang.
Tips : Nosebridge yang rendah boleh membantu ‘memendekkan’ hidung dan kaki bingkai yang ‘jatuh’ akan membuatkan muka menjadi lebih pendek.


Kadang-kadang design yang kita lihat di wajah model, memang sangat cantik tapi tidak semua design itu sangat sesual dengan rupa wajah kita.  Di bawah saya sertakan antara tips dan panduan yang boleh anda fikir-fikirkan ketika membeli / memilih cermin mata.


1. Pakai jenis tudung yang selalu anda pakai semasa membeli cermin mata anda.

Iya,ini paling penting! Kita tak mahu kalau-kalau bila kita pergi ke Pusat Optometri, kita memakai jenis tudung yang lain dari biasa yang kita pakai setiap hari. Misalnya,setiap kali anda pegi kerja atau sekolah/kolej/universiti/kuliah dan seumpamanya, tudung bawal menjadi idaman hati. Jadi ,apabila anda mencuba cermin mata,dapatlah anda pastikan bahagian tepi tudung bawal anda tidak nampak kembang dengan cermin mata yang dipilih.Tudung pun akan jadi cantik terbentuk ! Hal yang sama diaplikasikan jika anda yang minat selendang (shawl), tudung syria atau tudung awning.


2. Pilih bingkai yang saiznya bersesuaian dengan muka anda.

Biasanya saiz bingkai yang sesuai untuk wanita Asia ialah 45-49 mm bergantung kepada bentuk muka anda. Jadi pastikan bila anda mencuba bingkai cermin mata, anda akan rasa selesa iaitu ianya tidak terlalu kecil atau terlalu besar. Jika lihat dari sisi, kaki bingkai @ templeselari dengan telinga anda. Jika temple sedikit terkangkang, itu menunjukkan saiz bingkai yang anda pilih lebih kecil dari bentuk muka anda. Bukan apa, kalau anda pilih saiz bingkai yang terlalu kecil , spring pada bingkai anda akan cepat rosak dek selalu perlu buka ekstra besar.Jika saiz bingkai terlalu besar pula, anda dapat lihat bingkai itu lebih panjang dari bahagian tepi muka anda.


3. Pilih temple yang lurus dan halus.

Kenapa? Sebab bila anda buka cermin mata , tidaklah rambut-rambut anda semua habis tertarik keluar. Kalau temple penuh dengan corak berkerawang , peratus untuk rambut anda tertarik keluar semasa membuka cermin mata adalah lebih tinggi. Bagi mereka yang praktikal, tips ini mungkin lebih mudah diaplikasikan.


4. Pilih temple yang anti karat atau plastik bagi mereka yang kuat berpeluh.

Temple atau kaki bingkai berada di dalam tudung anda. Apabila anda bersukan dan berpeluh, secara tidak langsung peluh akan melekat pada temple tersebut. Sebagaimana yang kita tahu,peluh terdiri dari air dan natrium klorida (garam) . Jika anda pilih bingkai jenis besi, ianya akan cepat berkarat dengan kandungan peluh ini.


5. Bawa pasangan atau kawan bersama.

Siapa yang akan selalu melihat anda dengan cermin mata yang baru? Pastinya pasangan atau kawan anda. Jadi apa salahnyanya anda bawa mereka untuk memberi pendapat tentang apa yang sesuai untuk anda. Kadang-kadang, pandangan orang lain adalah lebih jujur dan ikhlas terhadap kita kerana mereka yang nampak diri kita dari luaran. Itulah pentingnya pendapat kedua (2nd opinion) selain diri kita sendiri.


6. Pilih cermin mata yang penuh bingkai jika anda mempunyai preskripsi yang sangat tinggi.

Bagi individu bertudung, cermin mata adalah fokus tumpuan orang lain apabila melihat anda. Jadicermin mata yang nampak terlalu tebal pasti mempengaruhi penampilan anda. Cermin mata tanpa bingkai (rimless) sangat mudah untuk kelihatan tebal kerana tiada bingkai yang melindungi sisi cermin tersebut. Jadi pilihlah bingkai jenis full frame atau semi-frame bagi melindungi ketebalan kanta anda.Tips ini terkecuali bagi mereka yang memilih kanta jenis high indeks (nipis) atau saiz bingkai rimless yang kecil. 



Mungkin design cermin mata yang akan saya beli, seperti design di atas, design yang simple, nampak kemas, bentuk wajah lebih kurang dengan wajah saya, walaupun hati memberontak nak cuba design cermin mata seperti Johnny Deep gayakan, memandangkan pipi saya tembam sedikit dan tak berapa cengkung, jadi itu bukan pilihan utama, mungkin bila ada duit lebih sikit baru beli untuk second eyeglass. 

Tujuan utama entry ini ditulis adalah untuk berkongsi panduan dan tips-tips dalam pemilihan cermin mata yang sesuai dengan wajah dan personaliti anda, speck mata saya baru sahaja patah jadi ini antara research saya jalankan dahulu seelum membuat pilihan membeli cermin mata baru, lagipun harga cermin mata bukan murah dan amatlah tidak berbaloi sekiranya kita menyesal membeli di kemudian hari kerana tidak berpuas hati dengan design yang dipilih. Walaupun saya pegguna contact lens, tapi saya lebih suka memakai cermin mata dari contact lense sebab penjagaan contact lense agak leceh! lagipun mana ada orang pakai contact lens 24 jam :P

P/s: Sekiranya anda semua membeli cermin mata atau cermin mata hitam apa ciri-ciri utama menjadi pilihan anda? harga, design, keselesaan ataupun jenama :P

35 comments:

  1. bagus tips ni, ika rabun juga sebenarnya tapi jarang pakai spect miahahahaha
    bakal doc yang sangat pemalas T_T

    jemput join GA ika ya sobri :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank ika..nanti saya joint ya :P
      sokongan he..he.. :P

      Delete
  2. bagus tips ni, ika rabun juga sebenarnya tapi jarang pakai spect miahahahaha
    bakal doc yang sangat pemalas T_T

    jemput join GA ika ya sobri :))

    ReplyDelete
  3. hahahaha qila muka pear!! so kena pakai yg petak ha ok lah tu hihihiik

    ReplyDelete
  4. den main bantai je pilih cermin.. hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. lpas ni dah ada panduan boleh la beli mana yg sesual he..he..

      Delete
  5. sy kalau pakai spec dh rupa mcm cikgu besar.. malu nyer

    ReplyDelete
  6. salam. sy tak pakai cermin mata..buruk kut muka sy kalau pakai cermin mata hahha
    btw..ford for you :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh untungnya x rabun.. he..he..
      kalau rabun pening kpala :P

      Delete
  7. nice tip..tetiba p cermin muka jap..hihi

    ReplyDelete
  8. pilih cermin mata yg sangat sesuai utk mnghiasi wajah...sbb cermin mata itu letaknya di muka...tq berkongsi info yg sgt bermenafaat.

    ReplyDelete
  9. akak pon tak tau bentuk muka jenis ape ..
    otometik tak tau nak pilih frame spek bagaimanakah yg sesuai

    ReplyDelete
  10. sbb tu ada sesetengah org nampak cantik berkacamata,sesetengahnya pulak nampak pelik...

    ReplyDelete
  11. yang aku guna sekarang ni jenis yang takde bingkai.
    tu pun beli masa spm.
    rabun sbb study..haha

    ReplyDelete
  12. thank you bery much bro..aku selaku pemakai cermin mata memang suka baca entry2 macam nie..boleh gak dijadikan panduan..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  13. muka akak bentuk persegi kot.. setakat ini akak belum berkaca mata.. mungkin satu hari nanti akan memakainya.. terima aksih di atas perkongsian panduan memilih bingkai cermin mata yang sesuai dengan bentuk muka ini sobri.. tabung semua keluar churp2..

    ReplyDelete
  14. terima kasih maklumatnya ,acik beli kaca mata nie main sebat jer..kalau baca dulu mesti tahu hehehe

    ReplyDelete
  15. Thanks Abg Sobri sebab saya pun berkacamata juga dan saya bermuka bulat then memilih untuk memakai full frame 4 segi sederhana kecil . Saya kalau beli , tengok harga frame dan keselesaan pemakaiannya . Kawan saya beli kalau nak lagi murah , ada beli frame dekat downtown dengan harga RM10 then just tukar lens dekat kedai optometri cuma RM80 sahaja . HIHI .

    ReplyDelete
  16. pakai lens..xyah pkr psl bentuk bingkai spec..hehe..walaupun sy pun xsuke lens...

    beli bingkai penuh bg y ter'lebih' aktif .. bg mengelakkan kena tuka2 bingkai setiap bulan..hehe.. =)

    ReplyDelete
  17. Nice tips Sobri..Nway kita pakai lense tak pakai spec..

    Ford Fiesta for you..Yang lain tak ada..

    ReplyDelete
  18. niesa xtau muka ni jenis apa..haha..sgt malas pakai spec nih..thanks share tips sobri.. ^_^

    ReplyDelete
  19. Nice sharing Sobri.. dah pakai tudung tak la nampak petaknye muke :p

    ReplyDelete
  20. awok sebelum ni berkacamata.... tapi sejak ilang.....malas nak ganti baru.... tapi hasilnya.... mata awok makin rabun.... padan muka..... awok muka kighe panjang jugak.... dan awok tak pernah pilih bingkai pun sbeelum ni..bantei jeeeee

    ReplyDelete
  21. sis pakai cermin mata sejak sekolah rendah...dah berpuluh2 tahun...terima kasih sobri atas tips...sis biasanya akan pastikan pipi dan tepi cermin mesti sama...klu lebih atau kurang dari pipi dah x elok upanya...bingkai ni dah lama x bertukar...sis biasanya tengok design...selesa atau tak...nampak comel tak...hahaha...lepas tu baru harga...skang ni sis pakai jenama KEYng

    ReplyDelete
  22. Mmm..akak tak pakai cermin mata, dan berharap takkan pakai sampai ke akhir hayat..hehehe

    ReplyDelete
  23. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  24. Salam...bentuk muka sy dagu yg agak pnjang. So bingkai mcm mana yg sesuai dgn muka sy... sblom nie mata ok.. tp skrg dh ada masalh pnglihatan.. so xdpt buat keputusan binkai mana yg sesuai dgn sy.. mohon bantuan... :((

    ReplyDelete
  25. Owhh. Senang dah nak pilih frame ..tq

    ReplyDelete
  26. Mata saya besar dan bulat, bingkai cermin mata yang mane sesuai untuk saya ye?

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca