10 Panduan Untuk Mengurangkan Berat Badan | www.sobriyaacob.com

Saturday, May 10, 2014

10 Panduan Untuk Mengurangkan Berat Badan


Asalamualaikum dan selamat berhujung minggu semua, seperti biasalah untuk entry Tips / Kesihatan pada kali ini saya akan kongsikan 10 Panduan untuk mengurangkan berat badan. Saya percaya Bukan mudah untuk menurunkan berat badan dan bukan susah juga untuk berat badan kembali meningkat, semuanya memerlukan teknik dan disiplin yang betul di bawah saya senarai 10 panduan untuk mengurangkan berat badan yang boleh membantu ada untuk menurunkan berat badan : sumber


1. Jadikan penimbang berat sebagai rakan anda.

Jika anda mahu menurunkan berat badan, anggaplah penimbang berat itu sebagai kawan anda, bukannya musuh. Cuba timbang berat badan anda sekali di waktu pagi selepas anda mandi dan sebelum anda mengenakan pakaian. Dari situ anda akan dapat melihat bagaimana graf berat badan anda sepanjang minggu itu dan seterusnya membandingkan dengan minggu-minggu seterusnya.


2. Tuliskan target anda di tempat yang anda mudah lihat.

Letakkan target-target yang anda tulis di atas kertas dan letakkan di tempat-tempat yang anda sering nampak seperti di monitor komputer, peti sejuk, di dalam dompet, ataupun di cermin. Target itu tidaklah semestinya tentang berat badan, anda juga boleh menulis target lain seperti ‘minum air kosong secukupnya!’, ‘makan buah-buahan!’, atau ‘tidur 8 jam sehari!’. Kemudian, beritahu rakan-rakan anda tentang target anda itu supaya mereka boleh mengingatkan anda sekiranya anda terlupa.


3. Tulis setiap makanan yang anda makan setiap hari.

Jika anda menulis jurnal makanan yang anda ambil setiap hari, anda dapat monitor makanan yang anda ambil dengan lebih baik. Bukan sahaja jenis makanan dan kuantiti, anda juga perlulah menulis berapa kalori makanan tersebut supaya anda tahu jumlah kalori yang anda ambil untuk hari tersebut mencukupi ataupun melebihi keperluan anda. Dengan cara ini, anda juga akan lebih berhati-hati dalam memilih makanan setiap hari.


4. Minum air kosong secukupnya.

Mereka yang minum air kosong secukupnya akan mengambil kalori lebih rendah berbanding mereka yang kurang minum air. Selain air kosong, anda juga disarankan minum air yang rendah kalori seperti teh, air limau, dan jus buah-buahan segar.


5. Ambil sarapan setiap hari.

Pengambilan sarapan dapat membantu anda meningkatkan metabolisme seterusnya membantu membakar kalori pada kadar optimum. Apa yang anda ambil semasa sarapan juga sangat penting. Pilihlah makanan yang mengandungi kadar gula yang rendah dan tenaga yang tinggi seperti oat.


6. Rancang snek anda seperti anda merancang pemakanan harian.

Ada orang yang betul-betul menjaga makanan yang mereka ambil semasa makan tengahari dan makan malam dan tidak menjaga kuantiti snek yang mereka ambil ketika mereka lapar. Oleh itu, anda disarankan merancang snek yang anda ingin ambil dan mengambil berat akan kuantiti dan kalori snek tersebut.


7. Makan malam dengan tenang.

Elakkan makan dengan cepat semasa anda makan. Kajian membuktikan mereka yang makan dengan perlahan dan tenang, cenderung untuk berasa kenyang dengan cepat. Oleh itu, kunyah makanan anda perlahan-lahan dan nikmati makanan yang anda makan itu dengan sebaiknya.


8. Jangan makan sambil membuat itu dan ini.

Jangan makan sambil menonton televisyen, di hadapan komputer, atau semasa membaca surat khabar. Anda akan terdorong untuk terus menyuap makanan tanpa anda sedar kuantiti makanan yang anda telah ambil. Sebaiknya anda makan di meja makan atau alihkan komputer anda ke tepi jika anda perlu makan di meja study anda.


9. Pilih pencuci mulut rendah kalori.

Apabila anda inginkan makanan yang manis, eloklah anda memilih pencuci mulut yang rendah kalori seperti dark chocolate atau yogurt rendah lemak. Selain itu, anda juga dicadangkan menyimpan stok ‘sugar-free’ chewing gum supaya anda boleh mengunyahnya apabila anda terasa lapar di tengah-tengah malam.


10. Lakukan sehari satu push-up.

Untuk mendapatkan badan yang kuat tidaklah bermaksud anda perlu menghabiskan masa anda di gim setiap hari. Mulakan dengan satu push up pada setiap hari dan jadikan ia sebagai rutin. Lama-kelamaan anda pasti akan dengan rela hati menambah bilangan push up dalam sehari seterusnya melakukan aktiviti-aktiviti lain setelah melihat perubahan pada badan anda


P/s: Tidak kisah sama ada anda ingin turunkan berat badan atau tambahkan berat badan sebab Aim setiap induvidu adalah berbeza mengikut kehendak masing-masing, paling penting amalkan gaya hidup yang sihat and always enjoy with our life! :P


14 comments:

  1. tips ni mmg bagus SObri..
    tapi akak yg nak praktik kan ni yg malas.. hahaha
    tapi nak seribu daya kann.. tak apa lah akak redo je kalau akak gemok.. hehehe

    Click2 nuff isi tabung ye :)

    ReplyDelete
  2. Tips kat atas tu memang mudah tapi tersangat susah dan liat nak buat..

    ReplyDelete
  3. err thank you untuk tips ni.. tgh on diet ni :D

    ReplyDelete
  4. TIPS yg patut diikuti..amalkan puasa sunat di bulan rejab ni pun ok...badan sihat pahala dpt...klik3 menabung.

    ReplyDelete
  5. Tips yg bagus ni Sobri
    Salam hujung minggu

    ReplyDelete
  6. Great sharing Sobri! Marilah bersama menuju kesihatan yg optimum!! :-)

    ReplyDelete
  7. Thanks Sobri..No 5 & 10 tu agak susah kot. He..he

    ReplyDelete
  8. sarapan yg selalu tertinggal ... minum nestum kat sini ok gak .

    ReplyDelete
  9. tip dh bagus bro..tapi kalau orang cam aku malas nak buat..x jadi juga kan..huhu

    ReplyDelete
  10. Minum green tea bagus, hari2 minum teh kalau boleh ;D

    menabung~ ;3

    ReplyDelete
  11. Tips yang bagus bro... pemakanan pon wajar dikawal dan sering lakukan aktiviti-aktiviti outdoor untuk mengeluarkan peluh dan membakar kalori.... amalkan amalan berjalan kaki dan selalu menggunakan tangga daripada lif...ekekekekekeke... :D

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah.. berat badan saya masih ok. Tp tak salah utk dijadikan amalan juga kan... nice sharing.. :)

    ReplyDelete
  13. Nice tips sobri..niesa xleh nk kurangkan dh berat bdn nnti bmi xsesuai sbb niesa pendek kan...hahaha..

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca