10 Kebaikan Memakan Sayur-Sayuran | sobriyaacob.com

Thursday, May 22, 2014

10 Kebaikan Memakan Sayur-Sayuran

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, Untuk edisi tips kesihatan pada hari ini saya akan kongsikan 10 kebaikan memakan sayur-sayuran. Sayur-sayuran dan buah-buahan memang telah lama diketahui dari segi khasiatnya kerana kandungan nutrition seperti vitamin, mineral, lemak, protein dan karbohidrat. Kebanyakan negara maju seperti Britain, Amerika Syarikat dan Jepun menjadikan sayur-sayuran dan buah-buahan sebagai menu utama mereka. Ini kerana, mereka telah mengenal pasti bahawa dengan mengamalkan makan makanan yang sihat,seperti ini dapat meningkatkan kualiti hidup

Sayur-sayuran adalah penting dan sangat baik untuk kesihatan badan, minda dan emosi. Sayuran hijau seperti sawi, timun, ulam-ulaman dan kacang panjang mempunyai khasiat tersendiri kepada tubuh badan. Kajian telah menunjukkan melalui sayur-sayuran yang mempunyai banyak serat penting boleh menyelamatkan sehingga 2.7 juta nyawa ataumengurangkan risiko penyakit berbahaya di seluruh dunia sebanyak 1.8 peratus setahun! sebelum ini saya ada kongsikan 10 senarai makanan yang boleh menggantikan vitamin (klik sini) yang anda boleh dapati di dalam peti, owh bagi yang suka makan makanan segera wajib baca info sebab dan alasan makanan segara membahayakan kesihatan

10 Kebaikan Memakan Sayur-Sayuran Yang Wajib Anda Ketahui


Membantu proses menurunkan berat badan

Sayuran hijau adalah semula jadi rendah karbohidrat tetapi kaya dengan serat yang menjadikan ia lambat untuk di hadamkan. Maka ia akan membantu anda berasa kenyang untuk tempoh yang lebih lama. Kelebihan utama sayuran hijau adalah ia sangat rendah kalori yang telah membuktikan bahawa ia sesuai di jadikan menu untuk membantu proses penurunan berat badan.

Mencantikkan kulit

Oleh kerana sayuran hijau mengandungi banyak kandungan air, ia membantu badan untuk kekalkan kelembapan dan ianya menyumbang kepada kecantikan kulit dan rambut. Anti oksidan seperti vitamin C yang terdapat di dalam sayuran hijau juga membantu tubuh untuk membuat kolagen yang juga membantu mencantikkan kulit dan rambut selain mengurangkan risiko arthritis. Vitamin E dan vitamin C bergabung untuk mengekalkan kulit yang sihat walaupun meningkat usia. 

Membina dan memperbaiki tulang 

Sesetengah sayuran hijau seperti sayur kailan adalah tinggi dengan kalsium dapat membantu memastikan gigi dan tulang sentiasa kuat. Ia juga dapat mengurangkan risiko menghidap osteoporosis. Sayur yang mengandungi kalium juga mempunyai fungsi yang sama. Untuk mendapatkan tulang yang kuat, badan kita memerlukan kalsium, vitamin D dan vitamin K yang bekerjasama untuk membina dan membaiki tulang. 

Memastikan sistem imun kuat

Akhir sekali, sayuran hijau seperti bayam, mengandungi beta-karotena yang membantu melindungi sel daripada rosak, meningkatkan fungsi imun dan melingdungi mata daripada penyakit yang berkaitan usia. Ia juga menyumbang kepada pertumbuhan dan pembaikan tisu badan.

Menangani masalah kesihatan

selain daripada rasa yang sedap dan lazat sayur-sayuran mengandungi komponen yang boleh membantu menangani masalah kesihatan serta menyediakan hidup yang lebih sihat. Pengkajian yang secara mendalam oleh pakar-pakar sains telah membuktikan kandungan dalam sayur-sayuran dan buah-buahan ini telah berjaya mengatasi masalah seperti kanser, penyakit hati, kencing manis serta darah tinggi

Mengurangkan risiko penyakit berbahaya 

Seperti penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi. Kandungan serat, fitonutrien dan kalium dalam sayur-sayuran membantu melancarkan proses penghadaman.

Kaya dengan sumber protein dan mineral

Kaya dengan sumber protein dan mineral. Contohnya, sayur bronkoli mengandungi vitamin C dan serat. Selain kebaikan kepada jantung, bronkoli juga dapat meningkatkan tahap antioksidan di dalam badan.

Baik untuk Kanak-kanak

Baik untuk kanak-kanak kerana mengandungi prebiotik yang merupakan antigen (pemangkin ketahan badan). Dengan memakan sayur-sayuran, kanak-kanak membesar dengan sihat tanpa ada masalah kesihatan seperti semput.

Membatu untuk lebih Tenang

Membantu minda dan emosi supaya lebih tenang dan melapangkan fikiran. Contohnya, daun salad yang mengandungi karotin, serat dan air dapat membantu melancarkan sistem pernafasan dan mengurangkan rasa dahaga pada badan.

Penawar Semulajadi

Menjadi penawar kepada penyakit seperti timun yang mengandungi racun alkoloid. Timun atau mentimun amat berkesan untuk merawat kanak-kanak yang mengalami masalah kecacingan. Sayuran ini juga memberi kebaikan khususnya dalam merawat penyakit batuk.


P/s: Kajian telah mengatakan bahawa pengamal sayur-sayuran dan buah-buahan telah dikenali hidup lebih sihat dan lama berbanding mereka kurang mengamlakan pemakanan berasaskan sayur-sayuran dan buah-buahan, jadi apa lagi pastikan dalam menu harian kita ada mengambil sedikit sayur dan buahan-buahan supaya seimbang :P

31 comments:

  1. dah berumur mcm pcl ni baru teringin nak makan sayuran..; dulu x kisah punnn ; anak2 pcl pun sama x berminat dgn sayur, hanya yg dia suka saja...susah la..

    ReplyDelete
  2. Sayur-sayuran dan buah-buahan memang baik untuk kesihatan. Tetapi sekarang ia banyak diracun dan menjejaskan kesihatan. Kalau tanam sendiri, itu lebih baik, kan?

    ReplyDelete
  3. Aku mmg xde masalah makan sayur dan aku mmg sukan makan sayur... kalau nak makan nasi mesti ada sayur ...paling tak pun mesti ada ulam-ulam penganti sayur... Nice sharing bro.... lama2 ni leh jadi pakar nutrisi lak pasni....ahahahaha... blogger nutrisi bro sobri...ekekekekeke :D

    ReplyDelete
  4. memang tak dinafikan satur sayuran memang mempunyai banyak khasiat bergantung kepada jenis2 mereka..hehehe..nmpaknya aku nak kena blajar makan sayur laa nie sebab aku ngan sayur nie memang kurang geng skit..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah aku seorng yang giler sayur.. nak makan nasi tak ada ayam tapi ada sayur jalan.. tapi kalau sebalik nyer sorry kene cari sayur.. syukurr.. :D

    ReplyDelete
  6. hehhehe acik tak suka sangat makan sayur.. tapi makanlah sikit2

    ReplyDelete
  7. tau sayo bagus.. tp ramai gak x mkn sayo and x reti masak sayo sampai punah ranah khasiatnya huhu

    ReplyDelete
  8. Jm pulak suka mkn ulam adakah itu kategori sayur jgk eh like ulam raja, pucuk paku, dan semua jenis ulam. katsnya klau d amalkan awek muda heeee

    ReplyDelete
  9. aduhhh..... nk kena rajin mkn sayur la klu cam ni

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah... mmg suka makan sayur. Tak lengkap hidangan klu tak de sayur kan bro Sobri..

    ReplyDelete
  11. Eat more vegetables! Good for health!

    ReplyDelete
  12. salam. heee akhir+ ini sy jarang makan sayur dan buah hehehhe..nice sharing :)

    ReplyDelete
  13. Kakak rasa rata-rata org kita akan menghidangkan sayur-sayuran tapi yg perlu diambil kira juga ialah cara memasak dan menyimpan. Terlalu lama memasak dan lama di simpan dlm fridge juga akan menghilangkan zat pada sayuran tersebut.. ini pun kena ambil tahu.

    ReplyDelete
  14. byk kebaikannya.. nasib baik mmg suka sayur.. especially sawi,kailan n kangkung :D

    ReplyDelete
  15. sayur-sayuran melengkapkan gizi makanan..suka sayur campur..mcm2 ada...colourful juga..

    ReplyDelete
  16. byk jugak kebaikkan mkn sayur ni..tp niesa still xbelajar mkn sayur.. =_=' tak tahu la kenapa ngan tekak niesa ni...

    ReplyDelete
  17. Makan sayur memang bagus. Zat-zat yang diperoleh juga lebih efektif diserap oleh tubuh berbanding supplement.

    ReplyDelete
  18. mmg elok makan sayur...tapi sayur yg ditanam sendiri lagi bagus...sbb sayur yg macam segar bugar tu kdg2 byk racun..

    ReplyDelete
  19. sayuran sgt baik utk kesihatan lbh lagi kalau jenis yg dimakan segar tnpa prlu masak trlbh dulu...klik3

    ReplyDelete
  20. Suka tersangat makan sayur ni.. bagi la ape pun sayur mesti ngap punya.. hihi.. ulam pun sama.. kate nak awet mude ko... ahahhaa

    ReplyDelete
  21. owh i looove veggies~ especially blanched broccoli and asparagus~ nyam nyam~ ;3

    menabung~ :D

    ReplyDelete
  22. Kita memang suka makan sayur..Half cooked lagi best...

    p/s: Untuk linkwithin tu sobri kena clearkan semua link yang ada...kalau tak dia tak nak reinstalled. Kalau tak boleh juga maybe boleh cuba nrelate..ok juga yang ni..

    ReplyDelete
  23. saya memang penggemar sayur... semua pun makan... pastu kalau dapat makan ulam2 yg di tanam sendiri lagi best.... sbbnya rendah risiko bahan-bahan racun perosak... ekekeke....

    ReplyDelete
  24. saya tak kisah sangat.. apa pun saya makan, x kira sayur ataupun daging.. semua saya hentam.. hehe

    ReplyDelete
  25. makan sayur memang sedap..
    mcm tak puas je kalau tak de sayur bila makan nasi tu

    ReplyDelete
  26. lagi bagoih dapat makan sayor yang kita tanam sendiri... bukan apa..sayor sekarang ni banyak kimianya.... dari baja... membawak ke racun nya...... kalo kita tanam sendiri ... kita kontrol

    ReplyDelete
  27. Jom try ni.... http://drshikinzainal.blogspot.com/2014/05/kuiz-medical-1-by-dr-shikin.html

    ReplyDelete
  28. sejak dua tiga menjak ni saya suka sayur brokoli.
    kekadang ratah jer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni nk share ckit sy mmg kerap masak kt rmh kadang 2mkn syur je tpi cra masak tomato +tomato pss tu masak tk yah pakai minyak..perrrrrr mmg terbaik....tu ar sebab kulit i cantik....

      Delete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca